Bab 7

Pandangan yang ralit dilemparkan ke arah rumput-rampai di taman itu. Hijau menawan memberikan kedamaian kepada sesiapa yang memandangnya. Apa yang dia tahu, hijau menyegarkan mata yang mengantuk. Biru pula melambangkan ketenangan. Lihat sahaja laut biru. Menatapnya cukup memadai untuk merasai ketenangan di jiwa.

Warna dan kehidupan. Masing-masing tidak boleh dipisahkan. Masing-masing mempunyai makna yang tersendiri.

Dirinya leka melihat pemandangan indah di depan mata. Awan menutupi langit nan cerah membuatkan hari itu agak kelam tetapi masih lagi ada keunikannya. Udara segar hari itu bergerak perlahan melambai-lambaikan rambutnya yang dibiarkan lepas.

Honey!” sapa seseorang dari belakang. Suara itu milik seorang lelaki. Ya, memang pasti itu suara lelaki.

Tiba-tiba kakinya tergerak ke hadapan sedikit dek tindak-tanduk lelaki itu yang memeluk bahunya dari arah belakang. Tubuhnya perlu distabilkan. Kalau tidak dia akan jatuh. Oh, itu semestinya tidak boleh berlaku! Tubuh badannya perlu dijaga memandangkan apa-apa cela yang ada akan mencacatkan reputasinya sebagai seorang model berjaya.

Pelukan lelaki itu masih tidak lepas pada bahu. Dia lantas menolehkan kepalanya untuk melihat jejaka itu biarpun dia tahu siapa punya gerangan.

Tangan lelaki itu dipegang lalu ditarik supaya pelukan itu dileraikan. Tubuhnya berpaling menghadap lelaki itu. Betul tekaannya. Lelaki itu rupanya.

Selena tersenyum sampai ke telinga. Dia riang gembira tidak terkata melihatkan lelaki itu sudah sampai. Lenguh juga kakinya menunggu di hadapan Trinity Square Gardens. Mujur juga hari itu tidaklah sesejuk seperti hari-hari sebelum ini. Kalau tak dia boleh kejung waktu itu juga.

“Jared!”

Selena lantas memeluk tubuh sasa lelaki itu kembali. Sungguh gembira dia dapat berjumpa dengan orang tercinta. Berpisah berminggu-minggu lamanya telah menimbulkan rasa rindu yang amat sangat terhadap dia yang bernama Jared.

Hey, how’s it going, babe?” soal Jared. Tangan itu ringan membalas pelukan gadis itu.

Dia terasa sangat beruntung dapat berdampingan dengan perempuan bernama Selena itu. Siapa sahaja yang tak terpikat melihatkan kejelitaan gadis itu? Model cantik yang menjadi igauan setiap orang yang bernama lelaki. Hanya dia satu-satunya jejaka yang berjaya menambat hati sang puteri. Oh, bangganya!

It’s been great. Everything is totally copasetic. Feel loads better with you here,” ucap Selena merungkaikan pelukannya. Lega dapat merasai pelukan hangat itu lagi. Girang hatinya dapat menatap wajah Jared yang juga merupakan anak Malaysia seperti dirinya.

How are you?” soal gadis itu kemudian.

I’m very much fine. Thank you,” jawab Jared. Rambut gadis yang menutup sebahagian wajah diselak ke tepi.

Selena pula hanya tersenyum melihatkan lelaki itu berbuat sedemikian. Terasa dirinya amat disayangi.

How long has it been?” Jared kini menyelitkan jari-jemarinya di antara jari-jemari milik Selena.

“21 hari.”

You count, don’t you?

Of course,” balas Selena. “You should see my calendar. It’s full of Xs.”

21 hari sudah sememangnya cukup lama buat Selena. Dirinya yang ternanti-nanti kepulangan Jared dari bumi New York berasa senang hati apabila ternampak lelaki itu di depan mata kini.

Seperti dirinya, Jared merupakan seorang model yang baru naik namanya di dunia fesyen. Ramai yang menginginkan lelaki yang mempunyai paras rupa seperti Nicholas Hoult itu menjadi orang tengah untuk memperagakan pakaian berjenama. Kehadiran Jared amat diperlukan di New York baru-baru ini untuk memperagakan pakaian dari line Ralph Lauren pula. Perpisahan selama tiga minggu itu berakhir jua akhirnya.

Xs?” Jared memeluk bahu Selena dari tepi pula. “Xs as in kisses?”

“Bukanlah. Ish, X tu represent pangkahlah. Apalah you ni,” balas Selena malu-malu. Gadis itu membalas pelukan lelaki itu dengan memeluk pinggangnya.

Jared hanya ketawa mendengarkan jawapan teman wanitanya itu.

“Nak hang out kat taman ni aje ke?” soal Jared selepas itu.

Penat juga lidahnya asyik berbahasa inggeris dari tadi. Duduk kat tempat orang, memang tu ajelah bahasa perantaraan yang boleh difahami. Masa di New York kelmarin pun sama. Semua yang ada hanyalah mat dan minah saleh. Mat melayu langsung tak ada. Nada! Nasib baiklah dia sudah biasa dibesarkan di tempat orang. Memang sudah lali berbahasa itu.

“Ikut youlah. I tak kisah,” balas Selena.

“Erm, jom pergi lepak kat kedai makan yang kat situ nak? I laparlah.”

Good because I’m actually freezing out here!

“Eleh, kalau sejuk tu cakap ajelah. Tak payah nak berlagak sangat.” Hidung perempuan itu dicubit perlahan. Gemar betul dia berbuat demikian kepada Selena.

“Mana adalah!”

“Tengok tu. Mulalah tu nak buat-buat tahan sejuk. Tengok muka dah tahu. Merah semacam aje dari tadi I tengok.”

Selena mencebik.

“Jom pergi sana.” Tangan Selena digenggam kemas disebalik sarung tangan tebal yang melindungi diri masing-masing daripada kesejukan. Jared yang mahu melangkah pergi ke arah kedai makan yang disebutkan dihalang oleh gadis itu terlebih dahulu.

On one condition.

“Apa dia?”

“Belanja I makan.”

“Huh, mengada! Yalah!”

Selena tersengih.

“Eh, kejap!” Selena memegang kejap tangan Jared menghentikan pergerakan lelaki itu sekali lagi.

“Kenapa?” tanya Jared memandang Selena.

Selfie dulu jom!”

Jared ketawa terbahak-bahak. Dah nama model, model jugaklah. Suka benar bergambar. Ada-ada aje si Selena ni. Layankan ajelah.

Telefon bimbit milik Selena dikeluarkan.

Seorang kacak, seorang lagi cantik. Memang nampak sweet couple benar. Kedua-dua Jared dan Selena mendekatkan muka masing-masing menghadap front kamera.

Gambar yang diambil sangat cantik berlatar belakangkan 10 Trinity Square. Langit kebiru-biruan menampakkan lagi kehebatan bangunan itu. Struktur bangunan itu juga cukup unik dan terserlah untuk buat tatapan mata.

Bangunan yang mempunyai sejarah tersendiri tersebut katanya akan dibuat menjadi hotel tidak lama lagi. Seni bina yang ada masih dikekalkan agar keaslian pada bangunan itu dapat dikekalkan.

Kalau dah siap jadi hotel, memang Selena nak pergi menetap kat situ. Cantik sangat bangunannya!

Kejap-kejap senyum. Lepas tu buat wacky faces pulak. Macam-macam muka yang dibuat pasangan sejoli tu!

Untunglah dua-dua model...

“Jomlah pergi makan, Selena. I dah lapar sangat ni. Penat asyik menghadap kamera aje,” ujar Jared. “Dahlah semalam baru habis shooting.”

“Kerja kita kan model. Memang kenalah menghadap kamera hari-hari cik abang oi!”

***

“Nak dengar satu cerita tak?”

Selena menyuapkan kepingan sandwic ke dalam mulutnya. Sedapnya! Lidahnya dapat merasakan masam-masam mayonis diadun sekali dengan sos lada hitam. Ditambah lagi dengan lobak yang dipotong kecil, terasa sedikit kemanisan di samping masam yang memenuhi lidah. Penuh betul mulut!

“Cerita apa?” Jared juga begitu. Tak cukup dengan satu sandwic, burger keju pun dia nak pesan jugak. Lapar sangat ni!

“I sekarang model untuk Victoria’s Secret.”

“Oh...” balas Jared pendek. Burger yang ada pada tangan masih dikunyah. Eh, kenapa aku macam dengar Selena cakap dia jadi model? Ish, aku ni! Memanglah dia tu model. Victoria’s Secret?

Rewind.

“I sekarang model untuk Victoria’s Secret.”

What?”

Selena mengangguk. Mulutnya terukir senyuman gembira yang tak sudah.

Really?

Really, really!

That’s so brilliant!” Jared juga begitu. Masing-masing tersenyum. Masing-masing nampak gembira dengan kejayaan Selena.

“Nanti kirim salam kat Cara Delevigne eh,” ucap Jared. Mukanya sengaja dibuat-buat comel. Ish, menyampah betul! Comel tu sesuai dengan mat Korea je. Hang tu muka orang putih. Dah kacak tu, kacak ajelah ya, klon Nicholas Hoult!

“Jangan nak menggatal sangat eh, Jared!” Selena mencebik. Mulut diherotkan. Cemburulah tu!

“Ala bolehlah! Cara tu lawa kot.”

Cara Delevigne. Namanya cantik secantik orangnya.

Hello, model depan you ni tak lawa ke?”

“Hehehe...lawalah jugak,” balas Jared. Sengaja mahu mengusik gadis itu.

“Cuba you tengok muka I ni. Lebih kurang aje tau macam Cara tu.”

“Meh sini I tengok.” Tangan meletakkan burger di atas pinggan. Sos yang tercalit sedikit pada tangan itu disapu pada muka licin Selena. Tercopong mulut Selena jadinya.

“Hoi, berani you letak sos kat muka I ni!” Geram betul Selena dengan Jared ketika itu. Wajah cantik itu habis selekeh bukan aje dengan sos cili, mayonis juga habis diselet Jared pada muka Selena.

“Nak kenalah you ni!”

Selena juga tak mahu kalah. Sos cili dan mayonis yang terpampang di depan mata dituang ke atas pinggan. Jari-jemarinya tangkas mengambil sikit lalu disapu pada muka Jared pula. Apa yang ada kat depan mata semuanya dicapai. Serbuk lada hitam juga ditabur pada lelaki itu. Sekarang, bukan muka aje yang menjadi mangsa Selena, baju Jared juga habis selekeh dengan sos.

Jared juga tak menang tangan menghabiskan serbuk lada hitam tuan kedai dengan hemburan tak sudah pada gadis itu. Habis semua orang dalam kedai melihat pasangan tersebut bermain dengan sos. Selalunya orang main baling-baling salji. Memandangkan London tak turun salji, main sos pun jadilah.

Sudahlah mereka berdua tu orang terkenal. Dia orang pasti mereka yang berada dalam kedai makan tersebut cam mereka berdua. Mesti ada aje gambar mereka yang terakam nanti oleh paparazi.

Ah, lantaklah dengan dia orang!

Apa yang penting sekarang ni masing-masing nak menang!

“Aduh, sakitlah mata I kena serbuk lada hitam ni!” erang Selena. Matanya dipegang. Pedih jugak mata terkena bahang lada hitam ni.

“Mata I pun.” Jared juga kelihatan berkelip-kelip matanya dek tak tahan dengan kehebatan lada hitam menyakitkan sepasang mata. Air mata tak semena-mena mengalir gara-gara lada hitam!

“Achum!”

Bersin.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh