Home Novel Cinta Osaka, With Love
Osaka, With Love
Mastura Abdullah
14/9/2018 08:44:39
80,258
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

“HANG, Bob? Apa perkembangan terbaru?” tanya Faeeq,teruja.

Bayangkan tiga tahun tiada kesempatan bertemu bekas teman sekolah, yang sama-sama mengharungi onak dan duri di SMK Alor Janggus. Faeeq teruja sangat hendak mengetahui perkembangan rakan-rakannya. Hanya selepas sebulan berkhidmat di Kuala Lumpur, baru diapunya sedikit waktu untuk berkumpul bersama-sama teman lama. Itupun tidak dapat berbual lama, kerana selepas dua jam, dia perlu kembali ke lapangan terbang.

Kumis rapi Bob sempat dikelebeknya sepintas lalu. Dalam diam dia memuji Bob yang lebih pandai mengurus diri. Begitu juga dengan Lan dan Apek, rasanya dia lebih selekeh dari mereka bertiga.He he he. Faeeq sengih sendiri. Diorang semua berkereta, aku hanya bermotosikal sahaja. Alahai!

“Aku dapat masuk gomen tahun lepas. Biasa-biasa aje, Paeeq.”

“Gomen? Syarikat apa tu?” tanyaFaeeq, bendul.

Berdekah-dekah tawa teman yang bertiga itu melantun di telinganya. Kurang asam! Mentang-mentang tiga tahun aku di perantauan. Sedap betul hangpa laukkan aku, na? Faeeq membebel di dalam hati.

“Gomen tu singkatan bagi government. Kakitangan kerajaan, boh!”

“Ohhhh....Yang hangpa dok gelak besartu pasai apa? Lucu?”

“Lucu sangat hang ni, Paeeq. Aku tau hang berkelana di UK lapan tahun. Lari sikit aje dari Bahasa Inggeris, teruih hang mati kutu.”

“Hang don’t worry. Kat sekolah aku paling geliga kut. Hari ni hangpa gelakkan aku sampai cirit pun tak apa aih. Esok lusa hangpa taulah nasib.”Faeeq memberi peringatan.

Ketiga-tiga sahabatnya masih menyambung gelak. Mereka gelihati dengan Faeeq selepas tiga tahun tak bertemu.

“Gelak banyak ni, buat aku cepat haus. Hang belanja, kan Paeeq?”

“Mamak, teh o ais satuuuuu!” laung Lan selamba walaupun soalan sebelumnya belum dijawab Faeeq.

“Duaaaa!”

“Mamakkkkk.... roti planta satuuuu.”Apek dan Bob ikut memesan.

“Duaaa!”

“Tigaaaaa!” sahut Lan memeriahkan pertemuan sahabat lama itu.

Suara mereka jelas sekali, sehingga mamak yang sedang menarik teh, mengalih pandangan terhadap mereka berempat sebelum menyambung kerjanya.

“Gaji aku belum masuk lagi oi! Hangpa sakan na! Kutuk aku! Pow aku! Sat gi ada yang aku tarik jadi pembantu mamak,”senda Faeeq.

Padahal dia sendiri tak sabar hendak membelanjakan hasil titik peluhnya buat sahabat lama. Belum bergaji bukan alasan untuk berjimat cermat tahap bunyi tapak kuda. Kedekut! Kedekut! Kedekut!

“Alah...duit gaji hang beratuih ribu dalam bank. Aku tak hairan hang boleh belanja kami makan walaupun belum bergaji sebulan.”

“Emmm...kalau aku belum gaji memang tak mampu nak belanja hang, Paeeq. Tu pasai aku pesan banyak-banyak. Sebab akupun belum gaji jugak!” balas Bob selamba.

Di antara mereka berempat, dia paling kuat makan tetapi dewasa ini, dia rajin bersenam dan memilih juga menu makanan,sebab itu tubuhnya lebih tegap berbanding dulu. Boroi dan lembik!

“Kalau duit aku banyak lagu tu, bukansetakat roti planta...adik beradik roti planta, aku boleh belanja. Tapi tak dakhal, kawan punya pasal!”

“Perghhh...begitu mulia hatimu,Paeeq. Aku terharu!” Apek menambah.

Makanan yang dipesan tadi sudah pun sampai, lalu mereka sama-sama menjamu selera. Buat seketika, suasana sunyikerana masing-masing menikmati hidangan dengan tekun. Sesekali Faeeq mengerling jam yang melilit pergelangan tangannya. Bimbang juga jika dia terlepas waktubekerja.

“Dari tadi aku perati hang, duk jeling jam tu pasai apa?” Apek menegur.

Faeeq yang sedang minum air, nyaris tersedak. Cepat-cepat dia meletakkan kembali gelas berisi teh suam itu. Kusss semangat! Ada yang memerhati rupanya!

“Dak aih...aku nak pi airport sat.Ada kerja lagi nak buat.”

“Dah malam kut...hang kerja shift ka?” tanya Bob pula.

Mereka sudah lama tak bertukar cerita. Rasanya itu mungkin masa terbaik untuk mereka berkongsi segala macam suka duka.

Technician cabuk macam aku ni, kerja tak tentu masa.”

“Hang muhong! Lama duk UK, takkan balik jadi technician cabuk saja?”tanya Apek tidak puas hati.

Dia berasa sangsi dengan pengakuan Faeeq. Lima tahun dia belajar di UK, malah ditambah dengan tiga tahun pengalaman bekerja di sana, takkan balik ke Malaysia sebagai juruteknik saja?Tambahan pula, Faeeq budak bijak. Aku tak percaya! Tentu dia saja nak gulai lemak cili api kan aku, saja nak muhong!

“La...hang ingat aku duk sana lama,aku kerja baguih ka? Tak caya, pi tanya mak aku,” usul Faeeq, terus mempermainkan kawan-kawannya.

Baginya, mereka tidak perlu tahu secara terperinci jawatan yang dipegang. Cukup mereka kenal sikap peribadinya sahaja. Tentang harta atau kerjaya, itu adalah rahsia dirinya. Putus Faeeq dalam diam.

“Aku tak caya hang!” pantas Apek menjawab.

“Aku pun tak percaya hang.”

“Ha... ha... ha...” Faeeq  .

Habis gelak mereka bercerita lagi dan lagi sehinggalah persoalan pasangan disentuh Apek. Bob juga teruja berkongsi cerita yang dia sedang mendekati seorang gadis di tempat kerja. Lan belum ada pasangan, begitu juga dengan Apek. Kini, tiba giliran Faeeq pula berkongsi cerita.

“Aku tunggu peta lokasi Lan.”

“Ha... ha... ha...” Lan ketawa dahulu.

Dia tahu apa yang dimaksudkan Faeeq kerana mereka sudah berbincang akan hal itu lebih kurang dua minggu yang lepas.Sebenarnya mereka berjanji hendak bertemu minggu lepas lagi tetapi Faeeq yang sering bekerja pada saat akhir mereka hendak berjumpa. Akhirnya, mereka bertemu selepas dua minggu berjanji kosong.

“Aku dah pi umah Wan Senah-”

“Uiks...hang cari Umai ka?” Bob yang tidak sabar, menyampuk.

Faeeq tidak segera menyahut. Padanya,Bob boleh menjawab sendiri soalan itu. Rahsia hatinya tentang Umairah memang diketahui tiga sahabatnya, cuma mungkin mereka tidak menyangka yang ia berlanjutan sehingga kini.

 

“KAWAN aku habaq, nama Umai tak dak dalam list doktor yang berdaftar di kementerian. Aku rasa dia bukan doktorlah, Paeeq.” Suara Apek kedengaran sayup-sayup di hujung talian.

Faeeq mendiamkan diri. Nun jauh didasar hati, ada rasa kecewa yang cuba menghuni. Ini kekecewaan ketiga yang dirasainya sebaik mengenali Umairah. Kali pertama, sebaik berakhirnya peperiksaan SPM, Izzati telah menyampaikan berita bahawa Umairah telah kembali ke pangkuan ibunya. Kali kedua dia berasa kecewa, sebaik Lan memberitahu bahawa dia tidak berjaya menemui Wan Senah dan Toki Rahim di rumahnya. Mereka sekelamin mengerjakan umrah pada waktu itu.

Kini, dia kecewa lagi. Umairah bukan seorang doktor. Bukankah itu cita-citanya lapan tahun yang lalu? Mengapa dia tidak menggapai awan seperti yang diangan-angankannya.

“Hello...oiiii! Melamun apa? Frust ka?”

“Dak aih. Melangut! Berjanggut! Awat susah sangat aku nak cari Umai?” balas Faeeq, tertekan.

“Bukan jodoh hang kut.”

“Habis tu jodoh sapa?” tanya Faeeq,kian tertekan.

Baginya, jawapan Apek hanya menambah kekecewaan sedia ada. Sekian lama dia mencari masa yang sesuai, takkan semudah itu peluangnya terlerai.

“Jangan marah aku, Paeeq.”

“Dak aih. Aku tak marah hang. Tension sikit. Apa pun terima kasihbanyak tolong aku cari Umai. Aku cuba cara lain.” Suara Faeeq kendur sendiri.Menyesal pula kerana terlalu larut dalam perasaan kecewa. Bukankah ikhtiar itu ubat segala penyakit?

“Hang masih nak cari Umai?” soal Apek kembali.

Jika boleh, dia ingin menasihati Faeeq supaya melupakan niatnya. Tambahan pula, Umairah hanya cebisan memori zaman sekolah.

“Emmm...sampai aku jumpa dan aku taujodohnya. Kemudian, baru aku akan buat keputusan.”

“Paeeq...Tok sah lah duk kalut sangat pasai Umairah. Bukan apa, aku takut hang frust ja.”

Thanks buddy. Aku faham niat hang. Doalah yang baik-baik untuk aku.” Suara Faeeq semakin kendur.

Dia cuba mengheret perbualan lebih lama tetapi wajah Umairah lapan tahun lalu juga yang sedang mengganggu perasaannya. Akhirnya, perbualan mereka berakhir dan Faeeq termenung sendiri.Detik-detik sukar sedang ditempuhi, dan Faeeq berasa separuh lemas dalam belenggu kasih tak kesampaiannya.

Dia hanya bangkit dari kerusi apabila jam hampir satu petang. Waktu untuk mengisi perut dan mempersiapkan diri untuk solat. Pada jam dua petang, dia perlu berada di hangar untuk tujuan pemeriksaa nberkala sebuah Airbus A380.  Kalau dia tidak makan sekarang, bila lagi?

“Oi, lajunya!” tegur seseorang dibelakang.

Faeeq menoleh kepalanya sedikit danberhenti melangkah apabila melihat seorang pembantu juruterbang yang baru dikenali melambai tangan ke arahnya.

“Soru! Jom!” ajaknya tanpa berfikirpanjang.

Padanya, ada atau tidak teman untukberbual waktu makan tidak menjadi hal. Dia sudah biasa merantau, jadi dia sudahlali bersendirian pada waktu makan. Tetapi, teman yang diajak itu sudahpun berjalan menghampirinya. Fahamlah Faeeq, dia perlu memperuntukkan masa yang lebih untuk makan tengah hari ini. Sempatkah dia ke hangar yang letak lima belas minit perjalanan dari lapangan terbang? Gatai mulut betui aku ni! Faeeq marah pada diri sendiri tetapi tetap positif dengan kawan baharunya.

“Kau nak makan kat mana?”

Something light. Aku nak ke hangar sebelum pukul dua.”

“Hisy...dan ke?” soal Abdul Malik,seakan mengerti akan keterbatasan masa yang dimiliki teman baharunya itu.

“Menyesal pulak aku layan karat tadi.”

“Ha...ha...ha.”

“Kau dah ada awek rupanya,” tebak Abdul Malik, buat Faeeq ketawa kecil. Mereka  sudah pun berada di restoran lantas memesan makanan.

“Siapa nakkan aku? Orang macam aku ni kerja tak tentu masa,” jawab Faeeq, merendah diri.

Dalam masa yang sama, raut wajah Umairah tak jemu-jemu mengetuk pintu memori. Alangkah bagus kalau dia dapat bertemu mata dengan Umairah, tentu dia dapat menyampaikan hasrat hati yang lama tertangguh. Dan tentunya soalan Abdul Malik sebentar tadi dapat dijawab dengan lebih mudah.

“Siapa kata tak ada? Engineer kat sini laku keras. Ramai awek pramugari cari.”

“Takkan cari kami? Baik awek-awek tu cari pilot-pilot yang segak macam korang. Masyukkkkk.”

“Ha... ha... ha... Tak ada maknanya.Diorang tau kut, pilot susah nak dekat. Tasteful kut.”

“Kau lah salah seorang yang tasteful tu, kan?”

“Eh, mestilah! Cantik bukan ukuran untuk jadi pasangan aku. Yang penting attitude sopan dan pandai menjaga diri.”


Hah! Tu dia! Menganga Faeeq sekejap.Abdul Malik bukan calang-calang pembantu juruterbang. Jawatan yang dipegang tidak menghanyutkannya dalam duniawi semata-mata. Dia berpandangan jauh, lihat sahaja dari sudut ciri-ciri wanita idamannya. Attitude mesti sopan dan pandai menjaga diri. Terus ingatan Faeeq melayang jauh mencari wajah Umairah yang samar-samar di celahan memorinya. Dia yakin Umairah sopan dan pandai menjaga diri, sama seperti yang digambarkan oleh Abdul Malik.

 

 

 

 

Previous: Bab 9
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.