Home Novel Cinta Cinta! Come Back!
Cinta! Come Back!
Stars Juliet
2/2/2018 14:16:44
33,159
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 24

“ Zafriel?”

  “ Aril?”

  Kata merekaserentak. Suasana diam seketika. Macam ada malaikat melintas. Zafriel dengandulang berisi makanannya masih berdiri tegak.

  “ I’m notINTERRUPTING something , am I?”, sengaja ditekan suara tatkala menyebut‘Interrupting’  tapi matanya tertumpupada Maisarah. Gadis itu melihat tempat lain. Gayanya seperti orang yang taktentu rasa.

  Zafwan pula macamorang yang kecewa kerana luahannya tak menjadi. Bukannya Zafriel tak tahu.Tanpa dipelawa dia terus mengambil tempat duduk sebelah Zafwan. Terbeliak mataMaisarah melihat reaksinya.

  “ Macam mana Ariltahu abang ada kat sini?” , tanya Zafwan. 

  “ Aik? Bunyi macamtak suka je Aril datang..”, Zafriel buat-buat nada menyindir.

  “ Bukan macam tu..It’s just that..”

  “ Auntie Maryam..Kan abang ada bagitau dia tadi. I was looking for you dirumah then auntie cakapabang pergi McDonald dengan perempuan ni. Coincidentally I’m craving for a MacCheeseburger so alang-alang Aril pergi sini lah”, jelasnya panjang lebarkemudian senyuman tak bersalah terukir diibibir.

  Dia tak sempat balikrumah pun sebenarnya! Memori tadi singgah keruang fikiran. Lucu pulak.

  Dalam perjalananbalik kerumah dia tak sabar nak membaringkan tubuhnya kekatil. Keadaan di highway tidak begitu sibuk memudahkan panduannya. Kelajuan pun sederhana saja.

  “ Auntie masak apaeh?” , dia mendapatkan iphone dari bag sandang lalu mendail nombor telefonrumah.

  “ Hello?”, suaraMaryam kedengaran.

  “ Hello auntie? Arilni”

  “ Ye sayang?Kenapa?”

  “ Auntie  masak malam ni? Kalau auntie tak masak Arilboleh beli kat gerai”, tanyanya. Kesian juga kalau Maryam tak masak. Semenjak  mak saudaranya itu menguruskan kedai buku,waktunya dirumah tidak  begitu banyak.Pulang pun selalu dalam keadaan letih.

  “ Aww.. Tak apa,Aril. Uncle Benjamin ada beli KFC take away. Lagipun abang kamu tu tak dinnersini” 

  “ Eh? Abang takbalik? Kenapa pulak?”, tanya Zafriel kehairanan. Pelik.   

  “ Orang nak gidating di McDonald~”, jawab Maryam seperti nada Mami Jarum.

 CIIIIITTTTT!!!!!!!!!!

   Brek ditekanmengejut. Bunyi hon memanjang dari belakang tidak dipedulikan. Zafriel terusmemberhentikan kereta Honda NSX itu ditepi jalan raya.

  Detakkan jantungnyasudah mula menggila.

  “ Aril! Apa tu?!Aril tak apa-apa ke?! Say something!”, suara Maryam berubah cemas dek terdengarbunyi besar kereta dihentikan.

  Segera Zafrielmenjawabnya. “ Ye auntie. Aril okay. Just ada kereta berhenti mengejut tadi. Bythe way, Abang kat McDonald kan? Aril pergi sana lah.”, dahinya diurutperlahan.

  “ You sure you’reokay? Tadi happy tapi now auntie dengar macam lemah je..”

  “ Yeah I’m fine. Ipromise I’m okay” , Zafriel cuba menstabilkan dirinya yang terkejut sejurussaja mengetahui tentang keberadaan abangnya.

  Terdengar Maryammenghembus nafas lega. “ Okay lah, Aril. Kirim salam kat Maisarah and janganbalik akhir sangat”

  “ Okay..”, taliankemudian dimatikan.

  Tubuhnya direhatkansekejap. “ Ya Allah.. What have I gotten myself into?”

  Perasaan itu datangbalik. Hatinya tidak sebulu dengan minda. Dia nak buat apa?

  “ Tak boleh jadini..”, Dia kembali membetulkan kedudukkan. Kereta kembali dipandu kejalan raya.Dia berpusing menggunakan U Turn. Destinasinya kini beralih dari rumah ke McDonald.

  Sampai saja disana,melalui cermin kereta dia mengintai mereka. Setelah memesan makanan, nampaksaja tindakkan abangnya yang seakan ingin meluahkan sesuatu, terus dia potongline. Dia tahu kelakuannya mungkin melampau tapi dia takut. Dia belum bersediauntuk semua ini.

  Betul ke abang jatuhcinta kat Maisarah tu?

********

   “ Abang, Aril lupaorder McFlurry lah. Boleh tolong orderkan tak? Malas nak turun..”

  “ Okay lah..”,Zafwan dengan berat hati bangkit dari duduknya. Kalau tak dituruti takut nantiadiknya tu salah sangka pulak.

  Maisarah masihbuat-buat ‘neutral’ walau hatinya berdetak lebih kuat dari tadi. Zafwan sudahpergi ketingkat bawah. Sekarang dia hanya ada bersama Zafriel. Perasaan yangingin mengeledak itu nak ditenangkan secepat mungkin. Kenapa perasaan inimuncul kalau ada Zafriel? Kenapa mesti Zafriel?

  Walau mengenakanpakaian kerja, lelaki itu tersangatlah kacaknya. Tak ketara dia seorang yangmemiliki perangai macam jin ifrit.

  “ Boleh tahanperformance kau, perempuan”, kata Zafriel dengan nada sinis.

  Maisarahmemandangnya. “ Apa maksud awak?” 

  “ Nampaknya kau dahberjaya goda abang aku..”

  “ Apa kes lagilelaki ni?”, keluh hatinya.

  Kata-kata itu bagaisimbahan asid! Pedih sekali rasanya. Maisarah cuba berlagak tenang. Matanyameliar melihat tangga. Dalam hati dia berdoa supaya Zafwan cepat naik. Taksanggup ditinggalkan sendiri dengan ular kepala lapan ni.

  “ Kenapa diam? Jadibetul lah kau nak goda dia? “ , sindir Zafriel lagi.

  “ Dia ni kan.. Rasanak kisar je mamat ni dalam blender. Dasar mulut takde insurance!”, getus hatiMaisarah.

  Melihat Maisarahtakde reaksi makin menaikkan kemarahan Zafriel. “ Kau ni bisu ke, perempuan??”, haaa~ perang dah nak meletus.

Gadis itu tidak tahan lagi. Terus dia pose gaya boss garang.“ For your information, Zafriel saya kesini cuma nak temankan abang awak makan.Kalau abang awak tak ajak, saya sendiri pun tak ingin nak pergi and awak jangantuduh saya sembarangan! Goda itu lah ini lah. Saya bukan perempuan murahan!”,Maisarah siap mengangkat telunjuknya.

  Zafriel berpeluktubuh. Telunjuk Maisarah dengan selamba dikuisnya. 

Gadis itu dah rasa nak meletup! Terus dia berdiri. “ Youknow what, saya nak balik. I came here to be with a friend in need and you justruined it!” , sebelum melangkah pergi, Maisarah mengeluarkan dompetnya danmenyerahkan tiga keping wang $100 pada Zafriel.

  “ Apa ni?”, tanyaZafriel.

  “ Pakai duit niuntuk bersihkan kasut awak yang saya muntahi hari tu! Kalau tak cukup bulandepan lagi saya bayar!”, tempelak Maisarah. Dia kemudian terus berlalu pergimeninggalkan Zafriel. Entah servis kasut macam apa lelaki tu nak buat. Lantaklah!

  Turun saja tangga,kelihatan Zafwan baru nak naik. Hairan dia melihat perempuan itu seperti dahbersiap nak pergi.

  “ Zafwan, saya pergidulu ye. Tiba-tiba je rasa tak sedap badan..”, katanya. Jauh dalam hatiMaisarah merasa bersalah teramat.

  “ Kenapa? Awak naksaya hantar pergi klinik?”

  “ Tak.. Tak payah.. “,cepat-cepat Maisarah menolak. Takut kantoi nanti yang dia nak lari dariZafriel.

  “ Awak boleh drivesendiri?”, tanya Zafwan lagi. Banyak tanya lelaki ni!

  “ Yeah don’t worry.I’ll call you once saya dah sampai rumah..”, Maisarah cuba berlagak tenang.

  Zafwan menganggukmengerti. Lelaki itu kelihatan hampa sikit.

  “ Next time lagikita hang out ye? Thanks for today.. Saya happy sangat..”, kata Maisarah.

  “ You are?”

  “ Iye cik Zafwan. “,balasnya. Selepas memberi salam, gadis itu terus berlalu.  Berlalu dengan merasa tak guna sangat-sangat.

   Keluar saja darirestoran itu, Maisarah melepaskan satu keluhan. Bukan niat dia nak kurang ajardan bersifat tak menghargai tapi kalau berperang mulut dengan Zafriel, hatinyamudah terasa. Jadi untuk menyelamatkan keadaan, biarlah dia yang pergi.

  Langkah diatur menujukekereta. Wajah Zafwan yang kecewa itu memenuhi ruang fikiran. Terutamakata-kata yang ingin diluahkan lelaki itu sebelum kemunculan Zafriel.  Genggaman lelaki itu yang kuat..

  “ Maafkan saya,Zafwan.. “ , tanpa disedari air matanya mengalir.

  Hampir saja diadengan kereta, tiba-tiba terasa ada yang menyentuh bahunya. Maisarah terusmemusingkan badan untuk mengetahui siapa gerangan yang berbuat demikian.

  Maisarah teraksima!

  “ Qusyairy?” , entahberapa lama wajah itu hilang dari pandangannya.

  Lelaki itutersenyum. Tak sangka Maisarah masih ingat dirinya. “ Ye sayang.. Ini aku.. “

Sekumpal perasaan marah dan benci terus menjalar kehatigadis itu apalagi peristiwa buruk itu kembali menghantui minda. Maisarah terusmenuju kembali kekereta. Tak ada masa nak melayan manusia durjana tu. Qusyairymengekorinya.

  “ Maisarah!” ,panggilannya tidak diendahkan.

  “ Pergi!”, jeritnya.

  “Woi!”, lengantangan Maisarah ditarik.

  “ Apa ni?! Lepaskanaku!” , gadis itu meronta-ronta.

  “ Aku text kau takjawab! Aku call kau tak angkat! Apa lagi aku kena buat untuk buat kau cintakanaku balik?!”, bentak Qusyairy.

  “ Hotak kau! Kau dahhilang akal ke?! Kita takde apa-apa lagi!”, genggaman Qusyairy bertambah eratmenyakitkan Maisarah.

   “ Hahahahah!”,lelaki melepaskan ketawa buasnya. “  Kaucakap takde apa-apa? Kau ni memang perempuan yang tak tahu diuntung! Tak cukupke apa yang aku bagi kat kau selama ni?!”

  Maisarah menangis. “Apa yang kau bagi kat aku selama ni hanyalah kekecewaan dan penipuan!Lepaskan!”

  “ Jangan mimpi akunak lepaskan kau! You’re mine sayang!”, kini bahu Maisarah pula jadi mangsa.Terjerit gadis itu kerana kesakitan. Qusyairy sudah seperti orang mabuk. Dia tak ada niat nak berkasar tapikata-kata Maisarah sekaligus reaksinya mengguris hati Qusyairy. Tak rela diadisingkirkan dari hidup gadis itu.

  BUUKKK!!!!

 Satu tumbukan hinggapke wajah Qusyairy hingga dia tersungkur . Tubuh Maisarah pula mendarat atasjalan. Gadis itu masih menangis teresak-esak sambil memeluk dirinya. Satu figurayang merupakan lelaki berdiri seakan melindungi Maisarah.

  “ Jangan sesekalikau sentuh dia lagi!!”, Maisarah terkejut. Suara tu..

  “ Kalau kau sentuhdia lagi, awas kau!”, amaran kedua kali dilemparkan pada Qusyairy yangterpinga-pinga. Wajah terasa perih. Ada rasa nak melawan tapi dia membatalkanniat ketika menyedari kedudukkan mereka tak jauh dari pondok sekuriti. Mukalelaki itu dan Maisarah dipandang bersilih ganti. Mungkin saja lelaki ini yangmendampingi gadis itu sekarang. Dia merasa tercabar!

‘Middle finger’ ditayangkan pada lelaki yang menyelamatkanMaisarah lalu dia melarikan diri dari mereka.

  “ Pengecut!” ,jeritnya.Hatinya tertanya-tanya siapa lelaki itu.

   Maisarah yang masihdengan sisa tangisan perlahan bangun berdiri. Dia menghampiri lelaki yangmenyelamatkannya.

   Ternyata memangbetul..

   Zafriel..

   Lelaki itumemandangnya. “ Perempuan, kau okay?” , tanyanya dengan berhati-hati.Senakal-nakal dia pun, tak rela dia melihat perempuan itu dikasari oleh sesiapaapatah lagi disakiti. Semua tu boleh membuatkannya naik angin!

  Maisarah denganlemah mengangguk. Air mata setia mengalir. Entah apa jadi padanya kalau Zafriel tidak datang tepat pada waktu.  Perasaan takut telah menyelubungi diri. SikapQusyairy tadi begitu menakutkan. Belum pernah dia melihat Qusyairy begituselama ini terutama ketika mereka putus dia bersikap selamba saja macam tidak peduliakan kehilangannya.

   Hati Maisarahkembali hancur berkecai. Kenapalah seseorang yang dibenci dan ingin dilupaidatang semula?

Zafriel tak semana-mana menghampiri Maisarah hingga berdiritepat depannya. Jari jemari diangkat lalu menghapus air mata itu. Maisarahtercengang. “ Sakit ke, perempuan?”, jari jemarinya yang pernah mengusap bibirkini menyentuh pipi Maisarah. Ada perasaan kuat menyerap masuk kenaluri.

  “ Tak.. I’m okay,Zafriel..”, Maisarah menurunkan tangan Zafriel tapi masih menggenggamnya. 

  “ Thank You.. Sayabalik dulu..” , katanya.

  “ Okay.. hati-hati..”, genggaman tangan mereka terlerai dan Maisarah pun pergi. Zafrielmengawasinya hingga kereta Maisarah ditelan kejauhan. Lindungi dia, Ya Allah..Janganlah KAU biarkan aku melihat air mata itu gugur lagi..

  Ini dah kali keduaaku selamatkan kau, perempuan.. 

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Stars Juliet