Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 47
Bunga mawar dihidunya satu persatu. Harum baunya.  Dibelai-belai lembut, direnung setiap kelopak mawar merah. Cantik sekali warnanya. Lembut. Di batangnya terdapat duri-duri kecil. Jika tersalah pegang mahu tercucuk jari. Luka dan berdarah. Walaupun luka tidak besar tapi bisanya amat pedih.

" Kau tahu tak Aliaa.. Kau ibarat mawar yang berduri, cantik, sentiasa harum dan ceria , lembut walaupun garang macam singa, tapi untuk mendekatimu, untuk memiliki hatimu, bukan mudah yang ku sangka.. Patutlah kau suka sangat dengan mawar merah, sama sifatnya dengan kau. Aliaa oh Aliaa..."  Faliq bercakap sendiri. Gelak kecil. Tercuit hatinya. Terhibur hatinya. Faliq mematahkan setangkai bunga mawar. Lalu dibawanya ke meja kopi. Duduk sendiri dalam samaran lampu. Senyum dan senyum. Bunga mawar itu dipusing ke kanan ke kiri. Di pegang,dibelai, dihidunya.

Puan Asmah melihat gelagat anak kesayangannya. Menggeleng-geleng kepala. Memahami isi hati si Faliq. Senyum dan menghampiri Faliq yang leka menghadap mawar itu.

" Alang.." tegur Puan Asmah. Faliq agak terkejut. Puan Asmah duduk di hadapan Faliq. Memandang tepat ke wajah Faliq.

" Kenapa ma tengok Alang asyik termenung je dari tadi? Menung dekat bunga tu dari tadi. Gaduh dengan Aliaa ke?!" tanya Puan Asmah. Risau tengok keadaan Faliq.

"Tak adalah ma. Kami okey je.." jawabnya lemah.

" Habis.. kalau tak gaduh. Kenapa? Ada masalah kat tempat kerja?!"  tanya lagi. Tak puashati dengan jawapan  Faliq.

" Kerja Alang okey je.."

" Kalau semua okey, dah tu termenung sana, termenung sini tu dah kenapa? Cuba cerita dekat mama, jangan sembunyi. Nanti jadi stress.. " Puan Asmah masih memujuk. Tak tenang hatinya selagi Faliq tak cerita.

" Tak ada ma. Cuma.. Entahlah, mungkin perasaan Alang je kut.." susahnya Faliq nak meluahkan.

" Perasaan macamana?"

" Hmm.. Beberapa hari ni, Aliaa macam lain je dengan Alang.." Faliq memulakan cerita.

" Lain? Lain macamana pula.. "

" Macam ni.. Aliaa baru jumpa kawan lama dia, berpisah dalam tujuh lapan tahun katanya. Tapi sejak dia jumpa kawannya semula, dia lebih fokus pada kawan dia tu. Kadang keluar dengan Alang pun dia sibuk whatsapp dengan kawan dia tu.." Puan Asmah senyum.

" Laa ni kes cemburu lah ni ye. Biasalah tu Alang.. Kawan yang dah lama tak jumpa, bila jumpa memang macam-macamlah nak berbual, kongsi cerita.." Nak tergelak Puan Asmah sebenarnya. Tapi dikawal.

" Okey kawan.. Alang faham. Tapi senyuman dia  tu lain sangat tau bila whatsapp dengan orang tu. Alang tanya dia kawan lelaki ke perempuan tapi dia tak jawab apa-apa..." luah Faliq.

" Habis dia layan Alang macamana? Macam biasa atau dah tak layan?"

" Dia okey.. Macam biasa.."

" Kalau dia layan Alang okey, maknanya dia okeylah tu.."

" Bukan apa ma. Alang takut kawan lama tu sebenarnya Boyfriend lama dia. Manalah tahu boyfriend dia contact dia semula, nak bersama semula ke. Mungkin sebab boyfriend lama dia tu lah sampai sekarang Aliaa masih tak terima Alang lagi kut. Ish.. risaulah ma.. "

"Mama faham. Macam nilah. Lebih baik Alang tanya Aliaa sendiri. Tanya baik-baik. Jangan tuduh-tuduh tau, lain pula jadinya nanti.."

" Baiklah ma. Harap-harap orang tu bukan boyfriend lama dialah. Menangis tak berlagu Alang.." Faliq sengeh. Puan Asmah gelak.

" Kuat betul sayang Alang dekat Aliaa tu. Tapi jangan terlalu mengharap, nanti kecewa.."

" Insha Allah ma.. Aliaa tu lain ma. Dia macam bunga mawar ni. Cantik, lembut tapi nak petiknya tu, salah pegang tercucuk duri. Samalah dengan Aliaa, comel, lembut tapi nak dapatkan hatinya, dirinya. Fuh!! Memang payah.. "luah Faliq.

"Yang susah dapat tulah yang terbaik. Percayalah cakap mama. Kalau betul Alang sayang Aliaa. Doa banyak-banyak. Minta Allah buka hatinya untuk Alang. Buat solat istikharah. Minta petunjuk dari Allah. "

Faliq mengangguk kepala. Memahami setiap perkataan mamanya itu. Faliq senyum. Rasa lega fikiran dan hatinya bila sudah luah kepada Puan Asmah. Puan Asmah lah tempat dia meluah, yang memahami hatinya.

"Ma.. Alang tengok ada je Angah dekat sini,  Abang Ngah outstation ke?!"

" Taklah. Ada je.."

"Kenapa Angah tidur sini pula. Dah berapa malam dekat sini je.." tanya Faliq mengenai Asnida.

" Alang tahu jelah Angah tu kan. Gaduh katanya dengan Abang Ngah.."

" Hmm.. Tak habis-habis Angah tu. Hal apalah dia buat lagi. Kasihan Abang Ngah.."

" Entahlah Alang. Gaduh besar katanya.. Mama pun tak tanya, tunggulah dia cerita sendiri,  tunggu dia okey sikit, sekarang ni mood dia asyik tak baik je.." Kata Puan Asmah.

" Angah.. Angah.. Ni dia kemana? Dah lewat tak balik lagi.. "

" Jumpa kawan katanya."

Tidak lama kemudian, kereta Asnida masuk ke perkarangan rumah. Faliq dan Puan Asmah hanya memerhati. Asnida keluar dari kereta dengan pakaian yang agak menjolok mata. Membawa beberapa beg kertas . Jalan lenggang lenggok menghampiri Faliq dan Puan Asmah. Geram saja Faliq tengok penampilan kakaknya itu. Mahu saja di tampar mukanya biar sedar sikit. Makin lama makin menjadi perangainya. Selamatlah sudah ada suami, kalau tidak memang dah lama dah makan penampar.

" Mama tak tidur lagi ke?!" tanya Asnida dan terus duduk semeja Faliq dan Puan Asmah.

" Belum mengantuk lagi. Angah dari mana? "

" Shopping.." jawabnya ringkas.

" Angah.. Kalau Angah pakai baju seluar yang longgar-longgar sikit, pakai tudung ke.. Mesti Angah nampak lebih cantik, lebih manis.. Kan Alang kan.." lembut saja suara Puan Asmah. Tutur katanya penuh berhati-hati. Takut Asnida kecil hati pula. Sudah banyak kali dia menegur tapi tiada respon positif pun dari Asnida.

" Nantilah ma, belum tiba masanya lagi.." kata Asnida selamba.

" Kalau maut yang tiba dulu macamana?" Faliq mencelah.

" Nak buat macamna. Bukan boleh tahu maut tu tiba bila.. "

" Sebab tu sebelum maut tu tiba, kena bersedia dan banyak beribadah untuk bawa bekal ke akhirat kelak. Bukan bawa bekal ke neraka.. "

" Hmm.. iyalah ustaz.. Oklah ma, Angah naik dulu. Naik bernanah telinga ni kang duduk lama dekat sini.. bye ma" Asnida tak tenang duduk jika ada Faliq. Ada je teguran . Asnida tak suka orang sibuk pasal hidupnya. Dia rimas . Faliq menggeleng-geleng kepala.

Asnida menaiki anak-anak tangga. Membebel sendiri.  Geram dengan Faliq. Ada je tak kena. Itu tak boleh, ini tak boleh. Suaminya pun tak kisah padanya. Kadang-kadang dia malas nak balik rumah ni. Kerasnya hati Asnida. Baru saja mahu buka pintu biliknya, Asnida terpandang pintu bilik Faliq tidak tutup rapat. Dia pandang kanan dan kiri. Tiada orang. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik Faliq. Mencari sesuatu. Seperti pencuri lagaknya. Matanya tertumpu pada handphone yang berada di atas katil. Cepat-cepat dia ambil handphone Faliq dan mencari nombor telefon Aliaa.

" Yess!! Dapat juga.. Kau tunggu ya Aliaa.."
 Dengan pantas Asnida meletakkan semula handphone dan terus berlari keluar. Puas hati nya. Entah apalah plan dia seterusnya. Selagi dendam tidak berbalas selagi tu dia akan lakukan sesuatu. Tanpa pengetahuan sesiapapn. Dia akan lakukan juga. Sampai dia betul-betul puashati. Dia masuk ke bilik, mengunci pintu. Mencampakkan semua beg kertas di atas katil.

" Hahahaa.. Aku akan balas segala yang kau dah buat dekat aku Adil. Kau malukan aku, kau tinggalkan aku, kau buat aku menderita. Semua kerana adik kau. Kau tak kan bahagia dengan adik aku Aliaa.. Tak akan... " Asnida cakap sendiri. Bengis wajahnya. Dendam semakin membara. Dia sanggup lakukan apa sahaja, yang penting hatinya puas. Dia tak kan biarkan Aliaa masuk ke dalam keluarganya. Dia mahu  Aliaa lenyap dalam hidupnya dan hidup Faliq. Apa cara sekalipun... Dia akan lakukan..

Previous: Bab 46
Next: Bab 48

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs