Home Novel Cinta Cinta! Come Back!
Cinta! Come Back!
Stars Juliet
2/2/2018 14:16:44
33,164
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

Keesokkan harinya Maisarah mengambil cuti kerana keadaannyayang masih kurang mengizinkan dia bekerja. Munjurlah supervisornya, Maslinda mengerti dan memberinya cuti dua hari.Gembira bukan kepalang gadis itu. Untuk pertama kali sepanjang dialampekerjaan, dia dapat tersenyum lebar. Selama ni dalam seminggu dia cuma dapatcuti sehari.

Bifa juga ada menghubungi. Bukan main bising kawannya yangseorang ni. Bertalu-talu soalan yang dianjurkan mengalahkan wartawan TV3. Macammana boleh pengsan lah, siapa yang tolong lah, tak patut pengsan sesukahatilah. Tapi akhirnya setelah reda pandai juga si Bifa tu suruh dia jaga diri danberjanji nak melawatnya esuk kerana kebetulan hari Bifa cuti dari kerja.Maisarah pun malas nak melayan kawannya ni. Mulut tu macam nenek tua hilanganak.

Kerana hari ni adalah hari Khamis, semua orang tak adadirumah. Mummy dan babah kerja, dan Kahfii sekolah. Hanya mereka berempat sajatinggal dirumah bungalow mewah ni. Kakak dan abang yang lain semua dahmendirikan rumah tangga. Berkumpul pun selalunya hujung minggu saja. Hanya diadan Kahfii saja harapan nak membisingkan rumah ni. Bayang kan saja nanti kalaudia dah kahwin dan Kahfii pula kemungkinan besar akan belajar diluar Negara.Rumah ni akan kembali sunyi. Mummy dan babah akan menjadi pengantin barusemula.

    Maisarah dudukdiruang tamu menikmati sarapan dan minuman Pulpy Orange. Akan tetapi kelezatansarapan itu kurang terasa ketika peristiwa semalam datang kesudut fikiran.

   Menggeletar seluruhbadan ketika menyedari hakikat yang ciuman pertamanya telah dicuri. Ciuman yangsepatutnya dihadiahkan untuk bakal suami telah diragut oleh Zafriel. Huh!Zafriel! Nama yang diketahui setelah sebulan bertikam lidah! Entah kuasa apayang membuatnya kalah dengan kehadiran lelaki itu. Penyiksaan melampau,kata-katanya pula begitu pedas sekali. Maisarah tak habis fikir, kenapa lahZafriel tak henti-henti membulinya?

  Berlainan denganZafwan. Dia sedar dia harus meminta maaf pada lelaki itu. Zafriel punya pasal,Zafwan pula jadi mangsa.

  “ Berani kau takeadvantage kat aku ye, Zafriel! Kau fikir aku ni apa? Takde maruah? ”, katanyayang tak menyedari air matanya turut gugur. Mengenang kembali ciuman itusemakin merobek-robek hatinya. Dirinya bagai ada dibawah kuasa lelaki itu.

  Kalau dia kuat danbenci sangat, kenapa dia sendiri tak mampu nak melindungi dirinya? Kenapa diamembiarkan saja?

  Maisarah menangisinasib diri. Cerita yang ditayang dikaca televisyen itu tidak mampu mencuriperhatiannya saat ini. 

 

*********

   “ Alhamdulillah syukurpada Allah, projek offshore yang kita handle berjaya. Client pun puas hatidengan commitment yang kita bagi. Shut down kali ini saya tengok proses nyalancar dari tahun yang sebelumnya. Syabas saya ucapkan padadepartment-department yang terlibat sepanjang projek ini dijalankan dan harapansaya dimasa akan datang agar kita semua, pekerja Benjamin Oil & Gas dapatmeningkatkan kualiti pekerjaan “ , ucapan itu diakhiri dengan tepukkan gemuruh.

Kemudian jamuan kecil-kecilan diadakan untuk menyambutpencapaian mereka semua.  Sebagai pemiliksyarikat, Benjamin cukup merasa bangga dengan pekerja-pekerjanya. Pernah satumasa dulu ada manusia yang kurang yakin dengan cita-citanya. Tapi sekarangtengok lah. Sudah jauh dia mengorak langkah. Dalam hati dia turut berdoa supayakejayaan yang diperolehi sekarang akan berpanjangan. Ucapan tahniah dan salamanyang diterima tidak putus-putus.

Dalam majlis keramaian itu, Zafwan sibuk dengan rakan-rakansekerja yang lain. Zafriel pula bercadang nak keluar dari bilik mesyuaratkerana fikirannya yang masih kacau akibat semalam. Dalam gelak ketawa dikirikanan, sedar tak sedar, ada seseorang yang berjalan menghampiri Zafriel.

  “Ehem~ Hai..”, tegursatu suara membuat Zafriel menoleh kebelakang.

  “ Err hai?”, sapaZafriel kembali. Nampak gayanya tak pernah dia nampak gadis itu.

  “ Awak Zafriel?”,tanya gadis itu. Dari atas sampai bawah nampaknya seorang yang ada kelas.Stylish sangat walau berhijab.

  “ Yeah..”, jawabnya.

  “ Alhamdulillah. Sosaya tak salah orang ni? Yang under HSE department tu abang awak, Zafwan,right?”, tekanya.

  “ That’s right..”,balas Zafriel.

  “ Saya Husna. Sayaakan berkerja under the same department dengan awak starting from tomorrow”,katanya dengan wajah yang dihiasi dengan senyuman.

   “ Okay. Nice tomeet you, Husna. I didn’t mean to be rude but I have to go now”, kata Zafrielyang hampir keluar. Sebetulnya dia malas nak memanjangkan cerita apatah lagibersosial.

  Wajah Maisarah yang masihbermain dikolam fikiran membuatkan fokusnya lari. Tambah lagi apabilamengetahui Maisarah cuti selama dua hari membuatkannya jadi tak tentu arah.

   “ Alright. Nice tomeet you too”, balas Husna. Gadis itu kemudian menyertai sekumpulan rakan-rakankerjanya. Dalam diam dia sedikit kecewa kerana pertemuannya dengan Zafriel agakhambar. Macam acuh tak acuh je lelaki tu.

  “ Tak apa.. There’salways be a better tomorrow”, dia memujuk sang hati.  

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Stars Juliet