Home Novel Cinta LELAKI ITU UNTUKKU (adaptasi drama)
Bab 27

SUDAH banyak kali dia berulang alik di hadapan bilik anak gadis itu. Hatinya gelisah entah kenapa. Telinganya dapat mendengar dengan jelas sayup-sayup suara tangisan Orked. Dia tahu gadis itu sedang sedih.

Malam ini gadis itu asyik berkurung tanpa mahu menjamah makan malam. Dia tahu Orked pasti kelaparan. Tadi pembantu rumah itu Maryam ada membawa sedulang makanan ke bilik gadis itu, tapi Orked langsung tidak membuka pintu biliknya.

Idlan tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk memujuk anak gadis itu. Sekali-sekala apabila difikirkan, timbul rasa simpatinya pada gadis itu. Bayangkan dalam usia yang masih muda, Orked membesar sendirian tanpa seorang ibu dan seorang lelaki bergelar ayah. Ya ALLAH! Kalau jatuh di tempatnya, mungkin dia sendiri tidak akan mampu bertahan. Mujurlah ayahnya Ikhmal seorang yang penyayang. Ibunya Maria pula sangat mengasihaninya. Memang dia dan Orked jauh berbeza antara satu sama lain. Maka tak mustahil Orked jadi begini. Gadis itu bukan jadi liar kerana kemahuannya. Orked jadi begini kerana ayahnya! Itu yang mampu Idlan baca dari situasi yang berlaku di rumah itu.

Sedang dia larut dalam menungan yang panjang, pintu di hadapannya tiba-tiba dikuak dari dalam. Orked muncul di muka pintu dengan wajah sembab dan mata yang bengkak

Idlan berpaling. Renungannya singgah di wajah gadis itu. Mata Orked membuntang ke arah Idlan. Hairan melihat lelaki itu di hadapan biliknya.

“Buat kat sini?” Tanya Orked ingin tahu.

Idlan sekadar tersengih. “Err..abang cuma nak tengok keadaan Orked. Abang risau.” Balas Idlan berterus-terang.

“Orked bukan nak bunuh diri kalau itu yang abang risau.” Cebik anak gadis itu.

Idlan ketawa kecil mendengarnya.

“Abang tahu Orked ni kuat orangnya. Tapi yang kuat inilah yang abang risaukan. Abang risau takut Orked hanya kuat di luar tapi rapuh di dalam. Sebab itu Orked perlukan abang. I’m gonna be your shoulder to cry.” Bisik Idlan.

Orked terpempan. Dia terharu mendengar kata-kata Idlan, tapi wajahnya sengaja diselambakan sebaik mungkin.

I’m not going to cry.” Pintas Orked.

Idlan terdiam seraya merenung wajah itu. Muka Orked yang bersememeh dengan kesan-kesan airmata membuatkan dia mengeluh. Tak menangis konon! Habis yang tersedu-sedan tadi tu apa? Bisik hati kecil Idlan.

“Orked tak lapar ke? Sepanjang hari ini Orked tak makan apa-apa pun.” Tanya Idlan ingin tahu.

“Tak.” Balas anak gadis itu.

“Sikit pun tak?”

Anak gadis itu menggeleng. Tapi tiba-tiba telinganya mendengar suatu bunyi. Idlan tercengang-cengang melihat wajah Orked yang tiba-tiba merah padam menahan malu. Menyedari bunyi itu datangnya dari perut Orked, dia tergelak kecil.

“Orked tipu abang ya? Lapar tapi kata tak lapar.” Usik Idlan gelihati. Sebab itulah anak gadis itu keluar dari biliknya. Mungkin Orked mahu ke dapur mencari makanan untuk mengalas perut agaknya.

“Tulah, tadi sombong tak nak makan. Sekarang siapa yang susah?” Giat Idlan tak putus-putus.

Orked hanya diam. Apa yang harus dikatakan lagi? Wajahnya semakin bera menahan malu.

“Sudahlah tu, pergi siap. Abang nak bawa Orked makan malam kat luar.” Ujar Idlan.

“Makan kat luar?” Orked terkedu.

“Ya, kita makan kat luar. Orked cakap sahaja nak makan apa? Nak western food, nak makan kedai mamak ke, tosei ke, roti canai ke. Apa sahaja, janji tolak batu dengan kayu.” Idlan tersenyum.

