Home Novel Cinta Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 43

Setelah hampir sebulan memperdengarkan bicara tentang jenayah yang dilakukan Iqmal Hisyam, hakim akhirnya mambuat keputusan. Satu keputusan yang perlu dipandang positif oleh insan yang bersalah seperti Iqmal Hisyam. Rayuan untuk diringankan hukuman setelah ditimbang, akhirnya dipersetujui oleh yang arif.

Berbekalkan syarahan yang dilakukan Radlina, hakim akhirnya akur supaya hukuman penjara untuk Iqmal Hisyam akan dikenakan selama lima tahun. Bakti Iqmal Hisyam terhadap kerjasamanya kerana memberitahu setiap sarang penjenayah yang diketahui membawa kepada banyak tangkapan penjenayah yang berbahaya.

Itu merupakan satu alasan kuat agar lelaki itu berhak mendapat hukuman yang lebih ringan. Tutupan kes yang dilakukan oleh pihak polis terhadap cubaan membunuh yang dilakukan oleh Iqmal Hisyam juga banyak membantunya untuk hukumannya diringankan.

Dengan kerelaan Nadia Asyila dan juga Fazar Azameer, pihak polis terpaksa menutup dakwaan tersebut. Sesuatu yang sangat membantu untuk pengurangan hukuman kepada lelaki yang dikenali sebagai tertuduh itu.

Setelah mendengar keputusan hakim, Iqmal Hisyam yang berada di dalam kandang tertuduh hanya mampu menundukkan wajahnya. Rasa malu yang terpaksa ditanggung amat menyeksakan.

Akalnya yang tidak memikirkan perkara yang panjang suatu masa dahulu telah menjebakkan dirinya dalam melakukan kesalahan yang membebankan banyak pihak. Dia tahu yang hati wanita yang dicintainya terdera.

Dia tahu yang walaupun hukumannya dikurangkan, dia akan tetap melukakan hati wanita itu. Dia sedar yang hakikat yang akan ditanggung untuk lima tahun akan datang akan menggelarkan dirinya sebagai seorang banduan.

Gelaran yang menunjukkan dirinya adalah sampah masyarakat. Gelaran itu langsung tidak layak untuk bertembung dengan kerjaya yang menjadi milik orang yang dicintainya. Hatinya begitu terkilan dengan penerimaan Nadia Asyila.

Hakikat yang semakin membebankan dirinya. Penerimaan keluarga gadis itu juga merupakan satu titik kegembiraan yang membuatkan dia berfikir dengan kemikmatan pemberian yang maha esa.

Keadaan yang menyebelahinya sekarang jelas menunjukkan yang Allah sentiasa menyayangi dan membantu hambanya yang lemah. Syukurlah dia diberi peluang untuk menebus salahnya dalam kesedaran jasad yang masih tidak terpisah dengan rohnya.

Tentang Fazar Azameer, dia langsung tidak mendengar perkhabaran tentang lelaki itu. Dakwaan yang pernah ada untuknya terhadap cubaan membunuh yang cuba dilakukannya telah dibatalkan. Begitu juga dengan penculikan terhadap lelaki itu.

Fazar Azameer telah melakukannya secara bersendirian di balai polis. Tanpa pengetahuan Syazwan dan juga Nadia Asyila. Dia juga baru menyedari berita itu apabila butirannya dibacakan oleh Radlina di dalam mahkamah. Hal itu banyak membantunya mengubah fikiran Hakim dalam mempertimbangkan hukuman yang akan diterimanya.

Telah lama dia tidak berjumpa dengan Fazar Azameer. Mungkin lelaki itu marahkan dirinya. Nadia Asyila juga memberitahunya yang lelaki itu telah lama menghilangkan diri tanpa jejak. Mungkin ada yang terkesan di hatinya. Sekali lagi meletakkan dia dan Nadia Asyila dalam perasaan bersalah yang teramat.

Iqmal Hisyam memberi kerjasama yang baik saat seorang pegawai polis mendekat untuk membawanya ke destinasi bagi menjalani nasibnya untuk lima tahun yang akan datang. Langkahannya diatur menuju ke arah Nadia Asyila yang turut sama mendengar kes yang dibicarakan ke atas dirinya.

“ Maafkan Syam. Sekali lagi Syam kecewakan Nadia.”

Nadia Asyila menggelengkan kepalanya. Menidakkan realiti itu. Nadia Asyila mengambil tangan lelaki itu yang kini bergari. Gari tangan yang menjadi temannya selama ini telah mengikat kekasih hatinya.

“ Walau selama mana pun masa yang akan menjarakkan kita, Nadia takkan pernah jemu untuk menunggu Syam. Nadia akan tunggu kepulangan Syam. Untuk kita bebaskan diri kita dari apa yang sepatutnya kita dapat dari dulu.”

“ Nadia akan tunggu Syam supaya hati kita disatukan dengan cara yang halal di sisi Ilahi. Selagi ada nafas untuk Nadia menyedut udara di bumi ini, selagi itulah kasih Nadia takkan tumpah untuk seseorang yang lain. InsyaAllah.”

Dibawa tangan gagah lelaki itu agar menyentuh pipinya.

Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurul jannah