Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 36
" Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya.."
 
Faliq menyanyi perlahan lagu Akim & The Majistret bertajuk "Potret". Entah kenapa, pertama kali dengar lagu tu, terus dia meminatinya. Seringkali lagu itu menjadi temannya di office. Mungkin lirik lagu itu ada makna tersirat untuknya. Hanya dia saja yang tahu. Matanya menjeling pada lukisan potret  Aliaa yang berada di hadapannya. Sengaja dia letakkan lukisan potret itu di sebelah laptop nya. Biar dia merasai Aliaa sentiasa bersamanya, dimatanya, dihatinya, sentiasa menemaninya. Setiap kali menatapi potret itu, pasti dia tersenyum lebar. Pasti membuatkan hatinya happy. Handphone dicapai. Membuka whatsapp.

" Hai teman mesra..
Petang ni free tak?!"

Whatsapp sent kepada Aliaa.

" Kenapa?!" Aliaa membalas.

"Jogging petang ni. Nak?!"

" Memang saya dan abang plan nak jogging petang ni.. "

" Oh ya! Saya join boleh?!"

" Tanya abang.."

" Bisa diatur. Tak busy ke?!"
Mereka berbalas whatsapp.

" Kalau busy taklah saya reply whatsapp awak ni.."

" Oh.. Okey!. Jumpa petang ni.."

Masing-masing tengah bosan. Tersenyum , tersengeh. Itulah dia setiap kali berbalas whatsapp dengan Aliaa.

Pintu diketuk, Nizam muncul dimuka pintu. Senyum. Terus duduk dihadapan Faliq dan menghulurkan sekeping sampul berwarna putih. Faliq mengambil dari tangan Nizam. Lalu membuka sampul dan mengeluarkan kad.

" Jemputan Majlis Perkahwinan Nizam & Mira.
Tahniah bro!! " Faliq mengucapkan tahniah .

" Terima kasih. Encik dan Cik Aliaa wajib datang tau.."

" Hohoho.. wajib tu. Insha Allah, kalau tak ada halangan saya datang. Majlis buat dekat mana? " tanya Faliq.

" Dekat kampunglah Encik, saya mana ada family dekat sini.."

" Oh. Okey!! Tak perasan pula ada alamat, hahaha.. orang Hulu Langat rupanya. Baru tahu.."

" Iya.. " Nizam senyum.

" Inilah yang Cik Aliaa ucap dekat awak semalam tu ek?!" Teka Faliq. Semalam dia nak bertanya pada Aliaa tapi terlupa.

" Hahaha.. iya, Mira dah bagi kad dekat Cik Aliaa semalam.." jelas Nizam.

" Encik Faliq dan Cik Aliaa bila lagi? Jangan tunggu lama-lama Encik Faliq, kang terlepas dekat tangan orang lain. Sendiri putih mata.." usik Nizam.

"Hahahahaa.. Nak buat macamana Zam, sekadar teman mesra je. Belum sampai ke tahap teman sehati sejiwa lagi lah.. " luah Faliq.

"Laa iyeke. Ingat dah sah dah.." agak terkejut Nizam dengar.

" Belum terbuka lagi hati dia untuk saya. Saya pun masih berusaha.." kata Faliq semangat.

" Sabar banyak-banyak Encik Faliq. Kadang yang susah dapat tulah yang akan jadi milik kita, dan yang susah dapat juga adalah yang terbaik.. Doa banyak-banyak..." nasihat Nizam memberi semangat.

" Yup.. betul tu. Insha Allah., saya tak akan pernah putus asa. Saya yakin suatu hari Allah akan bukakan hati dia untuk saya. Doakan saya okey..!!" Senyum dan yakin.

" Aamin. Minta yang baik akan dapat yang baik juga. Insha Allah..!!" Nizam pun turut senyum.

Nizam meminta diri untuk keluar.  Mahu siapkan kerja yang masih tertangguh. Nak kena siapkan hari ini juga. Esok dia dah mula cuti kahwin. Lama juga Nizm ambil cuti, hampir dua minggu. Sekali pergi honeymoon. Faliq memandang kad itu lagi. Bilalah giliran aku pula, bisiknya sendiri. Calon dah ada tapi calon tak rasmi. Entah bila nak jadi rasminya. Nak kena jumpa agong dan minta cop dulu kut. Hmm.. Aliaa.. Aliaa..

Kad itu di simpan di dalam laci. Dia menguatkan volume laptopnya. Menyanyi dan menyanyi. Baru saja mahu melayan lagu, handphone pula berbunyi. Kacau betullah.
Tertera nama " Angah " di skrin handphone.

" Alang.. jam 5.30petang ambil Angah dekat butik. Hantar Angah ke workshop.."
Suara Asnida di talian. Berkerut dahi Faliq. Dengan tak bagi salam main terjah je cakap.
Sabar sajalah.

"Hmm.. okey!" Terus talian dimatikan. Malas mahu layan kakaknya itu. Ikutkan sajalah.

" Hmm.. Musnah plan aku petang ni nak jogging. Kacaulah Angah ni.." dia menepuk dahi.

Nasiblah. Kalau dah kena pergi butik Asnida, dan hantar ke workshop. Mesti tak sempat nak jogging .


Belum tentu sampai butik terus ke workshop, mesti nak kena tunggu Asnida siap kemas, tutup butik baru keluar. Dan tunggu Asnida layan makeup nya dulu. Hmm.. Kalau tak makeup tak sah. Biasalah Asnida. Pening Faliq melayan karenah kakaknya itu.

Tepat jam 5.00 petang, Faliq terus keluar office.  Plan mahu jogging terpaksa dibatalkan dan sudah memaklumkan pada Aliaa tadi. Dia memandu laju ke butik Asnida. Mujur jalan tidak sesak petang itu. Lega hatinya. Sampai di butik, dia terus masuk dan menunggu Asnida di ruang tetamu. Duduk di kerusi kayu jati. Majalah Pengantin di ambilnya. Menyelak satu persatu melihat pelbagai fesyen pengantin. Cantik, moden, semua ada. Senyum sendiri.

" Eh!! Haii Faliq.. Cepatnya sampai..?! " tegur Elly manja. Faliq senyum dan terus fokus pada majalah. Tidak menjawab. Diam membisu.

" Faliqq.. tengok i ni, cantik tak i pakai baju kurung ni. Nampak sweet tak?!" Faliq berkerut dan senyum pelik. Hanya mengangguk. Elly mula dengan gediknya.

" Bila i tengok you semalam kan. I rasa insaf tau. Tu yang i pakai baju kurung ni, and i nak belajar berhijab pula. Okey tak you?!"

" Oye?! Ha.. okey.. okey.."  Aduhaiii.. gedik sungguh. Faliq senyum dan senyum dan mengangguk. Rimas pula rasa nak menghadap Elly. Elly betul-betul duduk dihadapannya. Merenung wajahnya. Sungguh tak selesa dia.

" You ni.. Asyik senyum, angguk.. Senyum angguk.. Bagilah respon sikit.." Faliq senyum lagi .

"Mana Asnida?!" Tanya Faliq.

" Ash ke toilet. Dari tadi ke toilet tak keluar-keluar.." kata Elly.

" Faliq.. i nak tanya ni. You..You dah ada girlfriend tak? Bukan apa, kalau you tak ada girlfriend, bolehlah i try you.. Hihihii kan.."
Makin gedik Elly. Buat-buat sopan dan santun.

" Mestilah dah ada, nak bertunang dan nikah terus.." kata Faliq selamba. Senyum dan terus membaca.

" You tipu i kan?! Ash cakap you still solo. So, i ada peluang lah kan..." Mujur Asnida muncul. Malas dia mahu layan si Elly gedik ni. Sakit jiwa.

" You ni dah kenapa tak balik lagi, tadi sibuk sangat nak balik?!" tegur Asnida pada Elly, tegas. Dia tahu Faliq tak selesa dengan cara Elly.

" Memang i nak balik tadi, tapi Faliq datang. I temankanlah dia. Kasihan dia tunggu you lama sangat.." terus Elly mengambil handbag nya.

" Alang tunggu dekat keretalah ye.." Tanpa berlengah Faliq terus keluar. Meninggalkan Asnida dan Elly. Geleng kepala dia sendiri. Mengucap panjang.

" You ni boleh tak jangan malukan i. Tu adik i kut.." marah Asnida. Elly tetap dengan muka selamba.

" Apa salah i, i borak je kut dengan dia tapi dia tak layan i pun.." keluh Elly.

" Tahu pun. Adik i tu bukan jenis melayanlah, tak payahlah nak menggedik sangat. Tolong hormat adik i okey. Ingat tu!!" Asnida beri warning pada Elly. Elly mencebik, mengejek dari belakang. Pantas menutup pintu butik dan mengunci.

" Iyalah.. okeylah, i balik dulu. Byee.. Eh..Eh!! Ash.. kirim salam sayang dekat Faliq ya.." Elly senyum gedik, dan terus berjalan.

" Eee.. baru dicakap, tak makan saman langsung.." gerutu Asnida sendiri. Geram pula dia. Pening dengan perangai kawannya seorang ni. Mujurlah Elly ada share perniagaan dengannya kalau setakat pekerja saja sudah lama dipecatnya. Asnida masuk dalam kereta dengan mulut membebel. Ada saja yang tak kena. Faliq menggeleng kepala melihat Asnida.

" Kenapa ni Angah. Asyik mengeluh je.." tanya Faliq lembut. Senyum.

" Entahlah.. Pening Angah. Ada staff, staff buat hal, ada share partner gedik. Sorry lah Alang. Elly tu memang macam tu, pelik sikit.."
Rasa bersalah pula dia pada Faliq.

" Tak ada apalah. Biasalah Ngah, dah nama pun manusia, macam-macamlah ragamnya. Sabar jelah.." Faliq terus memandu laju.

Sepanjang perjalanan Asnida banyak mengadu padanya mengenai perniagaannya. Macam-macam yang dia luahkan. Faliq hanya mampu mendengar dan memberi nasihat. Sedang asyik berbual, handphonenya berbunyi.

" Iya Dil.. Aku nak hantar Angah ambil kereta dia.."

" Jadi kau tak join kami lah ni ek.." tanya Adil.

" Sorry sangat-sangat. Tak sempat ni, esok aku ke rumah kau ya, ada hal nak cerita.."

" Okey juga tu, esok aku pun tak kemana.." 



" Bro.. Aliaa mana?" sempat pula Faliq bertanya.

" Dia kat belakang lagi, aku tunggu dialah ni. Tak sampai-sampai lagi.."

" Aik.. Kau tinggalkan buah hati aku beb, habislah kena colek kang, menangis tak berlagu aku.." Faliq sengaja, biar Asnida dengar.

" Hahahaa.. Jangan risau bro, pandailah dia jaga diri dia tu.. Okeylah, jumpa esok bye.."

" Okey..!!" Talian dimatikan. Senyum ke telinga.

" Ada janji ke?!" tanya Asnida.

" Iya.. Nak jogging konon dengan Adil dan Aliaa. Tapi Alang cancel sebab Angah tau.." perli Faliq. Asnida buat tak dengar saja.

" Tak ada orang lain ke, asyik diaorang je.." kata Asnida perlahan. Faliq menoleh pada Asnida. Menggeleng kepala. Dia tahu apa yang Asnida fikirkan. Kalau cakap saja pasal Adil dan Aliaa mesti sakit hatinya. Entah kan sampai bila harus begini. Angah.. Angah.. Semoga satu hari nanti Angah brubah, bisiknya di dalam hati.

Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs