Home Novel Cinta Osaka, With Love
Osaka, With Love
Mastura Abdullah
14/9/2018 08:44:39
79,989
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

AIR mata Umairah tak putus-putus mengalir sebaik disahkan bergelar sebagai isteri kepada Dayyan sedangkan lelaki itu tenang saja memandu kereta entah menghala ke mana sebaik urusan akad nikah mereka selesai dua jam yang lalu.

Baru Umairah sedar, betapa mudahnya mendirikan rumah tangga di luar negara. Cukup syaratnya, ada pengantin lelaki dan pengantin perempuan, ada saksi dan wali hakim, urusan akad nikah berjalan dengan lancar.

“Honey, you nak menangis sampai bila? You jadi isteri I aje pun.You tak rugi apa-apa.”

“I benci you, Dayyan. Even I jadi isteri you pun, I benci you sampai mati,” kutuk Nadyne Umairah, sakit hati melihat senyuman suaminya itu.

Suami? Ah, dia boleh gah dengan status suami kerana telah memaksa aku untuk menjadi isterinya. Sedangkan aku,tiada sekelumit pun rasa cinta untuknya, sayang jauh sekali. Kutuk Nadyne Umairah lagi, kali ini bersambung dalam hatinya pula.

“You dah jadi isteri I…tak berdosakan I sentuh you?” tanyaDayyan, tersengih tetapi menyakitkan hati pada Umairah.

Dia cuba membelai rambut Umairah, sedang tangan sebelah lagi kekal di stereng kereta. Umairah yang kelemasan dan masih marah protes lalu menepis tangan lelaki itu. Apa dia ingat aku akan menyerah diri dengan mudah?

“You memang jijik, Dayyan. Tergamak you paksa I jadi isteri you.”

“I lagi jijik kalau you tak mahu jadi isteri I. Tapi I tahu, you cukup bijak untuk buat keputusan yang tepat. Actually, you sendiri yang setuju untuk jadi isteri I. I tak paksa you pun.”

Kali ini Umairah rasa hendak menampar saja muka lelaki itu. Setelah apa yang dilakukannya dalam tempoh dua jam lepas, dia telah melupakan perbuatannya dan berdalih pula.

“You memang gila dan pentingkan diri. Orang macam you memang tak boleh dipercayai!”

“Katalah apa saja. I dah kalis. Oh, by the way, mama dan papa dah tahu tentang hubungan kita. I tak sorok you sebagai menantu tau. Terus I inform papa dan mama. They might told your mama too,” beritahu Dayyan sebaik mematikan enjin kereta.

Mereka tiba di sebuah hotel. Umairah membatukan diri di tempat duduk.Mana dia hendak melarikan diri lagi? Dia memang sah menjadi isteri Dayyan. Ketika ditanya wali hakim dua jam lalupun, dia yang menyatakan persetujuan hendak menjadi isteri Dayyan Putra.Sekarang, terimalah nasibnya! Dalam dia tidak sudi dan menentang keras,akhirnya dia tersungkur juga di kaki lelaki itu.

“Come,honey. Let’s check in as husband and wife.”

“Tak hingin!”

“Alah, sweetnya you. Hari pertama nikah dah merajuk. You nak I dukung ke dalam?” usik Dayyan, sambil mendepakan tangannya.

Umairah jadi fobia dengan ugutan lelaki itu walaupun dia menyulam ugutannya dengan senyuman. Dengan pantas, Umairah keluar dari perut kereta.

“Ee…bencilah! Kenapa you suka ugut I, hah?”

“Sebab you macam anak kecil. Hanya akur dengan ugutan. I dah serik bila you batalkan majlis kita hari tu,” jelas Dayyan.

Umairah menapak juga, walaupun hatinya masih bengkak dengan sikap Dayyan. Sepanjang hidupnya, ini keputusan terburuk yang pernah dibuatnya dan dia akan menyesalinya seumur hidup. Menjadi isteri kepada seorang lelaki dengan keputusan yang sangat terburu-buru.Dan sekarang, dia terpaksa mengharungi segala kesukaran yang tak pernah terfikir dek akalnya.

“Sejak bila you plan semua ni? Jumpa I, nikah, hotel? Memang you dah plan lama untuk kenakan I,ya?”

“Honey, you ni buruk sangka sangat dengan I. I baru plan nak kahwin dengan you malam tadi. Tak sangka pulak rezeki di pihak I,” jawab Dayyan lantas memaut pinggang perawan di sebelahnya.

Dia tahu Umairah tidak suka.Lihat saja reaksinya yang suka memprotes setiap kali Dayyan cuba berlaku romantis. Perlahan-lahan, Umairah pasti akan menerimanya nanti.Dia yakin tentang itu.

“Dek kerana akad nikah tadi, I memang isteri you, tapi…jangan harap you nak memiliki I. No way!” marah Umairah tidak henti-henti.

Dayyan hanya tersenyum.Dia memaut pula jari-jemari isterinya lalu mendaftar masuk di kaunter pendaftaran. Urusan pendaftaran mereka berjalan lancar.Tidak lama menanti, mereka diberi bilik, nun jauh di tingkat 50.

Dayyan Putra memang menyakitkan hati!

Oh,really? Betul atau tak statement you tu. Let’s check it out,” usiknya lagi, sengaja menghangatkan perasaan sang isteri sebelum menekan butang lif.

Umairah susah hati. Apa yang dilalui hari ini sangat teruk. Tak sanggup rasanya hendak menempuhi minit-minit yang berikutnya, apatah lagi hari-hari yang mendatang.

“Kenapa, honey?”soal Dayyan, perasan ketidakselesaan Umairah. Namun, dia tidak peduli. Umairah sendiri yang memilih kesusahan itu. Alangkah baik kalau majlis berlangsung tiga hari yang lepas.

“I nak balik!”

“Lusa kita balik. Hari ni dan esok kita kat sini aje.” Dayyan cuba memujuk lantas menyeka mutiara jernih yang tumpah di pipi Umairah.

“I menyesal terlibat dalam penerbangan ni. Ini keputusan paling buruk pernah I buat, melibatkan kehidupan I seratus peratus.”

Whatever,honey! Jom!” ajak Dayyan, tidak mahu lagi mendengar sungutan Umairah mengenai keputusannya.

Jika kerap disua dengan kekesalan itu, dia akan muak dan hilang pertimbangan pula. Sebaiknya, dia mahu mengalihkan perhatian Umairah dengan mood bulan madu pula. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.