Home Novel Cinta MEETING YOU IS FUN
5-Bab27

One with the first kiss

_____________________________

HUJAN LEBAT.

Jam menunjukkan pukul sepuluh malam. Ayen yang baru lepas mandi, terus masuk ke dalam kigurumi Pikachu. Kigurumi yang diimport khas dari Jepun itu bersifat tebal dan mampu memberi kehangatan  yang tiada tolak bandingannya hingga boleh jadi panas berpeluh!

Dia terasa nak tidur, tapi mata tak boleh lelap. Semuanya gara-gara kejutan dan kejanggalan yang diberi Egann siang tadi! Sengal! Lalu masa dihabiskan dengan melayan internet dalam Oppo. Google dibuka. Persoalan yang bermain di kepala ditekan pada tab search tersebut. Mengharap sebarang artikel mengenai cinta yang boleh dibaca untuk menjawab persoalan-persoalan yang menjadi punca galaunya

"Oxytocin and dopamine often describe as "love hormones" which have an effect on pupil size. Brain got a boost when sexually or romantically attracted to someone..." Ayen teringat macammana anak mata hitam Egann mengembang semasa memandangnya tengah hari tadi. Masa tu, dia tengah jatuh cinta kat aku? Lagipun, Egann tak sepatutnya ada sexual attraction pada perempuan, kan? Jadi macammana boleh 'jatuh cinta'?

Tab baru dibuka, mencari kemungkinan mengalami perasaan romantik tanpa diiringi rasa seksual. Apa yang dibaca membuat kening Ayen bercantum.

"So, it could happen..." bisiknya pada pembacaan di skrin Oppo.

Oppo lalu dijatuhkan ke atas perut. Dengan mata separuh berat, dia merenung siling biliknya. Berfikir panjang.

Sementara itu, Egann di tingkat bawah sedang menikmati Maggi kari sambil menonton Eli di Netflix. Ruang tamu dibiarkan gelap. Hanya lampu dari dapur yang menyala sebagai sumber cahaya. Si lelaki mengenakan sleeveless navy blue dengan seluar pendek paras lutut. Selesa berpakaian ringkas walaupun suhu pada malam itu cukup sejuk.

"Hey, makan tak ajak."

Dia menoleh, melihat Ayen tiba-tiba memuncul dari gelap. "Kau ada kat rumah? Kata ada shif malam ni."

"Aku mintak member ganti. Aku tak boleh nak fokus lepas confession kau siang tadi." Tenang membalas.

Denyutan di dada si lelaki bertukar rentak bila dibangkitkan perkara itu. "Wow. Ganggu kau that much, huh." Perhatian dikembalikan semula pada TV di hadapannya, sedaya upaya berlagak selamba walau jiwa dah mula bergolak. "Aku tak sangka pulak hospital tak kisah korang main redah tak datang just because ada masalah peribadi."

"Bukan ponteng. Tapi swap duty suka sama suka. Takpe la kan. Unless kau nak bawak aku masuk panel disiplin, mister-secretly-my-boss?" usik Ayen dari dapur.

Egann tidak menjawab. Enggan melayan sarcasm itu. Bila Ayen berpatah balik kepadanya, si wanita dah memegang sebatang sudu. Dengan selamba dia duduk di sebelah Egann. Kepala jengul tiba-tiba, merenung mata suaminya. Anak mata hitam itu dilihatnya dah pun mengembang.

Sebab kekurangan cahaya lampu, jadi mata itunya mengembang bagi mengumpul cahaya dan membolehkan empunya melihat.

"Cis. Belum apa-apa dah fail," desisnya geram.

Egann mengerut dahi mendengar kata-kata yang dilepaskan rambang itu. Tambah-tambah bila Ayen bertindak mencuri Maggi dalam mangkuk si suami.

"Hey hey."

"Nak sikit. Aku lapar..." pinta si isteri sambil terus melahap.

Tu dia. Secara rasminya Maggi itu kini berpindah tuan. Egann bersandar di kaki sofa sambil mengulum sudu. TV kini dah tak mampu diberi perhatian, kerana kehadiran si isteri di sebelah. Ayen dikerling. Tengah menghabiskan Magginya. Tanpa dapat ditahan, bibirnya tercuit sedikit. Mood yang pada mulanya hambar dan sejuk, kini terasa hangat dan lengkap. Sempat berfikir macammana kehadiran seseorang boleh mengubah mood sehingga berbeza begini.

"Hey, pasal confession kau siang tadi kan..." Pada TV, Ayen berkata-kata.

"Em?"

"Kau cakap kau, well... love aku. Dari mana benda tu datang? Kau fall in love with my personality or something?"

"Bunyi macam bangang."

"Pfft." Nafas terhembus keluar berupa ketawa tak berbunyi. Melarat kepada ketawa kecil hingga bergegar bahunya.

Egann hanya mampu memandang si perempuan bersama leretan senyum segaris di wajah. Bab gelakkan ironi, dialah nombor satu. "Comel kau malam ni," ujarnya dengan relaks, merujuk kepada Kigurumi Pikachu yang dikenakan Ayen. Telinga Pikachu pada hoodie itu ditarik hingga terjatuh dari kepala Ayen. Baru perasan bahu serta tulang kolar yang terdedah itu. Tak pakai baju kat dalam?

"Thanks. Untuk makluman kau, aku tak pakai baju kat dalam."

Terjawab terus persoalan di hati. Si lelaki terperanjat sedikit. "Okay... kenapa tiba-tiba overshare?"

"Sebab aku nak test satu benda... sebagai data tambahan supaya aku boleh jawab confession kau." Tangannya dipanjangkan mencapai air mineral Egann yang terletak di tengah meja. Diteguk terus. Fuh alhamdulillah. Terisi laparnya.

"Kah! Data tambahan apa pulak yang kau cakap ni. Aku tak faham kenapa kau... like, why do you feel the need nak proses emotion kau? Just tell me straight up what you feel! Direct dari hati, bukannya kena fikir dulu... whoa." Lidah kelu bila tiba-tiba Ayen melakukan sesuatu yang tak terduga. Wanita itu menanggalkan habis butang Kigurumi sebelum mendedahkan bahagian tubuh dari pinggang ke atas. Mata Egann tak berkelip melihat hadiah di depan mata. Dengan bantuan lampu di TV serta lampu dapur, sesungguhnya tiada sebarang sudut yang tertutup dari pandangan.

Buat seketika, ruang di antara mereka sekadar diisi perbualan cerita horror di TV. Egann tergamam dek tingkah laju yang mengejutkan itu, manakala Ayen tekun membaca bahasa tubuh si lelaki. Menganalisis supaya dia sendiri boleh memberi jawapan bagi luahan hati si suami.

"Kenapa tiba-tiba komando depan aku?" Jujur disoal, kerana benar-benar keliru.

"Pfft!" Liur terpercik keluar, gagal menahan geli hati. Si suami dipandang bersama mata tersenyum kini. "Apa pendapat kau? Aku sejuk dah ni."

"Kalau sejuk, pakai la baju betul-betul. Kenapa tunjuk kat aku."

"Hahahaha. Apa yang kau rasa la, bendul. Straight from the heart. Jangan berfikir." Nasihat Egann digunapakai. Pada masa yang sama, perubahan biologi di tubuh maskulin itu diteliti.

Berkerut lagi dahinya. Lalu mata ditala tepat ke arah dua bukit yang tidak pernah dijelajahi mana-mana lelaki mahupun dia sendiri walaupun sudah halal dimiliki. Air mukanya kosong dan kelam, seperti budak sekolah bila cikgu tiba-tiba tanyakan soalan sedangkan dia tidur di belakang kelas. Sekali sekala anak matanya lari ke kanan, berfikir, cuba memproses apa rasa yang perlu dirasai dalam situasi ini.

Bibir yang terasa kering dibasahkan dengan lidah. Ayen meleretkan bibir walau pahit sekali. Reaksi kosong dari Egann dah dijangka, tapi rasa terkilan tetap menggigit hati. Kigurumi dibetulkan bagi menutup tubuhnya kembali.

"Normal guy will react differently, you know," ujarnya kemudian.

"Ah..." Akhirnya faham, apa yang Ayen maksudkan dengan 'test'. "So, aku sepatutnya react macam ni?" Mata kemudian dicerlangkan ke payu dara Ayen, lidah dijelir dan nafas dibuat-buat kencang seperti anjing yang diberi makan daging mentah. Kedua belah tangan turut diangkat ke udara, gaya macam nak meramas hidangan di depan mata.

Si wanita melintang tangan kiri merentas dadanya sambil menepuk muka Egann dengan ringan. Geram pula dibuatnya.

"Main-main..."

Egann mengusap dahi bersama senyum kelakar. "Mana-mana lelaki pun takkan bertukar jadi anjing because kau hidang daging depan mata. Kami takde la shallow sangat macam yang kau fikir..."

"Jadi kalau ada lelaki handsome bukak seluar dia depan kau, kau takda rasa apa?"

Kelu lidah dibuatnya.

Ayen pula menyambung kata. "Maybe aku boleh terima yang kau cintakan aku, tapi you have absolutely zero sexual attraction kat aku. I don't blame you though... sebab the way you are..." Pun selepas membaca beberapa artikel di Google, hal seperti ini nampak gayanya memang boleh berlaku. Cuma dia tak sangka akan berlaku di dalam hidupnya sendiri.

Heck, jika tahun lepas dia dimaklumkan yang dia akan menjadi isteri kepada seorang lelaki gay, mati hidup semula pun dia takkan percaya!

Egann menggosok belakang tengkuk, resah dengan fakta yang dibentangkan. Sememangnya nalurinya keras beku walaupun baru diberi tayangan bogel percuma. Secara logik, dan jika benar mahu rumah tangga palsu ini bertukar menjadi normal dan boleh pergi lebih jauh atau lebih serius, dia perlu atentif dalam konteks ini.

Bibir dijuih, dan lalu dia menanggalkan bajunya pula.

Ayen membulatkan mata. Badan separuh bogel itu dipandang, kemudian pada sepasang mata biru yang meminta maklum balas.

"Kau pula... macammana?"

"Macammana... apa?"

"Same test. Directed at you. Apa kau rasa kat aku?" Mungkin benar Ayen tiada masalah dengan naluri, tetapi berbanding dia, wanita itu pula bermasalah pada hati dan emosinya. Kering dan keras macam dah dibaluti  tujuh lapis besi tulen. Tahap keras, kukuh dan tajam macam pedang Samurai.

"Hurmm..." Ayen menggaru dagu sambil merenung dada berbulu tu. Parut-parut di tubuh Egann menarik perhatiannya buat kesekian kali. Mata bertukar fokus dan dahi turut berkerut.

Lekas dahi si isteri lalu ditolak dengan telunjuk. Perasan riak muka yang mula fokus berfikir itu. "Jangan berfikir! Bagi jawapan terus dari hati kau!" ulang Egann.

Ayen mengherot bibir sambil menyentuh parut pembedahan di pinggang Egann. Akal dah mula melayang fikirkan benda lain yang langsung tak berkait. Lelaki ini jadi bahan eksperimen kah dulu, atau terlibat dalam pergaduhan dengan samseng?

Pipi tiba-tiba dicengkam dan mukanya ditarik supaya melangut. Anak mata biru kilat itu menerkam tepat ke dasar, penuh serius. Sama tahap seriusnya masa main game. "Apa yang kau rasa dekat aku? Honestly speaking."

"Ermm... kau ada low percentage of fat." Tangan pada muka, ditarik supaya melepaskan.

"Thank you. And?"

"Nice bod... kau pergi gim ke? Aku tak pernah perasan." Sengih.

"Of course aku pergi gim. Effort kena ada, tapi it's really a gift from God." Turut tersengih. "Dah. Jangan lari topik. Jawab soalan aku."

"It's a wonder kenapa kebanyakan kaum macam kau is very attractive and handsome sampai rugi benar..." Kata-kata tertelan bila Egann mencengkam kiguruminya dan ditarik kasar hingga hampir menemukan muka mereka. Ayen refleks menolak dada si suami, menjaga jarak mereka. Mata biru kilat itu masih tidak berkelip menerkam pandangannya. Merasa malu, Ayen melarikan pandang ke lantai.

Egann tanya apa yang dia rasa? Soalan bodoh. Berdua dengan suami di dalam gelap dan sejuk seperti ini, apa lagi yang dia perlu rasa! Dia mahu dipeluk lengan sasa itu dan bermanja sepanjang malam la bangang!

Tapi ego dan kesedaran di kepala jauh lebih gah berbanding dengan kehendak yang halus di sudut hati. Dia mengemam bibir, maklum yang Egann juga hauskan maklumat.

"First of all... aku berterima kasih sebab kau sukakan aku... tapi aku tak boleh bersama dengan lelaki yang aku tak boleh nak invest masa depan bersama dia. Love is the basic in a relationship, yes, tapi itu saje tak cukup nak buat dua orang untuk bersama. Faktor lain tetap kena ambil kira," ujarnya sambil menarik jemari Egann supaya melepaskan bajunya. Setelah dilepaskan, dia mengensotkan punggung supaya menjauh. Bila berada pada jarak yang boleh dimaafkan, dia bersandar pada kaki sofa. Skrin TV dipandang. Netflix lagi tapi cerita apa ni?

Si lelaki mendiam seketika, merenung sisi wajah isterinya. "Do you love me, though?"

"Aku baru je cakap..."

"Ayen..."

Nada suara itu berat sekali. Berisi harapan, tetapi diselit jua rasa takut dengan jawapan yang bakal didengari. Air muka Egann serius, membuat Ayen gagal membalas renungan itu lama-lama. Pandangan dilarikan ke dinding sebelum jatuh ke lantai. Kedua belah tangan digenggam seeratnya, menahan beban bakal menghancurkan hati suami sendiri. Bersama nafas tertahan, dia melontar jawapan.

"No."

Jawapan yang boleh dijangka, tapi Egann terasa jantungnya jatuh ke perut. Pedih. Seperti dihimpit... sendat sekali. Pandangan dilarikan ke lantai bersama muka yang mengetat dengan darah panas. Dengan liur yang berpasir di anak tekak, dia bertanya lagi.

"Adakah kau jawab 'no' hanya sebab kau taknak sakit sebab serious relationship antara kita berpotensi gagal?"

Tiada jawapan yang diberi si perempuan kali ini, melainkan rasa sayu pada sepasang mata yang bening. Egann menerima senyap itu sebagai – ya.

"W-what should I do to..."

"Nothing. The way you are... it's a big turn off. Aku tak boleh bersama dengan lelaki macam kau...."

Denyutan di dada cukup perit rasanya. Sendat. Dan renjatan elektrik itu menyakitkan. Jarak di antara mereka kini terasa macam Great Wall of China. Berbanding rasa sakit putus cinta, sakit kali ini agak mencucuk. Dada lalu diusap. Pacemaker yang dipasang di dalam jantung tengah jem, kah?

Macammana ni? Dia mengaku Ayen menarik di mata. Dia mengaku dia mahukan isterinya itu bersama dengannya, menemani hidupnya sampai hari tua. Sama-sama mengusik cinta tiga segi antara Saif, Elisa dan Awani. Sama-sama menjaga Puan Diyana. Tetapi cinta saja tak cukup, apatah lagi cinta yang bertepuk sebelah tangan, apatah lagi dari lelaki seperti dia untuk wanita hebat seperti Ayen...

Nafas ditarik sedalam yang mungkin bagi meringan pedih di hati. "M-mungkin... kalau kau bagi aku masa... aku boleh develop sexual attraction dekat kau..." cadangnya tanpa mengalih renung pada permaidani.

Kali ini kepala Ayen berpusing ke arah suaminya macam kepala robot. Mata dibulatkan sampai bola mata nampak macam tersembul keluar. "There's no way benda macam tu boleh terjadi."

"It's worth the shot."

Terdiam dia. Bila akal Ayen melayang demi memikirkan kemungkinan itu, Egann mengensotkan punggungnya ke arah si isteri hingga lengan mereka bertemu. Si wanita tidak diberi peluang untuk mengelak. Tangan panjangnya terlebih itu merangkul tubuh kecil itu ke dalam rangkulan.

Nah. Satu kehendak Ayen dipenuhi si suami tanpa perlu diluahkan. Si wanita menahan panas di muka.

"Apparently, the idea of no physical relationship yang jadi penghalang kau bukak hati dekat aku. Kalau macam tu, kita will get physical. A lot." Mata dibuntangkan. Serius sekali. "And then, maybe you'll come to love me..." Harapan.

