Home Novel Cinta Jodohku Mamat Dot3
Jodohku Mamat Dot3
nurul jannah
29/4/2015 22:39:26
47,094
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

SUDAH seminggu, tangan Syafawati Qaisara masih lagi berbalut. Langsung tidak menyangka penangan sup kegemarannya itu. Matanya terpandang cermin mata hitam yang elok terletak di meja study. Ingin dipulangkan, tetapi tidak terjumpa dengan tuan empunya diri.

Entah di mana mamat gila itu tinggal. Di hostel ke? Kalau ya, Kediaman yang mana satu? Blok yang mana? Nak buat-buat terjumpa di kawasan fakulti pun memang dia tidak pernah terjumpa. Entah course apa. Budak tahun berapa. Nampaknya terpaksa buat pekasam spek hitam yang bergaya tu.

Hmm..akhirnya dia menunggu. Menunggu untuk pertemuan takdir yang entah bagaimana. Itupun jika ada takdirnya untuk bertemu dengan mamat gila itu. Hmm…kepalanya sudah melekat dengan gelaran mamat gila yang diberikan.

Kasarkah? Biarlah. Perkenalannya yang tidak rela dengan mamat itu juga agak kasar. Bukan agak tetapi memang kasar kerana tangannya menerima kesakitan yang perit sejak seminggu yang lalu. So, memang patut gelaran tu dikekalkan.

“Kawan, jomlah keluar lunch.” Syafawati Qaisara sedikit tersentak. Lamunannya terbang. Hilang. Barangkali terus keluar dari atmosfera. Serius dia terperanjat.

Ni seorang lagi minah gila. Sehari tak buat jantung aku dup dap memang tak sah. Tak makan saman. Macam-macam amaran pun dia buat dek je. Memang kepala batu. Dipandang kawan yang entah bila pulang dari kelas. Sedar-sedar dah tercongok di sebelahnya.

“ Kau ni Eja, lain kali bagilah salam dulu. Selalu nak main redah jer. Asyik-asyik redah nanti kau yang terngadah. Bala.”

“ Assalamualaikum Syafawati Qaisara binti Sanusi. Maafkan patik kerana datang tanpa salam. Patik Cuma ingin mengajak tuan puteri mencemar duli untuk menemani patik ke kafe supaya patik dapat mengenyangkan perut patik yang sudah berirama dangdut campur hindustan ni.”
“ Kalaulah aku betul-betul tuan puteri, memang aku mintak sangat-sangat kau jadi orang suruhan aku.”
At least orang suruhan tuan puteri ni dapat bagi arahan dan bukan menerima arahan.”“ Aku doakan nanti kau dapat suami yang selamba badaknya berganda dari kau seadanya.”
“ Owh bahagialah nanti patik wahai tuan puteri.” Syafawati Qaisara pantas menghempuk buku yang agak tebal tepat mengenai kepala kawannya. Heliza menyeringai sambil menggosok kepala bekas kena hempuk.
“ Kau ni tak ada tempat lain ke kau nak jadikan mangsa. Asyik kepala je. Nanti lama-lama lembab otak aku ni.”
“ Memang otak kau dah lama lembab pun. Terror bab mengata aku jer. Lagipun itulah tempat yang paling bagus untuk orang yang tak makan saman macam kau ni.”
“ Tak makan saman macam aku ni tak adalah sampai nak mencuri.”
“ Kau ni…” Syafawati Qaisara menggetap giginya. Geram. Tahu yang Heliza menjurus kepada cermin mata hitam lelaki yang diberi gelaran mamat gila.
“ Aku bukannya sengaja nak ambik.”
“ Curilah tu maknanya.”
“ Penatlah aku bercakap dengan kau ni. Buat sakit hati jer.”
“ Alah sakit-sakit hati pun kalau aku tak ada hidup kau sunyi kan?” Kali ini bukan sahaja Syafawati Qaisara menghadiahkan jelingan. Turut dikirim bersama salam maut. Memang dia akan kalah kalau berdebat dengan rakannya seorang ni. Jarang sangat dia akan menang. Sebab dia tahu yang realitinya, memang dia akan sunyi kalau Heliza tiada.
Kawan yang menyakitkan hati itulah yang selalu ada semasa dia susah dan senang. Kawan itulah yang sentiasa menaikkan dirinya saat dia jatuh. Kawan itulah yang paling mengerti tentang apa yang dia rasai. Kawan itulah segalanya buat dirinya di universiti.
“ Nah tengok! Termenung lagi. Kalau macam ni lah. Sepuluh kali aku bagi salam pun kau buat pekak bedak je.” Syafawati Qaisara membentuk-bentuk mulutnya. Memang salah dia. Melamun tak kira masa.
“ Dah nak lunch ke? Baru jam dua belas. Biasanya pukul satu kan? Senang nanti terus tunggu bas nak pergi kelas jam dua. Kelas Encik Zabidi tak cancel kan?”
“ Alah kita turun sekarang la. Aku memang lapar giler ni. Aku naik bilik ni pun sebab nak ajak kau. Takut kau kelaparan. Dari pagi kau belum makan kan?”
“ Banyaklah cekadak kau. Sebenarnya kau nak suruh aku temankan kau sebab kau tak nak makan sorang-sorang kan?” Heliza menyengih. Tepat. Memang dia tidak mahu makan di kafeteria seorang diri. Rasa macam orang bodoh jer.
“ Alah kawan. Jomlah. Kasihan la kat aku. Kau pun tahu prinsip kita kan? Tak nak menampakkan diri kita bodoh dengan melakukan sesuatu yang dirasakan bodoh walaupun kita memang suam-suam kuku bodoh.” Syafawati Qaisara tergelak. Pandai kawannya itu mengumpan.
Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurul jannah