Home Novel Cinta Cinta! Come Back!
Cinta! Come Back!
Stars Juliet
2/2/2018 14:16:44
33,170
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

Tepat-tepat dibawah lampu ‘spotlight’ dia meletak kereta.Kepalanya dilentokkan sedikit kebelakang menghilangkan ketegangan.

  Iphone nya dicapai.“hurm.. Nak contact aunty ke tak?”, berbolak-balik hatinya. Baru je berkelakuanmelampau tadi. “ Tak pe lah. Esuk je aku minta maaf dengan diorang..” . iphonedimasukkan dalam poket seluar.

   “ What a day..”,nafas ditarik dalam-dalam. Perlahan-lahan tali keledar dilepaskan dan dia punberganjak turun dari kereta sport Honda NSX tu.

    Keadaan sepertimemihak pada dia kerana kompleks sukan tidak begitu dikunjungi ramai. Kalau adapun sekumpulan orang datang nak main futsal atau sukan yang lain didalam dewan.Senang sikit nak tenangkan hati. Dia sendiri tak tahu kenapa dia suka ketempat-tempat sukan untuk cool down. Selalunya orang cari masjid atau kafe.

    Tak apa lah.Baginya sini sudah cukup. Dulu kalau dia dilanda gelora mesti ada arwah ibuyang memujuk. Wanita itu bijak mengendalikan emosinya. Kalau arwah ayah diamalas nak cakap. Acapkali dia minta perhatian dari lelaki itu tapi bagai anginlalu saja. Tapi kalau abangnya, Zafwan ada masalah mesti arwah ayah lekasbertindak tanpa sebarang pertanyaan. Kadang-kadang dia rasa disisihkan ketikamelihat abangnya lebih diutamakan ayah.

   Mengapalah ayahmerasa jangkal dengannya dulu? Bagai ada jurang antara mereka. Dia akui adakalanya perasaan cemburu muncul melihat keakraban ayah dan Zafwan. Berbezasangat ke dia dan abangnya?

  Dia mengeluh untuksekian kalinya lalu memandang kereta Honda NSX milik arwah ayah. Senyumanmeleret dibibir. Kereta ni memang pas dengan citarasanya. Waktu Benjamin memberikereta ini, dia sedikit terkejut tapi bahagia bukan kepalang. Kenapa arwah ayahtidak pernah bercerita tentang kewujudan kereta ini? Bercerita? Ah! Lelaki tubukannya peduli sangat pun tentang dirinya.

Sebagai penggemar kereta, dia tahu bukan mudah untukmemiliki Honda NSX sekarang. Apatah lagi rekabentuknya dari tahun 1990-an.Namun masih ada yang sudi menawarkan harga tinggi demi memiliki kereta ini.

  “ Ayah ni ada-ada jelah. Sanggup dia simpan rahsia lama macam ni. Entah apa-apa orang tua tu.”,Zafriel menggeleng kepala. Dia berjalan dalam rentak ‘bulatan’ . Inginmemeriksa kereta arwah ayah. Segalanya masih bagus seakan baru. Benjamin memangpandai menjaga kereta ni.

   “ I wonder howspacious is the car hood”, dia nak memeriksa bonet kereta tu pula. Maklumbiasanya kereta sport ni, bonet dia tak lah luas sangat jika dibandingkandengan kereta biasa. Sebab tu kereta macam ni untuk orang nak bergaya je. 

   Tangannya sudah siap sedia nak membuka bonetkereta. “Bismillah”

   Huh?

   Ada satu kotakdisitu. Tak besar sangat hingga memakan ruang. Macam kotak simpan kaca tu je.

   “ What do you gothere old man?”, kotak tu ditarik dekat kearahnya. Perlahan-lahan dibuka. Hatimelonjak-lonjak ingin tahu isi kotak tu.

   Whoa~

  Terdapat foto albumlama, jacket lama mungkin dari London, dan satu buku berkulit leather warnacoklat gelap. Didepan buku tu ada bertulis huruf ‘SF’. Mungkin itu nama penaarwah ayah. Buku tu terlalu menarik perhatiannya. Diari ayah ke ni?

  Dia menyelak kulitbuku dan dilembaran pertama terdapat sekeping gambar seorang lelaki kacaklengkap berbaju sejuk duduk disatu bangku. Waktu gambar ini ditangkapsemestinya musim sejuk. Tempatnya di United Kingdom. Berkerut dahiZafriel.  Rambut lelaki itu mirip sekaliseperti rambutnya. Jangan kan rambut tapi hampir kesemuanya menyerupai Zafrieldan Zafwan.

   “Ayah..”, ya. Taksalah lagi. Lelaki dalam gambar ni adalah arwah ayah waktu muda dulu. Ini barupertama kali dia melihat versi muda ayahnya. Sepanjang kehidupannya, waktuditanya soal ini, ayahnya cuma acuh tak acuh je. Kenapa lah ayah menyembunyikantentang kehidupannya dulu?

Tangannya menyelak pada tulisan pertama.

 

10/08/1989

Ini kali pertama akumemiliki buku harian. Jangkal pulak rasanya. Tak tahu macam mana nak mula.Awalnya I really don’t get why people keep diaries. Bagiku membuang masa sajamencatat sesuatu and in the end nobody gives a damn. Namun aku letih. Letihdengan rintihan dihati tapi tiada yang memahami.

Tapi asalnya memangbegitu. Hidupku bagai tiada permulaan. Aku tidak pernah merasa bebas keranasegalanya sudah diatur oleh mummy dan daddy. Hidupku sudah sedia tercorak. Isaw my life as if I already lived in it. Sangkar emas yang diberi tak ubahbagaikan penjara. Kakiku digari. Aku tak boleh terbang.

 Semalam, abang Benji bergaduh besar denganmummy dan daddy because he refuse to marry the girl they pick for him. YaAllah. Aku rimas! Kenapa semuanya serba serbi diatur?Mereka sudah ambilsegala-galanya. Jiwa mahupun masa depan. What more do they want? Hidup macampatung bernyawa! Holy crap! Kami layak menentukan pasangan hidup kami! 

Aku masih menanticahaya supaya aku dapat melarikan diri dari kegelapan ni..

 

 Perasaan Zafrielbercampur baur lepas membaca kandungan muka surat pertama itu. Matanya terpejamrapat. Banyak lagi pertanyaan belum terjawab. Apa maksud ayah dengan kegelapan?Begitu teruk kah kehidupannya sehingga dia meronta-ronta ingin bebas daricengkaman ibu bapa?

  Dia tidak menyangkaayahnya pernah mengalami tekanan perasaan seperti ini. Selama ni lelaki tumurah dengan senyuman dan seorang yang peramah.

  “ Apa yang berlakusebenarnya?”, tanya hatinya. 

Sebenarnya Zafriel masih tetap ingin membaca isi diari itutapi ketika melihat kelibat kenderaan abangnya, cepat-cepat buku itu dimasukkan semula kedalam kotak. Bonet keretaditutup rapat. Entah kenapa berat hatinya mahu memberitahu Zafwan tentang apayang dijumpainya.

  “ Oldman.. You and I have an unfinished business..”

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Stars Juliet