Dalam kesesakkanlalu lintas jalan raya, kesempitan kerana ramainya manusia. Suasana kotametropolitan kelihatan begitu sibuk tak mengira masa dan hari. Semua makhlukyang hidup bernafaskan udara kota seakan lupa akan wujudnya waktu. Masing-masingdengan urusan tersendiri.
Dari bangunan tinggidisebalik kaca, jejaka itu memerhatikan gelagat mereka bagai nak mengobservasipergerakkan semut yang tak hentinya berkerja siang dan malam untuk mencarirezeki. Berhadapan dengan keadaan yang sedemikian membuatkannya merasa sesak.Tekanan yang ditanggung semakin menjadi-jadi. Berada ditempat sekarang bukanlahdatang dari kerelaannya.
Tanggungjawab yangharus dipikul atas desakkan keluarga memaksanya untuk terus berada disini.Menolong daddy menguruskan perniagaan walau minatnya lebih pada bidang senilukis.
Telefon yang daritadi sunyi kecuali datangnya SMS ringkas soal kerja dipandang bosan. Dari tadimenunggu si ‘dia’ membalas. Adakah si‘dia’ membalas? Diperiksa berkali-kali namun hampa. Satu tumbukan dilepaskankedinding. Perit ditangan tidak dapat menandingi rasa sakit dijiwa.
Kemarahan dankekecewaan bercampur baur. Dia sudah tidak tahan lagi diperlakukan begini.Adakalanya emosi dan perasaan membuatkan manusia bertindak diluar kewarasan.Dia sedar dia yang menghancurkan istana cinta yang dibina tapi semua orangberhak diberi peluang kedua.
Tanpa berfikirpanjang dia mendail nombor orang yang dapat diharapnya untuk memintapertolongan.
“ Hello?”, jawabsatu suara dibalik telefon.
“ Hello Mat. Qusyairy ni”
“ Oooo kau rupanya.Apahal call aku ni?”
“ Saya nak abangbuat satu ‘job’. Macam biasa..” , sebut je ‘macam biasa’, faham lah orang yangditelefon tu maksud Qusyairy.
“ Heh. Kalau yang tuboleh. Tapi kalau berat bunyinya, aku mintak triple payment”
Senyuman jahatmeleret dibibir Qusyairy. Memang dasar makan suap!
“ Relek je. Kitajumpa nanti dan bincang pasal ni. Lepas tu kau mintak je la berapa kau nakasalkan kerja beres!”
“ Kau jangan risau.Selama ni pernah ke aku kecewakan kau? Kerja aku smooth je. “ , memang selamaini Mat tidak pernah mengecewakannya.Suruh lah buat apa saja, dia boleh buat. Siap ‘bersihkan’ lagi tanpa ada kesansikit.
Kali ni aku takkanlepaskan kau, Maisarah!
*****
“ Saya, wakilpemilik kedai iaitu isteri tercinta, Maryam Binti Haji Ahmad Daud inginmengucapkan ribuan terima kasih atas semua tetamu yang hadir dimajlis kami yangserba sederhana ini. Sama-sama kita doakan agar kedai buku ni memberikanmanfaat dan ilmu pengetahuan yang luas bagi yang gemar membaca dan pencintabuku diluar sana. “
Setelah mengaminkandoa Benjamin, semua yang hadir bertepuk tangan.
Majlis pembukaan disertai doa selamat diadakan secarakecil-kecilan dikedai buku yang baru dan mewah itu. Saudara sebelah Maryamramai hadir untuk memeriahkan suasana begitu juga dengan beberapa orang jiranmereka. Ia untuk memberi berkah padapermulaan perniagaan kedai buku milik Maryam. Segala corak, reka bentuk kedaimengikuti citarasanya yang serba serbi ‘vintage’ .
Perhiasanbunga-bunga rose, rak buku antik menambahkan lagi keunikkannya. Tak sabarrasanya Maryam nak menyusun buku-buku diatas rak itu. Hatinya tersangatlahriang dan penuh kesyukuran.
Sebenarnya sudah lama dia menyuarakan ingin membuka kedaibuku dek hobinya yang suka membaca tetapi dulu keadaan keluarga kurangmengizinkan tambah lagi setelah Syazwan dan Nurul meninggal dunia. Benjaminsebetulnya lebih senang isterinya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa namuntidak dinafikan minat Maryam dalam bahan bacaan tak pernah surut. Sayang binipunya pasal, kena lah juga dia merelakan kedai buku itu dibuka. Lagipun kasihanjuga Maryam terperuk dirumah jika dia dan sikembar bekerja. Tiada yangmenemaninya.
Nama kedainya adalah‘Dream Bookstore’.
Sekarang setelahZafwan dan Zafriel sudah meningkatdewasa barulah senang sikit nak buka kedai.
