Home Novel Cinta Cinta! Come Back!
Cinta! Come Back!
Stars Juliet
2/2/2018 14:16:44
33,141
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

Pulp~ pulp~

  Kepala masihberdenyut kerana arus deras kekejutan fakta. Sekarang pula terasa ada yangmenyucuk pipinya.

  “ Maaa… babah..tolong Mai.. Ada hantu.. ” , tuturnya lemah. Maisarah sekuat upaya cubamengangkat tangan keudara tapi gravity seakan menggagalkan usaha. Dia tak bolehbergerak. Pandangannya pula gelap.

  “ Mummyyy!!!!Babaaahhh!!!! Burung kakak tua ni dah sedar!!!”

   Eh??!! Macam kenalsuara tu!

  “ Kahfii apajerit-jerit macam tu kat rumah orang,” , terdengar bunyi langkah kaki dan bauharuman menusuk kehidung. Memang tak salah lagi. Aroma minyak wangi mummy.

  “ Maisarah dahsedar?”, terdengar suara babah.

   “ Kahfii dengar diapanggil mummy dan babah tadi.. sekarang ni diam pulak”, kata Kahfii seakansebal dengan kakaknya. Ceh!

   Apa yang terjadipadaku? Ya Allah, ada kah aku kemalangan jalan raya atau masuk kelongkang danpengsan?

  Taaakkkk~ Takmungkin. Tadi aku makan sushi dengan kak Sofia. Lepas tu terjumpa dengan mamatberondong! Lepas tu ada Zorro, Cowboy dan hantu pengantin!

  Maisarah merasakurang enak tatkala teringat mimpi yang menakutkan itu. Tapi syukurlahkeluarganya sekarang disampingnya. Walaupun adiknya separuh gila.

  “ uncle, auntie,perempuan tu dah sedar ke?”

  Eh? Ke tu suaraa..

   “ Maisarah.. mummykat sini, sayang.. buka mata tu slowly..”, lembut suara mummy sambil mengurutlembut kepala putrinya.

  “ Mungkin diaperlukan ruang, encik Hasbul..”, kata suara lelaki yang cukup asing.

  “ Abang nak sayabasahkan tuala?”, satu lagi suara wanita yang tak dikenali. 

“ Ye , Maryam..”, jawab lelaki itu.

   “ Aku kat manasebenarnya ni? Hospital ke?”, tanya hatinya. Dia cuba menghidu udara tempat itu untuk mengenal pasti.

   Pelik.. Bau harumanbunga ros. Kalau hospital mesti aroma ubat-ubatan. Sesiapa pun boleh cam baunya.

  “ Uncle, Wawan adabawa panadol”, satu suara yang dikenali. Tapi kali ini tenang sikitdibandingkan dengan sorang tu.

   Terdengar bunyiseperti mangkuk ceramic diletakkan dimeja tidak jauh darinya.

   “ Takpe kak, biarsaya yang buat..”, suara wanita itu lagi. Lembut dan sopan je.

   Terasa basah dahi.Mungkin diletakkan tuala basah untuk mengurangkan panas dan pening. Air demiair menitik. Damai sekali.

  Maisarah betul-betulrasa dalam syurga. Tangan dan kakinya diurut. Rasa macam ada di spa. Kuat bauminyak panas. Maisarah tak berapa gemar bau macam tu. Berkerut-kerut kelopakmata. Hidungnya pula kembang kempis.

  “ Perempuan ni macampura-pura tidur je..” , suara yang menjengkelkan itu!!

  “ Aril.. Apa cakapmacam tu? Kan Maisarah sakit ni”, Benjamin menegur sikap lancang Zafriel.

  Kahfii ketawamendengarnya.

  “ Maafkan kami encikBenjamin.. Maryam.. kerana menyusahkan..”, kata mummy.

  “ Takde susah punkak.. Budak-budak ni memang haru sikit..”, kata Maryam. Matanya mengerling padaZafwan dan Zafriel. Zafwan hanya menjongket bahu. Zafriel pula tersengih macamkerang busuk. 

   “ Abang Wan, AbangAril, kakak ni memang macam ni. Pantang terkejut je pengsan. Sebab tu Kahfiipanggil dia ‘burung kakak tua’. Memang dah tua pun selalu pengsan”, hujahKahfii.

  Pecah ketawa Zafwandan Zafriel mendengarnya. Lupa mereka Maisarah yang masih terbaring.

   Dalam lemah, hatiMaisarah meletup. Rasanya ingin je dicincangnya adiknya yang bongsu tu!

   “ Aaa.. Err..”, itubunyi yang keluar dari mulut Maisarah membuatkan semua orang memandangnya.Benjamin, Maryam, tuan Hasbul (babah Maisarah), puan Salima (mummy Maisarah),Kahfii (adik Maisarah), Zafwan dan juga Zafriel. Ketujuh-tujuh merekamendekatinya. Lebih tepat mengerumuni Maisarah dalam bulatan.

    Tenaga yang hilangkini kembali sedikit demi sedikit. Seperti tuan puteri cantik yang bangun daritidur, Maisarah membuka matanya nan indah dan..

  “ AAAA!!!!!!!!!!!!”,jeritnya!

   “ AAAA!!!!!!!!!”,jerit ketujuh-tujuh mereka serentak. Kekejutan! Langkah dibelakangkan sikit.

  “ AAAA!!!!!!!!”,jerit Maisarah lagi. Dari terbaring dia terus duduk.

  “ AAAAAA!!!!!!!!!”,balas mereka lagi.

  “ AAAAA!!!!!!!!!!”,hai Maisarah~ 

   “ Woi! Senyap laperempuan!”, jerit Zafriel yang menutup telinga. Semua orang diam selepas itu.  Nasib la diam kalau tak pasti jiran fikir adamajlis karaoke Black Metal.

   Maisarah kemudianmenarik selimut dan menutup dadanya. Baru dia sedar tudung yang tadi menutupikepala sudah dilepas. Mummy yang melepaskannya barangkali. Dia merasa jangkal.Ini kali pertama orang lain melihat rambutnya.

   “ Macam mana sayaboleh ada kat sini?”, tanyanya kehairanan.

  Baru lah semua orangmenarik nafas lega.

  Mummy melabuhkanpunggung sebelah Maisarah. “ Mai pengsan tadi kat kedai Shinobu. Mereka berduani yang bawak Mai kesini..” , jelas mummy sambil menunjukkan jari pada sikembar. Zafriel dilihatnya sudah tersenyum sinis.

   “ Kita kat mana ni,mummy?”, tanyanya.

   Benjamin dan Maryammenghampiri hujung katil. “ Maisarah.. Nama uncle Benjamin and this is my wife,Maryam.. “, tutur Benjamin.

  “ Maisarah sekarangada kat rumah kami..”, kata Maryam dengan wajah yang dihiasi senyuman.

  Nak terkeluar bijimata Maisarah mendengar nama pemilik rumah ni. “ Benjamin?.. Benjamin as in theowner of Benjamin Oil & Gas SDN BHD? Tempat saya kerja?”, tekanyaberhati-hati.

  “ Haaa~ 10/10,perempuan!”, kata Zafriel. Sekali lagi Maisarah rasa macam nak pitam.Kalau-kalau rakan sekerjanya tahu pasal ni, lagi teruk dia kena dengan mereka.

  “ Uncle ni.. unclefor diorang dua?”, tanya Maisarah. Ingin memastikan.

  “Yes honey..”, kataBenjamin. Dia kemudian menarik lengan Zafwan dan Zafriel lalu memeluk bahumereka. Tambahnya, “ Kenalkan.. My twin nephews yang nakal dan pemalas ni.Sebelah kanan with specs, Zafwan dan sebelah kiri with perfect eyesight,Zafriel”. 

   “ Nice to meet you,Maisarah. Finally I know your name after sebulan facing your wonderful traits”,ada nada sindiran dalam salam perkenalan Zafwan walaupun dia berlagak tenang.

  “ It was not nicemeeting you, perempuan”, kata Zafriel tanpa berselindung. Straight to thepoint, okay!

  “ Ariiiillll..”, panjangsuara Maryam memanggil anak buah nya yang satu ni. Tanda amaran lah tu. Zafrieltidak mengendahkannya. 

  Maisarah bagai baruhabis dilempar bomb nuclear! Patutlah hidupnya bekerja tak pernah masuk akaldan serba serbi HARU BIRU ! Ternyata dia terkeliru dengan kembar siam! Dia taktahu menahu pun mereka ni sepasang kembar. Selama ni dia menganggap seoranglelaki yang handal berlakon cuba menghancurkan hidupnya.

Sekarang baru lah puzzle yang berkecai mula bertemu dengansempurna. Baru dia faham segala-galanya. Bermula dengan kasut, lepas tu minumanyang sering bertukar-tukar, baju yang tidak sama dan perubahan sikap yangtiba-tiba.

  “ You guys are socool”, kata Kahfii seakan mengagung-agungkan kembar siam tu. Menyampah Maisarahmendengarnya.

   “ Oh my god.. Itslike Devil May Cry. Sepasang kembar, seorang baik dan seorang jahat”,desis  hatinya. Cuma kali ini dia tidaktahu membezakan diantara mereka mana yang okay atau tak.

  Melihat keadaanMaisarah yang masih kekejutan dan blurr, Maryam menjadi kasihan padanya.

  “ Tuan Hasbul.. KakSalima and of course, Kahfii.. Maryam ada masak sikit. Jom kita makan..”,ajaknya.

  “ Eh tak apa,Maryam. Akak dan abang dah banyak menyusahkan korang semua..”, kata mummy.

  “ Ye betul tu.. Takpayah susah-susah..”, kata babah menolak pelawaan dengan sopan.

  “ Apa pulak susahnya, cik Hasbul. Kita mesti dah saling tolong menolong. Lagipun kesian Maisarahni..”, kata Benjamin.

  “ Ha’ah lah mummy,babah.. Kahfii lapar.. Plus I still wanna hang out with them”, jawapan Kahfiipulak belanggaran dengan mummy dan babah. Entah berapa punya tebal lah mukadia.

  Maisarah menjelingKahfii tapi biasalah.. Jelingan kakak selalu dibalas dengan jelir lidahnya.

   Akhirnya.. “Baiklah..”, jawab mereka serentak. Aduuhhh!!! Zafriel dilihat sudah tersenyumkemenangan.

  “ Maisarah rehatdulu kat sini ye..”, arah Maryam sebelum berangkat keluar dari bilik.

   Setelah yakin semuaorang dah keluar, Maisarah kembali membaringkan kepalanya pada bantal yangempuk itu. Empuk sangat! Mungkin saja bulu burung.  Sedar tak sedar dia tersenyum. Gembira dengannikmat yang sementara itu. Tilam pun selesa. Bilik ni pun cantik dengan dekorasimodern.

  “ Kalau lah bilikaku macam ni, hari-hari rasa happy je.. “, sedar tak sedar dia berulit-ulit katkatil king size. Bantal yang berada dekatnya diambil dan dipeluk.

  Otaknya cubamemproses memori-memori sebelum dia pengsan. Kejadian direstoran sushi itubenar-benar memalukan!

  “ Haih perempuan~seronok nampak~” , suara itu menghentikan lamunannya.

  “ Sibuk je”,Maisarah merasa sebal. Perasaan nikmat tadi hilang serta merta. Tiba-tiba jedia teringat mimpinya tadi. Tentang Zorro dan Cowboy.

   “ Kau mimpi apatadi, perempuan?” , tanya Zafriel.

  “ None of yourbusiness”, jawab Maisarah. Malas rasanya nak bertengkar dengan orang gila ni.

 Terkejut dia melihatZafriel yang berjalan mendekat ke katil. Dari atas kebawah dia memang kacak mengenakanseluar trek hitam dan t-shirt biru bertulis ‘Never Give Up’. Getaran dihatiMaisarah tolak ketepi. Macam mana boleh dia tak sedar lelaki itu masuk semulakebilik ni. Itu lah berangan je~

   “ Kau mimpikan akuke?”, tekaan Zafriel membuatkan Maisarah tak tentu rasa.

  Zafriel pula rasanak ketawa melihat ekspresi muka perempuan tu. Sebenarnya dia memberitahuMaryam dan Benjamin yang dia nak ke tandas tapi sebenarnya nak mengusik lagijadi dia curi-curi masuk sekejap. Dengan selamba dia duduk dekat Maisarah.Gadis itu menjadi takut dan beralih sikit ketengah-tengah katil. 

   “ Kenapa?”, tanyaZafriel yang tersenyum nakal.

  “ Awak janganmacam-macam dengan saya. Kalau awak buat perangai, saya jerit”, kata Maisarahdengan mempamerkan wajah serius nya. 

  Pandangan Zafrielpadanya terus berubah. Wajah kacak itu menjadi serius.

  “ ‘Macam-macam’ tumacam mana?” , tanyanya. Pura-pura buat perangai bendul.

  “ You know what Imean!”, tegas Maisarah.

  “ Apa?”, tanyanyalagi.

  “ Awak nifaham-faham lah. Macam dalam filem. Awak kan lelaki..”

  “ Apa kena mengenafilem dan jantina aku, perempuan?”

  “ Fifty Shades OfGrey!”, waaaa~ dalam banyak-banyak filem, kenapa tu yang terbit difikiran.

   Zafriel berlakonseakan seseorang yang berfikir panjang lalu menganggukkan sedikit kepalanya danmemandang Maisarah. Jantung gadis itu pula sudah berdegup kencang apatah lagiketika matanya bertemu dengan mata Zafriel yang berwarna coklat.

   Tanpa sebarangisyarat apa-apa, tubuh Zafriel merangkak dan menuju pada Maisarah. Gadis ituterkejut dengan apa yang disaksikannya. Rasa nak menjerit tapi tak dapat. Aduh!Mulut! Waktu-waktu macam ni jugaklah kau nak terkunci!

   Sekarang tubuhlelaki itu sudah berada betul-betul  atastubuh gadis itu. Hanya selimut yang menutup tubuh Maisarah yang menjadipenghalang.

   Wajah Zafrielmendekat kewajah Maisarah hingga bertemu muncung hidung. Mata mereka masihmenatap mata masing-masing.

   “ ‘macam-macam’like this?”, tanya Zafriel dengan suara bisikkannya.

  “ Awak jangan..”,jawab Maisarah dengan suaranya yang seperti orang yang tak boleh bernafas. Diasudah tidak mengerti. Kenapa dengan dirinya?

  “ Jerit lah..”, cabarZafriel masih dengan suara bisiknya. Ibu jarinya menyentuh bibir Maisarah.

   “Mumm..”, kata-katadan nafas Maisarah terhenti apabila bibir Zafriel menyentuh bibirnya. Lama.Tubuh Maisarah seperti terkena kejutan elektrik.

   WHAT THE HELL?!!!

   Segalanya terjadisecara tiba-tiba. Okay.. Musuhnya sendiri memberi. Eh tak! Mencuri ciumanpertamanya! 

   Walau tak menyentuhtapi dia dapat merasa kehangatan dari tubuh lelaki itu. Sama lah jugadengannya. Kalau diberi thermometer , pasti dah terlebih panas. Bahkan bolehpecah kot.

   Perlahan-lahanZafriel memisahkan bibirnya dari bibir lembut tu lalu bibirnya didekatkan padatelinga Maisarah yang masih kaku akibat tindakkannya diluar kewarasan.

   “ Perempuan..” ,tuturnya.

  Maisarah masih tidakbersuara.

   “ You owe me a bedsheet.. Hutang kau bertambah”, Maisarah terkejut lalu menolak dada Zafrielhingga lelaki itu jauh sikit darinya.

  “ Maksud awak?”,tanyanya dengan nafas yang tercungap-cungap dan wajah yang merah.

  Zafriel tersenyumlalu berkata, “ This is my bedroom, perempuan.. And you’re resting on mybed”. 

   Kata-kata lelakiitu membuatkannya teraksima.

  Gulp!

“ Ya Allah.. Habis lah aku..”, kejadian demi kejadianbersama lelaki itu menerpa diminda. Penderitaannya belum berkahir. HatiMaisarah merintih pedih.

 

**********************

   Malam itu hujanturun dengan lebat sekali. Buku yang dibaca ditutup semula kerana kehilanganfokus. Kepala disandarkan pada kusyen sofa.

  “ Zafriel, what haveyou done?”, jarinya melastik dahi. Fikirannya melayang pada kejadian tadi.Entah apa yang difikirkannya sehingga kejadian tu boleh berlaku?  Niat sebenarnya untuk mengusik namun taksangka pulak kejadian kali ini lebih dari mengusik.

   Bukankan apa yangdilakukannya ni semakin menerukkan keadaan?

  Ah! Dia betul-betulbuntu.

  Diari ayah yangdiletakkan dimeja sebelah katil itu dipandang lalu diambil. Tergerak hatinyanak membaca lagi.

 

28/09/1989

Ada apa dengan matatu?.. 

Kenapa hati akubergetar setiap kali bertentangan dengannya?

Minggu orientasi untukstudent Bruneian dah habis. Diikutkan aku patutnya rasa lega sekarang  sebab kerja aku makin kurang. Tapi hati akusedih sangat sebab tak dapat tengok mata tu lagi.

 Dia seorang junior. Kali pertama aku tengokdia, its like she put a spell on me. Aku tak boleh bernafas dan berfikir kalaudia tak ada.

  Apa yang telah kau buat kat aku duhaiperempuan?

  Kenapa kau jampi aku dengan pandangan kau tu?

  Kau bawa cahaya yang telah lama hilang darihidup aku..

  Waktu menemukan kita.. Waktu juga memisahkankita.. 

  My heart is aching and scared..

  Perempuan,  Kenapa lah susah sangat aku nak lupakan kau?

  Kau tak tahu ke setiap saat sejak kitaberjumpa, aku dah mula rindukan kau..

 

  Diari itu ditutupserta merta. Kilat sambung menyambung dilangit yang gelap. Episod kali inikelihatannya arwah ayah sudah mula mengenali arwah ibu dan jatuh cinta. Ini kahyang dinamakan cinta? Perasaan yang begitu asing pada Zafriel.

   Apakah sebenarnyayang mendorong dirinya bertindak macam tu? Getaran hati  masih kuat. Tapaktangan memegang dada. Detakkannya semakin kuat. Maisarah tadi tidak begitu berhiastapi entah kenapa wajah itu kelihatan cantik dimatanya.

  “ Ya Allah.. Am I..”, rasanya tak sanggup dia nak mengatakan kata-kata azimat tu. Tapi dia sudahtahu jawapannya.

  Ini dah parah..Sangat parah.. 

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Stars Juliet