3-Bab10

Act 3: Part 10

My work dynamic recently, in one word: hectic. Aku upload all act 3 (Bab 10-15) for your read, for anyone yang follow la haha. Act 3 is about... what was it again? The one Ayen tries to accept Egann as a mere human with mistakes. Yea, I dont like Egann time ni. Simpati aku pada Ayen.

-----------------------------

HAMPIR sebulan berlalu, dan dengan rasminya Ayen berpindah ke Kuala Lumpur. Walaupun dia tidak memaklumkan pada Egann tetapi lelaki itu dah 10 langkah lebih bersedia darinya dengan menyediakan lori dan tenaga kerja untuk membantu Ayen memindahkan barang-barang, menyelesaikan hal tanah dan kebun dengan menyediakan peluang pekerjaan pada pekebun yang akan mengusahakan semua tanaman arwah Puan Norle, membelikan kereta untuk Ayen walaupun Ayen menyerahkan kereta itu pada makciknya kerana Ayen dah mula menyampah dengan perhatian yang tak perlu itu, dan membantu si perempuan mengangkat barang-barang ke kondonya. 

Rambut hitam lebat yang selalunya disikat kemas itu mula nampak masai kerana penat. Egann terduduk di sofa, kepenatan kerana baru saja disuruh mengangkut kotak-kotak berisi buku-buku Ayen.

Nak sangat menolong, kan? Ayen bagi sebijik. 

"Penat?" soal si perempuan dengan sengih padan muka. 

"Haha, I'm okay." TV dipasang, menayangkan National Geographic. Dokumentari mengenai obor-obor di situ. "Ayen, haus."

Amboi!! Si perempuan yang tengah mengemas buku di atas rak, menoleh dengan mata mencerlang. Melihat Egann buat selamba, lalu nafas didengus. "Ye ke? Wow."

Giliran lelaki itu menjeling geram. "Nak air... haus..."

Buat tak dengar. "Aku nak jumpa Saif."

"Haa??" 

"Aku nak jumpa orang yang menjadi punca aku terlibat dengan masalah hidup kau," lanjutnya.

"Kenapa nak jumpa dia?"

"Sebab aku nak tahu expectation dia," ujar Ayen sambil membuka kabinet. Ada beberapa paket 3 in 1 di dalamnya. Nescafe, teh Hilton, Milo pun ada.

"Expectation yang macammana?"

"Kau nak minum apa?"

Kepala terus menoleh lipat mauh. "Eh? Kau nak bancuhkan?" Menyengih lalu.

"Nak 3 in 1 ke teh?" Senang. Masuk air panas je.

"Neslo."

Menoleh si perempuan dibuatnya. "Neslo is not in the option."

"Then make one," jawabnya selamba sambil beralih ke sofa. Berehat. Smart TV turut dipasang, mencari siaran menarik.

Ayen menoleh, memerhati perangai si lelaki. Egann, buat masa ini, dah menunjukkan sikap periang, gila-gila, ada sudut rumit dan misterinya, ada pride sebagai lelaki, sangat bersungguh, dan sekarang ini nampak pula perangai bossynya. Kalau tak pasal sifatnya yang melanggar hukum agama itu, semua perangai lelaki itu memang boleh diterima Ayen. Malah, level intelek mereka juga tidak jauh.

Bersama sesal, Neslo dibancuh.

"Expectation yang macammana?" soal Egann pada National Geographic di TV.

"Apa dia?"

"Pasal soalan kau."

"Ah... oh ya... expectation Saif tentang perkahwinan kita... kau rasa dia akan makan ke usaha penipuan kau sedangkan kau dah ada tiga perkahwinan gagal, tambah-tambah dia dah tahu dari awal yang kau... ialah kau..."

Si lelaki mendiam. Ayen pula terus merenung.

"The stake is too high for me to change his perspective of you, Egann... unless kau ada spesifik indicator untuk buatkan dia somehow boleh percaya... magically... yang abang dia boleh sukakan perempuan?"

Si lelaki mendiam seketika. Tengah giat berfikir bahana semua soalan-soalan ini. "Kau cuma perlu berlagak mesra depan dia... buat macam kita happy-happy..."

"Adik kau sebodoh itu?"

Egann menoleh spontan. Terperanjat. Ayen pula merapati sofa sambil menghidangkan Neslo di hadapan si pemuda. Punggung dilabuh pada sofa di sebelah si lelaki dan muka kacak itu ditentang.

"Kau pula, apa yang kau nak sebenarnya? Kau ingat kalau cuba tipu adik kau, dia boleh percaya membuta je?"

Nafas dihembus. "Aku nak dia terima aku sebagai aku... atau at least... tolerate aku yang aku masih abang dia dan bukan layan aku macam..." Rahang mengetat, sekaligus mematikan kata-katanya. Refleks. Lalu nafas ditarik sedalamnya. "You know what I mean... Aku tahu aku jahat Yen... aku nak dia terima aku yang aku dah jadi jahat... dan bukannya abang dia yang suci bersih macam dulu. Aku ialah kain putih yang dah kotor... aku nak dia terima realiti..."

Itu permintaan yang menyedihkan. Ayen menahan rasa haru. Cawan berisi Neslo terlebih dahulu disorong pada si lelaki sebelum membalas tenang. "To be fair, you're being selfish, Egann..."

"On what part?"

"Kau nak dia terima kau the way you are tapi kau tak sanggup terima reaksi dia dekat kau. Benda yang kau buat terang-terang salah. He the right to be mad." Satu persatu disebut, menyekolahkan si lelaki yang dah melalui kebencian si adik beberapa tahun sebelum Ayen menapak masuk. Egann tidak membalas, manakala di perempuan terus bercakap. "You guys should meet halfway. Dia tak boleh expect kau patah balik, dan pada masa yang sama, kau juga kena berubah ikut acuan yang dia sudi terima."

Tanpa dapat ditahan, keluh terhembus. "Aku tahu apa yang dia nak Ayen... dia nak aku jadi practising Muslim... and boleh hidup bahagia dengan perempuan.... Sebab tu aku bersungguh sangat cari perempuan untuk buktikan dekat dia yang aku boleh buat. Tapi lepas semua relationship aku selama ni... I can't do it properly but to fake it..."

Semakin difahami, makin sedih dibuatnya. "Hmm, kalau macam tu, we need proper strategy. Aku taknak kerja bodoh-bodoh dan buang masa yang aku nampak akan memenatkan kita berdua. Boleh jadi aku ended up terlalu geli dengan kau sampai aku tuntut cerai tanpa sempat kau nak yakinkan adik kau, and then resulted pattern yang menjadikan kau sekadar nak menipu kosong dan nampak macam langsung tak boleh berubah. Aku rasa itu lebih teruk in a long run. Relationship kau berdua beradik akan jadi lebih teruk sebab the trust... the trust dah takda."

Kening tebal itu terjungkit. Perempuan ini... perempuan yang ditemuinya tengah mengawet dan menghias arwah bekas isterinya ini di bilik mayat gereja suatu masa dahulu ini... bukan sahaja memiliki hati yang betul, tetapi kapabiliti otak yang melangkaui jangkaan Egann sendiri! Tanpa dapat ditahan, dia tersenyum kecil. Cawan berisi Neslo di atas meja kopi turut dicapai.

"Proposal kau ialah?"

Nafas ditarik dalam. "Aku masih tak tahu... sebab tu aku nak jumpa dia untuk ambil tahu apa pendapat dia pasal kau sekarang ni. We need information sebelum boleh buat plan and decision."

"Aku boleh komen apa dia fikir pasal aku. Dia bencikan aku sampai tak kisah aku mati." Selamba disebut sambil menghirup. Hm, tawar. "Kau tak letak gula?"

Lah, tawar ke? Ayen jadi segan. "Elak diabetes." Pandai mengelak.

Egann diam seketika, merenung kocakan Neslo di dalam cawan. Alang-alang Ayen dah buatkan.... Neslo tawar terus diteguk hingga habis.

Ayen pula memerhati tingkah laku si kacak. Selepas ini, dia akan melayan lelaki ini sebagai isteri... eh? Satu getaran asing mengetik hati, seperti getaran pada gitar yang tidak pasti datang dari mana. Nafas ditarik dalam, lalu tubuh disandarkan. Wajah bakal adik iparnya dibayangkan di fikiran.

"Adik kau nampak macam jenis yang serius..."

"Ya. Antara aku dengan dia, he's the sane one." Mengingati si adik, bibir dileret lalu. "He's my pride and joy, Ayen... what I wouldn't give to get his approval back..." Liur yang terasa pahit, lalu ditelan. Si muka tembam dipandang dengan renungan meminta. "At least... bantu aku supaya aku boleh beraya dengan dia... boleh?"

"That's a fairly low bar..." Tetapi itu maklumat yang pelik. "Selama ni korang tak beraya bersama?"

Geleng. "Last kami beraya bersama sebelum aku fly ke US... which is... masa aku Form 4, dan dia Form 3.... And then aku tak balik Malaysia 9 tahun... tapi lepas aku balik, aku kantoi songsang dekat dia and then dia layan aku macam pesakit AIDS... sampai sekarang..."

Ayen spontan tergelak. Bila Egann menjeling tajam, muka bersalah diberi.

"Adik kau macam menarik. Dia handsome macam kau, kan? Single ke?"

"Hey! Kau, aku punya. Jangan curang!" Mata dicerlang.

Eh eh dia ni... Dipedulikan sifat autoritatif itu, mata dijuling ke langit. Membayangkan kalendar dalam kepala. "Raya eh... tahun ni ke?"

"Ha'ah."

"Tiga bulan je lagi... mana sempat. Tahun depan pun masih ada Raya jugak..."

"Can't. The faster the better."

"Any specific reason?"

"Personal reason and... the faster the better." Neslo terus diteguk sampai habis.

Ayen merenung si mata biru. "Kau dah share everything dengan aku and now bila aku tanya kenapa matlamat kau ialah Raya tahun ni... kau boleh jawab personal reason? Kenapa tiba-tiba bagi jawapan selamat?"

"Kalau benda boleh selesai cepat, buat apa tangguh?"

Nafas Ayen spontan terluah. Itu betul... dan lelaki ini masih menyembunyikan sesuatu. Lalu mata dijuling, terus merangka pelan di kepala sebelum teringat sesuatu.

"Eh, ya Allah! Musim haji lepas Raya, kan??" Tercungap lalu. Tersedar. Mukanya bertukar merah. Timeline tak mengena! "Bapak aku tetap kena jadi wali!!" ujarnya, hampir terjerit. 

Si mata biru menggaru kepala. "Ayen... dia cross-dresser je... bukan trans macam Sajat. Dia masih boleh appear as a regular guy in a regular setting..."

"Dia tinggalkan aku dengan mak masa aku masih bayi semata-mata nak kejar lifestyle Ru Paul!!" Sekuat hati dipekik. Mendadak sekali sifatnya seperti guruh di tengah hari. Egann terperanjat. "Mak habiskan simpanan KWSP nak hantar aku pergi study! Aku balik Malaysia dan tengok mak duduk sengsorang dekat rumah kecik tu dekat kampung... walhal dia dekat KL buat benda celaka!! D-dia atau Ayie pun...!!" Gigi diketap sekuatnya. Air mata terus jatuh ke pipi, sekaligus merenjat reaksi dari si lelaki. "I hate the both of them!! I don't need them!!"

Egann zipkan mulut. Sedar, bukan tempatnya nak memberi komen tentang sengsara yang dirasai Ayen. Gadis itu pula mengesat air mata sehabisnya, sekaligus cuba menahan tangis dari terus mengganggu dinamik perbualan.

Senyap.

Egann menghulur tisu, dan disambut Ayen sambil menarik hingus cair. Akal terus berketak-ketak berfikir, mencari penyelesaian masalah.

"K-kau je la sambut tangan dia... Aku tak perlu ada..." sambung si gadis dengan suara serak.

"Ha?"

"Hukum nikah ialah suami, isteri, saksi, wali dengan akad. Itu saja dah lengkap. Adat je yang buatkan perempuan perlu ada masa majlis. Aku boleh tengok TV dekat rumah masa kau ikat akad dengan... dengan dengan... t-that guy..."

Nganga lalu. "Kau biar betul..."

"In term of documentation, kau pass dekat aku untuk sign. By all means of word, Egann Abdullah, jangan sekali-kali kau biarkan aku jumpa... t-that-that guy lagi..." Dengan mata merah berkaca serta kerut tebal di muka, dia menggelengkan kepala. Pedih dan benci yang dirasai hatinya hanya disimpan sendiri.

Terkaku. Ketara sekali betapa kuatnya rasa benci yang dirasai wanita ini untuk ayahnya sendiri. "Kau baru jumpa dia sekali seumur hidup kau..."

"Dia even tak datang masa kebumi mak..." Pada tisu basah, dia komplen. "Aku tak boleh... aku benci dia..." luahnya, membuat Egann terasa lidahnya dikerat. Ayen pula masih senduk. Hingus cair ditarik. "Ayie... aku masih boleh tolerate... sebab dia ada datang..."

Mujur aku paksa dia datang, bisik hati lelaki. Egann menghela nafas dalam, dah tak tahu nak berkata apa melainkan menghormati keputusan itu. "Nak air?" Cawan berisi Neslo ditolak ke depan Ayen.

Air mata dilap. "Nak coconut shake..."

Tertoleh si lelaki dibuatnya. Ayen pula memberi sengih beku. Melihat muka yang masih sembap itu, nafas dihela, mengalah.

"Fine. Jom." Dia bangkit.

"Aik? Serius?" Dia ingat nak ajak gurau je. Kalau tak dapat takpe, tapi kalau dapat best juga. Dapat Neslo tawar depan ni pun dia dah puas hati dah.

"Yep. Jom." Kunci Scirocco di celah sofa, dicapai.

Ayen nganga. Tak pernah tak terkejut melihat kesungguhan lelaki ini. "Tapi tak susahkan kau, ke? Dahlah ulang alik KL-Pekan lepas tu naik KL lagi and then tolong aku angkut barang-barang aku ke atas ni... sekarang pun dah malam..."

"Kau bakal wife aku. Dah jadi tanggungjawab aku untuk tunaikan semua permintaan kau... selagi masih within my power and control untuk tunaikan..."

Ternganga dibuatnya. "Bila pulak aku cakap aku dah setuju..."

"Jomlah ikut. Kau boleh tengok kat mana pasar malam untuk kau pergi nanti." Sekali lagi dia mengajak bila si hawa masih tidak berganjak dari duduk.

"Y-ya... sure..."


SAIF membuka pintu rumah. Apa yang berlaku sekarang ini ialah pemandangan yang tak pernah dilihat. 

Abangnya sedang berdiri di luar pagar sana, bersama seorang perempuan pendek di paras dadanya. Kedua-duanya tengah tersengih sambil mengangkat plastik berisi makanan.

"Jom lepak!" 

Kening bercantum terus. Selipar disarung dan dia berjalan ke pagar. 

"Abang dah kenapa tiba-tiba... dan kenapa abang bersama dengan..." Si pendek gempal ditoleh. Berbanding dahulu, si gempal ini nampak cengkung sedikit. "Kau ialah..."

"Nurul Ain. Ayen. Your ad-hoc cheap labor." Ayen memperkenal diri. 

"Bakal wife abang," sambung Egann dengan mata bersinar. 

Ayen dan Saif serentak menoleh pada si lelaki tinggi sebelum berpandangan. Wanita itu melakar sengih janggal, membuatkan Saif berkerut lagi. 

"Kau serius?"

"Well..." Bibir dileret, masih janggal. Nak bagi jawapan apa pun dia tak tahu. Persetujuan belum diberi tapi Egann terlebih dahulu melabel macam-macam sampai dia pula segan nak membetulkan. Dahlah depan si adik ini sendiri!

"Aku tak tipu bila aku cakap dia tunggang terbalik," ujar Saif dengan nada keras, berupa amaran.

"I know." Malah dah nampak depan mata sendiri. Tengkuk digaru. "Dia bukan setakat tunggang terbalik. Tapi dia ialah abang yang nak berbaik dengan adik dia." Mata biru di sebalik kaca mata itu ditentang. "Jom lepak. Sambil-sambil tu, aku boleh kenal kau."

Egann memandang Ayen dengan pandangan yang sukar dibaca. Bila perasan Saif memandangnya, dia menoleh. "What?"

"Abang upah awek pulak, ke?"

"Hei! Abang kau masih tak bayar aku apa-apa kecuali beri aku sakit kepala semata!" marah Ayen pula, tak suka dirinya dipandang ringan. "Hutang autopsi tak bayar, hutang basuh pinggan pun masih tangguh, sekarang  nak minta tolong aku buat benda yang jauh lebih susah dari manual labor semata!!" Pinggang dicekak dua belah. 

Egann mencerlangkan matanya. "Kau minta 6 ribu untuk cuci pinggan!"

"Aku start dengan 3 ribu, kau taknak bayar!"

"Need I remind you that you're fully intended nak rompak organ Jenny kalau tak pasal aku tak datang masa tu?"

