Home Novel Cinta MEETING YOU IS FUN
3-Bab12

Act 3: Part 12

KEESOKAN harinya, Ayen bertemu terus dengan pegawai perubatan yang menguruskan pengesahan semula lesen medikalnya. Hampir sejam menunggu, namun pegawai itu masih tak sampai-sampai di pejabatnya. Ayen menghabiskan masa meneliti kedudukan perabot dan barang-barang peribadi yang tersusun di dalam ruang pejabat tersebut.

Pintu tiba-tiba dibuka dari luar. Seorang lelaki separuh usia masuk dengan laju seolah-olah sedang mengejar masa. Di tangannya memegang sampul bersaiz X-ray. Kehadirannya diiringi seorang wanita bersut putih.

"Hello, hai. Saya Doktor Taha. Saya dah dengar pasal awak dari Egann. Excuse me for a sec." X-ray diletakkan di atas meja dan botol air yang digantung pad kerusi diteguk dua tiga kali. Haus.

Ayen sekadar tersenyum kecil. Difahami kenapa si doktor tampak tergesa-gesa.

Lega melayan dahaga, Doktor Taha kembali memandang Ayen. "So, apa benda yang awak dah buat sampai lesen awak dibatalkan dan menyusahkan saya untuk mengepalai kes awak hanya sebab awak terlalu bebal nak ikut walau sedikit undang-undang yang dah termaktub oleh hospital untuk melindungi kepentingan doktor dan pesakit?"

Rahang jatuh seketika. Kurang tangkap.

Doktor Taha mencerun. "Speak. Saya tak sukakan medical practitioner yang bebal. Kalau nak saya bekerjasama, awak kena tunjukkan yang awak layak untuk kembali ke bidang ni."

Dan air muka bertukar serius. "Tentang soalan doktor pasal apa yang saya dah buat... long story short, saya letakkan patient saya dalam transplant list, lied to the Transplant Committee about her being bulimiac, the surgery is a success, saya kantoi kat Board dan lesen saya kena revoked, tapi dia hidup sampai sekarang."

"Kau nampak macam kau ada masalah dengan autoriti. Susah bagi hospital kalau simpan orang macam kau. You got lucky sebab surgery berjaya, tapi kalau kau maintain attitude yang macam tu, God knows berapa banyak lawsuit yang hospital akan hadapi." Resume Ayen dicapai dan direnung. "And remember, you can't change a patient. You can only treat the disease. Kalau kau tak boleh faham itu, then mungkin kau tak patut jadi doktor." Resume dibuang ke dalam tong sampah di tepi meja.

Terasa libasan maut ke hati dan ego melihat tindakan doktor senior itu. Namun Ayen mengekalkan muka serius walau tahap getaran di hati dah rasa macam gempa bumi 9 skala ritcher.

"I save my patient's live. What's wrong with that?" Kukuh.

Perhatian Doktor Taha kembali pada wanita bertudung hitam di hadapannya. Ayen pula memasang muka beku, membalas renungan itu tanpa kelip. Seketika, mereka sama-sama diam.

"The lady on your left ialah Husna. Legal di hospital ni. Kau akan berurusan dengan dia selepas ni memandangkan aku takda masa nak ambil kisah tentang prosedur bersama lembaga," ujarnya sambil mengisyaratkan pada wanita bersut yang duduk di sebelah Ayen. "Aku even takda masa nak ambik peduli tentang ex-con macam kau, tapi Egann insisted, so sekurang-kurangnya aku perlu lihat sendiri skil kau."

Very high pace. Ayen tegak di kerusi, menonong pada Doktor Taha yang bercakap laju macam machine gun. Terasa sesi interview benar-benar bermula.

Doktor Taha membaca resume di tangannya flash read. "Nurul Ain Abu Bakar... Attending di Royal Australia Hospital selama lima tahun... pernah jadi team dalam Diagnostic Department. Hm. Kau habiskan waktu belajar di luar negara dan bekerja di luar negara, jadi kau basically takda sebarang familiarity dengan diseases di Malaysia..." ujarnya, bermonolog. "How good are you as a diagnostician?"

"I can't explain myself without explaining myself first hand."

Husna mengerut dahi mendengar jawapan itu, manakala Doktor Taha merenung si wanita dengan kepala otak yang bergerak laju macam enjin kereta gear 5.

"You're right. Jom ikut aku ke ICU." Dia bangkit. "Husna, kau sekali."

"Ehh..."

Di ICU, Doktor Taha mencelah ke dalam sebuah sesi round yang dipimpin oleh Doktor Rafiq, doktor kanser. Pesakit diperkenal secara ringkas pada Ayen sebagai perempuan berusia 32 tahun. Seterusnya, Ayen membaca fail pesakit yang ada bersama di katil tersebut.

"Tak mengandung, takda kanser..." ujarnya, bermonolog sambil terus meneliti setiap data yang tertulis pada chart tersebut.

"Siapa dia ni?" getus Doktor Rafiq, tak gemar sesinya diganggu.

"Nurul Ain. Egann minta dia diserap masuk..."

"Syafik Egann the Board member?"

"Ya."

"Frickin' kabel. Sekarang tengah budget constraint, kan? Kenapa kau tak reject je?"

"Aku kena entertain dulu... barulah boleh reject dengan hitam putih..."

Ah, betul juga.

"How many pack a day?" soal Ayen tiba-tiba, mematikan perbualan dua doktor pakar itu.

"One," ujar salah seorang attending.

Ayen menjeling pemuda yang menjawab itu sebelum menoleh pada pesakit yang duduk dan memerhati mereka. "Berapa pek sehari?" soalnya pada pesakit itu pula.

"Pek apa?"

"Rokok."

"Satu..."

Ayen menjungkit sebelah kening. "Kau sedar kau duduk dalam ICU sebab semua doktor ni masih tak boleh nak fikir apa punca sakit kau sampai sekarang? It says here kau ada kanser, tapi mereka tak jumpa tumor kau. Mereka dah maklumkan pasla tu, kan?"

Angguk.

Ayen turut mengangguk. "Kau akan mati—" Mereka semua menoleh terperanjat. "—unless kau berterus terang tentang sejarah kau. Tolong kami untuk tolong kau. Terus terang, berapa pek sehari? Tiga atau empat?"

Muka pesakit itu memerah. "Apa relevan rokok dengan sakit saya?"

"Kami masih tak tahu, but it can help our diagnosis to find your problem." Bahu dijungkit.

Nafas didengus. "Empat pek..."

AYen meleret bibir. "Thanks." Dan kepala dipaling ke arah Doktor Taha dan Doktor Rafiq. "Dia mengandung," ujarnya sambil menghulur fail si pesakit dengan gaya selamba.

"Err... dia tak mengandung. Kami dah scan. Kami tak jumpa fetusnya..." ujar salah seorang dari intern itu lagi.

"Maybe you didn't find it hard enough." Mata dijuling ke langit. "Maybe kau tak cari dengan bersungguh-sungguh. Kejap, betul ke translation aku ni?" Bertanya sendiri lagi.

Doktor Rafiq memicing. "Right. Selama Puan Raisya duduk dalam ICU, semua orang tak cari penyakit dia bersungguh-sungguh. Go ahead. Carilah fetus dia bersungguh-sungguh kalau kau boleh buat."

Ayen menerima sindiran itu dengan liur kelat. Jururawat menolak mesin sonogram ke katil tersebut, dan Ayen dibenarkan untuk melakukan prosedur. Di perut tak jumpa. Di rahim tak jumpa. Mereka mengerut dahi bila scanner ditarik ke atas duodenum, hinggalah skrin menunjukkan fetus yang melekat di hati si pesakit.

Mereka semua tercengang.

"Boleh viral ni," luah salah seorang intern itu lagi.

Ayen hanya tersenyum, seraya menoleh kepada Doktor Rafiq yang menahan riak tegang. "Kita boleh label dia sebagai tumor, if that pleases you. Saya tak datang sebab nak cabar kreadibiliti doktor. Saya cuma nak... bantu rakyat Malaysia dengan sakit mereka. The same goes for the rest of us..." luahnya.

Doktor Taha menepuk bahu Doktor Rafiq, manakala onkologis itu sekadar melepas dengus. Pada Husna, dia berbisik. "Saya nak satu salinan resume dia atas meja saya."

"Doktor Taha," panggil salah seorang jururawat. "Tan Sri Chairman panggil."

Terkebil doktor itu dibuatnya. "Sekarang?"

"Ya. Dengan... puan itu sekali." Ibu jari ditunjuk pada Ayen yang datang merapat.


DIA memecut ke penthouse seperti kena kejar pembunuh. Jantung berdegup kencang kerana terlebih adrenaline. Dia berdebar. Dia excited. Dia rasa nak menjerit kegembiraan!!

Pintu rumah dibuka luas dan Ayen terus melutut sambil mengangkat kedua belah tangan ke atas. "YESZAAAA!!!" Akhirnya berjaya melepaskan jerit.

Egann yang mengadap laptop di meja makan, menoleh terkejut. "Hey, kau kenapa?"

"Egann!" Dia meloncat dari melutut dan terus mendapatkan si suami. "Doktor Taha berkenan! Dia dengan Husna akan bawak kes aku ke lembaga! Yahhaa!!" Sekali lagi dia bersorak ke langit.

Egann yang tengah bersila di atas kerusi, tergelak nipis. Pada pemuda bermata hijau yang tengah menunggu di skrin PC melalui Zoom, ditoleh. "Auclair. I'll call you later," tuturnya sebelum menutup window.

"Siapa tu?" soal Ayen dengan nafas yang turun naik. Mengah kerana terlalu excited.

"My colleague."

"Colleague... macam teman sekerja? Kau ada kerja?" Terkejut.

Egann ikut terkejut. "Muka aku ada macam muka penganggur? Of course aku ada kerja. Heck, aku pernah cerita dekat kau kerja aku ialah apa!"

Ayen menggaru belakang kepala. "Tak... sebab sepanjang kita duduk sebumbung, aku tak pernah tengok kau pergi opis. Lagi-lagi sebab muka kau muka penipu."

Diam. Mereka berpandangan.

"Asal kau sengal sangat ni?" soal Egann, benar-benar geram kali ni.

Gadis itu terkekeh. "Sorry, aku takleh nak kawal diri. Aku happy sangat!" Tangan dijulang ke udara lagi.

Muka diraup dengan sebelah tangan. Menahan senyum dari merebak ke telinga bahana terjangkit dengan kegembiraan yang overdose itu. "So, Doktor Taha tu berkenan, eh. Laju jugak. Dude with his calibre selalunya susah sangat nak impressed. You must be one hell of a lady." Senyuman kagum diberi.

Sekali lagi Ayen tersengih luas, seluas langit di atas sana dan ditaburi bintang-bintang dan bulan. Bersinar ceria. Kegembiraan yang tak disangkal-sangkal lagi. Tubuhnya terjungkit-jungkit kecil seperti meloncat-loncat.

Egann tergelak nipis melihat bahasa tubuh itu. "Nak hug?"

"Yes please!" pinta Ayen bersama suara yang tersekat di anak tekak.

Si suami mendepangkan tangan, dan sang isteri terus melontar diri ke dakapan. Berterima kasih, dan bersyukur dengan peluang rezeki yang Allah beri yang disalurkan melalui perkahwinan dengan lelaki ini.

"I'm so glad I met you..." ujarnya dengan suara tenggelam di dada suami. Benar-benar terharu.

Si lelaki sekadar tersenyum.

"Amboi. Romantik."

Satu suara asing kedengaran. Ayen menoleh, melihat seorang lelaki asing keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban.

Masih lagi? Ayen spontan menolak Egann dan menjauhkan diri dari lelaki itu beberapa langkah. Keadaan Egann dilihat. Rambut yang macam baru bangun tidur, baju tidur yang dipakai malam tadi, dan kopi yang masih panas.

Liur terasa berpasir. Gagal ditelan. Lelaki asing itu dipandang lagi, kini mendekati dapur.

Ya Allah.... Hati menyeru nama Allah berkali-kali, meminta ampun dan maaf dan dilindungi dari azab api neraka.

Egann yang menggelengkan kepala pada lelaki asing itu, dipandang dari ekor mata. "Berapa kali aku nak tegur..." ujarnya bersama geli yang tertahan. Bahagian tubuh yang bersentuhan dengan Egann tadi terasa macam baru menyentuh najis mughallazah!! Dia nak mandi, gosok dan samak seluruh tubuhnya 6 kali hingga hilang bau, warna dan rasa.

Egann mengeluh pendek. Dia suka bila menyedari karakter Ayen ialah open book. Dia suka bila boleh melihat Ayen gembira... tapi lain pula rasanya bila muka geli dan benci ketara di wajah dan seluruh bahagian tubuh isterinya itu. Sama macam apa yang dia rasa bila Saif memberi riak itu padanya.

"Aku berani tanam pisau kat leher aku yang kami tak buat apa-apa, Yen. Doug baru sampai sebab nak tumpang mandi sebelum balik ke rumah dia..."

"Sebab bil air kat kawasan rumah dia terputus sampai menumpang kat rumah jiran pun tak boleh?" soal Ayen keras.

Doug berdiri di sebelah Ayen, tekun merenung wajah itu, terutama parut di pipi kanan. Terasa pernah dilihat muka ini... oh ya! Lalu Egann ditoleh. "Awek ni awek yang sama yang ceroboh rumah kau dulu, kan?"

"Yeah. Dialah bini aku."

"Wow. Muncul entah dari mana dan rampas Prince Charming kegilaan ramai. Kau ialah classic example of Cinderella." Dahi Ayen ditolak. Dia beralih ke meja makan, manakala Ayen menggosok dahinya sehabis boleh macam mengikis lumut dekat simen. Pada Egann, Doug menyambung kata. "Macammana kau boleh pilih muka berparut macam tu sebagai bini. Bini kau si Naadia dulu tu more to your speed. Cantik. Sofistikated. Pandai bergaya. Badan ramping. Selebriti... berduit..."

"Orang macam kau reti pandang badan perempuan?" sindir Ayen.

Doug menoleh. "As a matter of fact, orang macam kitorang yang lebih tau cara bergaya, keeping up with the latest fashion, know how to use make up, atau tahu macammana nak hilangkan parut hodoh macam tu."

"Jangan gaduh..." keluh Egann sambil mengurut pangkal hidung. Pening kepala macam ni. "Dan jangan compare Ayen dengan bekas bini aku. Lagipun, Ayen far better dari mereka. She's a doctor too."

Kau sendiri yang compare Ayen dengan bekas bini kau... bisik hati Doug. Apapun, teguran dari si rakan diterima. "Doktor eh. Neat. Maybe aku boleh dapatkan servis kalau aku sakit. Kerja kat hospital mana?"

Ayen menjeling sedikit. "Sorry, tapi buat masa ni, WHO belum isu sebarang ubat yang boleh rawat kebodohan."

"Ayen. You're being judgemental," tegur Egann lekas.

"It's hard not to."

Lelaki bermata biru itu mendengus pendek. "You know, aku tak kahwin dengan kau supaya kau boleh judge kawan aku."

"Well, too bad. Now that kita legally husband and wife, kau kena expect semua jenis judgement yang datang dalam proses perkenalan kita!" Tanpa menunggu lagi, dia bergegas ke tangga dan terus naik ke bilik tidurnya.

Doug menghela nafas panjang. Kopi panas Egann dicapai. "Kalau kau nak buat fake wife sampai seratus orang sekalipun, jangan la cari yang homophobic..." tuturnya rendah sambil menghirup kopi.

"Salah aku sebab benarkan kau masuk..." Dan pada kuasa mistik Ayen yang benar-benar tak dapat dinafi kini. Doug baru sampai 10 minit, tapi Ayen terus sampai ke rumah. Kepala digeleng, mengerti teguran dari langit. Masih pada arah Ayen menghilang, dia membalas rendah. "Kau pulak tak boleh sembunyi kejap ke sampai kantoikan aku macam ni," desisnya pada si rakan. "'Aku dah bagitau kan, yang bini aku tak selesa bila ada lelaki lain dalam rumah."

Doug buat tak peduli. "Sepatutnya kau buatkan dia biasakan diri dengan kita. Aku boleh datang setiap hari kalau kau nak."

"Tolong jangan simbah gas ke dalam api..."

"Aku simbah gas karbon dioksida la ni. Puff." Tangan dibuat gaya api terpadam. "Kau boleh ambik peluang tarik dia ke dalam dunia kita. Sama macam yang kau buat kat Jenny." Kening dijungkit berkali-kali.

Egann mengeluh pendek. "Jenny ialah closeted. Bukan aku yang tarik dia."

"Same thing."

"No. And jangan susahkan hidup aku boleh tak?"

Terkedu Doug dibuatnya. "Aku susahkan hidup kau? Aku yang bantu kau masa kau baru mula sampai ke Malaysia dan tak tahu nak pergi ke mana, dude! Jangan sampai lupakan kulit just because kau tak kisah permainkan perempuan sana sini!" bidasnya, mula naik angin. Telunjuk kemudian dituding ke tangga. "Perempuan tu pun sama je dengan bini-bini kau sebelum ni. Tak sampai 3 bulan, either dia tuntut fasakh, atau kau yang kena ceraikan dia. Perkahwinan celaka macam ni dah pun a joke dari awal lagi!"

"Kau tak payah cakap. Kitorang sendiri tau..." desis Egann perlahan.

Dia tergamam lagi. "Kau cakap apa?"

"Aku cakap kitorang tahu..." ulangnya dengan nada yang lebih kuat. Nafas berat dihembus lagi, mengingati wajah kecewa Ayen tadi. "Tapi aku rasa perkahwinan yang ini akan menjadi... Ayen boleh bantu aku. I really think she can."

"On what ground."

Terdiam seketika. "Instinct?" jawabnya, berupa soalan. Kerana diri sendiri pun tak pasti.

Si kawan mengeluh pendek. Macam-macam hal la mamat ni. "Lepas tu, apa?"

"Apa?"

"Lepas kau berjaya yakinkan adik kau... konon-konon kau ialah lelaki normal yang bernafsu dekat perempuan... apa yang jadi lepas tu? Kau tetap simpan dia sampai bila-bila?" Kepala diisyaratkan lagi ke arah tangga, pada Ayen yang tengah buat apa di biliknya.

Egann tidak menjawab.


Previous: 3-Bab11
Next: 3-Bab13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.