Home Novel Cinta JANGAN LUPAKAN AKU
JANGAN LUPAKAN AKU
9/4/2014 12:03:48
42,824
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

“FANTASTIK!” Elza Zaharah menjerit kecil. Jeritan itu menyebabkan dia terjaga dari lenanya. Tersenyum dia mengenangkan mimpinya. Jarang sekali dia bermimpi indah. Mungkin kerana dia kerap tidur dalam keadaan badan yang terlalu penat.

Dengan mata yang masih mengantuk, dia memerhatikan jam loceng di atas meja di sebelah katil, layunya mata Elza Zaharah hilang serta merta. Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Dia bingkas bangun. Dia sudah terlewat untuk ke pejabat.

Ketika melewati Bukit Jalil Business Centre, dia hanya memandang sayu ke arah Kopitiam Manja. Tidak mungkin dia sempat untuk duduk dan menikmati secawan kopi O panas bersama dua keping roti bakar dan dua biji telur tiga suku masak yang menjadi kegemarannya. Sehinggakan pekerja dan tauke di situ tahu yang dia akan muncul sekitar jam 7.30 pagi setiap hari.

Sebaik sampai di pejabat, dia terus masuk ke biliknya. Sofea yang nampak Elza Zaharah muncul agak lambat dari biasa datang menegurnya. “Zara!okeykah?”

“Hmm... okey. Cuma terlewat bangun,” jawab Elza Zaharah menunjukkan kekesalannya.

“Istana awak dah siap?” soal Sofea tenang. Dia terus mengambil tempat di hadapan rakan niaga seniornya itu.

“Istana Izack... BukanI yang punya...” tegur Elza Zaharah sambil tersenyum. Perlahan dia mengemas dokumen di atas meja.

“Buat masa iniyou bolehimagine istana ituyou yang punya, sebab siang malamyou fikir pasal rumah itu...” nasihat Sofea perlahan.

“Betullah! Tak lena tidur malam kadang-kadang...”

“So, progress sekarang?” soalnya lagi ingin tahu. Dia telah ke sana tiga minggu lepas. Melihat pada Elza Zaharah yang kerap tiada di pejabat, dia tahu progress penyiapan tentunya lebih lagi.

“Dalam rumah hampir siap.Luar rumah memang dah settle. Esok pagi perabotstart masuk...” beritahu Elza Zaharah. "Then, last touch-up!"

Everyday Zara ke sana?” Sofea bertanya.

“Ya... Setiap malam Zara akane-mel report padaowner. Dah banyak kalirequest dia datang untuk tengok, tapi, tak pernah muncul. Setiap kali Zara contact untuk ajak dia ke rumah itu, dia tak pernahreply.So, Zarae-mel report ajelah... Bimbang jika ada yang dia tidak puas hati,uninstalldan re-installlebih susah dariinstall kali pertama.” Elza Zaharah membebel tanpa mengira Sofea mendengar atau tidak.

Good. Kalau setiapquarter dapat projek macam itu, kita boleh bayar bonus lebih sikit...” beritahu Sofea lagi.

“Insya-ALLAH... tahun ini kita beri bonus lebih. Sekarang baru bulan Mei, ada tujuh bulan lagi...” sahut Elza Zaharah bersetuju. Dia juga perlukan bonus itu untuk persekolahan adik-adiknya.

Sebaik Sofea keluar, Salwa pula melangkah masuk. Dia ingin menyerahkan laporan kewangan setiap projek yang sedang berjalan. Selain itu, Salwa juga membawa satu fail tebal berisivoucher bayaran berserta cek untuk Elza Zaharah semak dan tandatangani.

“Bos, ada satucustomer yangproject dahcomplete Januari lepas, tapipayment masih sangkutlah...” adu Salwa selepas menyerahkan semua laporan kewangan bulan itu.

“Siapa?” soal Elza Zaharah.

“Millennium Worldwide... Bila sayacall account department, mereka minta boscall CEO dia orang dulu...” jawab Salwa membuat bosnya menarik dan melepaskan nafas geram.

“Berapa yang tertunggak?” soal Elza Zaharah. Dia terlalu sibuk hingga lupa jumlah tersebut.

“RM 300K lebih...”

Elza Zaharah mengerutkan dahi. Mereka berdua maklum mengapa itu berlaku. Syarikat Millennium Worldwide dimiliki oleh Shaari Salleh. Duda anak tiga yang telah menunjukkan minatnya pada Elza Zaharah. Sepanjang empat bulanteam Dreams Design menguruskan reka hias pejabat baru Millennium Worlwide di KLCC, saban minggu Elza Zaharah menerima bunga dari lelaki yang berusia 40-an itu. Bayaran terakhirnya sengaja ditahan sehingga Elza Zaharah sudi keluar makan malam berdua dengannya. Macam-macam alasan diberikan.

“Kita gunalawyer sahaja...” cadang Elza Zaharah.

“Saya cadangkan boscall dulu,negotiate... lebihcleanlah... Saya bimbang kita takutkan bakal pelanggan sebab fikir kita suka saman pelanggan sendiri,” nasihat Salwa perlahan, bimbang jika bosnya menolak bulat-bulat cadangan itu.

“Saya tak suka pergidinner lah...” beritahu Elza Zaharah. "Berdua dengan dia pulak tu."

“Boscall Shaari dan pujuk tukar padalunch. Tapi, dua minggu lagi baru boleh. Saya dahcalloffice dia, Shaari bercuti dengan isteri baru...” nasihat pegawai kewangannya itu.

“Aha!Good... Sepatutnya dia taklah segatal dulu, kan?” kata Elza Zaharah sedikit lega.

Hopefully...” balas Salwa. Maklumat rakannya yang bekerja di sana buat dia gerun. Cuma, Salwa sengaja tidak mahu memaklumkan pada bosnya itu.

Tolong ingatkan saya hal ini dua minggu lagi...” arah Elza Zaharah.

“Insya-ALLAH!”

Wajah serius Elza Zaharah mengiringi langkahan Salwa keluar dari pejabatnya.

TEPAT jam 5.00 petang, Elza Zaharah tiba di Istana Izack. Segera dia masuk. Beg MacBook, kamera, beg telekung dan tas tangannya dibawa bersama.

Dia terus ke tingkat satu dan membuka kunci pintu sebuah bilik yang sudah siap dipasangkan dengan karpet gabungan dua warna iaitu oak bark dan russet walnut, yang tersusun mengikut arah kiblat. Ini memudahkan Izack dan penghuni lain bersolat berjemaah di bilik ini yang Elza Zaharah cadangkan dijadikan surau.

Setelah menumpang solat asar, dia terus naik ke tingkat tiga. Tingkat tiga rumah tersebut sudah hampir siap. Terdapat tiga buah bilik tidur lengkap dengan bilik mandi dan kelengkapan mandian yang termoden. Bilik tidur berlantaikanlaminatedwood dari kayu pecan yang berwarna sedikit cerah. Memandangkan pengguna bilik tidur yang tidak dapat dijangka, Elza Zaharah memilih tona lembut beberapa warna untuk mencipta kelainan.

Elza Zaharah memeriksa dengan teliti semua lampu yang telah dipasang oleh kontraktor setelah dihantar oleh pembekal lewat petang semalam.

Kemudian dia turun ke tingkat dua melalui tangga. Keseluruhan tangga di rumah ini telah dipasang permaidani dwi corak. Di tingkat dua, terdapat bilik tidur utama, bilik tidur tetamu, ruang santai dan lounge.

Bilik tidur tetamu utama telah direka sama seperti bilik tidur tetamu yang lain. Yang berbeza adalah ia mempunyai kloset khas di mana kabinet pakaianbuilt-in telah dipasang siap dengan meja solek dengan cermin pada semua dinding.

Dia telah memilih katil Jepun berwarna hitam yang kontra dari putih dinding bilik tersebut. Cadarnya pula berwarna putih dengan motif garis halus berkilat yang akan menyebabkan ruang bilik tidur nampak eksklusif. Dua bidangrug akan dibentangkan di hujung katil dan di set sofa.

