Home Novel Cinta Unforgettable Love
Unforgettable Love
Mastura Abdullah
19/6/2020 15:23:20
38,502
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

“TAKKAN nak simpan kat rumah kau pulak?” tanya Zain, bingung dengan pendirian Hud.

Katanya dia tidak mahu libatkan polis di dalam hal ini. Tetapi lepas satu, satu hal terjadi kepada sahabatnya yang seorang itu. Tak sudah-sudah, malah semakin ketara pula akhir-akhir ini. Dalam semalaman saja,dua kali Hud bergelut dengan orang yang mendendaminya. Entah atas sebab apa.

“Hati aku takkan puas kalau tak dapat apa yang aku nak. Tujuh tahun, Zain! Takkan aku nak lepaskan keperitan tujuh tahun ni macam tu aje?”

“Itulah masalahnya! Kau tak mahu lepaskan... hidup semata-mata kerana dendam. Sampai sudah hal ni akan membelenggu hidup kau.” Zain sudah habis ikhtiar jika hal nasihat dibahaskan.

Bukan sekali dua dia menasihati Hud. Beribu kali rasanya.Bak kata orang tua, dah berbuih mulut berpesan tetapi Hud tetap Hud. Dinginnya masih seperti tujuh tahun lalu sewaktu dia mula mengenali sahabatnya yang seorang ini.

“Kau tak berada di tempat aku, Zain. Kau hanya nampak apa yang aku rasa, tapi tak betul-betul merasainya. Kalau kau tahu apa yang aku lalui setiap hari, sumpah kau pun akan buat apa yang aku buat sekarang.”

“Apa yang kau lalui? Cuba cerita kat aku?” Zain cuba mengumpil cerita.

Hud hanya memandang sahabatnya. Rahsia hatinya, biar dia saja yang tahu. Dia tidak mahu simpati sesiapa jika rahsia itu dipecahkan kepada orang yang berada di sekelilingnya. Dia tidak mahu mereka semua tahu bahawa dia seorang yang sangat lemah. Hidup bergantung kepada ubat untuk bertahan dan mengawal emosi.

Sehari dia meninggalkan Doxepin, hidup jadi celaru dan dia sangat mudah hilang pertimbangan. Lebih buruk lagi, dia tidak mampu bangkit dari katil sekalipun,apatah lagi menguruskan syarikat peninggalan keluarga yang pernah hampir terlingkup empat tahun lalu.

Hud tetap membisu namun ketika matanya menangkap wajah lelaki yang cuba menembaknya malamtadi, rasa marah terus memuncak.Dia memaut leher itu sekuat tenaganya.

“Kau cakap kat aku. Siapa upah kau?”

Zain menggeleng, tidak setuju dengan perbuatan sahabatnya.

“Sudahlah...kau nak dia mati ke? Sanggup kau ke tali gantung?” soal Zain, berusaha menenangkan Hud yang masih panas.

Inilah Hud yang dikenalinya. Selagi tidak dapat apa yang dia mahu, selagi itulah dia akan berusaha menyakitkan supaya si pelaku itu membuka mulut.

“Kau dapat berapa upah? Aku bayar tripple,”  umpan Zain.

Ketika itu, barulah leher dilepaskan daripada pautan.Walaupun kesakitan, lelaki itu tetap membisu.

“Aku tabik kau! Walaupun nyawa di hujung tanduk, kau masih mengunci mulut, bisu tak mahu mengubah pendirian. Terang lagi nyata kau menceroboh dan berniat untuk membunuh, masih nak mempertaruhkan nyawa untuk orang yang mengupah kau?” Zain masih mengatur bicara manis, menyoal dengan niat hendak mengubah prinsip mengunci mulut yang dipegang oleh penyerang Hud itu.

“Kalau aku beritahu kau, aku dapat apa? Kau tetap tak lepaskan aku, kan?” soal lelakiitu sinis.

“Kau nak lepas?” tanya Zain, cuba berdiplomasi.

Kali ini Hud yang sibuk membelek sesuatu yang diperolehi daripada dompet lelaki itu mengalih pandangan ke arahnya. Dia menggeleng keras, tanda tidak setuju dengantawaran itu.

“Jangan bagi apa-apa offer kat dia,” sanggah Hud.

“Aku nak empat kali ganda daripada apa yang aku dapat untuk bunuh kau. Aku tak mahupenglibatan polis dan aku nak ke luar negara supaya tak ada sesiapa cari akulagi.”

“Kalau kau boleh bagi apa yang aku nak, aku sendiri akan atur pertemuan kau dengan bosaku,” balas lelaki itu lagi, cuba meredakan ketegangan.

Pandangannya dialihkan ke arah pewaris tunggal Empayar Bumi. Telahannya nyata meleset. Dia fikir dapat menewaskan lelaki bernama Hud itu dengan mudah malam tadi,rupa-rupanya dia yang tersungkur dan mudah ditewaskan. Tak pasal-pasal dia terperangkap di dalam rumah besar itu.

 “Apa lagi yang kau tahu pasal aku dan keluarga aku?” soal Hud, tidak segera menyatakan persetujuan. Lelaki bernama Zaki itu didekatinya.

“Tak ada.Aku tak tahu apa-apa pasal kau atau keluarga kau. Aku hanya buat apa yang disuruh.”

Hud mengangguk sambil menayangkan kad pengenalan Zaki sebelum ia beralih ke dalam dompetnya.

“Tak sangka orang jahat pun ada IC. Ganu kiterr... aku cari family kau sampai dapat!” gertak Hud.

“Suka hati kau... Aku hanya akan cakap bila kau bayar aku seperti yang aku nak.”

“Okey...kau nak berapa? Bawak aku jumpa bos kau sekarang jugak!”

“100 ribu USD.”

Zain yang mendengar tidak mampu menahan tawa. Dia ketawa lepas.

“Besarnya hati kau ni, kan? 100 ribu USD! Nak cepat kaya sungguh. Aku rasa bos kau pun bayar pakai RM. Silap hari bulan, duit pun tak dapat lagi sebab kerja belum jalan.” Zain sambung gelak.

“Takapa.... aku tahu apa nak buat dengan dia ni,” jawab Hud dengan tenang.

Tali yang mengikat tubuh itu ke kerusi dileraikan. Ikatan di tangan sahaja yang tidakakan sekali-kali dibuka. Tubuh itu ditolak agar mengikut ke mana dia hendak pergi.

 

 

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.