Home Novel Cinta Cinta! Come Back!
Cinta! Come Back!
Stars Juliet
2/2/2018 14:16:44
33,139
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

  Matahari hampirbangkit menunjukkan sinarnya. Manusia-manusia memang sudah bangun dari tiduruntuk berangkat kerja. ‘Kebanyakkan’ je. Bagi yang menganggur tu faham-fahamlah. Masih bebungkus dalam selimut tidur bedengkur. Malas rasanya nak bangun.

   Tok! Tok! Tok!

   Pintu ala-alavintage berwarna putih diketuk. Remaja lelaki yang baru berumur 15 tahun itumenunggu tanda-tanda bangun nya ‘makhluk’  dalam bilik ni. Kuping telinga didekat kepintuuntuk mendengar lebih jelas.

   Ah! Pintu itudiketuk lagi sekali. Namun keadaan masih sama. Masih sunyi sepi. Sebal rasanya!

   “ Gila betul kakakni. Pagi macam ni pun masih nak tidur lagi.”, katanya dengan nada geram. Dahlah dia nak cepat. Pakaian seragam sekolah pun terpasang kemas dibadan. Niatdatang awal nak jumpa awek hampir tak kesampaian dek nak bangunkan bini Tarzansedang beradu disebalik pintu.

 Kemudian dia bercekakpinggang. Dagu diusap-usap bak jutawan memikirkan strategi untuk menyelamatkansyarikatnya yang hampir muflis. Saluran system diotak berjalan lancar. Memangada agenda jahat singgah difikiran. Anak dara betuah ni harus diberi pelajaransikit.Senyuman ‘devil’ meleret dibibir.

  Tiba-tiba  teringat pembesar suara speaker TOA milikbabah (ayah) yang disimpan dekat stor. Tapi sebelum tu, tombol pintu dipulasperlahan-lahan. Ye lah nak buat kerja haram kena pastikan pintu tak bekunci.Kalau bekunci, hancur program. Pulas punya pulas dan yes! Tak bekunci!

   Terkinjat-kinjatdia bejalan menuju ke stor rumah yang tak jauh dari bilik kakak. Nasib baikbabah belum simpan pembesar suara tu. Speaker tu diambil. Dilihat kiri dankanan. Takut-takut kantoi nanti. Setelah memastikan line clear, dia kembalimenuju kebilik kakak. Terkekeh-kekeh dia ketawa membayangkan riak wajah kakaknanti. Mesti macam kuntilanak bangun tidur.

Sampai ke destinasi, dia membetulkan posisinya bagaikanseorang komandoaskar yang bakal melepaskan bom pada musuh. Pintu bilik dikuak.Aduhai~ bagaikan puteri duyung kakak beradu. Tergeleng-geleng kepalanya.

   Bersiap sedia untukmimpi ngeri.

   Kerangka speakerdidekatkan sikit pada telinga kakak. Tak berani nak dekat abis nanti jadi tulipulak.

“ ORANG TUA!!! WOI ORANG TUA!BANGUN!!!!”

   Telompat Maisarah.Sakit gegendang telinga mendengar suara jeritan adiknya bagaikan halilintarmemanah bumi. Berjuta bintang-bintang kepala bertempiaran. Orang sakit jiwa punboleh jadi sihat.

   Perasaan terkejut automatikbertukar menjadi marah. Hangus terbakar hatinya melihat Kahfi yangterlalak-lalak ketawa macam orang tak ingat dunia. Ketawa biasa tak apa tapi nidah terkeluar air mata.

   “KAHFIIIIIII!!!!!!! Berani kau!!!!!”. Melihat keadaan kakak, Kahfi tarus pecutlari keluar meloloskan diri. Maisarah mengejarnya.  Jeritan itu mengejutkan seisi rumah duatingkat. Teh panas yang dihirup babah, hampir tersembur dari mulut. Lip stickyang mama kenakan dibibir terus meleset ke pipi.

   “ Masya’Allah!Kenapa budak-budak tu bang?”

   “ Kejap yang, abangpergi tengok” ,Terus babah menyapu bibir dengan tisu. Budak bertuah dua orangni memang tak boleh duduk diam. Banyak-banyak enam orang anak nya, Maisarah danKahfi yang selalu haru punya. Habis riuh satu rumah.

Namun malang tak berbau. Baru babah nak bangun dari kerusi ,datang Kahfi yang berlari dan melompat agar tak tertangkap oleh Maisarah.Hilang kawalan nak berhenti, bagai  ‘slowmotion’, mama dan Maisarah memerhatikan tubuh Kahfi terlanggar tubuh babah.Dua-dua jatuh ke lantai. Kerusi yang diduduki babahpatah gara-gara tak laratnak menyokong berat dua manusia sekali gus.

   Segalanya terjadibegitu pantas. Mama dan Maisarah masih kaku diposisi asal.

   Akibat sesi langgaritu, lengan babah terseliuh. Kahfi yang parah. Dahinya luka akibat tergesel  lantai.

*****

   “ Aduhh.. Mamasakit la.. Boleh tak slow sikit?”, Kahfi mengadu sakit. Lengan mama digenggamagar mengurangkan rasa sakit nya. Hanya jelingan dihadiahkan untuk Kahfi.

   “ Itu lah! Nakallagi! Sampai dahi pun luka! Babah lambat pergi kerja hari ni sebab Kahfi tahutak?!”, mama dah menyinga. Maisarah yang berdiri sebelah mama menjelir lidahpada Kahfi.

   “ Padan muka. Nakbuli akak konon! Rasa kan akibatnya!”, sorak Maisarah dalam hati. Rasa macammenang loteri. Dia tersenyum kemenangan melihat Kahfi dimarahi  begitu. Selama ni dia saja yang kena batunya. Sekarang giliran Kahfi pula.

   “ Mama, kak Maibuat muka” , Kahfi belum mahu kalah dengan kakak.

   Cepat-cepat Maisarahmengubah ekspresi wajah  tika mamamengalihkan pandangan padanya.

   “Mai tak buatapa-apa la, mama” , tapak tangan terus diangkat keparas bahu.

   “ Kamu Mai! Anakdara apa macam ni? Pergi mandi! Macam hantu kak Limah mama tengok!”

   Maisarah menjuihkanbibir nya. Orang yang baru bangun tidur memang lah tak cantik.

  Sakit hati nya padaperbuatan Kahfi belum surut lagi. Banyak idea bernas nak di praktikkan nanti.Tunggu lah kau, Kahfi!

  “ Genggam bara api,biar sampai jadi arang”, peribahasa itu menjadi perangsang dalam diri Maisarah.Sampai macam tu sekali azam baru nya.

   Tiba saja dibiliktidur, terdengar bunyi ring tone iphone.

  “ Siapa pulak callpagi-pagi ni?”, omelnya.

  “ hello?”

  “ Haih? Lemah nyasuara kau, geng!”, ternyata Bifa, sahabat baiknya.

   “ Aku hampirmeninggal pagi ni tau!”

   “ Innalillah~ Siapayang meninggal? “ , tak faham statement si Bifa ni!

  “ WOI! AKU!” , Bifamenjauhkan telefon dari gegendang telinganya tatkala mendengar suara Maisarahmacam bomb atom.

   “ Sorry geng. Sorry”

  “ Ha? Apa kau nak?”

  “ Hehehe..” , loyarburuk is on.

  “ Apa ‘hehe’?”

   “ I have a surprisefor you..” , suara Bifa sengaja dilunakkan.

   Maisarah dudukdikatil. “ Tak payah nak bagi surprise. Adik aku dah cukup” 

 “ Kita jumpa kat Coffee Bean later, ek? “

  “ Hmm.. Okay lah” ,telefon terus ditutup. Dia  terusterbaring diatas katil. Ikutkan rasa hati dia masih mahu tidur tapi..

 “ Apa kes minah ni nak jumpa aku kat CB? “

   Dengan perasaanmalas dia bangun kembali dan menuju kebilik mandi. 

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Stars Juliet