Ayen mengerut dahi, agak risau dengan perkembangan cerita di antara mereka. "Masalahnya, kau boleh ke get physical dengan aku, given that your naluri tak mampu bereaksi dengan jantina macam aku."

"I don't care." Dahi mereka ditemukan. "Tapi kau kena batalkan your stupid rule pasal aku tak boleh cium kau. Aku taknak kena tampar sia-sia lagi."

Ayen mengucap terus dalam hati. Mula seriau. Dan janggal. Tubuh Egann cuba ditolak walaupun tidak berhasil. Lalu kedua belah tangan menolak dagu Egann ke atas sebelum wajah si lelaki mendarat ke mana-mana bahagian wajahnya. Debaran di dada terasa menggila. Idea mendekati Egann pada malam ini tiba-tiba disesali. Perkembangan seperti ini... dia tak bersedia!

"Egann... aku taknak..."

Sengal. Kedua belah pergelangan tangan itu ditangkap dan digenggam dengan sebelah tangan. Dialihkan dari muka. "Fine... tapi aku mintak kau cuba berkompromi dengan aku, boleh tak? Negara ni negara demokrasi, so kau berilah ruang kat aku untuk bagi cadangan yang aku rasa aku boleh buat demi harmoni rumah tangga kita walaupun berbeza naluri... pun keputusan di atas persetujuan kau jugak. Boleh?" Bersungguh meminta.

Wanita itu diam seketika, berfikir. Hangat tubuh Egann cukup membakar kulitnya, menghalang otak untuk berfikir jauh. Mata kemudian dipejam. Nafas ditarik dalam. Hati berbisik supaya jangan kalah dengan perasaan. 

Fikir Ayen, fikir. The brain is the sharpest weapon. Use it.

"Fine. Aku berkompromi tapi aku masih taknak batalkan my no-kissing rule. So, how do you propose to proceed?"

"Amendment on the no-kissing rule. Aku bebas cium seluruh tubuh badan kau kecuali mulut kau." Laju menjawab.

Mata Ayen terbuntang lagi. "Hey! That defeat the purpo...!" Kata-kata terhenti bila tubuhnya ditolak hingga terbaring. Kedua belah tangannya masih tidak dilepaskan dari genggaman suaminya, malah ditahan di atas kepala. Ayen membatu. Jaraknya dengan tubuh Egann kini dipisahkan sebatang siku. Ketebalan fabrik Kigurumi yang dipakai membuatnya sangat panas sekarang! Egann mungkin tak merasa apa-apa, tetapi dia lain. Dia sangat normal! Nalurinya adalah untuk lelaki, lagi-lagi bila berdua dengan si suami di dalam suram gelap begini!

"That-that-that defeat the purpose of no-kissing rule... lebih baik kau propose cancel je..." Masih mampu memberi komen sinis walau jantung dah rasa nak terbang keluar dari dada.

"Ah, takde. Itu kira hukuman dekat kau sebab mengada-ngada establish rules bodoh macam tu dari awal lagi."

Ayen menggelengkan kepala. Cara Egann permainkan orang... buat dia geli hati! "Buat la apa yang kau nak. Jangan ingat aku takut. There's no way orang macam kau boleh kiss perempuan dari awal lagi."

"Kahaha. Kau pandang rendah aku sangat ni." Egann tergelak. "Mana kau dengar gay tak boleh kiss perempuan? Some of us boleh rogol perempuan, even."

"Mungkin. Tapi bukan kau."

"Haip. Kau tak tahu..."

"Aku tahu. Sebab kau respect perempuan." Dengan nada yakin, dia menutur. Malah sebaris kata itu turut disampaikan melalui renungan mata yang tepat ke dasar mata biru kilat tersebut. Egann tergamam. "And I like that about you..." lanjut si wanita.

Seperti panahan ke hati, dia jatuh cinta buat kesekian kali. Tanpa dapat ditahan, rias Egann bertukar melembut. Niat nak menakutkan Ayen menghilang, diganti rasa bahagia yang melimpah ruah, sama saat dia menikmati ketawa yang digemari sejak pertama kali menghiasi rumahnya. Dia menjatuhkan tubuhnya lagi, memindahkan berat badannya ke atas tubuh yang kecil itu dengan perlahan dan berhati-hati. Wajah si comel direnung suka. Rambut yang jatuh di dahi si isteri diusap lembut. Ditolak ke tepi, dan tangannya merayap ke telinga. Bermain-main di situ. Mata bulat yang masih tersenyum itu direnung dengan limpahan rasa kasih sayang.

Ayen bukan emosional. Ayen bebal hal perasaan, terutama bila diserang secara mengejut. Reaksinya selalunya mengecewakan. Tetapi kerana Ayen memproses emosi yang sedang dirasainya. Kemudian dianalisa. Kemudian dia membuat keputusan macammana nak bereaksi dengan emosi itu supaya memberi keuntungan di masa kelak, dan supaya tidak membuat keputusan terburu-buru. Sifat yang bagus, tetapi menyusahkannya ketika ini. Tetapi, jika Ayen menyayangi seseorang, bukan kerana hatinya tertarik semata. Tetapi kerana otaknya juga menerima dan memilih untuk jatuh cinta.

Jika Ayen masih memutuskan untuk bersama dengan dia, jadi dia terjatuh dalam kategori individu yang wanita ini boleh terima dalam hidupnya dalam jangka panjang. Dan kerana memahami sifat isterinya itulah yang menjadikan Egann jatuh cinta dengan lebih dalam.

"Kau cakap aku tak boleh cium perempuan... well, kau salah. Aku dah cium dua perempuan dalam hidup aku."

Ayen menjungkit kening kiri. "That sounds like a brag... but more like a sad statement." Senada.

"Of course aku bragging. Nak cari lelaki zaman sekarang yang jarang sentuh perempuan, susah tau."

"Fine. Then, macammana dengan jumlah lelaki yang kau dah sentuh? Sampai dua digit, tak?"

Gigi diketap. "The point is, aku tak prefer sentuh perempuan tapi kau tetap insan terpilih. Be proud."

"That doesn't change the fact that kau masih gay."

"Shut up about that for one second!"

"Hahaha..." Ketawa dilepaskan, walau janggal sekali sifatnya. Dia perasan mata Egann menangkap renung pada bibirnya beberapa kali. Kedudukan kepala Egann juga berubah sudut. Sekali sekala jatuh, namun naik semula, ragu-ragu nak menemukan bibir mereka. Nafas mereka kini bercampur. Hangat. Denyutan dada kian seragam. Mendamaikan. Dan bila anak mata itu memandang matanya, seolah-olah meminta izin, Ayen boleh dengar pintu hatinya terbuka luas untuk sang jejaka.

"Macammana kau boleh jatuh cinta kat aku..." Soalan sekali lagi keluar, menangguhkan niat Egann buat kesekian kali.

"Macammana?" Keliru dengan soalan itu.

Bukan kenapa, tapi macammana? Macammana dua orang yang berlainan darjat, berlainan kecantikan rupa paras, berlainan personaliti, malah berlainan seksualiti boleh jatuh cinta pada yang seorang lagi? Logik itu agak kelaut.

Itu ialah basis persoalan Ayen, tetapi Egann tidak berfikiran kritikal berbanding si isteri. Apa yang Egann tahu, Ayen memberinya rasa selesa. Bahagia. Dan rasa lengkap. Yang boleh membuatnya mahu berubah tanpa perlu dipaksa-paksa.

Lalu soalan itu dijawab dengan cumbuan.

"I love you..." bisiknya, berisi rasa cinta yang melimpah ruah. Lebih kukuh. Lebih solid. Lebih yakin. "Fuck, I really really in love you..." dan lagi.

Luahan perasaan itu meresap ke dalam hati, jauh lebih baik berbanding siang tadi. Seperti span yang mengembang bila menyerap air. Kini kehendak si lelaki terasa boleh dikongsi bersama. Malah mungkin mampu meruntuhkan benteng besi yang telah dibina kukuh pada awal pernikahan dahulu.

"Then, change..." balasnya kemudian. Bersifat permintaan.

"I will."

Can you really? Soal Ayen lagi, namun didiamkan soalan itu. Mata dipejam. Kalau ini yang takdir kehendaki untuk mereka... baiklah.

Previous: 5-Bab26
Next: 5-Bab28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.