Home Novel Cinta Jantung Hatiku
Jantung Hatiku
CikSiti Amna Nazia
30/12/2014 21:12:52
51,297
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
prolog

Kata orang, zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling menggembirakan kerana pada masa itu tidak perlu memikirkan banyak masalah. Dunia hanyalah dalam lingkungan ibu bapa yang sentiasa menyayangi dan membelai kita serta teman sepermainan yang berteman dengan kita tanpa syarat. Kita bebas melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan tanpa memikirkan masalah yang akan timbul. Namun adakah semua kanak-kanak berpeluang menikmati semua keindahan itu?

Hilai tawa kanak-kanak bermain-main bermain ‘pondok-pondok’ di hadapan rumah kayu bercat hijau kuning di tepian pantai itu menghidupkan suasana petang. Seorang gadis kecil termenung sendirian di tepi jendela, membuang pandang ke luar tanpa perasaan sambil ditemani adik lelakinya yang sedang mencuri-curi pandang melihat kanak-kanak sebaya mereka bermain di depan rumahnya. Gelagat mereka mengundang rasa bimbang di hati seorang bapa. Hampir seminggu mereka di sini, langsung tidak ada perubahan. Mereka tetap diam dan menyendiri. Masih tidak berani bercampur dengan orang luar.

“Kesian mereka. Aku perlu buat sesuatu, bisiknya perlahan.

Si bapa mengeluh berat. Perkara ini tidak akan dibiarkannya. Dia harus berbuat sesuatu. Menurut doktor yang ditemuinya siang tadi, anak-anaknya tidak boleh dibiarkan sering termenung dan sendirian. Bimbang andai mereka mencipta dunia dan watak yang tersendiri, terus hanyut sehingga mencipta personaliti berganda, iaitu sejenis penyakit mental yang menyebabkan seseorang itu mempunyai lebih daripada satu personaliti. Dia merapati anak-anaknya, lalu merangkul kedua-duanya ke dalam pelukan. Dahi mereka dikucup penuh kasih.

Darling, what are you doing here? Why look so sad? Anything wrong? Tell me,” soal si bapa mesra.

Senyap. Tiada jawapan. Pandangan mata anak-anak kecil yang comel itu tidak lepas-lepas memandang sekumpulan kanak-kanak kampung bermain dengan girang di padang besar berhadapan dengan kediaman usang mereka. Johan tidak tinggal diam, dia terus berceloteh agar anak-anak itu tidak merasa kesepian.

I want to play with them, but I scared…” air mata sayu keluar daripada mata bundarnya. Wajah bapanya dipandang dengan rasa sedih.

“Buat apa nak takut, mereka bukan makan orang pun. Jom, kita pergi main dengan mereka. Papa teman,” ujar bapanya lantas mendukung si kecil adik dan memimpin si kakak untuk keluar bermain.

Anak kecil itu tercengang. Berkerut dahinya memandang wajah si ayah lantas membuahkan kerutan di dahi. Si ayah senyum sahaja, lupa bahawa anak-anaknya tidak reti berbahasa Melayu. Enam tahun di Jerman hanya bahasa Inggeris atau Jerman sahaja yang mereka sekeluarga tuturkan. Timbul rasa asesal di hati kerana tidak pernah mengajar sepatah pun perkataan Melayu kepada mereka berdua.

Dia terus menuruni anak tangga yang diperbuat daripada kayu itu dengan berhati-hati. Sesampai di bawah, dia terus menurunkan Marissa dan Amirul dari dukungannya. Dipimpinnya mereka berdua mendekati sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain tenteng di depan rumahnya. Ketika mereka mendekat, kanak-kanak itu spontan berhenti bermain. Mereka bertiga diperhatikan sambil berbisik-bisik sesama sendiri, menimbulkan rasa takut di hati Marissa. Dia meronta-ronta ingin lari dari situ. Johan terpaksa memujuknya.