“Hei, bos,” tegur Steven.

Elza Zaharah yang serius memeriksa lampu candelier yang terpasang menoleh lalu tersenyum.

“Dah pukul 7.00 petang ni. Kami nak balik dulu. You checksemuaswitch cover yang I dah pasang. Kalau ada yangyounak tukar, you callI.EsokI sambung tingkat bawah dan kawasan luar,” pesan Steven, kontraktor elektrik.

“Okey, Steven. I tengahcheck lampu satu-satu... ambil masa sikit,” maklum Elza Zaharah.

“Tak apa.Take your time. Kami balik dulu. Kami kunci semua pintu dan gril. You ada kunci, kan?” soal Steven.

“Ada... you kunci semua tingkat bawah. I dahcheck tingkat atas... Semua okey,” beritahu Elza Zaharah.

Steven segera mengangguk. “Bos, saya turun dulu.”

Elza Zaharah hanya memerhatikan Steven pergi. Dia meneruskan kerja hingga sampai masuk waktu maghrib. Selepas solat, dia menyambung tugasnya semula sehingga pukul 9.00 malam.

Sebaik selesai, Elza Zaharah terus mengemas barangnya dan turun ke bawah untuk keluar dari pintu utama. Namun, dia gagal mencari gugusan kunci rumah tersebut setelah menyeluk tas tangannya berkali-kali. Ah! kunci Istana Izack telah tertinggal di atas meja kerjanya di rumah.

Pantas dia menyeluk tas tangan untuk mencari iPhonenya. Dia perlu meminta bantuan Rita untuk membawa kunci pendua yang terdapat di pejabat. Aduh, iPhonenya habis bateri.

“Ya ALLAH!” Dia menggeleng berkali-kali. Tidak percaya yang dia terpaksa bermalam di banglo ini. Dalam diam, berulang kali dia berdoa agar ALLAH mengizinkan mana-mana hamba-NYA datang ke rumah ini untuk membolehkan dia pulang ke rumah.

Jam menunjukkan pukul 1.00 pagi. Ilham Zackry atau Izack berjalan masuk ke dalam banglonya. Hampir setiap hari, dia mesti datang ke sini. Tetapi hanya pada waktu malam!

Sejak pulang ke Malaysia, dia tinggal dipenthousenya di The Ratio. Dekat dengan pejabatnya di Damansara Astraea.

Dengan menaiki lif, dia terus ke tingkat tiga. Tersenyum dia melihat bilik tayangan yang sudah siap. Dia sendirian membelek peralatan canggih yang siap terpasang di bilik itu. 15 minit kemudian, dia keluar.

Dengan lif, dia turun ke tingkat dua di mana bilik tidurnya bakal berada. Ini adalah antara ruang yang digemarinya. Hari ini dia belum menerima laporan dari Elza Zaharah. Mungkin wanita itu terlalu sibuk. Jika ikut garis masa, esok, semua perabot akan sampai. Ini bermakna, katil dan tilamnya akan sampai esok. Dia gemarkan katil bergaya Jepun.

Peliknya, Elza Zaharah juga mengesyorkan rekaan itu. Bersaiz besar dan bertilam 30’ yang menyokong tulang belakangnya yang sedikit bermasalah akibat bermain ragbi semasa zaman kolejnya dahulu. Dia juga sukakan bilik mandinya yang baru siap akhir minggu lepas.

Kemudian dia terus turun ke tingkat pertama. Dia sukakan tingkat ini kerana dari tingkat ini, dia boleh nampak ruang tamu di tingkat bawah. Jikacandelier di ruang tamu dihidupkan, cahayanya akan menerangi keseluruhan ruangan utama di kedua-dua tingkat.

Dia mematikan lampu di ruang santai tingkat satu. Peliknya ruang itu tidak terus gelap seperti selalu. Ada cahaya keluar dari ruang bawah pintu surau. Dia cuba membuka tombolnya, namun berkunci. Segera dia membuka dengan kunci pendua yang ada padanya. Sebaik pintu dibuka, dia ternampak sekujur tubuh berbaring di penjuru bilik. Ada tag pekerja yang terletak di atas karpet bersama seutas jam tangan, iPhone, kunci kereta dan sebentuk cincin. Dia membaca perlahan nama yang tertera, ‘ELZA ZAHARAH’.

Dia terkejut dan terpegun melihat kecantikan wanita itu. Kulitnya putih melepak, pipinya mulus, bibirnya penuh, keningnya lebat, bulu matanya panjang dan hitam serta rambutnya lurus beralun panjang hingga ke pinggang. Inilah wanita yang diperkatakan oleh papa dan mamanya beberapa hari sebelum dia pulang dari luar negara. Inilah juga wanita yang namanya diulang sebut sebaik dia menjejakkan kaki di tanah air.

“Orangnya cantik dan bersopan,” kata mamanya, Puan Sri Halimah.

Ilham Zackry hanya mendiamkan diri pada waktu itu. Kini dia bersetuju 50% pada komen yang mamanya berikan. Elza Zaharah memang cantik tetapi dia masih belum berpeluang untuk menilai kesopanan wanita ini.

“Dia komited dan berimiginasi tinggi,” kata papanya pula.

Ilham Zackry masih lagi diam pada waktu itu. Kini dia bersetuju 100% pada komen yang papanya ucapkan. Imiginasinya sudah teruji. Kini, terbukti, wanita ini memang komited hingga tertidur di banglo tiga tingkat ini.

Hendak dikejutkan, dia bimbang gadis itu malu. Dia seorang yang bertudung. Tudung dan anak tudungnya dibentang di satu lagi penjuru surau.

Wajah gadis itu ada sedikit iras Nyiela, kekasih pertamanya sejak dia di tingkatan satu. Namun, cinta itu putus semasa mereka mengikuti A-Level. Ilham Zackry membawa diri ke USA. Dia menyambung pelajaran di dalam bidang kejuruteraan Elektrik dan terus bekerja di sebuah firma terkenal, Zetric Engineering Consultants di New York. Empat tahun selepas itu, dia ditawarkan menjadisenior partner di situ.

Tahun ini, dia menjual separuh dari pemilikan yang dimiliki di Zetric Engineering Consultants. Dia bersetuju untuk pulang ke Malaysia. Ada banyak sebabnya. Yang pertama kerana, papa dan mamanya yang semakin berusia. Yang kedua kerana, kedua-dua orang kakaknya sudah tidak menang tangan menguruskan anak-anak syarikat Global Ventures. Yang ketiga, dia sudah pandai sunyi. Hatinya dan jiwanya sunyi. Sejak Nyiela, dia tiada sesiapa lagi.

Mamanya mencadangkan dia berkenalan dengan Elza Zaharah. Sebabnya dia tidak pasti. Dia merapati Elza Zaharah. Hatinya diacah-acah untuk membelai rambut wanita itu, namun, akalnya menghalang. Elza Zaharah bertudung dan tidak mungkin rela diperlakukan sebarangan. Segera dia keluar dari bilik itu. Dia berjalan lebih pantas lagi menuju ke bawah terus keluar melalui pintu utama lalu menguncinya.

Malam itu, Ilham Zackry bertemu Elza Zaharah di dalam mimpinya. Wanita itu ketawa riang. Tidak pasti sebabnya. Di pondok kecil di kebun sayur, dia duduk bersama Elza Zaharah memandang kawasan sekitar yang menghijau. Dia memeluk pinggang Elza Zaharah. Pipi kanannya dicium. Elza Zaharah merelakan sahaja.

Jari jemari Elza Zaharah yang runcing diletakkan di atas peha, membuat jiwa lelakinya bergelora. Sebaik terjaga dari tidurnya, dia beristighfar. ‘Ya ALLAH... kenapa wajahnya terbayang di ruang mata?’

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.