"F-Fully?! Mana ada aku fully intended! Aku baru nak plan!"

Nafas terluah. "Kau tak cuba nak menafi niat jahat kau langsung..." Kepala digeleng dan Saif dipandang. Nampak keliru sekali riaknya. "Abang kenal Ayen masa dia jadi mortician yang awetkan dan solekkan Jenny, arwah bekas bini abang dulu tu. Abang minta dia buat autopsi sebagai second opinion kenapa Jenny mati sakit jantung sedangkan umur baru 26. And then our interaction start from there... sampai sekarang."

"Kenapa nak question bila orang mati? Mati datang anytime," balas Saif.

"Jenny mati sebab racun," sampuk Ayen selamba, membuat Saif menoleh padanya kembali. "Amantadine, which is weird... sebab normally orang prescribe the meds untuk those yang ada Parkinson-like symtoms, tapi aku tak boleh nak buat komen lebih sebab aku tak kenal dia in real life. Si kedekut ni minta result autopsi walaupun buat benda tu boleh langgar integriti aku, itu je la maklumat yang aku boleh beri."

"Parkinson-like symtoms?" Saif mengerut dahi.

"From the therapy, Saif..." celah Egann pula, membuat si adik menoleh dengan muka serius maut.

"Abang pun?"

Bahu dijungkit. 

Diam seketika, seolah-olah berfikir. "Tapi kalau sebab amantadine, kenapa letak mati sebab sakit jantung?"

"Sebab memang mati sebab jantung berhenti berdenyut. Amantadine bind with protein, bukan blood. Ginjal dia tak boleh filter the drug, and then merebak ke seluruh badan, multiple organ failure, termasuklah jantung. Shut down. K.O." Senada menerangkan.

Saif merenung bekas doktor itu sebelum fokus pada abangnya kembali. "You?"

Geleng. 

"Okay then." Lega sedikit.

Ayen memerhati keduanya. Air muka mereka serius sekali, seakan-akan berbicara dalam senyap. "Sorry... kenapa ni? Terapi apa ni? Egann pun join terapi? Pasal apa ni?" Bertalu-talu ditanya. Curious! Macam perlu libat polis bahana kata-kata Saif mengenai rekod autopsi Jenny sepatutnya bersih itu tadi. Sejenis pemalsuan maklumat? Kalau ya, kenapa dan apa yang jadi?

Saif menoleh lagi pada si perempuan. "Abang tak cerita..."

"No. Dia tak perlu tahu." Datar.

Angguk. "Well, Saif tak sure nak komen macammana, tapi as of now, relationship abang dengan dia seems authentic enough..." Pintu pagar dibuka dan dia melangkah keluar. Si pendek itu direnung terlebih dahulu. "Kau ialah bakal kakak ipar aku kali ni?"

"Hahah... aku belum setuju pun lagi..."

"Habis kenapa kau dengan abang?"

Nafas ditelan. "Ermm... Aku nak jumpa kau... sebab... aku maybe nak reconsider option... nak nikahi abang kau..." Perlahan sekali disebut. 

Saif memicing. "Kau nak nikahi abang aku?"

"Aku belum setuju..." Diulang ayat itu bagi memberi rasional dalam kepala. 

"Tapi kau nak consider?"

"Mmmmmmaybe?" Panjang sekali m-nya tanda ragu-ragunya dia.

"Why?"

Beratnya soalan itu!! Ayen terdongak ke langit sambil menggigit bibir bawahnya. Jujurnya, takda siapa yang berkepala waras yang boleh bersetuju nak menikahi seseorang macam Egann!! Azab dunia akhirat!!

Melihat peritnya muka si perempuan, Egann tolong menyahut. "Dia nak tolong abang..." 

"Tolong?" Geram mula terpercik. "Lady. Kita tengah cakap pasal hal kahwin. Ini bukan program Bersamamu yang kau nak tolong orang macam abang aku macamlah dia hidup dengan gaji RM1,200 sebulan. Kahwin ialah sebuah majlis suci yang tak sepatutnya diperkotak katik dan digunakan semata-mata untuk menipu orang lain sampai patahkan semua hati perempuan yang dah tangkap jiwang dekat abang!!" Rentak perbualan berubah dari memarahi Ayen kepada memarahi abangnya. Malah bulat sekali matanya mencerlang pada si abang itu. 

Tetapi lelaki itu memberi sengih. "I told you. Selagi boleh buat kau terima abang, selagi tu abang takkan berhenti sampai kiamat."

"Abang yang mati dulu sebelum kiamat!!"

Uish, kerasnya ayat itu hingga Ayen pula yang berdesing telinga mendengarnya. Air muka Egann pula mula payau walau masih cuba mengekalkan senyum di muka.

"Then... at least I died knowing I tried my best to make amend..." 

"Kalau abang mati abang kena libas mungkar nakir! Penyesalan nakkan maaf Saif dah jadi perkara kedua kalau abang tak minta maaf dekat Allah dulu! Menyesal dekat kubur dah tak guna! Kenapa itu pun abang tak boleh nak tangkap lagi?!!"

Expectation Saif? Ya, Ayen dah nampak dah sekarang. Si adik cuma nak abangnya kembali ke jalan Allah sepenuhnya. Dan kenapa Egann gasak sangat nak membuktikan dia boleh bersama dengan perempuan, secara kasarnya, berpunca dari isu yang sama. 

"Janganlah gaduh..." celahnya pula, lalu berdiri di hadapan Egann dan menentang muka garang bakal adik iparnya. "Selagi dia ada room for improvement, it worth the shot."

Mata dicerlangkan. "Kau pun satu! Dah tahu abang problem, kenapa kau masih nak dekat dia!! Tak mungkin kau nak dekat dia kalau bukan sebab duit dia!!" 

Nganga. Lalu kepala dipaling ke belakang. "Aku pula yang kena marah..." rungutnya pada si lelaki. 

Egann hanya tersenyum halus. "Saif... jangan rigid sangat..."

"Tak... abang tak faham..." Lelaki berkaca itu meraup muka. Nampak tertekan sekali. "Disebabkan request Saif, abang dah jadi playboy gay. You dated girls here and there sampai patahkan hati mereka sesuka hati. Abang permainkan integriti perkahwinan, walhal abang masih terjebak dengan gejala luar tabi'i tu... abang dah jadi lebih teruk..." Mukanya berubah ketat. Merah mukanya cukup nampak di mata mereka walaupun sekarang ini tengah malam dan ditemani lampu jalan. Tangan dijatuhkan, mendedahkan riak kusut milik si adik. Nampak putus asa. Matanya juga berkaca. "At this point... Saif lebih rela tengok abang mati berseorangan dan terus menyusahkan orang-orang di sekeliling abang..." 

Pedih hati insan yang meluah, pedih telinga insan yang mendengar, pedih lagi si abang yang menerima kata-kata itu. Saif tidak main-main. Si adik ini benar-benar tengah kecewa, dan berpunca dari sifat serta usaha abangnya semata. Ayen berpaling pula pada lelaki di belakangnya. Muka itu sedih benar, sekaligus menarik rasa kasihan di hati perempuan.

Mata dipejam, nafas ditahan supaya sesak di dada, dan kemudian bahu Ayen dirangkul. "One last shot. Abang janji. This lady is the best..." Nafas dihembus setelah dada terlalu sesak. Lalu oksigen ditarik lagi dalam-dalam bagi meredakan pedih yang dirasai. "This lady is the best partner I can find. Dia sudi tolong... dia ada otak dan hati yang abang boleh approve... dan dia nak berkenalan dengan kau sebelum dia harungi dugaan rumah tangga dengan abang." Liur ditelan. "Abang request kau entertain abang one last time...? I promise... this will be the last..." 

Dua beradik itu langsung tidak memandang masing-masing kini. Wajah Egann menentang Saif tetapi matanya ditumpu pada pintu rumah. Saif pula lebih rela merenung longkang dari menghadap abangnya. 

Ayen semakin janggal. 

"Saif..." panggil Egann lagi bila permintaan tak bersahut. "Jom lepak dengan abang?"

"No."

Retak. 

"Abang buatlah apa-apa yang abang nak. Saif dah taknak peduli," sambung si adik. Sempat memberi jeling dingin pada Ayen sebelum kembali masuk ke dalam laman. Pagar dikunci. Kemudian dia terus menghilang ke dalam rumah. Pintu turut ditutup. 

Kedua-dua tetamu yang tak diundang, tak dijemput dan tak dihantar itu sekadar menonong di luar pagar. Ayen menelan dinginnya hubungan adik beradik itu seperti menelan ais selepas mengulum gula-gula mint. Air muka Egann pula terlalu perit untuk dipandang. 

"So... kau dah dapat expectation yang kau nak?" soalnya dengan nada berat. 

Bibir dikemam. Bila si lelaki berjalan pergi, Ayen mengekori lambat-lambat. Tidak tahu nak cakap apa. 

Scirocco dimasuki. Namun enjin tidak dihidupkan. Kedua-duanya tenggelam dalam senyap. Janggal sekali rasanya. Ayen umpama Saif yang menolak abang dan ayahnya, manakala Egann dipihak yang satu lagi. 

Sebuah lawak yang pahit sekali. 

Nafas ditarik sedalam-dalamnya hingga dadanya kembang. Egann melepaskan batuk sekali, dan barulah enjin dihidupkan. Kereta merah itu terus dipandu keluar ke jalan utama.

Ayen senyap. Sekadar merenung jalan raya yang gelap, yang akan diharungi dengan lelaki ini selepas ini. Si lelaki juga tidak meminta maklum balas. 

Langit direnung. Kemudian pada lampu jalan yang berlari ke belakang, pada jam di dashboard yang menunjukkan pukul 9:10 PM, sebelum ditoleh pada lelaki di sebelahnya. 

"Are you regretting the way you turn out to be?" soalnya perlahan, sekaligus memecah hening di dalam kereta itu.

Egann menjeling. "Kenapa tiba-tiba?"

"Aku nak tolong... dan aku dah lebih ikhlas nak tolong sekarang ni, aku tak tipu. Tapi aku tak boleh tolong orang yang taknak ditolong. Saif ada impression langsung tak boleh berubah, dan akan jadi lebih teruk. Maybe... maybe kalau kita boleh tunjuk yang kau at least bahagia dengan aku... his impression would change."

"Kau dah agree ke nak kahwin dengan aku?"

"Hardly, Egann... so we need to set some rule or guideline... contohnya macam... buat regular HIV test... atau atau... just stop humping men, for goodness sake..." Benar-benar meminta.

Egann tersenyum kecil. "So, kau setuju?" Masih bertanya.

"Provided kau setuju dengan syarat aku tu."

Garisan di bibir kian meleret ke pipi. "Paling cepat aku boleh buat maybe next week. I need to book your dad's schedule dulu untuk bawa dia jumpa tok kadi. Selepas aku selesai sambut tangan dia, I'll text you. Okay?"

Dagu digaru, memikirkan semula keputusannya. Berapa ribu kali entah dia dah berfikir sejak mula-mula Egann mengajak nikah dahulu. "Aku tak sure aku betul-betul okay ke tidak... tapi I think I can do it kalau aku sekadar pandang kau lelaki bermasalah yang perlu ditolong berbanding husband yang aku nak berkasih sayang."

"Aku masih boleh sayangkan kau..."

"Jangan buat aku muntah."

"Tsskk..." Pedihnya rasa hati.

Ayen pula tak peduli, malah terus bercakap. "Our marriage will be... langkah untuk mencapai objektif hidup kau... dan kau bantu aku untuk baiki hidup aku... with no feelings attached. Kita kena tunjukkan yang kita masih boleh berbahagia walaupun... berlainan naluri..."

Garis panduan selesai digezet.

Angguk. "Aku okay je semua tu. Yang penting dia tak marah aku lagi, dah. I've had enough dia pandang aku macam batu kat tepi jalan. Tak ambik peduli, tak pandang, siap mungkin kena ludah atau kena berak anjing...."

"Kau lebih takutkan kemarahan adik kau berbanding murka Allah?"

Egann tergamam. Soalan tarbiah sentap namanya ni. Buat seketika, dia tergagap nak membalas. Ayen pula masih memerhati dan merenung.

Saiful Dour Abdullah Ian Seymour, adik lelaki Egann, peguam, dan punca utama semua permasalahan ini. Dia ialah motivasi hidup Egann, dan Ayen dengan sesungguh hati berkenan nak menyatukan dua beradik ini.

Kenapa?

Dia sendiri tak tahu. Muka kesian Egann tadi telah berjaya menjentik naluri terdalam yang gemar membantu golongan-golongan kasihan yang perlu dibantu. Egann berkata benar yang dia suka menolong orang, sebab itulah dia menjadi doktor. Sebab itulah dia membantu mencuci pinggan sampai nak patah tulang. 

Dia merasa diperlukan.


Previous: 2-Bab 9
Next: 3-Bab11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh