Home Novel Cinta Jodohku Mamat Dot3
Jodohku Mamat Dot3
nurul jannah
29/4/2015 22:39:26
47,088
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

“ Bro, dah seminggu kot, kau masih lagi termenung macam mamat tak cukup suku je ni. Takkan masih ingat minah kalut tu lagi kot?” Azim Harraz sengih lebar pada Herman yang melabuhkan duduk di kerusi sebelahnya. Kuliah hampir bermula kurang dari lima belas minit.

“ Aih senyum pulak. Lain macam je aku tengok kau ni bro. Takkan dah terjatuh kot.” Herman menduga dengan curiga. Dijauhkan sedikit badannya ke belakang. Janganlah agakannya itu tepat.

Kawan yang bernama Azim Harraz yang dikenalinya itu bukan merupakan seorang lelaki yang senang untuk jatuh cinta. Selama dua tahun pengajian di Universiti, dia tidak pernah melihat kawannya itu tersenyum penuh perasaan atau rapat secara langsung dengan mana-mana gadis. Yang ada hanya kawan biasa.

“ Bro, kau jangan nak cakap apa yang aku cakap ni satu kenyataan. Kau ada prinsip kan? Takkan jatuh cinta dengan gadis yang bukan gadis dan takkan bercinta sebelum kau tamat belajar.”

“ Juga takkan bercinta walaupun dah habis belajar jika kau masih tak jumpa dengan orang yang betul-betul akan jadi mak pada anak-anak kau. Itu yang kau bagitahu aku bila aku tanya pasal awek dan cinta kan?”

Sekali lagi Azim Harraz senyum. Menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. Handsome. Tidak menyangka yang kawan baiknya itu mengingati satu persatu ayat yang pernah dia lontarkan. Entah sudah berapa lama ayat itu terluah. Dia sendiri tidak mengingati tarikhnya. Sedangkan kawan yang seorang itu mengambil serius.

“ Apa yang kau duk melalut ni bro? tak penat eh? Sejak sampai tadi kau tak berhenti tanya aku soalan.” Kali ini Herman pula yang tersengih. Sedar tentang kebenaran yang diucapkan Azim Harraz.

“ Tak adalah. Aku cuma cakap je. Ulang balik apa yang pernah kau cakap. Lagipun aku tak syak yang apa yang aku cakap dari tadi tu betul kan?” Azim Harraz gelak. Kuat. Terhibur dengan kawan yang seorang itu. Terlalu prihatin.

“ Gelaran apa yang kau bagi kat dia tadi? Minah kalut?” Azim Harraz masih meneruskan gelaknya.

“ Betullah. Tak kalut ke kalau tiba-tiba menjerit lepas tu lari macam lipas kudung cari singki. Tahulah sakit. Lepas tu suruh kau bayar makan budak-budak kat kafe tu. Then, bawa lari spek hitam yang kau sayang tu. Kalut la tu.”

Azim Harraz masih dengan gelaknya. Sememangnya dia terhibur. Minah kalut? Hahaha. Memang sepadan.

“ Dah lah blah macam tu je. Orang nak tolong bawa pergi medic buat bodoh. Sempat lagi cakap kau bodoh. Tangan kau nak mintak maaf dengan dia pun tak sambut. Nama pun tak beritahu. Ngamlah aku namakan dia minah kalut.” Mereka berdua gelak. Hati masing-masing terhibur mengumpat insan yang tidak dikenali.

“ Tapi kan bro, minah kalut tu cantik kan?”

“ Bro…” Herman berkata sambil jari telunjuknya menuding tepat ke wajah Azim Harraz.

“ Jangan bagitahu aku apa yang aku cakap awal-awal tadi tu betul. Kau masih tak terjatuh kan?”Azim Harraz melebarkan sengih sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ Walaupun dia kalut, dia tetap comel. Aku rasa yang kali ni aku dah langgar prinsip aku bro. Aku rasa yang aku dah terjatuh masa first aku terpandang wajah dia. Walaupun di depan singki, bukan tempat yang romantik. Tapi hati aku cukup indah. Walaupun dia marah-marah, dia tetap comel bro.”

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurul jannah