Home Novel Cinta Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 32

Fazar Azameer memanjangkan langkahnya untuk terus berlalu meninggalkan insan yang terlalu dicintainya suatu masa dahulu. Panggilan yang kedengaran untuknya sengaja diabaikan.

Dia tidak mahu lagi memandang ke belakang dan menyerahkan cinta sucinya untuk perempuan yang telah lama kotor. Hari ini dia datang untuk mengambil semula hatinya yang telah lama ditinggalkan bersama perempuan itu.

“ Fazar, takkan you sampai hati tinggalkan I dalam keadaan yang macam ni?”

Langkah lelaki itu terhenti apabila badannya dihadang oleh badan Fasha.

“ Keadaan yang macam mana? Seorang ibu tunggal? Cukuplah you tipu I selama ini. You jadikan I sebagai boneka. Sedangkan I ikhlas cintakan you. Apa yang I dapat? You datang untuk dapatkan harta I untuk menjamin masa depan you dengan anak you? Sorryla. I tak dapat nak tolong. Cukuplah selama ini I tertipu. Kalau I tak hampir mati hari tu, entah sampai bila I akan jadi boneka you.”

“ You silap Fazar. I betul-betul cintakan you. I tak nak lagi lakukan kesilapan dengan kehilangan you. I memang nak beritahu tentang Haziq tapi I tak ada kekuatan. I cuma tunggu masa. Tolong maafkan I dan jangan tinggalkan I. I tak boleh hidup tanpa you.”

“ Ah sudahlah! I tak nak dengar semua ni. I tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan you. I tak nak lagi tengok muka you. You boleh pergi dari hidup I. I bebaskan you untuk selama-lamanya. Dalam hati I sekarang memang langsung dah tak ada ruang untuk you. Tolong pergi dari hidup I.”

“ You tipu! I tahu yang cinta you masih untuk I. Takkan begitu mudah you buang I dari hati you. Hati you penuh dengan cinta I.”

“ Hati I sekarang penuh dengan cinta seseorang yang telah lama menanti I. sekarang I yakin yang I hidup hanya untuk dicintai oleh dia. Dari dulu dia setia menanti I. Dan sekarang I yang akan menanti dia. I akan menunggu untuk terus diberi peluang. Hati I sekarang penuh dengan cinta Nadia Asyila. Bukan lagi you Fasha.”

“ Ah persetankan dengan cinta yang you rasa. Itu bukan cinta. Tapi cuma sekadar rasa simpati untuk seorang wanita yang telah lemah. Yang sedang menunggu malaikat maut datang untuk menjemputnya. Hidup bersisakan saat kematian yang akan datang dalam sedetik waktu sahaja lagi.”

“ Watch your mouth!”

“ Dah tu you nak buat apa? Nak tampar I? Huh! I tahu yang you tak sedayus itu.”

“ I takkan berkasar dengan perempuan.”

Fasha meledakkan tawanya. Sengaja dibuat-buat.

“ Habis yang selama ni you hina Nadia. Itu apa? Bukan berkasar? You memang dayus!”

“ Ya! Selama ini I dayus. Dayus kerana mempercayai dan mencintai perempuan seperti you.”

“ Oh jadi selama ni you menyesal kerana mencintai I?”

“ Sudahlah! Jangan putar belitkan keadaan. Hijab you dah lama terbuka. Cuma selama ini I yang buta.”

“ Shut up Fazar!”

“ You Shut up! You ingat I tak tahu yang selama ini you berpakat dengan bapak anak you untuk bolot harta I? Dengar apa yang I nak cakap! Lakonan you dah tamat. Baik you jauhkan diri daripada I sebelum I bertindak dengan cara undang-undang.”

“ Oh jadi sekarang you nak ugut I?”

“ I bukan jahat macam you.”

Fazar Azameer menepis tangan Fasha yang bermain-main di ruang matanya. Untuk pertama kali dia merasa meluat dengan tingkah wanita yang pernah dicintainya separuh mati.

“ You belum kenal siapa I. You jangan ingat begitu mudah untuk you tinggalkan I macam sampah.”

“ I silap kerana tak pernah nampak wajah sebenar you.”

“ You…”

“ I punya cinta yang sejati untuk seseorang yang lebih layak. Bukan untuk perempuan seperti you.”

Langkahan kaki Fazar Azameer kini tidak lagi tergugat. Dia sudah bebas. Dia malas lagi untuk berpaling memandang kenangan silamnya yang dirasakan indah bersama Fasha. Fasha adalah satu beban yang selama ini mengaburkan matanya dengan setiap lakonan.

Hatinya yakin kini. Dia kini sudah menemui cintanya. Cinta sejati yang diharapkannya sekian lama. Dia langsung tidak menduga bahawa perasaan sejati itu ada pada Nadia Asyila.

Fasha tidak mampu untuk menghalang. Terperanjat dengan kejutan yang sememangnya tidak diduga. Tidak menyangka yang Fazar Azameer akan menyemai cintanya untuk Nadia Asyila.

Namun, kali ini dia tidak dapat berdusta untuk menghalang lelaki itu dari menjauh darinya.

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurul jannah