Home Novel Cinta Cinta! Come Back!
Cinta! Come Back!
Stars Juliet
2/2/2018 14:16:44
33,113
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22

10/10/1989

Adelia ni memangbangsa tak faham ke atau sengaja tak faham? Aku dah bagitau dia balik-balikkalau kami kahwin pun, our marriage takkan bahagia. It can never work! Tapimakin aku cakap macam tu makin keras kepala dia. Its like she is obsessed withthis whole arranged marriage thing. Dia fikir dia boleh jadi Cinderella?

Insane! She follows meeverywhere and I’m extremely annoyed. Mummy pulak siap suruh dia tidur katrumah kami the other night. Abang Benji was not around so its official. Lengkappenderitaan aku untuk satu hari.

Aku dah tak tahanlagi. Aku kena keluar dari sini sebelum keadaan bertambah kronik. I had enoughof this bullshit!

Perempuan idaman akutu pulak. Dah seminggu aku tak nampak muka dia. Teruknya aku sebab angaukanseorang gadis yang namanya pun aku tak tahu.

Dimana kau sekarang niperempuan ku? Hanya kau je yang dapat selamatkan aku dari kacau bilau ni.

 

Tok! Tok! Tok!

  “ Aril! Buat apalama-lama kat dalam bilik tu?”, bebel Maryam disebalik pintu. Zafriel terjaga.Diari arwah ayah yang digenggam itu disimpan semula dalam laci meja sebelahranjangnya.

   “ Kejap auntie!Orang baru nak siap!”, sahut Zafriel kembali. Sebenarnya dia sudah lengkapberpakaian kemas cuma nak ambil masa sikit membaca isi hati ayah. Dapatdibayangkan  Adelia mencuba bermacam carauntuk menawan hati ayahnya tapi wanita itu dulu tidak menyedari seberapa kuatpun dia berusaha, hati dan perasaan tidak boleh dipaksa-paksa.

  Tiba-tiba saja adarasa simpati terhadap wanita itu. 

  “ Aril keluar cepat!Breakfast~”, kali ini suara Zafwan yang kedengaran. “ Yela~ Aril keluar!” ,malas nak memikirkan kesahihan cerita, Zafriel mengambil beg sandangnya dankeluar dari bilik.  

   Sampai saja didapur,bau pancake yang wangi buatan Maryam menusuk kehidung. Naik selera makannya.Dilihat Zafwan, auntie Maryam dan uncle Benjamin sudah duduk menikmati sarapanpagi sebelum bertolak ketempat kerja.

  “ Fuiiihhh~ sedapnyabauu. Ni yang Aril suka “, dia terus melabuhkan punggung dikerusi. Beberapahelai pancake diletakkan atas piring.

   “ Haa~ baru nampakbatang hidung dia. Penat kami tunggu”, kata Maryam yang menyalutkan jem padapancake nya.

  “ Hehe.. Maafauntie.  Aril ada buat kerja tadi”, kataZafriel sambil menyuap potongan pancake ke mulut.

  Benjamin meletakkangarfu dan pisaunya dan memandang Zafwan. “ So Wawan, Apa khabar Maisarah?”

  Pertanyaan Benjamin membuatkanZafriel menghentikan perbuatannya tatkala mendengar nama Maisarah disebut. “Kenapa uncle tanya macam tu kat abang?”, tanyanya.

  “ Sebab yesterday Wawanvisited her. “, terus berubah air muka Zafriel setelah mendengar perjelasanitu. Patutlah abang balik akhir semalam. Satu lagi perasaan aneh singgahdihati. Perasaan yang seakan kurang senang apabila mengetahui abangnya menemuiMaisarah.

  “ Maisarah Alhamdulillahsihat. Should be esuk dia dah boleh kerja”, kata Zafwan.

  “ Abang lawat diabuat apa?”, tanya Zafriel yang buat-buat ‘cool’ padahal hatinya terasa pedihyang teramat.

  “ Sebab abang kesiankandia. Waktu dia pengsan, lemah je abang tengok.”, kata Zafwan.

  “ Lawat sebab kesianke~ atau lawat sebab rindu..”, Maryam mengusik. Akibat usikkan tu wajah Zafwanpula yang merah padam.

   “ Lain macam je.Zafwan suka dia ke?”, teka Maryam walau jauh dalam sudut hati dia sudah tahujawapannya.

  “Mestilah suka,auntie. Takkan Wawan benci dia pulak..”

  “ Suka macam manatu? Suka ni ada peringkat..”, Maryam melirik mata pada Zafwan dan kenyitkanmata pada Benjamin.

  Zafwan hanyatersenyum.

Benjamin turut ketawa mendegarnya. Siapa sangka Zafwan yangpendiam ini sudah pandai merasai perasaan indah seperti itu. Bukan dia takfaham sebab waktu muda dulu pun dia pernah merasai hal yang sama ketika ingin‘tackle’ Maryam. Cinta itu indah tapi ia juga merumitkan. Zafriel yang taksemana-mana bangun dari tempat duduknya. Dia betul-betul tidak tahan nakmendengar usikkan berbisa itu.  “ Arilnak pergi mana? Kan masih awal ni..”, tanya Maryam lepas sisa tawa.

  “ Aril banyakkerja..”, setelah siap bersalaman, dia terus pergi. Dia tidak menyedari Zafwansedang meneliti setiap gelagatnya.

  Kereta Honda NSX itudipandu laju. Stering kereta digenggam erat bagai melepaskan geram yang tumbuhdihati. Kenangan yang terlebih manis dicipta bersama Maisarah bertayangandiotak hingga dia tak tahu bagaimana nak menghentikan dirinya sendiri darimemikirkannya. Tambahan lagi teringatkan peristiwa ciuman itu.

   Memang tidakdisengajakan tapi dia tahu hati takkan menipu. Walaupun layanan yang diberipada  Maisarah selama ini tak ubahseperti musuh tapi perasaan itu benar-benar nyata.

   Zafriel menggeleng-gelengkankepala. Cuba menafikan kenyataan yang tersedia ada.

   “ Mungkin semua nicuma mainan perasaan aku je kot. Tak mungkin aku jatuh suka kat dia..”, kataZafriel kononnya cuba meyakinkan diri. Yelah kan. Siapa tahu~

    Namun..

  Sanggup ke diamenerima hakikat kalau-kalau Maisarah lebih memilih Zafwan dari dia? Sanggup kedia menyaksikan gadis itu berdampingan dengan abangnya?

  Sanggup ???? 

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Stars Juliet