Home Novel Cinta Cinta! Come Back!
Cinta! Come Back!
Stars Juliet
2/2/2018 14:16:44
33,177
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 27

Sepanjang perjalanan balik kerumah, wajah Maisarah hanya dihiasikesugulan. Dikereta dia dan Kahfi tak bergaduh seperti biasa. Tuan Hasbulmemberi isyarat mata pada puan Salima tapi isterinya tu pun tak tahu apa nakdikata. Dilihat Kahfi pun, anak lelaki mereka tu cuma membalas dengan jongketanbahu. 

  Dikamar tidur,Maisarah membalut dirinya dengan selimut dalam kegelapan. Biar keadaan bilikitu tahu akan perasaannya yang berceramuk saat itu. Bukan apa tapi dia taksangka hatinya boleh jadi sakit macam ni. Melihat Zafriel dengan perempuan lainmemberi impak yang hebat untuk hatinya.

  Bukankah dia bencilelaki itu? Bukankah lelaki itu seumpama mimpi ngeri yang berlarutan?

  Tapi mengapasekarang hatinya sakit? Hatinya merajuk minta dipujuk. 

  ********

  Diruang tamu rumahMaisarah, tuan Hasbul dan puan Salima berehat duduk disofa panjang manakalaKahfi sibuk bermain Playstation 4 nya.

  “ Kenapa lagi anakdara kita tu Sal?”

  “ Saya sendiri punkurang pasti bang.. Risau betul hati saya ni..”

  “ Awak dah cubacakap dengan dia?”, tanya si suami.

  “ Dah naik berbuihmulut saya cuba korek isi hati anak kita tu bang tapi tulah dia buat-buat happyje..”, puan Salima cukup bimbang akan puterinya. Lepas makan tadi Maisarahmemilih untuk terus mengurungkan diri dalam bilik. 

  Dari tadi Kahfi takdapat nak menumpukan sepenuh perhatian pada game nya. Asyik kalah je akibatpasang telinga. Dia juga perasan akan perubahan sikap Maisarah sejak pulangdari kerja. Segila-gila dia tapi jauh disudut hati Kahfi amat mengambil beratterhadap kakaknya. 

  Dia menutupPlaystation dan mengatur langkah ketingkat atas.

  “ Eh Kahfi? Kamu nakpergi mana tu?” , tegur tuan Hasbul.

  “ Nak belajar, bah~”

  “ Haaa~ Elok lahbelajar. Exam dah nak dekat”, puan Salima memberi semangat.

  Kahfi senyum sengetdan naik tangga. Sampai ketingkat atas dia terus menuju ke bilik tidurMaisarah.

  Belajar lah sangat!

  *******

  Tombol pintu dipulasperlahan. Ternaik bulu roma Kahfi tika menyedari bilik tidur itu gelap gelita.

  “ Mak aiihhh~ akakbuat apa dalam bilik ni? Ada majlis panggil hantu ke?”, bisik hatinya. Air liurditelan berkali-kali. Suis lampu siling sebelah pintu ditekan dan bilik itu puncerah semula. Kedengaran bunyi esakan tangis Maisarah. Kahfi rasa seram sejuktambahan lagi posisi baring itu macam baringan mayat.

“ Akak?”, panggil Kahfi.

  “ Apa?!”, tanyaMaisarah disebalik selimut.

  Kahfi melepaskankeluhan. Dia kemudian melangkah kesebelah kanan katil dan duduk dekat Maisarah.

  “ You wanna talkabout it?”, tanya Kahfi.

  “ Leave me alone..”,kata Maisarah.

  “ Kenapa lagi nikak? Mummy dan babah risau gila pasal akak. Kalau ada masalah cerita.  I think I’m capable enough to understand you.Dah 17 tahun kot~”

  Maisarah kurangselesa nak tunjuk muka dia kat Kahfi sekarang. Basah dengan air mata pulak tu.Nanti dia kena ketawakan lagi. Kadangkala dia memarahi dirinya. Mudah betul airmata mengalir hanya kerana lelaki. Lemah sangat ke dia ni? Naif ke?

Zaaapp!

  Kahfi menarikselimut Maisarah lalu dicampak nya dilantai. “Apa ni?!”, bentak Maisarah yangmenutup wajahnya.

  “ Akak, Kahfi tahuakak sedih but akak rasa tindakan akak macam ni dapat selesaikan masalah ke?Takde orang yang akan tahu and care kalau akak tak bagitau apa yang terjadi.Sayang lah diri tu sikit. Jangan sebab orang, diri kita sendiri hancur!”, tudia si Kahfi berkhutbah!

    Kata-kata adiknyasedikit sebanyak meninggalkan kesan dihati Maisarah. Perlahan dia menyusun posisiduduk. Jari jemari dialih dari wajah.

  “ God, kakak. Youlook horrible”

  “ Thanks. Girls lovehearing that”, kata Maisarah dengan sisa tangisnya.

  “ Akak cerita jelah. I don’t care how ridiculous it is” .

  Maisarah merasateragak-agak nak bercerita dengan adiknya ni. Boleh ke dia simpan rahsia?

Melihat keadaan kakaknya yang kurang yakin itu, Kahfimelepaskan apa yang berlegar difikiran. “ Lemme guess. Abang Zafriel?”, Kahfiberpeluk tubuh. Bulat terus mata Maisarah. Bantal peluk disisi terus dihempaspada Kahfi. Sambil bantal tu mengena di tubuh, sambil tu juga si Kahfimelepaskan ketawa macam orang tak ingat dunia. Mana tak nya sampai nak berairmata tu ketawakan kakaknya.

   “ Kahfi ni sama jela macam jin ifrit tu!” , Maisarah mencebik geram. Adiknya ni bukan nak tolongselesaikan masalah. Tolong gelak adelah.

  Kahfi cubamenurunkan suhu ketawanya walau diikutkan hati masih nak meletus tawa. “Heheakak ni. Kahfi memang dah agak dah. Memang akak dengan abang Zafriel tu takboleh ngam punya”

  Maisarah memelukkembali bantal peluknya. “ Tak guna betul lah lelaki tu. Tak pernah fahamperasaan perempuan. Tahu dia nak sakitkan hati akak je” 

  Kahfi duduk bersilaseperti tok bomoh dah sedia baca jampi.

  “ Kakak ku.. This iswhat you have to learn about boys. Lesson number 1, Kami memang tak fahamperasaan perempuan, okey? “

  Maisarah menjelingpada Kahfi. “ Tapi babah tu faham je”

  Kahfi tepuk dahi. YaAllah~ Kakak ni~, “ Babah tu dah ada naluri seorang ayah. Once lelaki dah jadiseorang ayah yang bertauliah, cara kami pandang dunia ni terus berubah, kak.Sama lah macam perempuan. Once dah jadi ibu, banyak benda berubah. Cuma cara naktangani tu je lain”. Bersungguh-sungguh dia menjelaskan.

  “ Kenapa Zafriel tulayan akak macam musuh je? Macam suka sindir-sindir akak. Suka cakap somethingyang naikkan angin akak. Tak boleh tengok akak duduk diam. Nak bekawan pun taksudi, ada kadang-kadang tuduh akak yang bukan-bukan..”

  Mendengar kata-kataitu satu per satu, Kahfi hanya tersenyum. Tahulah dia apa sebenarnya yangterjadi dan apa maksud disebalik semua persengketaan ini.

   “ Lesson number 2,akak..”

  “ Apa?”

  “ Kami suka caripasal dengan perempuan yang kami suka..”

  Maisarah merasakehangatan diwajahnya. “ Maksud Kahfi apa?”

  Kahfi menghembuskannafas. “ Lelaki ni lain, kak. Abang Zafriel ni spesis dia lebih kurang samamacam Kahfi. Kami ni kaki pengacau. Datang lah beribu perempuan cantikmengalahkan Miss Universe pun, kalau hati kami dah terpaut pada yang satu, kaminak that one girl je. The one yang dah curi hati kami”

  Kali ni Maisarahcekak pinggang. “ Kahfi, secara logic lah. Kalau pun dia suka akak tapi akakrasa hati dia tu dah mati. Cara dia becakap tu macam orang yang takde perasaanlangsung!”

  “ Mungkin tu caradia nak tarik perhatian akak. Kita mana boleh baca hati manusia” 

  “ Macam mana caraKahfi pikat awek?”, Maisarah ingin tahu.

  “ Fuh akak~ Kahfidapatkan Farah tu tak senang tau. Tepaksa main perang-perang dulu baru dapat” ,ujar Kahfi. Farah adalah buah hati Kahfi yang satu sekolah dengannya. Sudah 5tahun mereka couple.

  “ Perang-perang?”,Maisarah buat muka blur dia.

  “ Ha’ah. Dulu Kahfinak bekawan dengan Farah tapi dia sok-sok jual mahal. Siap layan Kahfi ni macamangin. Sebab tu Kahfi ubah strategi untuk dapatkan perhatian dia. Kahfi bawak diagaduh, perang apa semua. Then akhirnya mengaku jugak dia cintakan Kahfi. Sampailah sekarang..” , Kahfi tersenyum nipis mengenang kembali usahanya mendapatkanFarah.

  Maisarah senyummengejek. Hilang rasa sedihnya. Walau kerap bergaduh dengan Kahfi tapi kalaubab cerita macam ni adiknya memang best. Memahaminya dan tahu apa nak dikata.

  “ Akak macam manapulak?”

  “ Macam mana apa?”

  “ Ye lah.. Akak sukaabang Zafriel ke? Atau abang Zafwan?”

   Sebut je namaZafwan, perasaan marahnya reda. Jarang sangat lelaki itu muncul dalam fikiran.Hari ini saja dia tak nampak kelibat Zafwan. Dia sedar dia berhutang denganlelaki itu. Seorang yang begitu sopan dan baik hati dengannya. Dia pulamembalas dengan meninggalkan lelaki itu direstoran. Betul-betul macam orangyang tak tahu diuntung betul. Kejam sangat ke dia?

  “ Haaa confuse lahtu..”, usik Kahfi.

  “ Takde lah!”

  “ Perempuan kalaudah malu~”

  “ Diam lah!”

  “ Jangan lah marahkak. Tak salah kan Kahfi tanya”, kening Kahfi naik turun naik turun.

   Bibir Maisarah dahmuncung.

  “ Jangan muncungsangat bibir tu. Nanti Kahfi telefon abang Zafriel suruh cium”

  Makin hangat lagisuhu badan Maisarah mendengar usikan power adiknya. Kalau lah Kahfi tahu bibirkakaknya ini pernah disentuh oleh bibir Jin Ifrit tu apa agaknya dia kata.

  “ Daripada akak ciumdia, lebih baik akak cium mangkuk tandas!”

  Kahfi pura-pura buataksi macam orang nak termuntah. Kakaknya ni mungkin dah tergoda dengan mangkuktandas. Wayar diotak tu ada salah pasang kot~

  “ Buat muka! Buatmuka! Sama gak macam jin ifrit tu”, tempelak Maisarah.

  “ Akak.. AbangZafriel tu sebenarnya baik. Kahfi tengok dia layan mummy, babah sampaikan Kahfisendiri dengan sopan. He’s a great guy to hang out with. Tapi bila dengan akakmacam tasik tenang jadi ombak kencang. Asyik gaduh je”

  “ Baik lah sangat”,Maisarah melayan rajuknya.

  “ Betul kak.. Nantikakak tengok lah sendiri. Malas Kahfi nak explain lagi. Yang penting kalaukorang dua kahwin, rumah tu mesti dekat ngan hospital”

  “ Kenapa pulak?”, tanya Maisarah kehairanan.

  “ Apa tak nya. Kalaumasing-masing taknak mengalah, seorang silat, seorang tae kwan do, senang jepergi hospital. Mana lah tahu tulang retak lepas perang”

  Maisarah cubit-cubittubuh Kahfi hingga adiknya mengeliat. Macam-macam aksi Kahfi buat untukmengelak cubitan berbisa itu.

  “Dah lah pergikeluar!”, Maisarah mendengus geram.

  “ Sakit la akak ni.Apa lah nasib abang Zafriel nanti”, Kahfi mengusap kulitnya yang sudah merahakibat cubitan berbisa Maisarah. Dia segera keluar dari bilik itu.

  Padan muka! 

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Stars Juliet