“Yeah,
Wanna put this song on replay,
I can listen to it all day,
I can listen to you all day,
Hear you all day.
Yeah,
Wanna put this song on replay,
We can start all over again,
And again,
Yeah,
Wanna put this song on re...”
Macam
lirik lagu Replay yang dinyanyikan penyanyi muda remaja Zendaya, begitu juga
bunyi ringtone telefon bimbit Amanda
berbunyi. Berulang-ulang kali telefonnya berdering diminta untuk diangkat.
Ringtonejuga memang dah diset dengan
lagu Replay tersebut, memang asyik replay
jelah kerjanya! Balik-balik bunyi replay.
Kejap-kejap replay lagi!
Aduh,
memang serabut betul telinga Amanda yang sedap berlingkar atas katil Selena.
Orang Muar kata, “Berlingko”!
Amanda
yang sedang sedap-sedap tidur di bilik kembarnya Selena hanya tergolek-golek di
atas katil. Liat betul dia nak bangun angkat telefon.
Dah hampir
12 missed call! Amanda masih jugak
terbaring macam ular sawa kenyang makan seekor lembu!
“Aduh,
Amanda ni!” Panggilan yang rupa-rupanya dari Selena itu masih lagi tidak
berhenti. Lagu Replay masih lagi berdering di telefon bimbit Amanda.
“(I wanna) put you on
repeat,
Play you everywhere I go,
Everywhere I go,
Play you everywhere I go,
Put you on repeat,
Play you everywhere I go,
Everywhere I go (Everywhere I go).”
“Angkatlah telefon ni!” bebel Selena seorang diri di dapur
pada lewat malam itu. “Ish, budak ni dah tidur ke? Ah, tak kira! Kau kena
bangun jugak, Amanda! Kembar kau ni tengah dalam kesusahan. Sebagai kembar aku,
kau kena tolong aku! Amanda! Bangun! Bangun!”
Kalau
doktor kat hospital tengok gelagat si Selena sekarang, memang for sure doktor akan diagnosebudak ni ada sakit mental.
Skizofrenia mungkin?
Na’uzubillahiminzalik!
Minta dijauhkan!
Tapi
memang betul! Selena tu terjerit-jerit malam-malam macam tu. Kalau orang tak
tahu dia tengah cakap dalam telefon, memang orang yang tengok pun akan cakap
dia tu gila. Tak siuman bahasa sopannya.
“Bangunlah,
Amanda oi! Ish, budak seorang ni! Aku ingat aku seorang je yang tidur macam
ular sawa. Budak ni pun dua kali lima sepuluh je. Eh, nama pun kembar! Apalah
aku ni!”
Selena
mengetuk telefon bimbitnya pada dahi. Aduh, sakit! Hwaa! Susahnya nak kejutkan
Amanda ni! Bangunlah! Bangunlah! Kembarmu ini butuh pertolonganmu! I need your help!
Ambil kau!
Macam-macam bahasa keluar sebab nak mintak tolong. Nasib baik jugak aku ni tak
tahu nak cakap Bahasa Arab. Kalau tak, memang berbelit-belit lidah aku ni speaking Arab tau!
Amanda ni
pun satu! Harap je ringtoneyang
terpasang lagu Replay tapi mata kau ni susah benar nak terbukak. Memang
padanlah ringtone kau asyik replayje dari tadi.
Meh sini
penulis kejutkan nak?
Oi, Amanda
binti Syafiq! Bangunlah!
Tangannya
yang terlindung oleh selimut tebal bergerak sedikit demi sedikit. Amanda yang
sudah mula sedar tak sampai beberapa percent
tu mencapai telefon bimbit miliknya yang terletak di atas meja kecil
bersebelahan dengan katil.
“Alah,
siapalah yang telefon aku malam-malam buta ni?” Akhirnya, Amanda bersuara! Thanks to me, Lily Irdina! Finally, kau
bangun jugak, Amanda!
“Aku nak
tidur pun tak senang. Kacau betul!”
Amanda
memandang skrin telefon yang tertera nama seseorang. Kelopak matanya cuba
diluaskan untuk membaca nama yang terpampang dengan jelas.
“Selena?”
Amanda berkata dengan suara serak basah. Rock
gitu! “Kenapa dia call aku
malam-malam ni?”
Amanda
menjawab panggilan daripada kembarnya.
“Hello?”
“Amanda!”
Selena hampir menjerit. Rasa excited
pulak sebab Amanda dah bangun. Thank you
ya, penulis! Nanti I belanja you makan spaghetti
bolognese!
Apa-apa
jelah, Selena!
“Ha, apa
dia, Selena?” soal Amanda yang berdehem sedikit untuk mengembalikan suaranya.
Tak seoronok betul nak berbicara dengan orang kalau suara rock sebab baru bangun tidur tu! Segan!
“Kenapa
kau call aku malam-malam buta ni?”
sambung Amanda lagi. “Kau kalau nak ajak aku borak-borak esok-esok jelah eh.
Aku nak tidur ni!”
“Oh, please, Amanda! I’m in trouble!”
ucap Selena di hujung talian.
Amanda
hanya menggosok matanya. Taik mata yang terselit dibuang sedikit demi sedikit.
“Trouble?” kata Amanda. Lama-lama dia
semakin sedar dari rasa kantuk walaupun belum cukup seratus peratus. “Are you in a small kind of trouble or a
big-I’m-going-to-die kind of trouble?”
“I’m so in a big-huge-going-to-die kind of
trouble!” jawab Selena. Dah keluar slang
British dia!
“Okay,” jawab Amanda ringkas. “I’m listening.”
“Amanda,
kalau aku jumpa kau lepas ni memang aku nak cekik-cekik kau!” Selena memang dah
tak tahan lagi! Dia mahu melepaskan geramnya yang terbuku di hati kepada
kembarnya Amanda.
Ini semua
memang salah kembarnya! Kalau Amanda beritahu awal-awal pasal Mak Cik Kiah tu,
memang semua benda ni takkan terjadi.
Siap kau,
Amanda!
“Yang kau
ni dah kenapa nak cekik aku pulak tiba-tiba ni? Dah gila? Buang tabiat?” tanya
Amanda. Memang tak laratlah dia nak layan bebelan Selena malam-malam ni. Kepala
memang dah terbayang nak sambung tidur je!
“Ish,
geramnya! Sebab kaulah aku dah hampir-hampir nak bakar satu dapur ni tahu tak!”
Amanda
mengerutkan dahinya.
“My dear, Selena. Kalau kau punya trouble just nak membebel-bebel kat aku
malam-malam ni, kita sambung esok jelah eh. Aku nak tidurlah. Ish, kau ni! Tak
nak tidur ke? Ke kau ni jet lag tak
habis lagi?” Amanda hanya memicitkan kepala. Berdesing juga telinganya nak
dengar bebelan Selena.
“Ish, kau
ni tak dengar ke? Ke kau buat-buat pekak? Dapur ni dah nak terbakar tahu tak! Can you hear me? May I spell the whole word
for you? I repeat. Terbakar!”
Daripada
pembaringan, Amanda terus terduduk. Okey, yang ni memang dah sedar tahap 90 percent!
“Apa?”
“Hampir
terbakar!”
Amanda
mengerutkan lagi dahinya. Telefon semakin dilekapkan pada telinga. Takut-takut
pulak dia salah dengar.
“Hampir
terbakar?”
“Aah,”
jawab Selena ringkas.
“Ada
apa-apa benda yang terkena api?”
“Tak,”
balas Selena.
“Langsir
hangus tak?”
“Nope.”
“Dinding
macam mana?”
“Tak ada
apa-apa. Everything is in good condition.”
Amanda
menarik nafas. “Ish, kau ni! Dah tu apa yang terbakarnya?”
“Dapur tu
tak adalah terbakar. Cuma berasap sikit jelah. Api semua aku dah tutup,” jelas
Selena.
“Dah nama
pun kau guna dapur tu, memanglah berasap. Aiyo, kau ni! Buang masa aku je layan
kau tau! Kalau macam ni lagi baik aku sambung tidur!”
“Kejap,
Amanda!”
Amanda
yang mahu meletakkan telefon terhenti. Fikirannya yang sudah semakin sedar
sebanyak 98 percent itu mula
berfikir.
‘Selena
guna dapur?’ bisiknya dalam hati. ‘Selena tu mana tahu masak. Aduh, aku ni!
Padanlah dia kata dapur tu berasap. Jangan-jangan habis dapur tu bersepah macam
tongkang pecah tak?’
“Kau guna
dapur?” tanya Amanda kemudian.
“Aah. Aku
masak nasi goreng tadi. Tapi...”
Tak
sanggup Selena nak menghabiskan ayatnya. Ish, memang tak rupa nasi goreng
langsung! Mujur jugak dapur tu elok je lagi. Kalau dinding hangus, langsir
terbakar, kuali entah ke mana, tu mesti lagilah payah! Apa bendalah yang dia
nak jawab kat papa nanti? Mesti papa makin pelik dengan perangainya. Yalah,
Amanda tu, gadis Melayu terakhir!
Memang
sujud syukur dia semuanya tak apa-apa. Macam yang dia kata tadi, “Everything is in good condition.”
Tapi bab
masak nasi goreng...
“Tapi apa,
Selena?” soal Amanda mematikan lamunannya berkenaan dapur. Oh, my nasi goreng!
“Nasi
goreng yang aku buat ni hangus!” rengek Selena yang sudah mula mengalirkan air
mata. Aiyo, ni dah memang budak kecik ni!
Dia
menyambung, “Aku tumis bahan-bahan tadi tapi aku rasa api aku ni besar sangat
sampai hitam jadinya. Tapi sebab aku nak cepat, aku masukkan terus nasi tu.
Sekarang ni nasi tu bukannya warna oren-oren macam yang kat dalam internet ni.
Hitam terus! Rasa tak payah kata. Tak adanya nak rasa tawar ke, masin ke. Manis
memang langsung taklah! Rasa pahit! Pahit gila kot! Hangus!”
“Hwaaa!”
Selena menghentak-hentakkan kakinya ke atas lantai. Macam mana ni? Fikiran dah
buntu sangat dah ni!
Amanda
hanya mampu tergelak. Serius dia nak gelak kuat-kuat sekarang ni tapi takut
mama dengan Mak Cik Emma terbangun pulak.
“Kau boleh
pulak nak gelakkan aku eh!”
Selena sudah mula menarik muka walaupun kembarnya tu
langsung tak boleh nak nampak. Ah, tak kira! Nak merajuk jugak!
“Yang kau
tu tiba-tiba nak masak ni dah kenapa? Mana ada orang masak tengah-tengah malam
macam ni. Lainlah kalau esok nak raya. Ish, kau ni!”
“Ah, ni
semuanya kau punya pasal tau! Kalau tak aku tak payah susah-susah nak masak.
Bolehlah aku cuci mata tengok Fast and Furious tu!” Selena memandang nasi
goreng yang dah berwarna hitam tu.
Ish, buruk benar rupa!
“Eh, apa
pulak aku yang salah?”
Amanda hanya menggeleng kepala. Kembarnya ni memang dari
sejak dia mula-mula kenal, sampailah sekarang, ada-ada je perangai. Memang tak
boleh nak duduk diam langsung! Selena...Selena...
“Memang
semuanya salah kau. Kalau beritahu awal-awal pasal Mak Cik Kiah tu, tak adalah
hidup aku susah sampai macam ni!”
Amanda
menggaru-garu kepalanya. Apa bendalah yang si Selena ni melalut? Mak Cik Kiah?
Mak Cik Kiah mana? Eh, ke budak ni mengigau?
“Kau ni
cakap pasal siapa? Mak Cik Kiah mana yang kau jumpa ni?” tanya Amanda yang kini
bersirat dengan pertanyaan dengan watak baru.
Mak Cik
Kiah?
“Kau tak
payah nak buat-buat lupa pulak eh. Kau dah sedap-sedap janji dengan mak cik tu
macam-macam. Nak masakkan sarapanlah, makan malamlah. Nak masak untuk seminggu
pulak tu. Lepas tu, dah tahu aku nak tidur kat rumah papa, kau tak cakap
apa-apa pun pasal Mak Cik Kiah tu! Bollocks!
This is so unbe-bloody-lievable!” bebel Selena panjang lebar.
Sesungguhnya,
British slang dan Selena memang susah
untuk dipisahkan. Memang melekat habis!
Janji?
Sarapan? Makan malam?
Terbeliak
mata Amanda tatkala itu juga! Dari duduk kini dia terus berdiri! Ni memang dah
seratus peratus sedar!
Hundred
percent!
Memang
fikirannya hanya tertumpu kepada jejaka tampan lagi annoying yang dia telah menabur janji hampir seminggu yang lalu.
Memang pada mindanya hanya terbayangkan wajah mamat tu je. Tak ada orang lain
dah.
Kai!
“Weh,
Selena!” Amanda jerit tetapi agak perlahan. Namun, cukup jelas di pendengaran
Selena yang berada di hujung talian.
“What?”
“Itu bukan
Mak Cik Kiahlah, pandai! Itu Kai!”
Selena
memegang dagunya.
“Bukan Mak Cik Kiah eh? Entahlah. Aku mana ingat nama mamat
tu pun!”
Ha, yalah
kot. Kalau tunggang terbalikkan ejaan nama Kiah tu, buang jugak huruf H, memang
akan jadi Kai.
“Yalah.
Nama mamat tu Kai! Bukannya Mak Cik Kiah!” balas Amanda.
Dia kini mundar-mandir di bilik tidur Selena. Dia pulak
yang tak boleh duduk diam. Dia memang betul-betul terlupa pasal Kai. Tak ingat
langsung yang dia ada janji dengan mamat tu untuk masakkan sarapan dan makan
malam sebab tolong hantarkan dia ke sekolah baru-baru ni. Macam manalah aku
boleh terlupa nak bagitahu pasal dia kat Selena? Aduh! Gawat ni!
“Whatever. Yang
penting sekarang ni aku berada dalam big
trouble sebab si Kai tu! And this is
so because of you not telling me a word about him!”
Amanda memang benar-benar rasa bersalah. Dia memang
terlupa! Mamat tu bukannya penting pun kalau nak bagitahu kat Selena. Jiran
sebelah rumah je pun.
“Alah, sorrylah, beb. Aku lupalah nak bagitahu
kat kau pasal dia. Dia tu tak ada makna dalam hidup aku. Annoying sangat mamat tu sampai aku tak bagi tahu pun kat kau. Tu
yang aku lupa sangat-sangat tu. Sorryeh!”
Amanda sudah mendekatkan kedua-dua tapak tangannya sebagai
tanda minta maaf kepada kembarnya walaupun Selena tak nampak. Ni serius ni! Sorrysangat! I lupalah you!
“Sorry naik lori! Mamat yang tak ada
maknanya dalam hidup kau tu, sekarang dah datangkan bencana kat aku tau! Sebab
dialah aku tak boleh nak layan cerita Fast and Furious tu! Tak pasal-pasal
pulak aku kena masak malam-malam buta ni. Nasib baiklah esok tak sekolah tau.
Kalau tak memang aku dah cekik-cekik kau!”
Amanda
sudah terbayangkan Selena menyekat saluran pernafasannya. Uish! Ni bukan tarik
rambut! Kena cekik kot! Ya ampun!
Padanlah
si Selena ni nak sangat cekik aku dari tadi. Rupanya pasal Kai ni! Alahai, Kai!
Kenapalah kau mesti jadi jiran aku?
“Alah, nak buat macam mana? Aku
memang terlupalah. Aku bukannya sengaja tak nak bagi tahu kau,” terang Amanda.
“Kau tahu
tak tadi dia hon kat depan rumah kita banyak kali? Nasib baik aku tak tidur
lagi. Papa pun tak terbangun. Kalau tak semua jiran rumah ni marahkan aku tau!”
Selena masih lagi menghamburkan rasa geramnya kepada Amanda.
Ah, biar padan muka! Lain kali beritahulah awal-awal. Tak
adalah susah-susah pecah rekod masak kat dapur for the first time!
“Dia hon
kereta dia?” tanya Amanda.
“Yalah!
Bingit telinga aku!”
“Kat depan
rumah?”
“Ya!”
“Uish, si
Kai ni memang boleh jadi along. Dia memang pernah cakap kalau aku tak masakkan
dia sarapan dan makan malam tu, dia nak hon kereta dia depan rumah.”
“Hurm,
baguslah tu menepati janji. Kau ni pun kenalah langsaikan janji kau jugak.
Macam mana ni weh? Nasi goreng ni dah tak rupa nasi goreng dah!”
Amanda
terasa nak gelak lagi mengenangkan nasi goreng yang dimasak oleh Selena.
Rasanya dah boleh buat menu baru ni. Namanya, nasi goreng hangus. Bolehlah
makan dengan kuih gula hangus!
Hahaha!
“Ermm, kau
reti masak nasi tak?” tanya Amanda.
“Tak,”
jawab Selena pendek.
“Habis tu,
macam mana kau masak nasi goreng tu?”
“Aku beli
kat kedai makan kat depan tu. Lauk pun aku beli kat situ jugak. Kau tak ajar
aku masak. Takkan aku nak bagi papa berlapar pulak hari-hari? Tu yang aku beli
je. Aku tak tahu nak masak macam mana,” terang Selena jujur.
Amanda
pula hanya menganggukkan kepala.
Dia
menyambung, “Memang dah tak ada nasi lebih ke?”
Selena
menggelengkan kepala.
“Tak ada.
Semuanya dah hangus!” Melihatkan nasi goreng yang baru digoreng itu, Selena
mengetuk-ngetuk kepala sendiri. Menyesal tak sudah! Menyesal tak belajar masak!
Hwaa!
“Aduh, kau
ni pun satu! Kenapalah tak tinggalkan sikit buat back up? Dah tahu diri tu tak pandai masak, fikirlah sikit. Ish!”
Selena
merengus. Geram pulak dia dengan kata-kata kembarnya. Untunglah pandai masak!
“Eh, aku
pulak yang kena?” kata Selena. “Aku tengah mintak tolong kau ni. Cubalah bagi
aku idea sikit macam mana nak selesaikan masalah besar ni.”
“Alah, kau
masak maggy jelah. Senang! Habis cerita!” ucap Amanda memberi solusi yang
paling mudah. Cepat! Lagi senang daripada masak spageti!
“Maggy?”
Selena mengulangi ayat Amanda.
Amanda
pula mengangguk.
“Aah.
Maggy.”
“Maggy tu
apa benda?”
Giliran
Amanda mengetuk kepala. Mana dinding? Aku nak hentak kepala aku kuat-kuat
sampai berdarah. Sampai lupa yang aku ada kembar macam ni! Nak kata bodoh,
pandai sebenarnya. Nak kata kurang bijak...erm, bolehlah!
“Kau ni
maggy pun takkan tak tahu? Benda tu paling famous
lagi-lagi dalam kalangan kita yang muda remaja ni,” balas Amanda.
“Kau tahu
tak aku baru sampai Malaysia tak sampai berapa minggu? Aku manalah tahu semua
benda yang ada kat Malaysia ni,” kata Selena kemudian. Hwaa! Banyaknya benda
yang nak kena belajar.
Belajar?
Hwaa lagi!
“Kalau kat
Korea orang selalu panggil ramen. Ramen kau tahu?”
Selena
menggeleng.
“Sorry, I don’t
watch Korean TV,” kata gadis tersebut.
Amanda
menggosok rambutnya sampai habis serabai. Apa benda lagi yang dia boleh cakap semata-mata
nak fahamkan Selena maggy tu apa benda?
Benda
paling senang kot. Cakap je maggy, semua orang tahu!
Maggy kot!
“Alah,
orang putih cakap instant noodle.
Tahu tak?” kata Amanda.
“Oh,
cakaplah instant noodle! Ha, tahu! Tahu!”
“Benda
tulah maggy namanya!”
“Oh! Lain
kali cakap biar terang!” Selena sudah mula terpusing-pusing untuk mencari maggy
yang ada di dapur.
“Ish, aku
dah cakap dah. Kau yang tak faham! Cari maggy tu kat dalam rak laci nombor dua.
Kat situ berpaket-paket maggy ada. Kau masaklah bagi kat Kai tu,” kata Amanda
yang sudah mula menguap.
Kai! Sebab
kau aku tak boleh tidur! Ah, geramnya! Aku tak ada kat rumah pun mamat tu boleh
lagi nak tunjuk perangai annoying
dia!
Selena
pula membuka laci nombor dua seperti yang diperkatakan Amanda. Bersinar-sinar
matanya apabila ternampak berkoyan-koyan instant
noodle depan mata.
“Oh, instant noodle ni kat Malaysia orang
panggil maggy!” ucap Selena. Dia langsung mengeluarkan tiga paket maggy yang
tersimpan di dalam laci tersebut.
Dia memang
suka betul dengan instant noodle ni!
Namun disebabkan dia dulu merupakan seorang model, dia kena menjaga pemakanan.
Itu tak boleh. Ini tak boleh. Oh, Pizza Hut tu memang jauh sekali kau nak
makan! Kalori!
“Dah
jumpa?” soal Amanda.
“Dah.”
“Wait a sec. Kau tahu tak nak masak maggy
macam mana?” tanya Amanda lagi. Risau pulak dia. Tadi si Selena tu pecah rekod
buat nasi goreng hangus. Nanti tak pasal-pasal dia buat maggy hangus pulak
kang!
“Entah.”
“Hwaa!”
Giliran Amanda pulak yang ber-‘hwaa’! Aku dah mengantuk ni!
Nak sambung tidur! Nak tidur! Nak tidur!
“Alah, kat belakang paket tu ada instruction macam mana nak masak. Kau ikut jelah apa yang dia
cakap,” kerah Amanda. Takkanlah nak masak maggy pun aku nak kena ajar? Apa
kejadahnya!
“Janganlah
macam tu, Amanda. Kau kena tolong aku. Aku ni kembar kau kan? Kan? Kan?” Selena
sudah mula memujuk kembarnya. Suaranya dihaluskan bagi melembut hati Amanda.
“Eleh kau.
Time macam nilah nak menggedik dengan
aku.”
“Hehe...yalah.
Kau tu bukannya orang lain pun. Kembar aku jugak,” ujar Selena yang kini sedang
mengambil sebuah periuk untuk memasak maggy.
“Ermm...yalah!
Yalah!” balas Amanda. Kalau tak ditolong, tak pasal-pasal pulak maggy hangus
jadi realiti!
“Aku ajar
guna telefon je ni? Lenjan jelah eh?” tanya Amanda.
Gila ke nak pergi rumah papa malam-malam macam ni? Nanti
kalau ada benda-benda buruk berlaku, kan susah. Kalau tiba-tiba papa terbangun
tidur, nampak ada dua orang Amanda, eh, Selena, eh! Ah, yang penting kalau papa
nampak mereka berdua di tempat yang sama boleh mendatangkan bencana!
Entah-entah papa tu boleh terkena heart
attack!
Ya ALLAH!
Jauhkanlah!
“Boleh
je,” balas Selena. “Yang penting aku kena cepat ni. Nanti tak pasal-pasal Kai
tu main hon lagi. Tak tahan dah telinga aku ni oi!”
“Periuk
kau dah keluarkan belum?” soal Amanda.
“Dah.”
“Letak
air. Lepas tu, panaskan air tu sampai mendidih,” arah Amanda. “Make sure api tu tak besar sangat. Kalau
api besar memanglah cepat mendidih tapi untuk levelkau ni, api ni bagi sederhanalah dulu. Kang tak pasal-pasal
hangus periuk tu.”
“Tak
payahlah perli aku sangat.”
Amanda
hanya ketawa.
“Lepas tu
nak buat apa?” tanya Selena kemudian.
“Kalau dah
mendidih, kau masukkan je semua benda dalam paket maggy tu. Ada bahan perisa. Noodle tu pun kau masukkan jugak. Biar
je sampai mi tu lembut. Kalau nak lagi sedap kau tambahlah telur,” jelas
Amanda.
Harap-harap tak ada benda bukan-bukanlah yang jadi kat
dapur tu. Dia tu ajar Selena memasak guna telefon bimbit je. Bukannya face to face. Memang tak boleh nak
tengok apa yang si Selena tu buat. Moga-moga okey jelah.
“Kau
jangan tinggalkan dapur tu tau. Nanti entah apa jadi maggy kau tu,” kata Amanda
lebih kepada mengarah.
“Yalah.
Aku rasa dah nak siap ni. Rupa pun okeylah. Cantiklah jugak kalau nak banding
dengan nasi goreng yang aku buat tadi tu,” ujar Selena.
Dia sibuk menggodak didihan air yang telah dimasukkan
dengan perencah dan juga mi. Samalah dengan apa yang dia suka makan masa
kecil-kecil dulu. Fuh, lega!
Sekarang
tinggal tambah telur je!
“Amanda,
nak letak berapa biji telur ni?” tanya Selena.
“Sebiji
cukuplah.”
Beberapa
minit kemudian...
Selena
menutup api. Sengihnya memang cukup lebar sampai ke telinga. Rasa macam nak
menangis pun ada. First time kot aku
masak dengan jayanya!
Oh, air mata kegemilangan!
I could die of
happiness!
“Siap
pun!”