Home Novel Cinta Unforgettable Love
Unforgettable Love
Mastura Abdullah
19/6/2020 15:23:20
38,507
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

MATANYA tajam menikam kenderaan di depan. Ke mana saja kereta itu pergi,dia mengikut. Beberapa kali dia berusaha merapati namun kereta itu terus memecut seperti tahu yang mereka sedang diekori.

Hud nekad! Malam itu dia akan menyelesaikan segala hutang yang tertunggak. Jawapan kepada persoalan yang selama ini menghantui dirinya akan terjawab dengan apacara sekalipun. Biarpun darah terpaksa ditumpahkan.

“Kau tak takut, Hud?” tanya Zain di sebelahnya.

“Takutapa? Mati?” soal Hud kembali. Bunyinya kedengaran kasar dan angkuh, seolah-olahdia sudah bersedia dengan dunia selepas mati.

“Kalaumati tu mudah...”

“Aku dahlama mati, Zain. Kau saja yang lupa,” balas Hud garang lantas menekan pedalminyak.

Berdesing telinga Zain menangkap bunyi geseran tayar.Hud seperti ingin menyatakan yang dia sudah bersedia berdepan dengan ajalnya. Matanya menyorot ke arah jarum rpm yang terbentang di depan mata. Fuh! Terasa peluh menitis dari celah-celah rambut walaupun pendingin hawa kereta sahabatnya itu masih berfungsi dengan baik.

“Mana dia nak pergi? Dia ingat dia boleh lari?” rungut Hud, cuba menyaingi Nissan Skyline berwarna silver yang dipandu laju itu.

“Eh...Hud! Slow down!” Baru sahaja Zai nmemberi amaran, kereta yang dipandu Hud melanggar seseorang yang tiba-tiba melintas  di hadapan mereka.

Bang!Bunyi yang sungguh kuat menyapa telinga mereka. Hud terkedu lantas kakinya terus menekan pedal brek dengan sepenuh tenaga. Tangannya turut bergerak pantas menurunkan gear ke petak Neutral. Nissan Skyline yang dikejar sudah hilang bayang. Yang ada hanya tubuh seorang wanita berguling turun dari bumbung kereta.

Hud dan Zain saling berpandangan.

“Cari nahas sungguh!” ulas Zain sepatah.

Dia terlebih dahulu menolak daun pintu, diikuti Hud. Namun Hud bukannya hendak melihat apa yang berlaku terhadap wanita yang dilanggarnya sebaliknya deras berjalan ke hadapan, mencari sesuatu yang terlepas daripada pandangan. Dia hanya kembali apabila dipanggil Zain.

“Lupakan dulu apa yang kau kejar. Ini dulu yang kita kena selesaikan,” luah Zain bernada kecewa.

“Aku telefon ambulans,” balas Hud, lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Kau biarbetul? Masih nak telefon ambulans? Darah keluar banyak ni!”

“Habis,kau nak suruh aku buat apa?”

“Hantar ke hospitallah, bhai! Cuba jadi manusia bertanggungjawab sikit!” Zain meluahkan rasa yang berbuku.

Mata Hud mencerlung ke arah Zain. Keningnya berkerutseperti masih berfikir apa yang perlu dibuat.

“Kau tak nak buat, biar aku yang buat! Tepi!” marah Zain lantas mengangkat tubuh yang dipenuhi darah itu masuk ke dalam kereta.

“Aku bawak atau kau bawak?” tanya Zain.

Hud diam membisu. Hatinya masih tidak merelakan hal itu kerana masih ada yang mengganggu fikirannya ketika itu. Nissan Skyline silver! Dalam diam membeku,rupa-rupanya Zain telah beralih ke tempat duduk pemandu. Dia hanya kembali kedunia nyata ketika enjin kereta mengaum seperti mengajaknya pergi.

“Kau masih nak tercegat kat situ?” soal Zain, berdiri kembali di sisi keretanya.

“Zain!”

“Tolong dengar cakap aku sekali.Kita selesaikan hal ni, lepas tu aku janji akan tolong kau buru manusia keparat tu hingga kelubang cacing. Percayalah, satu hari nanti dia orang akan tersungkur di kaki kau!”

Hud mendengus kasar. Dia masuk ke dalam kereta tanpa sepatah kata, meninggalkan Zain terkontang-kanting mengendalikan mangsa langgar lari itu. Sekelumit rasa bersalah pun tidak berjaya menjentik hati dan kemanusiaan Hud. Hatinya keras seperti batu sejak terpaksa hidup sebatang kara tujuh tahun lalu.

Sebaik terdengar pintu kereta ditutup, dia terus memecut kereta menghala ke pusat bandar sambil mencari hospital berhampiran. Emosi terganggu apabila bau hanyir darah mula menusuk ke dalam hidung masing-masing.

“Cuba kaucheck nadi, kut budak tu dah mati,” kata Hud cuba memecah suasana tegang di dalam kereta.

“Kalau dia mati, kau nak buat apa? Masuk jel?” soalZain bengang.

Entah mengapa Hud tidak ada rasa simpati kepada wanita yang dilanggarnya. Padahal dia juga puncanya.

“Boleh...asalkan pembunuh keluarga aku tu mati kena cincang. Aku sanggup serah diri kepada polis lepas tu.”

“Bodoh!Cakap macam orang tak ada iman,”  bidasZain.

“Terpulang apa kau nak kata. Aku hidup dan masihbertahan sampai hari ni sebab dendam aku aje, Zain. Sepatutnya aku habiskan aje riwayat hidup pembunuh keluarga aku tu tadi, tapi disebabkan perempuan bodoh ni lintas jalan tengah malam-malam buta, musnah semuanya!” maki Hud, tidak puashati.

Ta kisahlah sama ada perempuan itu pengsan, mati atau separuh dengar.Yang Hud tahu perempuan di dalam keretanya sekarang sangat membebankan dan membawa petaka dalam hidupnya hari itu.

“Kau masih nak salahkan orang lain?”

“Kau tutup mulut kau. Aku tutup mulut aku. Tak ada siapa akan sakit hati malam ni.”

“Kau takkan berhenti sakit hati dengan aku malam ni sebab kau ada satu lagi tugasan penting.”

Pantas Hud mengalih sorotan matanya ke arah Zain.

Report kes ni pada polis,” sambung Zain.

Never in my life kecuali aku dah cincang pembunuh keluarga aku.”

“Kau ta kbuat, aku akan buat. Kau pilih satu.”

 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.