Home Novel Cinta Jodohku Mamat Dot3
Jodohku Mamat Dot3
nurul jannah
29/4/2015 22:39:26
46,970
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 57

“ Sebelum ni Sya tak pernah nampak sikap abang yang macam ni. Suka bergurau rupanya.”

“ Dah abang ni tak dipedulikan tunang sendiri. Memang la tak kenal.” Dia mengenakan lagi dengan serkap jarang.

“ Kali ni abang betul. Sya minta maaf. Sya tertekan sebenarnya dengan desakan umi masa dia nak kita tunang dulu.”

“ So sekarang? Tertekan lagi?”

“ Banyak soalan abang kan?”

“ Dah tu..tunang dah dua tahun lebih. Jumpa tak sampai pun sepuluh kali.”

“ Yalah. Maafkan Sya.”

“ Tertekan lagi ke?” Dia terus galak menyoal.

“ Tertekan apa benda nya?”

“ Eh tadi dia jugak yang cakap dulu stressdengan desakan umi. So now?”

“ Tak. Sya okey. Sebab abang faham Sya. Terima kasih sebab memahami.”

“ Hmm.. sama-sama. Cuma.. kalau dah tak tertekan, kenapa jari manis Sya masih kosong?” Dia cuba mencucuk jarum. Bertanyakan soalan yang lebih peribadi.

“ Abang ni dah melalut dengan soalan bukan-bukan.”

“ Aik! Bukan-bukan apanya. Betul la. Abang Cuma nak kepastian. Macam Sya masih tak redha yang Sya dah jadi tunang abang.”

“ Bukan Sya tak redha.”

“ So?” Nazim menunggu jawapan. Sepi.

“ Tak sedia?” Sunyi.

“ Masih rasa terpaksa?” Diam.

Lunch time abang dah nak habis.”

“ Tak apa. Abang half day je hari ni.” Dia berkata selamba.

“ Senangnya.”

“ Sebab bukan senang abang nak keluar dengan tunang abang.” Semakin selamba.

“ Jawapan untuk soalan abang?”

“ Sya akan bagi jawapan. Tapi bukan sekarang. Dah sampai masanya nanti, Sya akan jawab soalan tu.” Dia menjawab dengan alasan yang lebih selamat.

“ Kisah yang sama. Abang tetap disuruh tunggu walau apa pun kisahnya.” Syafawati Qaisara ingin bersuara tetapi dipintas oleh tangan Nazim supaya dia tidak meneruskan.

“ Abang tahu apa Sya nak cakap. Tak payah minta maaf. Sya tak salah pun. Abang memang patut bagi Sya ruang.” Syafawati Qaisara memainkan straw di dalam gelasnya. Merenung ke dalam air. Lama.

“ Dah. Tak payah nak moodybagai. Abang nak kita jadi best friend yang boleh berkongsi suka dan duka. Gelak-gelak macam orang gila. Itu lebih power dari bermasam muka macam ni.” Nazim kembali mengubah suasana.

Syafawati Qaisara senyum kecil. Merenung gelas di depannya. Fikirannya bertebaran dengan kisah mereka pada masa akan datang. Bagaimana nanti jika benar yang lelaki di hadapannya kini adalah jodoh yang diberikan ilahi untuknya. Sedangkan walaupun dia telah mencuba, tetap tidak bercambah rasa cinta untuk lelaki yang telah bergelar tunang.

“ Bila Sya ke Sabah?”

Next week. Cuti sem bukan lama sangat.”

“ Cepat kan masa berlalu. Dah nak masuk tahun ketiga Sya study. Lepas habis study, Sya kena cepat-cepat cari kerja. Lepas tu kita move on la dengan apa yang dah family kita rancang.” Nazim memandang tepat anak mata Syafawati Qaisara. Dibalas dengan senyum sumbing.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurul jannah