Home Novel Cinta MEETING YOU IS FUN
2-Bab 5

MENJELANG Asar, hujan lebat menuruni bumi seperti rahmat yang tak berhenti. Semakin lama, lebat hujan bercampur dengan angin kencang menghasilkan ribut. Pokok bertahan dengan kekukuhan akar di tanah. Atap zinc mengharap kekuatan paku walaupun menghasilkan bunyi macam nak roboh. Penduduk yang menyukai hujan seperti golongan introvert dan kucing, memerhati hujan di sebalik teduhan rumah. Manakala penduduk macam Ayen yang baru balik dari kerja cuba meredahi hujan dan balik ke rumah dengan selamat.

Kancil merahnya diparkir di luar pagar. Ayen menapak keluar bersama payung, nak membuka pintu pagar. Serta merta perasan Scirocco merah yang diparkir di bawah pokok, membuatkan kening Ayen bercantum. Mamat bangang tu ada kat sini?

Harap tidaklah. Berapa ramai penduduk Malaysia yang memiliki kereta sport mewah merah macam tu. Tentu ada je selain si bangang tu.

Kancil kemudian dipandu ke dalam laman. Selesai menutup pintu pagar, dia terus masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum mak!"

Tiada jawapan.

Tidur mungkin. Ayen beralih ke bilik tidurnya, namun terdengar bunyi mesin basuh berbunyi tanda hidup. Di atas meja makan pula ada jag berisi kopi yang masih hangat dan cawan tidak berbasuh. Di bawah meja makan terdapat bakul yang hanya digunakan si emak bila nak pergi ke kebun. Bakul sulaman itu berisi penuh dengan sayur kangkung, keladi dan pucuk paku. Dan basah juga.

Jadi emaknya pergi ke kebun kemudian ditimpa hujan semasa balik. Kebun tak jauh dari rumah, kopi masih panas, jadi emaknya masih tidak lama di sini.

Mesin basuh dibuka. Pakaian yang dah berhenti berpusing, diangkat.

Baju lelaki.

Naik angin lalu, memahami yang Egann ada sekali dan menemani si emak. Tapi dimana pula mereka sekarang? Kemungkinan ada dua, antara berada di rumah sekarang atau bersama dengan emaknya pergi ke mana entah. Tapi melihat keberadaan Scirocco di luar, Ayen menjangkakan Egann ada di rumah bersamanya kini.

"EGANN!!" pekiknya bagi melepaskan marah di hati. Namun tiada respon. Dia meluru ke ruang tamu. Kalau benar si ibu membenarkan Egann berehat di rumah, dan semestinya takkan membenarkan Egann berehat di bilik tidur mereka, jadi satu-satunya lokasi lelaki itu boleh membina sarang ialah di ruang tamu. Di sofa.

Itu dia.

Lelaki itu sedang terlantar di atas sofa panjang. Bahana badan panjang yang dimiliki, sebelah kaki tergantung di lengan sofa manakala sebelah lagi berehat di atas meja kopi. Lelaki itu tidak berbaju. Hanya selimut yang menutup tubuhnya dari dada ke kaki.

Selimut dia pula tu... Ayen meraup muka, menahan sabar.

Enggan membiarkan Egann melayan diri di rumahnya, Ayen mencapai handset. Alarm siren dipasang sekuatnya di sebelah telinga si lelaki. Nyaring siren itu berjaya memecahkan lena si kacak.

"Eh, Nurul Ain..." tegur Egann bila mereka bertentangan pandang.

Si gadis mencemik. "Bangun! Bangun! Jangan tidur kat sofa rumah aku!!"

"Ermm... aku penat... mak kau buat aku tolong dia tarik keladi dan buang tanah dari biji dia... aku penat..." rengeknya sambil berbaring mengiring sambil menarik selimut menutup bahu.

Ayen ternganga. "Tak sampai sebakul pun aku tengok!" Bakul dituding.

"Yea. No kidding. Aku penat. Leave me alone..." tuturnya rendah, hampir lena lagi.

Si gadis naik angin lagi. Lalu dengan kekuatan yang ada, dia menarik selimut dari terus merangkul tubuh lelaki itu.

"Hoi!" Egann menjerkah terkejut.

"AAH!!" Ayen memekik jauh lebih nyaring. Lelaki itu tengah komando! Spontan selimut dilepaskan dan dia berpusing membelakangkan Egann. Si lelaki tinggi pula terus merampas selimut tersebut dan menutup auratnya.

"Kau dah kenapa, pervert sangat!" jerkah Egann naik angin. Ikatan selimut di pinggang, dikemaskan.

"Kau dah kenapa berbogel kat rumah orang!" bidas Ayen kembali dengan muka semerah saga. Mata digosok sekuatnya, cuba membuang bayangan apa yang baru dilihat.

"Baju aku basah lepas kena timpa hujan tadi! Mak kau keringkan baju aku kat mesin basuh sana. Katanya nak pergi beli baju lelaki kat Giant sana sebab takda baju saiz aku kat rumah ni!"

Ayen meraup muka lagi, terasa penat. Dia sendiri yang jumpa baju lelaki di mesin basuh tadi, dia juga yang boleh tak perasan Egann tak berbaju. Si emaknya juga satu hal. Dah kenapa baik sangat dengan sedangkan baru berjumpa sekali?

Dia menoleh ke sebelah TV, melihat kotak vakum di situ. Masih sangat baru. Dengan muka berkerut, Egann dipandang. "Kau rasuah mak aku pakai vakum?" Patutlah si emak berbaik hati nak tolong!

"Aku tak rasuah. Itu hadiah. Benda tu wajib dimiliki di setiap rumah, tau tak?"

"Kau ingat kitorang takda vakum?" Sengal sekali bertanya.

"Ada ke?"

Bertambah sengalnya. "Shut up. Aku pergi carikan baju yang kau boleh pakai. For the mean time... jangan buat rumah ni macam rumah kau." Si gadis bertudung hitam meneruskan langkah ke bilik tidur si ibu. "Aku rasa mak aku ada simpan baju abang aku..." ujarnya.

"Kau ada abang?" soal Egann sambil mengekori langkah si gadis. Dia berhenti di depan pintu, bersandar bahu di tepi pintu sambil memandang Ayen membuka laci baju ibunya.

"Ada... eh, kau kemain siasat pasal aku hari tu, takkan terlepas pandang yang aku ada abang."

"I guess. Aku upah orang untuk risik maklumat pasal kau dari mak kau sendiri. Sedikit pun mak kau tak kedekut maklumat. Berat badan dengan tinggi badan kau pun dia ceritakan. Pasal kau boleh memasak, rajin bekerja, ada medical degree tapi terbatal... all that," ujarnya, membuat Ayen menoleh dengan kening bercantum. "Tapi dia takda mention apa-apa pasal abang kau..."

"Kenapa mak aku cerita segala bagai pasal aku dekat spy kau?" getus Ayen pula, mula nak hangin.

"Dia berlakon sebagai lelaki yang nak risik kau."

"Cis." Patutlah. Lalu dia sambung mencari.

Egann pula menoleh-noleh ke seluruh rumah, melihat gambar-gambar di dinding. Waima satu gambar pun tidak menunjukkan kehadiran seorang lagi ahli keluarga lelaki dalam rumah ini.

"Abang kau ada mana sekarang?"

"Why the small talk? Kita bukan member nak ambik tau pasal life memasing, tau."

"Anggaplah aku penyibuk."

"Kalau macam tu, anggaplah aku private person."

"Kenapa kau yang gigih kerja itu ini sampai jadi embalmer kat gereja? Ayah kau mati sebab kanser sejak kau bayi, kan? Yang support akademik kau financially ialah mak kau, sebelum kau dapat biasiswa. Masa kau study kat Melbourne, mak kau duduk sengsorang? Mana abang kau pergi? Kenapa dia tak jagakan korang dua beranak?"

Soalan-soalan itu penuh dengan rasa ingin tahu, selain berisi rasa tanggungjawab yang mungkin dikongsi oleh Egann sendiri. Ayen pula menahan kepala berasap. Menahan marah kerana maklumat peribadinya kantoi percuma hanya kerana emaknya mahu dia menikah. Muka diraup. Nama Allah disebut berkali-kali, meminta bertenang.

Tetapi dari kata-kata Egann, emaknya benar-benar diamkan tentang abangnya, maka itu jugalah yang dia akan buat. Lalu dibiaran soalan-soalan Egann tidak berjawab.

Memandangkan dia tak jumpa baju yang sesuai dipakai saiz badan bahu lebar milik si lelaki, Ayen bangkit bersama hembus nafas penat. Si wanita gamam bila lelaki tinggi itu bertindak menutup pintu, memerangkap mereka berdua di dalam bilik tidur yang kecil. Baran mula meruap di kepala.

"Tugas seorang abang ialah jagakan keluarga dia bila kepala keluarga tiada. What the hell is your abang doing?!" soal Egann tegas.

"Kenapa pula kau yang emo?"

"Sebab aku pun ialah seorang abang! Tugas aku ialah tanggung hidup adik aku sebab kami sama-sama sebatang kara kat negara ni. Aku maklum tahap susah bekerja takda ayah! Tapi sekarang ni, aku nampak berapa keras kau bekerja. Aku nampak mak kau bercucuk tanam bawah panas sedangkan aku sendiri tak tahan sampai terpaksa berteduh – sampai tertidur kat sofa sana. Bagitau aku, kat mana abang kau. Aku tolong kau carikkan dia! Heret dia balik ke rumah kau. Melutut minta maaf depan mak kau!"

Tegas sekali. Ayen tergamam. Kulit wajah vanilla itu diwarnai rona merah. Hidung Egan turut kembang kempis menghembus nafas panas. Macam kereta api arang.

Apa jenis kejadian la lelaki ini. Manusia jenis apa yang datang tak dijemput dan menyibuk dalam masalah orang sampai beremosi begitu.

Tanpa dapat ditahan, keluh dalam dihembus. Gagal menafi yang dia menyukai sikap prihatin itu. Memilih untuk melayan rasa ingin tahu dan kegigihan si lelaki, Ayen lalu mengangguk.

"Sorry tapi aku tak tahu."

"Macammana boleh tak tau?"

"Dia tinggalkan rumah masa aku masih prep kat Johor. Sepanjang aku dekat sana, sampailah aku terbang ke Melbourne, mak aku tak pernah bagitau walau sekali pun apa yang jadi antara dia dengan abang. Setiap kali aku tanya, mak aku tak pernah cakap apa-apa. Seolah-olah, kewujudan abang dah dibuang dari kepala dia... dari rumah ni, even..."

Kemudian mereka sama-sama keluar dari bilik tidur itu. Oppo di dalam beg laptop hitam dikeluarkan, dan gambar yang masih disimpan di dalam galeri Facebook, pada Hari Raya semasa tingkatan lima, ditunjukkan pada Egann.

"Ini last gambar dia dengan aku."

"Kau kurus dowh dalam ni..."

"Tengok abang aku, bukan aku!" Spontan menyalak.

Egan terkekeh nipis. Suka mengusik emosi si gadis. Gambar keluarga tiga ahli yang mengenakan baju raya warna biru itu dinilai. Nampak macam keluarga bahagia. Malah di dalam gambar itu, pipi kanan masih Ayen bersih dari parut yang mencacatkan wajah. Teringin pula dia nak tahu apa cerita parut di pipi tersebut. Disimpan rasa ingin tahu itu untuk ditanya pada kemudian hari. Muka abang Ayen direnung. Kenapa macam familiar?

"Apa namanya."

"Ahmad Azri."

Umpama mendengar nama kekasih lama, raut muka Egann berubah mendadak. Kali ini Ayen dipandang dengan mata bulat tak percaya. Kemudian pada gambar raya itu kembali. Tak puas hati dengan maklumat baru yang dia baru terima, Egann beralih pula bagi mendapatkan iPhone di atas meja kopi. Hampir saja selimut terjatuh kerana rentak jalan yang kelam kabut. Lekas dibetulkan dan dilipat pada pinggang macam kain pelikat. Badan sasa yang dihiasi beberapa kesan parut menjadi perhatian mata Ayen sekali lagi.

Selesai membelek galeri, Egann menunjukkan gambar seorang lelaki pada si wanita yang tengah menunggu.

"Tengok ni."

Giliran Ayen terkebil. Lelaki di dalam galeri album Egann sama dengan lelaki di dalam gambar kenangan rayanya. Tetapi abang yang dikenali sangat serabai, suka berselipar jepun, baju selebet serta jeans labuh yang menutup sneakers. Lelaki di dalam gallery Egann pula sangat kacak dan bergaya – seperti seorang selebriti!

"Ahmad Azri. Kitorang panggil dia Ayie."

Rahang Ayen ternganga. "Yes... That's his nickname. H-how-how... ehem, macammana boleh–?" Kata-kata gagal dihabiskan kerana dia benar-benar terkejut. Dan keliru. Nasib hidupnya dengan Egann ketika ini sangat berhubung kait! Langsung tak dijangka permainan takdir ini!

"Aku selalu jumpa dia dekat Bukit Bintang... and err... sebab kenapa aku kenal dia mungkin... sangat-sangat berkemungkinan... sama dengan alasan kenapa mak kau buang dia dari salasilah keluarga korang." Anak mata Ayen direnung dengan pandangan bermakna.

Nafas terakhir terasa hampir terhembus keluar dari ruang rengkung. Memahami maksud si lelaki songsang.

Tidak pasti kenapa tapi dunia terasa gelap.


BAHANA kecewa dengan maklumat terkini yang diterima mengenai abang kandungnya, Ayen meminta diri ke bilik. Mahu merehatkan minda. Hingga malam menjengah, waima sekalipun dia tidak keluar. Lalu Egann menawarkan diri untuk menunjukkan skil domestiknya pada bakal emak mentuanya. 

Puan Norle berbesar hati mempersilakan.


BAU wangi semerbak di seluruh ruang udara rumah papan dua bilik itu. Bila Ayen ke dapur untuk menjenguk, Egann sedang masakkan makan malam. Tomyam merah. Terkejut beruk dibuatnya.

"What the –!"

Egann berpaling ke belakang bila mendengar suara kuat itu. Namun yang berbaki cumalah angin lalu serta buaian langsir. Tanda sesiapa yang baru saja berdiri di situ dah pun pergi ke tempat lain. Dipedulikan, dia kembali dengan kerjanya.

Setelah beberapa ketika, kedengaran suara Ayen pecah bergema hingga berpantulan di seluruh ruang rumah.

"Mak! Dia buat apa masih kat rumah kita?! Dah malam, kut!"

"Mak jemput dia makan malam."

"Jemput makan apa benda, dia sendiri yang masak!"

"Dia yang nak."

"Kalau dia mintak duit, mak nak bagi jugak ke?! Dah la petang tadi mak siap belikan dia baju! Takkan Ayen seorang yang rasa benda ni pelik?!"

"Alaa... dia kan bakal suami kau. Biarlah dia makan malam dengan kita."

"SIAPA YANG NAK BERLAKIKAN MAMAT GA–CK!" Jeritan itu termati di situ. Egann kini tekun merenung langsir putih berbunga kecil merah jambu, pada anak beranak yang dilindungi dinding pemisah. Kemudian suara Ayen kedengaran lagi, lebih lemah dan membetulkan semula ayat yang hampir terlepas keluar. "—mamat gajah macam tu. Ayen dah la kecik je."

Dia lindungi identiti aku... bisik hati Egann. Tanpa dipinta, hatinya mengembang luas macam dipam-pam. Senyuman redup terlakar di wajah. Pertama kali dilayan sebegini.

"Celah mana saiz kau yang kau tengok kecik sangat tu?" bidas Puan Norle selamba.

"Takyah la kasar sangat..." balas Ayen dengan nada merajuk.

Tak lama kemudian, Puan Norle menarik Ayen ke dapur bagi membantu siapkan makan malam mereka. Dengan muncung itik yang langsung tidak mengendur, serta muka semasam cuka, si gadis menurut. Selesai menyiapkan teh panas, nasi putih dimasukkan ke dalam besen kecil dan dipindahkan ke meja. Walau sekali, muka Egann tidak dipandang.

Pedulilah tetamu sekalipun. Tetamu kenalah reti nak hormat perasaan tuan rumah daripada menerjah masuk macam ni dan layan diri macam rumah sendiri!

Dibiarkan si anak dara dengan moodnya, Puan Norle melayan sembang dengan lelaki kacak itu. Semakin lama dilihat, semakin menarik di mata. Huh. Kalau tak pasal dia melihat sendiri cara Egann merenung anak daranya pada petang tadi, mungkin dia tak percaya Ayen berjaya menangkap mamat sekacak ini sebagai bakal suami!

"Kau kerja apa, Syafik?"

"Saya freelancer."

"Kerja apa tu?"

"Freelancer tu macam kerja yang takda kerja mak. Dia main sebat mana-mana projek yang ada. Tapi kalau freelance, macammana boleh beli kereta sport kat luar," cemik Ayen pula, menyampuk.

"Susah saya nak explain. Tapi rasanya cukuplah tau yang saya berkemampuan nak sara makcik dengan Ayen sekaligus," lembut sekali ditutur bersama senyum. Laksana seorang anak yang telah menerima ajaran yang betul dan tahu menghormati orang tua. Dan sesungguhnya, hati Puan Norle terpikat.

Tetapi bukan Ayen. Si gadis semakin paranoid. Boleh jadi Egann benar-benar pandai menipu! Dagu ditopang dan sisi wajah berjambang itu direnung. Sideburn Egann bersambung terus dengan jambang di rahang. Jambangnya pula tidak terlalu pendek, dan tidak terlalu panjang. Kemas merangka wajah.

"Considering macammana kita bertemu, siap boleh beli kereta mahal sedangkan freelancer, entah-entah kau buat jenayah bawah tanah."

Anak mata biru itu mengerling pada mata hitam yang masih menguji.

"Kenapa cuba nak undermine aku depan mak kau sendiri? Bukan ke kau jugak yang nak aku jadi boyfriend kau?"

Spontan keluh terhembus, baru teringat lakonannya sendiri. "Rasanya sekarang mak dah tau yang Ayen tipu mak je pasal Egann."

"Kau tipu mak banyak sangat sampai mak tak tau nak percaya yang mana."

"Hahaha. What a bad daughter."

Ayat mengejek itu disebut dalam nada nipis, seperti di sebut di pinggir bibir, tetapi tepat mengenai hati dan ego. Ayen lalu menoleh dengan mata mencerlang. Tidak berkelip, tidak goyah dan kukuh dengan niat membunuh. Egann sekadar membalas dengan menghirup tomyam.

"Tapi mak nak pilih untuk percaya apa yang mak nampak petang tadi. Dengan mata kepala mak sendiri."

"Apa yang mak/makcik nampak petang tadi?" soal keduanya serentak. Dan serentak juga mereka berpandangan sesama sendiri.

Puan Norle tersenyum, masih tidak berhenti memerhati keduanya. Kedua-dua mereka tak perasan, tetapi Puan Norle dah pun balik semasa mereka tengah berbincang apa entah malah bergurau senda macam kawan yang tak berjumpa bertahun.

"Kau berdua ada chemistry."

Muka Ayen berkerut seribu. Egann pula hanya tersenyum, tidak menafikan dan tidak juga mengiakan kata-kata itu. Dia memutuskan untuk hadir ke hidup Ayen kerana satu tujuan kukuh di minda – mengajak Ayen untuk bersetuju membantu dalam rancangannya hidupnya – yakni sebuah perkahwinan. Memandangkan Puan Norle yakin yang dia menyintai Ayen, ini dinamakan peluang besar yang tak boleh dilepaskan! Restu mak mentua dah dalam genggaman!

"Sebenarnya saya memang nak lamar Ayen jadi isteri saya..." luahnya tenang bersama senyum.

"Kalau mak nak Ayen bahagia dalam perkahwinan, jangan setuju dengan apa yang dia karutkan!" Ayen membantah lekas.

Wanita separuh usia itu menoleh pada anaknya. Sedikit hairan dengan kegigihan melawan semua jenis lamaran yang datang.

"Sebelum ni bukan main lagi kau cakap dengan mak yang kau nak mamat hensem dari London datang melamar kau. Taknak melayu. Nak yang tinggi mata biru tapi boleh cakap melayu dan suka makanan melayu."

Egann menjeling ke arah Ayen yang sedang memuncung pada si emak. Jadi penipuan itu bukan sekadar penipuan on-the-spot, melainkan benar-benar ciri-ciri kehendak jodoh si gadis dari awal lagi? Atau mungkin Ayen sudah ada seorang mat saleh lain yang sudah merajai hati –––

"Mana la orang tau dia betul-betul wujud dan muncul dalam hidup orang macam ni..."

–––– ah, takpelah. Gadis itu sendiri sebenarnya tak jangka dengan rancangan takdir.

"Tapi mak pun tak payahlah hulur Ayen dekat mana-mana lelaki yang datang..." lanjut Ayen lagi bersama muncung rajuk.

"Kau lesbian ke?"

Tiba-tiba. Terlalu tiba-tiba!! Sejenis persoalan atau lebih tepat lagi – sejenis pertuduhan yang meletupkan waras kepala Ayen dimana tahap hancur setara dengan serangan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki hingga memaksa Negara Jepun mengangkat bendera putih ke atas Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua.

Ayen hampir lupa nak bernafas. Kenapa emaknya tanyakan soalan itu? Tidak berkelip matanya memandang wajah serius emaknya, memerhati raut wajah serius itu, menilai kenapa soalan itu keluar, dan cara yang macammana yang dia perlu jawab.

Ah, mak betul-betul serius. Bukan gurauan kasar yang biasa. Mungkin sebab dah bosan sebab aku kerap main tarik tali, tolak semua lamaran yang datang, jadikan usaha mak jadi sia-sia sedangkan dari awal lagi mak tak pernah berhenti meminta, mengharap dan doakan supaya aku tamatkan masa bujang. Ye la, aku sendiri beralasan dekat mak yang aku nak mat saleh, tapi aku tak jangka mat saleh yang berlidah melayu dan perut melayu betul-betul wujud dan muncul dalam hidup aku.... Mak mungkin dah hilang sabar. Jadi macammana ni Ayen weh...

Dalam tempoh millisecond, otaknya berfikir, menganalisis dan ligat mencari penyelesaian terbaik yang boleh memuaskan hati emaknya, tetapi tidak akan merosakkan masa depannya jua.

Lalu tangan dilipat berpeluk tubuh sambil melangutkan kepala merenung siling, mengharap boleh melihat jawapan di atas sana.

"Macammana nak jawab soalan tu eh..." soalnya sendiri.

Egann tersedak teh mendengar monolog itu. "It's a yes or no question. Bukannya soalan rocket science." Teh yang tertumpah di tepi bibir, dilap dengan belakang tangan.

"Rocket science is easier," cemik Ayen, masih pada siling.

"Hahaha-what?" soalnya antara keliru dan kelakar.

Gadis dengan pipi berparut itu menoleh pada si lelaki dengan muka sengal. Kepala didekatkan pada Egann bagi membisikkan jawapan balas. "Obviously mak dah hilang sabar sebab aku masih main tarik tali berkali-kali sampai sekarang, lagi-lagi bila calon suami perfect macam kau muncul depan dia yang kebetulan, match pulak dengan deskripsi lelaki idaman yang aku duk beralasan dekat dia selama ni. Kalau aku jawab ya, obviously hidup aku akan senang lenang sebab boleh lepas dari soalan pasal nikah sampai aku mati, tapi risiko dia pulak, mak aku akan ingat aku lesbian. Tapi kalau aku jawab tak, aku masih kena deal dengan lamaran bangang kau sampai ke sudah."

Masih dengan senyum, Egann turut mendekatkan kepala. "Kau fikir jauh sangat. It's a simple yes or no."

"Wow. Sepatah ayat aku pun kau tak dengar!" Nak terkeluar anak tekak kerana tekanan bisikan marahnya.

"Haha. Aku dengar, alright. Tapi soalan mak kau is a classic hit-or-miss, dan risiko bagi jawapan 'tidak' tu pun... apalah sangat. Terima je la lamaran aku."

"Kau cakap senang la, tapi sekarang ni tengah persoalkan masa depan aku. Of course risiko dia aku susah nak terima, given that the price is a life with you. Tak berbaloi." Senada disebut, membuatkan hati Egann terasa dicincang-cincang pedang Samurai.

Dengan rasa sebal, dada digaru. "Aku nak argue pun payah... sebab aku faham..."

Ayen menjeling. "Thanks."

"Tapi biar aku pecah kecilkan supaya senang kau nak pilih. Yang mana lebih senang dibuat? Berlakon sebagai lesbian dan sakitkan hati dan musnahkan harapan mak kau nak tengok kau naik pelamin, stay di sini dan bekerja all kinds of odd jobs semata-mata nak hidup dalam market environment yang semakin lama semakin tough dan mahal, atau... atau kau terima lamaran aku, ikut aku balik KL, play your part as my wife just for the sake of public deception i.e. yakinkan adik aku yang aku boleh lalui hetero relationship, dan pada masa yang sama cari peluang kerja yang obviously jauh lebih cerah di sana – aku akan bantu, jangan risau – aku boleh beri kau nafkah sebanyak mana yang kau perlu, and maybe plasma TV untuk mak kau supaya dia tengok Sinentron in high definition——kau betul-betul comel, hahaha..." Pujian spontan terlepas bila melihat mata Ayen membulat bersinar. Perempuan ini memiliki mata anime – mudah dilihat emosinya kerana mata bulat besar itu. Dan ketika ini, Egann tahu Ayen dah pun makan umpannya.

Pada masa yang sama, Puan Norle masih memerhati keduanya. Sebenarnya dia tengah panas hati menunggu soalannya dijawab – soalan yang diberi kerana sabar yang dah meletup, tetapi anak daranya itu masih tidak menjawab sebaliknya berbisik-bisik pula dengan Egann. Apa benda la yang mereka tengah bisikkan.

"Ayen, kau tak jawab lagi soalan mak."

Si gadis menjeling. Masih tidak terburu-buru menjawab. Kemudian dia menjeling kembali pada Egann, ligat menimbang tara cadangan yang baru diberi.

"Kalau aku setuju... aku masih ada freedom to live my life?" bisik Ayen lagi.

"Macam hamba yang merdeka." Senyum.

"Kau samakan aku dengan hamba?" Tegang bertanya.

"Its an expression!" Marah pulak dia.

Nafas ditarik dalam hingga penuh dadanya sebelum dihembus panjang. Keputusan akirnya dibuat. Emaknya dipandang dengan muka tegas, bersedia memberi jawapan yang bisa mengubah hidupnya selepas ini. Sejenis keputusan yang disimpan sejak dia sampai usia boleh nikah dan boleh berfikir baik dan buruk. Keputusan yang sewajarnya dibuat hanya bila dia yakin boleh menyerahkan seluruh hidup pada seorang lelaki yang layak, yang boleh memimpin, dan sama-sama mengembangkan ummah Rasulullah di muka bumi. Keputusan yang sepatutnya bukan untuk tujuan kepentingan diri, yang terpesong dari tujuan asal sebuah perkahwinan.

Tetapi buat masa ini, inilah jawapan paling selamat, yang boleh memuaskan hati emaknya, serta juga tidak akan menjejaskan kebebasannya sebagai seorang rakyat marhaen yang tidak terikat dengan apa-apa perhubungan.

"Ayen mintak maaf. Tapi kalau mak nak... Ayen tak kisah kahwin dengan Egann."

Sekelip mata wajah si ibu bertukar ceria. Sifatnya umpama cahaya matahari yang bersinar terang selepas sekian lama ditimpa mendung hujan. Sejenis nikmat dunia yang dirasai hasil dari keputusan berani mati yang baru dibuat.

Ayen lalu mengukir senyum sumbing. Apa benda perasaan yang tengah dirasainya sekarang? Gembira untuk emaknya, tapi takut juga untuk masa depannya. Pada si lelaki yang duduk di sebelahnya, Ayen menghembus keluh. Sekurang-kurangnya menerima lelaki ini boleh membuatkan emaknya tersenyum... cukuplah itu buat masa ini.

"Aku boleh percayakan kau untuk jagakan masa depan aku, kan?" Ada sedikit takut di hati.

Egann mengangguk. "Tanggungjawab di tangan aku."

Keluh berat terhembus. "I'm gonna regret this..."keluhnya lagi, barulah menghirup tomyam hasil tangan Egann. 

Ya Allah, sedap!!


Previous: 1-Bab 4
Next: 2-Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.