“Tapi hari dah lewat malam ni.”

“Aik? Sejak bila Orked kisah lewat ke tidak? Abang ingat Orked gembira dapat keluar malam-malam macam ni. Atau kita pergi Zouk nak? Kita balas dendam pada ayah Orked. Kalau kita kena tangkap, kita sama-sama bermalam kat lokap. Abang rasa ayah Orked mesti sakit hati sebab Orked berjaya pengaruhi anak tiri kesayangannya. Padan muka dia!” Gumam Idlan selamba.

Terkelip-kelip mata Orked memerhatikan lelaki itu. Kata-kata Idlan jelas di telinganya satu-persatu.

“Kita jangan beritahu sesiapa. Kita berdua menyelinap senyap-senyap.” Rancang Idlan lagi.

Bibir Orked bergerak-gerak. Melihat wajah Idlan yang selamba, dia sudah tidak mampu menahan diri lalu menghamburkan tawa. Kata-kata Idlan entah kenapa kedengaran lucu. Semakin lama ketawanya semakin kuat. Gila! Idlan benar-benar sudah gila barangkali!

Melihat gadis itu melempiaskan tawanya, Idlan turut tertawa. Sengaja dia berkata begitu untuk memancing reaksi Orked. Dan ternyata dia berjaya membuatkan anak gadis itu ketawa besar. Alhamdulillah, lega rasa hatinya melihat gadis yang asyik bersedih itu sudah tenang semula.

* * * *

MELIHAT Orked sedang menikmati hidangan di hadapannya dengan berselera, hendak tak hendak Idlan tersenyum lebar. Selera makan anak gadis itu boleh tahan, tak padan dengan tubuh kecilnya! Bisik Idlan nakal. Tak cukup dengan nasi paprik dan lamb chop, Orked turut memesan banana split dan ais kacang.

Dia pula hanya memesan sepinggan nasi goreng USA dan telur bungkus. Itupun dia makan ala kadar sahaja demi kerana mahu menemani anak gadis itu.

Sesekali Idlan menatap penuh asyik wajah di hadapannya. Raut wajah anak gadis itu memang ayu. Tidaklah secantik Nadya, tapi ada tarikan pada sepasang mata itu yang kelihatan dingin tapi menawan! Bisik hati kecil Idlan.

Tiba-tiba Orked melontarkan pandangan ke arahnya. Idlan terkesima sebaik kedua-dua pasang mata mereka bertemu. Entah kenapa dia jadi gugup. Sesuatu yang tidak pernah dihadapinya selama hampir tiga minggu dia mengenali anak gadis itu.

Melihat bebola mata anak gadis itu melorot ke arahnya, hendak tak hendak dia membalasnya dengan senyuman.

“Dah kenyang?” Soalnya ingin tahu.

Orked mengangguk.

“Kalau macam tu, boleh abang tanya Orked sesuatu?” Ujar Idlan agak berhati-hati. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu tersilap langkah. Jika soalan yang diajukan itu salah, tak mustahil Orked akan naik marah terhadapnya.

Melihat gadis itu tidak menjawab, dia hanya mampu menarik nafas panjang. Rugi sahaja bertanya begitu pada anak gadis keras kepala itu. Lebih baik dia teruskan sahaja dengan pertanyaan yang sudah lama terpendam di kepalanya.

“Orked pergi ke mana sebenarnya tadi?” Here we go! Bisik hati kecil Idlan. Matanya menikam tepat wajah Orked yang kelihatan terkesima mendengar pertanyaannya.

“Penting ke?” Balas gadis itu.

“Penting bagi abang. Abang cuma nak tahu, itu sahaja!” Ujar Idlan serius.

“Tak ke mana-mana. Berjalan-jalan sahaja.” Ujar gadis itu acuh tak acuh. Piring banana split di hadapannya asyik dipusing-pusing ke kanan ke kiri.

“Tak mungkin. Abang tahu Orked ada sebab kenapa Orked tak ke kelas pagi tadi. Pasti ada sesuatu yang berlaku, jika tidak masakan Orked pergi macam tu aje.” Ujar Idlan separuh mendesak.

Orked terdiam. Dia melirik ke arah Idlan. Lagak Idlan kali ini benar-benar lagak seorang abang yang sedang melayan adiknya

“Abang kenal Orked. Kalau Orked nekad nak buat sesuatu, Orked takkan fikir panjang lagi. Orked nak masuk Zouk, Orked pergi macam tu aje. Orked nak ke kelab, Orked buat tanpa berselindung. Kalau Orked rasa nak marah, Orked akan marah tanpa berselindung. Tapi kali ini entah kenapa, abang dapat rasakan Orked sedang menyembunyikan sesuatu dari abang.” Keluh Idlan meluahkan apa yang terbuku di fikirannya.

Orked terdiam. Idlan bercakap seolah-olah lelaki itu cukup kenal dengan dirinya. Tahukah lelaki itu, dia bukanlah seperti apa yang Idlan fikirkan. Dia hanya gadis biasa yang punya banyak kelemahan. Dan satu-satunya kelemahannya adalah ayahnya sendiri.

“Abang pun sama. Abang minta Orked jangan sembunyikan apa-apa dari abang. Tapi abang pun sembunyikan sesuatu bukan?” Orked tersenyum tenang. Kali ini dia mengungkit kembali soal kehilangan Idlan dari chalet di Bukit Tinggi itu tempohari.

Tepat seperti yang diduga, Idlan dilihatnya terdiam. Dia yakin lelaki itu takkan bertanya apa-apa lagi mengenai hal siang tadi jika dia mengungkit soal Idlan. Fair and square! Mereka tak perlu berhutang apa-apa antara satu sama lain.

“Maaf, abang tak sepatutnya tinggalkan Orked hari itu. Tapi abang perlukan masa untuk bertenang.” Ujar Idlan separuh kesal.

“Abang pergi kerana perempuan tu?” Duga Orked ingin tahu.

Idlan tergaman. Dia tahu Orked pasti tertanya-tanya tentang Nadya. Sesuatu yang tidak pernah dijelaskannya pada Orked sebaik dia menghilangkan diri tempohari.

“Orked tentu terkejut.” Idlan tersenyum.

“Mahunya tidak? Abang tipu dia, kata Orked ni kekasih abang. Abang pergunakan Orked.” Orked cuba memperingatkan apa yang telah Idlan lakukan tempohari. Tak fasal-fasal gadis cantik itu menganggap dia punca kenapa Idlan berubah hati.

“Maaf, abang terpaksa cakap macam tu.” Keluh Idlan.

Orked terdiam. Garfu di tangannya diletakkan ke tepi. Dia sudah tidak berminat mahu menjamah makanan tersebut. Sebaliknya anak matanya lebih tertarik memandang Idlan.

“Apa sebenarnya yang berlaku antara abang dengan Nadya? Mak Tun cakap abang dah berkawan dengan dia sejak kecil. Kenapa hubungan yang dah lama terjalin boleh jadi macam ni?” Soal Orked bertalu-talu. Dia benar-benar ingin mengetahui punca kenapa Idlan meninggalkan teman wanitanya. Bunyinya seperti dia seorang penyibuk. Tapi memandangkan Idlan sudah melibatkan dirinya sejak awal, maka dia merasa berhak untuk mengetahui segala-galanya.

Idlan tidak terus menjawab. Wajah Orked kelihatan serius, menandakan gadis itu benar-benar ingin mengetahui cerita sebenar. Hanya dia tidak fikir dia mampu berterus-terang dengan Orked tentang apa sebenarnya yang membuatkan dia mengambil keputusan begini

“Orked, cinta tak semestinya berakhir sehingga ke jinjang pelamin. Bila hati sudah berubah, segala yang indah dulu akan lenyap.” Ujar Idlan tenang.

Orked terpempan mendengarnya.

“Maksud abang, abang memang dah berubah hati?”

“Ya, itulah sebenarnya yang berlaku.” Ujar Idlan selamba.

“Abang berubah hati walau pada gadis secantik Nadya?” Orked masih belum mampu mempercayainya.

“Cantik hanya luaran, yang penting hati.” Bisik Idlan tenang.

Orked menarik nafas panjang. Begitukah yang Idlan fikirkan? Entah kenapa, dia masih ragu-ragu. Idlan yang dikenalinya sejak tiga minggu yang lalu bukan jenis lelaki yang tidak bertanggungjawab. Tindakan Idlan kali ini begitu berbeza dengan peribadi Idlan yang dikenalinya. Tak mungkin ini sebabnya! Entah kenapa dia berfikir sedemikian rupa.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.