Home Novel Cinta Cinta! Come Back!
Cinta! Come Back!
Stars Juliet
2/2/2018 14:16:44
33,120
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 25

Sepanjang perjalanan ketempat kerja, Maisarah hanya menolehpemandangan disebalik cermin kereta. Tak ada semangat rasanya nak berbualdengan babah seperti selalu setelah apa yang dilaluinya semalam. Bayangkan sajadua kejadian yang tak dingini berlaku serentak. Tambahan pula kejadian takdisangka-sangka. Lelah otaknya nak menerima.

   Tuan Hasbul yangmemandu risau akan keadaan puterinya. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Naluriseorang ayah dapat mengagak ada sesuatu yang tak kena tapi dia kenal Maisarah.Anaknya ni seorang yang pemendam rasa. Dia boleh senyum walau jauh disudut hatidia sebenarnya terluka.

   “ Anak babah nibetul-betul dah sihat ke?”, teguran tuan Hasbul membuatnya terjaga.

  “ Ye bah.. Kenapatanya macam tu?”, jawabnya lembut.

  “ Sebab babah tengokmendung semacam je muka Mai tu”

  “ Mendung sebab Maitak pakai lipstick merah macam Dato Vida tu kot”, Maisarah sengaja berloyarburuk. Tertawa babah mendengarnya.

  “ No need to worryabout Mai, babah.. Mai okay..”, Maisarah cuba nak menenangkan hati babahnyatapi tuan punya badan tak okey. Semakin dekat dengan tempat kerja Maisarahsemakin gelisah dan resah. Macam mana dia nak berdepan dengan Zafriel nanti?Dahlah semalam dia marahkan Zafriel. Lepas tu Zafriel juga yang selamatkan diadari genggaman Qusyairy.

  Nak minta maaf ?Atau nak berterima kasih sekali lagi? Macam mana?

  Teringat lagisentuhan Zafriel kepipinya yang hangat itu.. Sentuhan yang menenangkan jiwanyayang kacau..  Aduhhh!! Kenapa dengan kauni, Maisarah?!

*****

“ Zafriel.” , tegur Husna yang berdiri depan meja Zafriel.

   Zafriel yang sudah kusyukmembuat report menghentikan kerjanya ketika namanya disebut.

  “ Yes? “

  “ You ni I tengokasyik kerja je~ Tak minat buat benda lain ke?”, ujar Husna dengan suara yangseperti ingin menggoda. Memang dia dah jatuh cinta pandang pertama pada Zafrieltapi jejaka itu sering menayangkan sikap dingin kepadanya. Nak berbual punpasal kerja je. Bosan!

  “ Ni kan tempatkerja so mestilah I buat kerja. Takkan I nak masak kat sini”, balas Zafrielseakan menyindir. Ini yang semakin membuatnya geram.

   “ I tahu laa.. Tapisekali sekala tu jomlah keluar makan dengan I. Nanti lunch I belanja you, nak?”

   Zafriel mempamerkanriak serius. Semakin berdebar hati Husna. “ Husna, I takde masa nak keluarlunch. Kalau nak cari teman, tu ajak kak Balqis. Dia kan selalu keluar dengangroups lain”, kata Zafriel dengan selamba.

  Hati Husna mendidih.Diikutkan hati ingin saja dia memberontak sekarang namun cepat-cepat disabarkandiri. Kawan sekerja yang lain sudah menasihati agar dia melupakan saja niat nakmenakluki hati Zafriel tapi dia tak boleh berbuat demikian. Apa yang pasti diaakan mencuba bermacam cara untuk mendapatkan Zafriel!

   “ Kasar sangat layou ni, Riel..”, suaranya dilunakkan. Mana lah tahu cair hati si Zafriel.

  “ Zafriel..”, lelakiitu membetulkan.

  “ Huh?”, tanya Husnatidak mengerti.

  “ Panggil I‘Zafriel’. I don’t like it when people tak sebut nama I betul-betul”

“ Huh! belagak!”, Husna mendengus geram. Dia kembaliketempat duduk disertakan dengan hentakkan kaki pada setiap langkah. Punggungnyadihenyakkan kekerusi. Sempat dia menjeling tajam pada Zafriel.

  Zafriel sedar tapitak mengendahkan. Sebenarnya dah awal dia dapat tahu dari rakan sekerja yanglain bahawa Husna menyimpan perasaan bukan sedikit untuknya tapi dia tidakberminat nak mendampingi wanita itu.

Pada darasnya Husna memang seorang yang cantik, bijak,berdikari dan jenis yang berani menyahut cabaran. Dia menghormati Husna danbatas hubungan hanya sekadar teman sekerja saja. Tak lebih dari itu. Tidakmenyangka pula ada pihak yang menyangka lebih.

  Apapun sedaya upayadia cuba mengawal tona suara biar tetap professional dan sopan walau hakikatnyadia betul-betul menyampah dengan perempuan ni.

   Satu keluhan kecildilepaskan. Tiba-tiba teringat cerita dalam diari ayah tentang Adelia. Mungkinsaja arwah ayah pernah merasai apa yang dirasakannya sekarang. Cinta ni bolehbuat orang siuman jadi tak siuman. Orang normal pun boleh jadi gila.

  Jika disebut tentangcinta, fikirannya melayang pada Maisarah. Peristiwa semalam betul-betul menusukkekalbu. Hatinya masih panas dek teringat lelaki yang menyerang gadis itu.Sebenarnya niat asal dia nak mengejar perempuan itu untuk meminta maaf sementaramenunggu Zafwan yang ketandas tapi setibanya dia disana lain pulakjadinya. 

Maisarah..

  Zafriel meraupwajahnya. Menyebut nama gadis itu pun dia sendiri tak mampu. Entah kenapa dialebih suka membahaskan Maisarah dengan panggilan ‘perempuan’.

  Dahinya diurut bagimeringankan resah yang bertandang dihati. Memang tak guna dia menafikan lagi.Dia sudah jatuh cinta pada perempuan tu. Dan dia yakin seyakin-yakinnya kalauMaisarah juga memiliki perasaan yang sama. Sinaran dimata Maisarah menjadisaksi. Sudah sedar kah gadis itu terhadap perasaannya sendiri?

 Atau masih nakmenafikan lagi? Atau masih keliru tentang perasaannya pada Zafwan?

   “ Kau cintakanabang aku ke, perempuan?” , soal hatinya lemah.

  Dia sedar detikperkenalan mereka tidaklah seindah disangka dan dia tidak begitu ‘gentleman’seperti Zafwan tapi dia tahu mata itu takkan terpedaya.

Wei perempuan gila! Apa kau dah buat kat aku ni ha? Aku dah jatuh suka kat kau lah! 
Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Stars Juliet