Don’t scared, they are friends. Looks, they looks like you… small and friendly,” pujuknya.

“Hai, semua!” papanya menegur ramah.

Sekumpulan kanak-kanak itu tercengang-cengang, dalam takut-takut turut menyapa mereka berdua. Seorang dua kanak-kanak perempuan merapati si kakak, menariknya untuk bermain bersama-sama. Gadis kecil itu mengeraskan diri, tidak mahu berganjak dari papanya.

Awok… jange lah takut. Kito tok jahat…” kanak-kanak perempuan yang bertocang dua yang hampir sebayanya bersuara. Yang lain mengangguk-angguk.

Dialek Kelantan yang digunakan langsung tidak difahami Marissa. Dia terus menangis. Berbeza dengan si adiknya, dia tampak lebih tenang dan tidak takut untuk berkenalan dengan kanak-kanak lelaki sebayanya.

Sis, sie sind gut. Lassen Sie uns mit ihnen zu spielen, (kakak, mereka baik. Jom kita main dengan mereka)” si adik tiba-tiba bersuara, menarik kakaknya untuk bersama kanak-kanak lain.

Si kakak tidak menangis lagi. Wajah papanya dipandang, meminta kepastian. Setelah diiakan papanya, barulah tampak sedikit keyakinan di wajah gadis kecil itu. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukan papanya. Dalam takut-takut, dia memberanikan diri mendekati mereka semua.

Lega hati si ayah melihat anak-anaknya sudah mula bergaul dengan kanak-kanak lain. Dia tidak turut serta, sekadar memerhatikan dari jauh. Kelegaan itu bagaimanapun tidak lama. Anak gadisnya tiba-tiba berlari naik ke atas rumah semula, diekori adik kecilnya. Wajahnya beriak sedih. Cepat-cepat papanya mendapatkan mereka semula.

“Kenapa ni sayang?” soalnya cemas.

Why they don’t talk with us? I ask them, but they just quiet. Why papa? Are we too ugly or weird?”

Pertanyaan si anak membuatkan papanya berasa sesal. Kesal kerana tidak pernah mengajarkan mereka sepatah pun perkataan Melayu. Enam tahun membesar, tidak pernah sekalipun dia menggunakan bahasa ibundanya berkomunikasi dengan anak-anak. Sementelah dia terlalu sibuk dengan urusan kerja membuatkan masa untuk bersama anak-anak terbatas.

No! Its not about what you think but you should learn how to speak in Malay. So that you can get along with them,” pujuknya sambil memeluk mereka berdua.

But how can we learn that language in a second! It takes time, papa.” Keluh gadis kecil yang comel itu. Mulutnya yang merah merekah dan matanya yang bersinar

Don’t worry! I will teach you,” ujarnya.

Anak-anak kecil itu diam setelah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya. Ketawa girang kedua-dua anak kecil itu amat menggembirakan hati bapanya. Puji dan syukur segera dipanjatkan ke-hadrat ILAHI kerana anak-anak itu kembali gembira semula setelah melalu penderitaan yang panjang.

“Mok nok bawok anok-anok mu gi main pata buleh dok? Bele-bele mok nok gi ata kain batik ko bini tok wokil. Sie mok tengok demo nih dok kurong sokmo dale rumoh,” suara seorang ibu tua dalam loghat Kelantan pekat mengejutkan mereka bertiga.

Nek Tijah yang baru sahaja keluar dari dapur menghampiri mereka. Demi melihat neneknya, kedua-dua anak kecil itu segera mendapatkannya. Tubuh gempal Nek Tijah dipeluk erat.

“Errrr… come… errr.. come wih me meh… We errr.. go.. go.. ” terbelit-belit lidah wanita tua itu cuba berkomunikasi dengan cucu-cucunya.

Tunggang terbalik bahasa Inggeris yang digunakan olehnya. Sebutannya kedengaran keras dan sumbang, namun difahami oleh kedua-dua anak kecil itu apabila dia menarik lembut tangan putih mulus kedua-dua orang anak comel itu. Terus sahaja mereka berdua mengekori nenek dengan meninggalkan kedua-dua ibu bapanya yang sedang tersenyum gembira memandang mereka.

HILAI mereka berdua menyelusuri pantai nan indah terbentang luas di depan mata sedikit sebanyak menghilangkan kegusaran di hati ibu tua tersebut. Melihat cucu-cucunya gembira sedikit sebanyak turut menggembirakan hatinya. Pertama kali menyambut kedatangan anak itu kira-kira 3 bulan yang lalu, anak-anak itu kelihatan seperti ketakutan apabila didekati oleh orang lain, termasuk dirinya sendiri. Hanya ibu bapanya sahaja yang dapat menenangkan ketakutan dan tangisan mereka. Kini, mereka seolah-olah mendapat keyakinan diri untuk bergaul dengan orang lain. Cuma masalah komunikasi yang membuatkan mereka tidak mempunyai teman sehingga kini. Maklumlah, mana ada anak-anak kampung seusianya yang fasih berbahasa Inggeris.

“Hei, awak berdarahlah! Sini saya tarik kaca di kaki awak.”

Lamunan ibu tua itu terhenti demi mendengar suara cemas seorang kanak-kanak lelaki itu bertempik kuat. Luruh jantungnya seketika. Baru sekelip mata dia mengalihkan pandangannya daripada mengawasi cucu-cucunya yang sedang bermain di gigi pantai, musibah pula menimpa anak kecil itu. Kaki cucu perempuannya itu berdarah, mungkin tertusuk kaca yang dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab gamaknya. Cucu lelakinya kelihatan sudah menangis teresak-esak melihat si kakak sedang kesakitan.

“YA ALLAH! Cucu aku!”

Nek Tijah yang sememangnya mabuk darah hampir pengsan melihat darah yang begitu banyak keluar dari tumit kaki cucu perempuannya mulai panik. Terasa seriau tulang pinggulnya melihat darah merah merah menitis di pasir.

“Nenek jangan panik. Saya dah buang kaca tu. Err.. boleh hulurkan selendang nenek, untuk balut kaki dia supaya darah tak keluar lagi. Lepas ni kita bawa dia ke klinik. Nanti adik saya pergi panggil pemandu kami,” anak lelaki itu begitu tenang menghadapi situasi tersebut. Tanpa berlengah lagi, ibu tua itu cepat-cepat menghulurkan selendangnya.

Nek Tijah memerhatikan sahaja gerak geri anak lelaki itu membalut luka di kaki cucunya. Dia sendiri sudah pening-pening lalat, cuma digagahkan diri agar tidak rebah pengsan. Setelah selesai, Nek Tijah terus mengangkat cucunya untuk pulang.

“Nenek nak ke mana?” soal anak lelaki itu cemas.

Nek Tijah berpaling, “nenek nak balik, cu. Nak balik cuci luka dan sapukan ubat pada luka ni. Terima kasih banyak-banyak, cu,” ujarnya dalam loghat Kelantan pekat.

“Jangan nek, kita pergi klinik dulu. Bahaya kalau rawat sendiri. Nanti masuk kuman. Tu, pak cik dah datang. Jom, nek!” anak lelaki itu berkeras mendesak Nek Tijah agar ke klinik.

Nek Tijah serba salah. Anak lelaki itu terus menariknya. Nek Tijah terpaksa mengikutnya.

“CU, terima kasihlah sebab dah bantu cucu nenek. Kalau tak, tak tahulah nenek nak buat macam mana, terima kasih sebab hantar kami balik,” tidak putus-putus ucapan terima kasih yang keluar dari bibir ibu tua itu saat mereka bertiga selamat sampai di rumah setelah dihantar oleh anak lelaki yang telah membantunya.

“Sama-sama, nek.” Balasnya sambil tersenyum manis.

Thank you because you’re willing to help me. I’m really appreciate it. Can I hug you?” pertanyaan polos tersebut keluar dari bibir mungil cucunya. Tanpa menunggu jawapan, dia terus memeluk erat orang yang telah berbaik hati menolongnya sebelum mencium pipinya.

“YA ALLAH! Tak baik, cu!”

Nenek tua itu melarang keras. Namun bahasa yang digunakan tidak dapat difahami oleh anak kecil itu. Menyedari hakikat itu, cepat-cepat dia menarik tubuh anak kecil itu daripada terus memeluk anak lelaki yang telah menolongnya tadi.

“Errrrr.. Nonot…. good.”

Sambil mulutnya tergagap-gagap melarang anak itu, kepalanya digeleng-gelengkan sebagai isyarat melarang perbuatan cucunya. Walaupun anak itu masih kecil dan tidak memahami apa-apa, namun dia mahu mendidik cucunya soal halal atau haram dengan lebih awal agar tidak menjadi kebiasaan di kemudian hari.

Why, granny? I just want to say thank you to him,” soal anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu dengan aneh.

We are not mahram. So you can’t hug or kiss me like that. Did you understand?” pertanyaannya dibalas oleh anak lelaki itu. Lega Nek Tijah kerana anak lelaki itu boleh berbahasa Inggeris.

Not mahram? What’s that?” kali ini dia menyoal penuh minat.

Not mahram means somebody who do not have any blood relationship with you and you can marry with him. It is a sin when you hug and kiss me like that. I don’t know how to explain further, but you can ask your parents later to get the proper explaination.” Balasnya sambil tersenyum memandang gadis kecil itu.

Oh, if like that, I want to marry with you. So that I can hug and kiss you to say my thank you. You’re so kindhearted!”

Beria-ia dia bersuara memberi respon kepada jawapan tadi tanpa mengetahui pengertian sebenar kepada jawapan yang ditanyanya sebentar tadi. Tercengang Nek Tijah mendengar butir bicara cucunya bersama anak lelaki itu kerana langsung tidak memahami apa yang dibicarakan.

“Insya-ALLAH! God willing! Well, I have to go now. ” nak lelaki itu membalas sambil ketawa kerana terlalu lucu saat mendengar kata-kata gadis kecil itu.

“Nek, saya pergi dulu ya!” Ujarnya sambil menyalami nenek tua itu.

“Terima kasih sekali lagi.”

Nek Tijah mengucapkan terima kasih untuk kali terakhir sebelum mereka berpisah. Cepat-cepat dia mengendong cucu perempuannya dan memimpin cucu lelakinya sambil turun daripada kereta.

Anyway, thank you again. Nice to meet you! Err.. wait. This is for you, just for thank you,” dia menanggalkan gelang manik di tangannya lalu menghulurkan kepada teman barunya itu.

No need, friend! It just a simple help,”dia menolak.

No, you must take it. Please…” desaknya.

Anak lelaki itu serba salah. Dia memandang Nek Tijah. “Nek, cucu nenek nak kasi saya gelang dia. Saya tak nak. Saya lelaki, mana boleh pakai gelang,” ujarnya resah.

Nek Tijah tersengih menampakkan gigi rompongnya. “Tak pelah, cu. Ambillah simpam buat kenangan,” ujar Nek Tijah kemudiannya.

“Kalau macam tu baiklah,”

Gelang manik itu bertukar milik. “Thank you. Well, I have to go now. Again, terima kasih,” ucapnya sambil tersenyum manis.

Dia terus meminta diri. Hari sudah terlalu senja. Dia perlu pulang dengan segera. Malam ini mereka sekeluarga akan berangkat ke Kuala Lumpur. Kereta terus menderu pergi meninggalkan Nek Tijah dan cucu-cucunya. Mereka melambai-lambai sehinggalah kereta itu menghilang dari pandangan mata.

Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh CikSiti Amna Nazia