“ Bagus sangat lahkamu ada bisnes sendiri, Yam. Umi doakan kamu ikut jejak langkah kakak kamu,Faina. Nak jugak umi tengok semua anak-anak umi berjaya”, kata puan Aisya yangjuga ibu kepada Maryam. Dia amat bangga dengan anaknya walaupun menceburibidang perniagaan dilewat usia 40-an.
Wanita itu hanyatersenyum mendengar kata-kata umi. “ Insya Allah Yam akan usahakan, umi. Kansemangat kuat umi tu diwariskan pada Maryam. Segala usaha Yam selama ni datangdari sokongan umi yang tak bertepi. “ , dahi umi dicium penuh kasih. Sungguhkasih sayang dan doa seorang ibu tiada gantinya.
Zafwan dan Zafrielmelihat adegan itu merasa begitu sebak sekali. Sangat terasa kehilangan kasihseseorang yang bergelar ‘ibu’ . Tidak dinafikan Maryam memberikan mereka kasihsayang yang selayaknya diberi dari seorang ibu tapi ibu kandung memang tiadaganti. Ketentuan Allah mesti diterima. Kasih mereka pada Maryam sebagai ibusaudara semakin menebal hari demi hari.
Benjamin sedar akanekspresi mereka terus memeluk bahu anak-anak buahnya. Memang dapat dirasakankelainan ‘aura’ ketika mereka melihat Maryam dan uminya. Mengalir kasih sayangseorang bapa saudara.
“ Ha~ ni cucu-cucunenek ni bila nak bawa bakal cucu menantu? Kalau boleh jangan lama-lamasangat”, umi beralih target pada Zafwan dan Zafriel pula. Masing-masing hanyatersenyum kekok.
“ Apa lah umi ni.Diorang ni baru je 20 tahun. Belum tahu sangat erti hidup”, kata Benjamindisambut Maryam dengan ketawa kecil.
“ Betul tu umi..Sabar.. Tunggu dalam 5 ke 6 tahun, ada lah tu “, Maryam mengenyitkan mata padasi kembar.
Zafriel yang nakalmenjawab, “ Relax nek~ Nanti kalau Aril dah ada calon, Aril nak bawa jumpanenek. Biar nenek pi interview dia” , semua orang disitu ketawa. Zafwanmerangkul leher adiknya. “ Bakal isteri Wawan pun sama ye, nek” .
“ Cepat-cepat lahkorang bersanding nanti ye cucu-cucu nenek. Sebelum nenek dijemput Allah nakjuga merasa bercicit”
“ Pulak dah~ umi nimakin jauh berangan”, bahu umi dipeluk Benjamin dan Maryam.
“ Alaa nek~ Kalaunak bercicit senang aje”, Zafriel dah mula dah~
“ Senang? Senangmacam mana tu?”., mata umi kelihatan bersinar bagai membuahkan harapan.
“ Nenek pelihara jeBurung Pipit. Confirm hari-hari dia bunyi ‘cit cit cit’”
Ha kan! Orang-orangdisana ketawa bagai nak rak mendengar loyar buruk Zafriel. Umi apa lagi,pinggang lelaki itu jadi mangsa cubitannya.
“ Nakal sungguhcucu nenek ni”, dia memicit pipi Zafriel seakan jejaka itu budak lelaki yangberumur 5 tahun. Zafriel sempoi je~ Zafwan hanya tergeleng-geleng melihatperangai adiknya.
“ Nakal pun neneksayang jugak, kan? “, tanya Zafriel mesra.
“ Mesti lahsayang~ Aril dan Wawan ni harta hatinenek “ungkapan orang tua itu dibalas dengan group hug. Benjamin dan isterinyatersenyum melihat adegan didepan mata. Siapa yang tak suka melihat insan-insantersayang bahagia, betul tak?
Tambah lagi umi nimemang rapat dengan sikembar sejak mereka lahir lagi. Walau Allah SWT tidakmengurniakan rezeki zuriat untuk anaknya, Maryam, umi redha.
“ Wawan dan Aril niconfirm ke tak nak ikut kereta?” , Tanya Benjamin selepas memeriksa keadaankedai.
“ Ye uncle itsfine. Kiraorang jalan kaki je. Lagipun rumah tak lah jauh sangat. Sepuluh minitmacam tu sampai”
“ Kalau camtu okaylah. Tapi hati-hati”, pesan Benjamin.
Serentak merekaberdua melangkah berjalan dengan gaya masing-masing. Nyatanya memang Zafrielamat berbeza berbanding Zafwan. Si abang dengan gaya matangnya, si adik pulakdengan perangai selamba.
Keadaan begitusunyi. Sesekali terdengar bunyi kereta melintas nak mencapai destinasi. Zafrielpula sibuk menendang batu-batu kecil. Gaya mereka berjalan macam orang nak buatmusic video pun ada.
“ Stress sangat ke,Aril?”, kata Zafwan memulakan bicara.
“ Tak pun. Penat jekot”, jawabnya bersahaja. Kadangkala Zafwan rimas dengan sifat Zafriel yangendah tak endah.
“ Okay spit it out”,dia tak tahan lagi.
“ Aboutt??”, buat-buatperangai tak faham lagi.
“ Abang tau Arilada rahsiakan something dari abang. Why don’t you just tell me?”
Zafriel menelan airliurnya. Bagitahu abangnya tentang hukuman tambahan pada seorang gadis barista?Gila! Nak kena belasah dengan uncle Benjamin. Silap-silap dia pula yang dikenatuduhan membuli. Atau bagitahu abang yang dia menemui diari arwah ayah yangselama ini menjadi rahsia hati lelaki tu selama bertahun-tahun?
Tidak! Tak nak!! Diabukan tak mahu bagitahu tapi belum bersedia lagi. Sebelum abang tahu dia nakmeneliti isi hati ayah yang disembunyikan selama ni. Inilah peluangnya untukmengenali ayah secara hati ke hati.
Abangnya ni seorangpemerhati. Dia perlu bijak memainkan peranan. Jangan sampai jejaka tu tahurahsia-rahsianya. Kalau ditunjukkansifat lemah takut hilang kredibiliti nanti.
“ Abang ni takhabis-habis. Memang takde apa-apa lah. Sejak bila pulak jadi inspector polisni?”
“ Fuyy~ Jangan marahencik Zafriel. Abang tanya je. Kalau misalnya ada share. Jangan simpansorang-sorang” , Zafwan menjelaskan niatnya.
Zafriel melepaskankeluhan. “ Okkaaayy big brother”
“ Keras betul hatikau ye, Aril”, hati Zafwan berbisik. Dia belum puas hati. Umpan belum kena.
“ By the way, 2days ago I found something yang kinda interesting”
“ Interesting? Apa?”, tanya Zafriel ingin tahu.
“ Waktu tu abang nakorder minuman then ada perempuan ni terus-terus serang abang. Mulut dia bisingjugak. Boleh tahan. Sama macam Aril. “, Zafwan melihat Zafriel membatu secaratiba-tiba seperti orang yang dimandihi ais. Wajahnya yang selamba taditerus-terus bagai muka orang lepasditinju. Hilang handsome nya bertukar jadi buntut kera.
“ errr.. “, Zafrielmenggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia perlu cari jalan untuk melepaskan diri!Sah gadis singa itu yang dimaksudkan abang! Terus terbayang wajah perempuan tutersenyum ‘evil’ padanya.
“ Kebetulan kotbang” , katanya dengan nada tenang. Langkah pertama.
“ Kebetulan? Diabagi abang minuman perisa Pure Double Chocolate. Lepas tu tuduh abang yangbukan-bukan “ , Zafwan baru nak isi peluru. Nampak gayanya misteri nakterungkai~
“ Tuduh abang apa?” ,Zafriel semakin tidak keruan.
“ Patut lah hari tuaku tunggu-tunggu minuman tak sampai. Rupanya singa tu bagi kat abang. Waduh!”,hatinya bermonolog. Permainan ciptaan kini menjadi senjata untuk memanahnya.
“ Dia kata abang nibelakon, menyusahkan dia, buli dia, macam-macam lah”, Zafwan mengurut dagunya yang bersih.Pura-pura belakon watak hairan.
Aduh! Cepat Aril!Cepat cari alasan! Otaknya mencari wayar untuk menyambung rancangan seterusnyadan TING!
“ Ceh abang ni macamtak kenal staff-staff kat company tu. Kita kan famous. Mana tahu diorang sajaje buat-buat belakon macam tu supaya dapat attention. Abang kan macho dah tentulah ramai yang nak pancing “ , haaa~ Langkah kedua nak main puji-pujidulu.
Zafwan apa lagi.Naik kembang hidungnya dipuji sebegitu. Walau dia bukan jenis perasan tapikalau ada orang puji siapa yang tak suka? Betul tak?
“ Handsome lah sangat”,kata Zafwan sambil membetulkan cermin matanya. Gayanya itu boleh membuatsesiapa saja cair.
Zafriel menahanketawa melihat Zafwan yang sudah perasan gitu. Setengah hatinya lega abang mulalupa dengan hal tadi. Dia pula menyusun strategi baru untuk mengenakanperempuan tu.
Dari jauh sudahnampak rumah mereka. Satu lagi idea bernas singgah keminda.
“ Lumba lari, jom!”,tanpa menunggu balasan Zafwan, Zafriel sudah pecut lari.
Zafwan pula tak mahukalah, dia mengejar Zafriel sampai kerumah. Nama je besar panjang tapi masihmacam budak-budak.
Malam itu dipenuhidengan gelak ketawa mereka. Terasa hubungan adik-beradik tu bertambah erat.