Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 38
Sampai saja dirumah, kami mengangkat barang ke dapur. Barang-barang ku simpan dan susun kemas, Abang memotong ayam dan Faliq duduk memerhati. Kami berbual mesra. Dah macam kenduri pula rasanya. Abang nak masak kari ayam, ikan siakap tiga rasa, tumis sawi dan ayam kunyit. Tak sabar nak makan. Lepas ni,  tak dapat dah makan masakan abang. Sedih..

" Tak aci duduk je. Ni ambil bawang ni tolong kupas ya Encik Faliq.. Baru namanya kenduri.." aku meletakkan beberapa biji bawang merah, bawang putih, ubi kentang dan halia dihadapan Faliq, berserta pisau .

" Bukan saya tetamu ke?!"

"Kalau tetamu datang waktu majlis tapi disebabkan awak datang sebelum majlis, jadi awak kena tolong.. Dah, jangan banyak bunyi ye, tolong kupas. Nanti lambat kang chef Adil Hafiz membebel.. Nak?!" aku mengarahnya. Gurau.

"Okey.. Boleh je. Sekejab je ni. Kacang je.." Amboii berlagak pula dia kan. Kita tengok apa akan jadi. Aku duduk sebentar minum air sambil mata memerhati Faliq kupas bawang. Kelakar.

" Amboii.. awak suruh saya kupas bawang, lepas tu awak duduk pula. Tak aci ni.."

" Kerja saya dah siap, kemas dah selesai, sayur dah siap potong dan cuci sekali. So, saya boleh relax..." kataku selamba. Senyum sinis pada Faliq.

" Ooo macam tu ek.. !" Aku mengangguk. Abang hanya senyum je dari tadi. Membiarkan kami berbual. Selepas potong ayam dan siap cuci bersih, abang memulakan masak. Faliq terus mengupas bawang merah. Matanya mula berair, pedih. Itulah yang aku tunggu, merah hidung, baru je kupas beberapa biji. Hehe..

Sementara tunggu abang masak, aku menyediakan bahan nak buat brownies pula. Lama dah tak buat, abang suka makan brownies  aku. Jangan tak tahu, walaupun aku tak pakar masak macam abang tapi aku pakar buat kek tau. Cakap je kek apa, insha Allah semua aku boleh buat. Kalau setakat kek dekat Secret Recipe tu, aku pun boleh buat. Senang je. Itulah bakat terpendam aku. Tapi semuanya pun kena mula dengan belajar. Aku pandai buat kek ni pun sebab pernah kerja dan sambil belajar di kedai kek milik kawanku. Kerja sambilan dulu, semua tips dan resepi kawanku beri atas kepercayaan.

Alhamdulilah.. aku manfaatkan sikit-sikit. Manalah tahu, bila dah kahwin nanti, kut-kut suami aku tak izinkan aku kerja ke kan. Jadi, bolehlah aku buat bisness kek. Bisness dekat rumah, ambil tempahan, niaga online pun okey kan. Sekarang ni, dah banyak orang bisness online. Lebih-lebih lagi surirumahtangga. Kadang, pendapatan lebih banyak dari kerja makan gaji. Hebat kan wanita.!! Aku memang kagum  dan bangga dengan mereka. Semangat mereka. Bayangkan, kerja 24jam tanpa henti. Uruskan suami, uruskan anak-anak, uruskan rumah dari buka mata sampai tutup mata. Tak berhenti. Boleh pula tu yang ada bisness online, kadang nak hantar barang customer, terkejar sana terkejar sini. Fuh!! Dasyat. Itulah pengorbanan seorang isteri.

" Nak buat apa tu?!" Tanya Faliq.

" Adalah.. tunggu dan lihat je ye.." sengaja aku tak nak beritahu. Biar surprise sikit.

" Tengok sampai menangis saya kupas bawang ni, selamat ni yang last.." keluh Faliq. Aku gelakkan kuat.

" Tulah.. lain kali rajin-rajin kupas bawang ye, tadi kata kacang je kan .." perli aku.

" Hmm.. kalau Aliaa yang kupas bawang merah tu, sampai teresak-esak lagi adalah.. " Alamak abang ni, pecah lubang dah. Kantoiii...!!!

" Hahahaha.. Cakap orang, dia lagi teruk. Haahahaa.. Drama Korea terus.." giliran Faliq pula gelakkan aku. Tak beringat dia punya gelak. Konon nak marah pun tak jadi, dengan aku sekali terjoin gelak dia. Ceh!! Hampeh punya Faliq.

Bau tumisan kari abang betul-betul buat aku jadi lapar lagi. Memang mantop!! Aku menghidupkan suis oven, panaskan oven dalam lima minit sebelum masuk adunan. Bila adunan sudah siap, aku tuang adunan ke dalam loyang empat segi. Kemudian, ku masukkan ke dalam oven. Tak sabar nak tunggu masak. Sebenarnya aku sendiri yang nak makan. Hihihii..

Satu persatu masakan abang siap terhidang diatas meja. Tersusun kemas. Sekejab je abang masak.

" Fuh!! Dasyat lah kau Dil. Diam-diam je siap semua ni. Dah macam makanan dekat restoran je. "puji Faliq. Abang gelak.

" Tengoklah abang siapa kan... Masakan abang paliinngg sedap!! Nyum..!" Aku pun memuji abang dengan bangganya.

" Kalau abang awak masak paling sedap kan. So, awak pula?!" Aku senyum sinis. Oo.. pandang rendah dekat aku ek. Tak apa..

" Hmm.. Kalau awak ada bakat terpendam dalam lukisan, abang pula dalam masakan. Saya pun ada.. Jangan pandang rendah dekat saya tau.. " kataku.

" Okey.. apa bakat terpendam awak tu?! Explain sikit.."

" Tunggu dan lihat. Kan abang kan.." aku mengenyit mata dekat abang. Minta abang diam-diam.

" Assalammualaikum..." sedang rancak berbual,  kedengaran suara memberi salam.

" Ha..!! Tetamu dah sampai.. Waalaikumsalam.." abang senyum. Dan terus menyambut tetamu. Aku dan Faliq berpandangan sesama kami. Faliq mengangkat bahu tanda tak tahu. Kami tunggu saja di dapur.

"Aliaa.." lembut suara panggil aku.

" Hmm.." Faliq memandang tepat ke wajahku dengan senyuman.

" Kenapa pandang saya macam tu?!"  tanyaku. Rasa tak selesa.

" Saje.." jawabnya ringkas.

" Awak ni dah kenapa? Sakit? "

" Iya.. Sakit sebab awak.."

" Aik..!! Kenapa sebab saya pula? Saya tak buat apa-apa pun.."

" Ada.. awak je tak tahu.."

" Okey.. Apa yang saya dah buat?!"

" Awak dah buat saya jatuh hati dekat awak tau sampai sakit merindu awak setiap masa.."

" Jangan mengadalah Faliq.."

" Saya serius.."

"Eh! Tu suara Mak Long lah.. " aku terdengar suara Mak Long. Pantas ku terus berlari anak  ke ruang tamu. Meninggalkan Faliq di dapur.

" Mak Long...!!" Aku terus memeluk Mak Long.
Macam biasa, Mak Long cium aku seperti kanak-kanak. Tiba-tiba je Mak Long dan Pak Long datang.

" Ni lah tetamu special abang tu ye.. Sabar jelah" tanya aku pada abang. Abang mengangguk. Abang buat surprise.

" Adil tak bagitau Adik ke Mak Long singgah sini?" Mak Long duduk di sofa menghilangkan penat perjalanan.

" Tak.. Abang cuma cakap ada tetamu special nak datang tapi adik tanya siapa, abang tak cakap. Adik ingat bakal isteri abang ke.." jelas aku.

" Hahahaa.. Mak Long dan Pak Longlah tetamu special. Mana ada lagi.." abang gelak.

" Ni Mak Long pergi rumah adik Pak Long, ada majlis kahwin. Memang nak singgah sini jenguk adik. Kebetulan abang telefon semalam, bagitahu kena outstation jauh dan  ada dekat sini. Kebetulanlah ni.." terang dan jelas Mak Long cerita. Aku mengangguk je.

" Assalammualaikum.." muncul Faliq dari dapur. Mata tertumpu padanya. Mak Long dan Pak Long menjawab salam serentak. Faliq bersalaman dengan mereka. Sesi suai kenal antara mereka. Aku hanya diam.

" Oo.. ini ke Putera Kayangan Adik tu.." terkejut aku dengar Mak Long cakap.

" Mak Long.. taklah. Faliq ni kawan abang, sekalilah kawan adik.. ish!! Mak Long ni.." aku mencebik. Abang gelak semahu-mahunya. Tak sangka Mak Long masih ingat lagi mengenai Putera Kayangan yang pernah mereka borakkan tempoh hari. Faliq terpinga-pinga.

" Oo iyeke.. "

" Iye Mak Long.." Abang masih gelak. Suka pula abang. Huhu..!!

" Memandangkan sekarang ni pun dah dekat jam 12.40 tengahari. Jom kita makan dulu. Nanti kita borak panjang ya. Adil masak special untuk Mak Long dan Pak Long.. Jom!!" Kami semua terus ke dapur. Brownies aku dah masak, ku keluarkan dari oven dan letak diatas kabinet. Sementara kami makan, sempat brownies ni sejuk. Bolehlah buat pencuci mulut nanti. Bau brownies pun dah cukup memikat.

Berselera sungguh kami makan. Boleh tahan juga si Faliq ni makan, bertambah-tambah nasinya. Sempat juga ku menjeling padanya. Sambil makan sambil berbual. Seronok tengok mereka berbual. Faliq pun pandai ambil hati Mak Long dan Pak Long. Seperti sudah kenal lama. Selamba je usik dan kenakan Mak Long. Memang boleh ngam dengan sesiapa je pun. Terhibur pula aku. Mak Long kalau dilayan memang sukalah dia. Macam-macam nak diceritakannya nanti. Gelak tawa silih berganti. Gamat rumah hari itu dengan kehadiran insan instimewa ini.

Selesai makan dan selesai kemas semua. Kami bersama menunaikan solat zohor berjemaah. Abang meminta Faliq menjadi imam. Sengaja mahu menguji. Faliq okey je. Aku rasa sangat bahagia bersama mereka. Mereka buat aku happy dan ceria selalu.

Usai solat, mereka duduk berbual di ruang tamu. Aku menuju ke dapur. Brownies ku keluarkan dari loyang penuh berhati-hati. Kalau pecah tak cantik permukaannya nanti. Ku potong brownies kecil-kecil dan susun kemas dalam piring. Bau coklatnya menusuk ke hidungku. Sempat juga aku masukkan sepotong kecil brownies ke dalam mulut. Fuh!! Memang layan. Puashati. Hasil airtangan sendiri.
Aku meletakkan brownies tadi ke dalam dulang bersama seteko air teh o panas. Ku angkat dan bawa ke ruang tamu. Ku hidangkan kepada mereka. Rancak mereka berbual.

" Sedapnya bau. Ni kuih apa ni?! " tanya Faliq ingin tahu. Ni yang aku tunggu-tunggu. Tadi pandang rendah sangat dekat aku kan.

" Abang rasa dulu dan komen.." aku menghulurkan brownies pada abang. Sepotong abang makan.

" Hmm..!! Sangat sedap.!! Lama abang tak makan ni.  Untuk pengetahuan kau,Liq.. Adik aku ni berbakat dalam bidang bakery, kau cakap jelah nak kek apa, roti semua dia boleh buat. Pakar ni tau..!! Secret Recipe pun kalah bro.. try lah.. kau kan suka kek kan.." Aku senyum lebar, mulalah terasa bangga. Faliq mengambil sepotong brownies dan makan. Aku dan abang memandang dia. Tak sabar tunggu komen darinya. Sepotong telah habis dimakan, dia ambil lagi sepotong. Buat muka pelik pula tu. Bikin suspen je dia ni. Abang gelak kecil. Muka dia berkerut. Pandang aku dan kemudian pandang brownies. Mak Long pun perhati je. Terpinga-pinga. Hehehe..

" Kenapa sedap sangat ni. Broo.. Jujur aku cakap , aku tak pernah rasa ni, apa nama ni.."
Tersenyum lebar aku. Abang mengenyit mata dekat aku.

" Ni namanya brownies Encik Faliq. Sedap kan.."

" Yup..!! Sedap sangat.. " Berpotong-potong Faliq makan. Aku gelakkan je. Lawak, kasihan dia, tak pernah makan . Hehe..

" Aliaa ni kalau cakap pasal kek, serah jelah dekat dia. Memang sedap tapi Mak Long tak berapa minat kek moden-moden ni. Mak Long suka kek kering. Alaa kek orang tua-tua tu.. Kek pelangi, kek kukus. Macam ni, bonis-bonis ni ha.." Hahahaa.. aku dan abang gelak sekuat hati. Lawak dengan Mak Long.

" Bukan bonis lah Mak Long. Brownies..." aku perbetulkan sebutan Mak Long dan gelak.

" Memang sedap!! Boleh saya minta sikit bawa balik?!" Pinta Faliq tanpa rasa malu.

" Minta tak boleh, kena bayar.." aku duduk sebelah Mak Long dan beri pada Mak Long pula.

" Boleh je, cakap je berapa nak? Dengan duit hantaran sekali saya bagi.. Kan Mak Long kan.." Amboiii.. pandai nak kenakan aku depan Mak Long pula.

" Ha. Betul lah tu.. Cepat sikit, biar berteman adik ni, taklah sorang-sorang je.."

"Mak Longgg..!!!" Aku menjerit manja. Berkerut bengang. Sukanya Faliq, gelak tak ingat dunia. Abang pun apalagi, sokong jelah cakap sahabatnya. Nak tak nak, aku pun join gelak jugalah. Hari yang paling seronok. Insan-insan yang aku sayangi ada di depanku. Aku bahagia. Aku ceria. Terima kasih Ya Allah..!!

Eh!! Insan yang aku sayangi di depanku??  Jadi, Faliq?! Hohohoo... Kecuali Faliq. Hmm.. No komen..

Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs