Bab 2

Satu demi satu pakaian dibelek di salah sebuah pusat beli-belah di kota London. Namun, satu pun tidak menarik minatnya. Dia bukannya tak minat, cuma dia tidak tahu bagaimana nak menggayakan pakaian yang ada. Biasalah, kaum lelaki memang susah sikit apabila masuk bab fesyen. Dia pergi kelas pun sempoi aje mengenakan t-shirt dan seluar jeans. Kalau terasa malas, memang pakai selipar aje terus. Tak payah pening kepala macam orang perempuan yang selalu fikir nak pakai kasut apa, nak pakai baju apa.

Jarang betul dia nak bergaya sakan pergi ke majlis makan malam. Tahun-tahun sebelum ini, dia hanya pinjam baju Akief. Tahun ini sahaja yang ada kelainan. Sebenarnya dia sendiri malas mahu mendengar bebelan Akief yang bagaikan mak nenek tu. Pot pet pot pet tak sudah. Sepatutnya si Akief tu jadi perunding fesyen. Bukannya belajar kejuruteraan. Alahai, Akief!

Syafiq mengeluh. Sudah penat kakinya berjalan. Beberapa kali dia singgah di tempat yang sama semata-mata untuk mencari baju sehinggakan salesperson yang ada memandang pelik ke arahnya. Mana tidaknya, kejap-kejap ke situ, kejap-kejap ke sini. Naik pening jadinya!

‘Alamak, menyesal pulak tak bawak si nenek tua tu teman aku tadi! Eh, nenek tua pulak! Nenek tu perempuan. Ha, atuk tua! Eh, tapi atuk-atuk tak adalah membebel macam si Akief tu! Ish, apalah yang aku merepek ni! Apa-apapun, kalau dia ada, bolehlah tolong aku choose mana-mana yang okey,’ bebel Syafiq dalam hati panjang lebar.

Lelaki itu mengeluh dan mengeluh lagi. Apalah yang aku nak pakai masa majlis tu nanti. Takkanlah aku nak balik dengan tangan kosong. Mahunya nanti si Akief tu membebel lagi. Kesian telinga aku ni oi! Asyik kena bebel je. Kenapalah pilih baju ni tak senang macam nak modify kereta? Kalau tengok kereta tu punyalah senang aku nak ubah suai situ sini. Bila tengok baju rasa macam apa aje ni. Alahai!

Alahai lagi!

Pandang baju tu, ish, pink sangatlah! So not me!

Tengok baju ni, ish, terang sangatlah! Sakit mata aku ni!

Kemeja tu pulak, whoa, rainbow gila!

Kemeja ni pulak, err...warna apa ni? Kenapa aku macam tak pernah tengok pun warna ni?

Aduh, susahnya kalau macam ni!

[20 saat kemudian]

“Ehem...” Seseorag berdeham. Terasa hampir dengan dirinya tetapi Syafiq endahkan sahaja. Manalah tahu kalau orang yang mengeluarkan bunyi deham itu sakit tekak. Biarkan ajelah.

“Ehem...”

‘Eh, perempuan ni buat bunyi lagi!’ desis Syafiq setelah mengetahui orang yang berdeham itu merupakan seorang perempuan. ‘Dia ni nak apa? Nak tumpang lalu ke? Ke dia nak tegur aku? Maklumlah, aku ni walaupun gaya tak serupa Elvis Presley tapi muka aku handsome tau.’

Kembang kuncup hidung Syafiq memuji diri sendiri. Ceh, perasan betul dia! Memang tak ingat dunia langsung!

Dia bingkas menoleh untuk melihat gerangan yang mengeluarkan suara kononnya sedang sakit tekak itu. Matanya tertancap ke arah seorang gadis. Seperti dirinya juga, perempuan itu membelek helaian demi helaian baju wanita yang ada di butik tersebut.

Mata mereka kini berlaga. Aduhai, lawanya sepasang mata bundar memiliki iris berwarna coklat hazel-nut tu! Subhanallah!

Jantung kini berdetak lebih laju. Terasa diri bagaikan di awang-awangan. Terasa jasad seperti berada di dalam sebuah kereta macam Skyline. Jika diterjemah ke dalam Bahasa Melayu, Skyline ialah garisan langit.

Begitulah dunia Syafiq. Membandingkan sesuatu dengan kereta. Dunianya memang seronok dengan mengetahui pelbagai kereta yang wujud di dunia ini. Itulah sebabnya dia memilih untuk mengambil jurusan kejuruteraan automotif. Bidang automobil memang kegemarannya.

Excuse me,” tegur gadis yang kini sudah berada di hadapannya.

Berkelip-kelip mata Syafiq menyedari dirinya dihampiri oleh perempuan itu. Terserlah kejelitaannya dengan hanya mengenakan evening dress berserta seluar jeans.

She’s so cute,” bisik Syafiq perlahan. Tidak pernah dia merasakan begitu terhadap mereka yang bergelar perempuan.

Gadis itu mengerutkan dahi sambil tersenyum nipis lalu berkata, “May I help you, sir?”

Syafiq langsung tersedar daripada lamunannya yang tidak sudah-sudah mengagumi kecantikan si dia yang berada di hadapan.

- Aduhai, apa dah jadi dengan aku ni?

- Sedar-sedarlah sikit Syafiq oi! Perempuan ni cantik, bergaya. Apa sangatlah yang kau ada?

- Eh, muka aku handsome tau!

Tak sudah-sudah mental Syafiq berkelahi. Yang satu kata handsome. Yang satu lagi kata dia tu bersederhana sangat. Maklumlah, dia sendiri pergi ke pusat beli-belah itu pun dengan baju buruk yang dia ada.

Hello? Sir?” Tangan dilambai-lambaikan di depan mata Syafiq.

Pelik betul dia dengan tindak-tanduk lelaki itu. Dari tadi dia memerhatikan jejaka itu. Terbelek sana-sini tapi satu apa pun yang dia tak cuba pakai. Ekspresi lelaki itu yang sungguh runsing menarik perhatiannya.

“Are you okay?” tanya gadis itu lagi.

‘Eh, aku mengelamun lagi ke? Aduh, malunya aku! What’s going on with me really?

Err...Fine. I’m fine actually,” balas Syafiq. Senyuman dihulurkan buat pertama kali ke gadis itu. Nafas ditarik dalam-dalam membolehkan oksigen sampai ke otaknya. Fikiran Syafiq ketika itu harus dibetulkan. Dengan oksigen sahaja dia boleh berfikir secara waras. Kalau tak asyik mengelamun sahaja dia tu. Ah, ini semua gara-gara awek lawa depan aku ni!

“Awak cari something ke?” gadis itu menghulurkan Syafiq dengan soalan demi soalan. Sungguh dia berasa pelik dengan tingkah laku pemuda itu.

“Eh, awak orang Malaysia ke?”

Soalan dijawab dengan soalan.

Syafiq terkebil-kebil. Terkejut juga ada. Mana tidaknya. Wajah perempuan itu langsung tidak menampakkan dia itu orang Melayu. Serupa apa yang orang Melayu selalu kata, ‘Muka macam orang putih!’. Mata pun coklat-coklat gitu! Mungkin rambut sahaja tidak berwarna perang seperti kebanyakan penduduk di London ini.

Gadis itu mengangguk.

“Tak ada nampak macam orang Malaysia pun.”

Gadis itu hanya tertawa. Sudah biasa dengan reaksi sebegitu. Jumpa mana-mana orang Malaysia semuanya memulakan perbualan dengan bahasa asing iaitu Bahasa Inggeris. Apabila sudah kenal barulah becok mulut masing-masing dengan bahasa ibunda.

My mom’s from here. I mean, she’s English. Married my dad.Dia orang Johor. Both of them sekarang tinggal di Malaysia,” ramah benar gadis itu menceritakan asal usul dirinya. Malas mahu berteka-teki dengan mereka yang selalu menganggap dirinya minah saleh yang langsung tidak ada kaitan dengan negara tercinta Malaysia.

Syafiq sekadar mengangguk. “Habis tu, awak seorang kat sini?”

“Yes.”

“Belajar?”

“Uhuh,” jawab gadis itu ringkas. Senyuman tidak lekang di bibir membuatkan wajah itu sungguh manis untuk dilihat.

“I’m Syafiq,” ujar pemuda itu.

“Amira.” Masing-masing memperkenalkan diri sebagai tanda bermulanya persahabatan.

“Wow, English looks with a pretty Malaysian name!” puji Syafiq menyebabkan Amira tersipu malu. Hanya senyuman dan ketawa kecil yang mampu dihulurkan.

“Anyway,” sambung Amira. “Awak nak cari apa kat butik ni?”

Lelaki itu hanya menggaru kepala. “Saya cari baju.”

Amira ketawa lagi.

Of course I know you want to buy one. We’re in a boutique, Syafiq,” ujarnya dengan loghat British yang agak pekat tapi masih lagi boleh difahami.

Erm, we’re having this dinner actually.

Oh, with your girlfriend?

No. Majlis makan malam fakulti. It’s an annual thing.

Kerutan di dahi Amira jelas kelihatan. Kata majlis ni tiap-tiap tahun tapi kenapa si Syafiq ni blur semacam je nak pilih baju? Tengok gaya macam tak tahu langsung nak pakai apa masa majlis tu nanti.

“Takkan tak tahu langsung nak pilih baju apa?” ujar Amira.

“Err...” Aduh, malunya aku hari ni! Kantoi sangat aku ni tak tahu nak bergaya! Dahlah tadi cakap majlis makan malam ni buat tiap-tiap tahun. Aiyo!

Amira menggelengkan kepala lantas tersenyum. “You want me to help you shop?

No, it’s okay, Amira. You don’t have to,” balas Syafiq. Seseungguhnya dia tidak mahu menyusahkan gadis itu.

‘Eh, tapi syok jugak kalau dia tolong aku pilihkan baju. Bolehlah dia ni tolong jadi pengganti si Akief tu,’ bisik Syafiq dalam hati.

Mulut kata lain, hati kata lain. Nak mintak tolong tu cakap ajelah cik Syafiq!

“Tengok muka awak pun saya dah tahu yang awak ni perlukan pertolongan saya,” ujar Amira. “Dari tadi saya perhatikan awak ni blur aje masa masuk butik ni.”

- Alamak, obvious sangat ke?

- Eh, dia perhatikan akulah! Kan aku dah kata aku ni handsome orangnya. Mesti ada punya yang tertarik dengan muka kacak aku ni. Bangga tak bangga. Aku memang da bomb!

- Cet, perasan!

“Tak menyusahkan awak ke ni?”

A girl shops. Apa nak menyusahkannya? Biasalah orang lelaki. Faham sangat gene kau orang tu macam mana.”

Syafiq tertawa mendengarkan jawapan Amira. Hundred percent correct!

“Awak suka warna apa?” soal Amira.

“Entah.”

Amira geleng kepala. “Ish, awak ni! Warna kegemaran sendiri pun takkan tak tahu.”

“Hitam dan putih.”

“Erm...kalau macam tu saya rasa yang ni paling sesuai kot. Saya suka yang ni. Awak rasa macam mana?”

Tuxedo?

Amira beria-ia mengangguk. Dia memang suka dengan design pakaian yang terpampang indah di depan mata. Dia pasti dengan pilihannya dan yakin Syafiq akan tampil segak pada majlis makan malam itu.

“Awak serius ke?”

I’m a fashion designer-to-be. Trust me. You’ll look good in this thing.

Disebabkan dia sendiri tidak tahu mahu memilih yang mana, Syafiq terus membeli apa yang telah dipilih Amira. Malas dia mahu berfikir panjang. Nanti Amira kata dia tu banyak songeh pulak. Lagipun, lawalah juga pada pandangannya dengan pilihan gadis itu.

Not bad for a fashion designer-to-be.

Syafiq ketika itu mahu pulang, namun, hatinya berat untuk meninggalkan butik itu. Bukan sebab dia mahu membeli baju lagi, tetapi si gadis yang bernama Amira itu ternyata sudah menambat sang hati.

Apa dah jadi dengan aku ni? Aku tak pernah rasa macam ni sepanjang aku jejak kat bumi ni. Kenapa sekarang rasa lain macam?

Pandangannya kini terpacak pada sang gadis yang masih lagi mencari-cari pakaian di butik yang sama. Cermin yang berada di tepi menjadi tempat buat Amira melihat penampilan dirinya mengenakan sepasang demi sepasang pakaian yang diambil. Ada kala mukanya tersenyum. Ada pula waktu yang berkerut dahinya sebagai tanda dia tidak berkenan dengan baju yang diambil. Kadang-kadang mulutnya terherot. Badannya dipusing-pusingkan selepas itu.

Satu demi satu tingkah laku Amira diperhatikan membuat rasa di hati membuak-buak ingin mengenali gadis itu. Sungguh dia sudah angau dengan perempuan yang bernama Amira!

Kaki diringankan untuk melangkah. Bukan untuk pergi tetapi untuk mendekati.

“Amira...”

Teguran Syafiq membuatkan gadis itu berpaling menghadap jejaka itu.

“Do you want to be my date during the dinner night?”

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh