Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 3

Selesai menunaikan solat maghrib, Faliq terus turun ke bawah menuju ke dapur. Mata meliar mencari mama nya. Sunyi dan sepi sahaja ruang tamu. Mungkin ada di dapur, fikirnya. Dia meneruskan langkah menuju ke dapur pula. Kedengaran suara mama sedang berbual mesra dengan seseorang. Faliq senyum.

" Eh! Bila Along sampai? Abang Long mana? " tegur Faliq sebaik melihat Amiza yang sedang rancak berbual dengan mamanya tadi. Faliq duduk di hadapan Amiza bersebelahan mamanya.

" Baru je sampai. Abang Long outstation ke Kelantan, seminggu. Along baliklah sini, bosan dekat rumah. Boleh gak temankan mama.. Kan ma.." jelas Amiza. Kakak sulung Faliq.

" Eloklah tu, ada gak kawan mama borak. Kawan shopping kan ma kan.." perli Faliq dengan senyuman.

" Ha betul lah tu. Esok boleh shopping kan Long, Alang nak belanja kita lah.." Terkedu sekejab Faliq. Dia balik yang kena dengan mamanya.

" Adehh!! Alang pula yang terkena balik.." menepuk dahi, bergurau. Mereka gelak gembira.

Sambil berbual, sambil juga menyediakan makanan. Faliq membantu mamanya, Puan Asmah. Sekejab lagi Encik Kamaruddin balik dari masjid, bolehlah mereka makan bersama. Jarang dapat makan bersama. Dapat makan berempat pun kira bersyukurlah tu. Kalau nak berkumpul semua sekali memang payahlah jawabnya. Lagi-lagi kakak kedua Faliq, Asnida. Dia susah sangat nak balik rumah. Kalau ada muka dia dekat rumah ni, pasti tengah dilanda masalahlah tu.

Asnida yang dipanggil Angah itu,seorang yang keras hati dan degil. Ikut kepala dia saja. Semua dia je yang betul, pendapat orang lain memang susah dia nak terima. Dan selalu bergaduh dengan Faliq. Walaupun mereka selalu bergaduh tapi Asnida sangat menyayangi Faliq. Mereka lah paling rapat sejak kecil. Umur mereka pun rapat selang dua tahun sahaja. Masa belajar pun dalam Universiti yang sama. Cuma perangai mereka sangat tak sama. Sangat berbeza. Segala-galanya tak sama.

Tidak lama kemudian, Encik Kamaruddin sampai dengan berpakaian baju melayu, berkain pelikat dan berkopiah putih. Biasa Faliq ikut papanya pergi jemaah di masjid tapi hari itu dia agak keletihan. Almaklumlah baru tukar tempat kerja, banyak benda nak kena uruskan. Petang tadi pun lewat juga dia sampai ke rumah. Baru mula kerja sudah kena kendalikan projek syarikat. Memang kerja keraslah dia jawabnya. Tapi tak mengapa, yang penting kerja kena ikhlas, insha Allah berkat rezeki. Dan yang paling penting dapat gak dia berjumpa dengan Cik Singa yang garang tu. Garang- garang pun cute.

Entah kenapa, melihatkan sahaja wajah Cik Singa itu,hatinya mula tertarik. Seperti ada sesuatu yang istimewa disebalik wajah ayunya, disebalik mata bulatnya,disebalik kegarangannya. Boleh buat dia gila. Hahaaha. "Gila". Tak pernah ada seorang perempuan pun cakap dia gila kecuali Cik Singa itu. Lagipun, Faliq bukanlah jenis yang melayan perempuan. Nak cinta cintun memang tak pernah lagi. Kalau kawan perempuan tu bersepah tapi hanya berkawan. Belum terbuka lagi hatinya mahu mencari teman hati. Baginya, jodoh itu akan hadir bila tiba waktunya. Sekarang apa yang dia fikir, kerja, cari duit yang halal dan beribadah. Pasal perempuan, pasal makwe pasal sosial ke, bukan dia. Zaman sosial dia dah berlalu. Umur pun hampir masuk 3series, sudah matang.

Setelah habis makan malam, Faliq melangkah keluar rumah mencari angin malam. Duduk di bangku kayu dihalaman rumah. Bersebelahan bangku kayu terdapat banyak pokok bunga mawar yang harum wanginya. Menusuk ke lubang hidung. Tenang sahaja fikiran dan hatinya. Terapi.

Dia senyum sendirian apabila mengingati peristiwa siang tadi. Ah!! Fikirannya pula pada Cik Singa. Kenapa sejak siang tadi asyik terfikir Cik Singa sahaja. Hati sudah terpikat gamaknya. Tewas hatinya pada Cik Singa.

" Siapa nama Singa tu ek?! Hmm.. Tak apalah, esok aku try tanya. Mana tahu dah tak jadi Singa terus jadi kucing ke kan. Hihi" Faliq berkata sendirian.

" Senyum sorang-sorang, berseri pula muka tu ha Along tengok. Dalam hati dah ada bunga ke..?!" muncul Amiza tiba-tiba. Tersipu-sipu malu Faliq.

" Mana ada Long.." jawabnya ringkas. Muka selamba.


  
" Iyalah tuu. Macamana tempat kerja baru, okey tak?!" tanya Amiza lagi.

" Baru mula hari ni, agak penat sikitlah Long. Macam-macam nak kena settlekan. Pula tu, terus kena handle projek baru. Tak sempat nak bernafas kejab.." cerita Faliq.

" Okey lah tu. Itu bermakna bos Alang percaya dekat Alang. Kejab lagi mau boleh naik pangkat lagi kan, murah rezeki.."

" Alhamdulilah, Aaminn.."

" Kerjaya dah ada, rumah dah ada, kereta dah ada, tapi bini je tak ada. Hmm.. Bilalah mama nak merasa menimang cucu dari Alang ni ha. Sempat ke entah tidak.." Puan Asmah pula mencelah dari belakang Faliq dan kemudian duduk disebelah anak bujang kesayangannya.

" Mama.. Janganlah cakap macam tu. Belum ada jodoh lagi ma, nak buat macamana.." Faliq memegang tangan mamanya lembut.

" Macamana nak ada jodoh kalau tak mencari. Ke nak mama yang carikan ni.." cadang Puan Asmah.

" Betul tu ma. Carikan je ma, pastu risik, tunang dan nikah. Senang cerita.." cadang Amiza.

" Amboiii Along.. Ingat nak cari bini ni macam cari ikan kat pasar? Hohohoo Alang taknak, terima kasih banyak-banyak ma. Mama jangan risau ya. Insha Allah, tiba masanya nanti, Alang akan bawa jodoh Alang tunjuk dekat mama dan Along. Doakan Alang ya.." kata Faliq penuh semangat.

Puan Asmah hanya mengiyakan sahaja. Faham sangat dah dia dengan jawapan anak bujangnya itu. Dah hafal pun tiap ayatnya.

" Si Singa". Dia muncul dalam fikiran Faliq lagi. Memang tak dapat tidurlah Faliq malam ini. Asyik teringat akan Si Singa tu sahaja. Mahu menjadi angau pula dia kang. Hatinya berbunga-bunga bila wajah cute Si Singa singgah di fikirannya. Tak sabar mahu tunggu esok, esok juga dia mahu berjumpa dengan Singa garang itu. Pejabatnya pun sudah dia tahu, terus je terjah . Barulah gentleman.

" Ah!! Mengarut. Elok-elok Singa terus jadi Naga. Naya aku. Sabar Faliq Sabar.. Tak apa, mulakan dengan Part 1. Esok segalanya akan bermula. Yess!!! Moga dipermudahkan segalanya. Mana tahu Singa tu jodoh aku." bisiknya lagi.

Senyum ke telinga.

" Indahnya cinta pandang pertama. Bila hati sudah terpaut. Tak akan pernah ku lepaskan. Kerana Si Singa yang garang, aku tertarik. Kerana mata yang bulat aku terpikat. Dari mata turun ke hati. Moga menjadi teman sehidup semati.."

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs