Home Novel Cinta MISI CURI HATI
MISI CURI HATI
Azleya Shadzalin
31/8/2019 10:35:48
57,075
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

“ALLAH!” ujarku sambil melekapkan tangan kanan ke dada. Nasib baik cermin kereta hanya retak sahaja. Melihat lelaki tadi mengayun semula kayu tersebut pantas aku menaikkan kedua tangan. Yakin yang cermin keretaku tidak mampu bertahan dan akan menjadi serpihan sebentar lagi, aku tinggikan lengan agar melindungi wajahku.

Tidak sampai beberapa saat, aku sudah diseret keluar. Tubuhku dihumban ke tepi.Kemudian ditarik oleh yang seorang lagi. Sakitnya hanya ALLAH yang tahu. Saat ini aku memang tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menurut saja. Lenganku mula terasa pedih. Kiranya aku sudah tahap pasrah bila mukaku juga turut merasa pedih di beberapa bahagian terutama di tepi mata. Aku lebih selesa memejamkan mata walaupun aku ingin benar lihat apa yang ingin mereka lakukan. Eh! Mana boleh pasrah macam itu saja. Aku kena berusaha lepaskan diri.

Saat aku meronta-ronta, terdengar satu suara berbisik. 

“Hei! Hei! It’s me! You are save now.”

Aku mula kawal diri. Mata kupaksa untuk buka perlahan-lahan. Melihat wajah cemasnya yang sedang menilik wajahku, aku sedikit lega. Kemudian aku toleh ke arah belakang di mana Shark, Eyan dan Ash sedang mengawal dua orang tadi dari terlepas. Kelihatan juga kereta-kereta mereka bersusun di belakang keretaku. Aku terjelepok semula. Badan sudah rasa tidak mampu menampung untuk terus berdiri. Kris bertinggung di sebelahku.

“Apa sebenarnya yang terjadi? Siapa mereka berdua tu?” Soalan Kris agak menekan. Dari caranya dia mahu tahu sangat. Aku hanya geleng kepala. “Tell me!” gesanya lagi sambil menggoyangkan kedua bahuku. Aku tetap menggeleng. Lemah.

“I tak tahu. Tak kenal mereka pun,” ujarku lemah sambil panggung kepala. Aku yang terkedu melihat mata Kris bulat merenungku. Shark juga datang mendekat dan berkeadaan yang sama. Ada apa di wajah aku?

“Kris,teruk ni. Habis muka dia luka-luka. Gilalah mereka tu sampai sanggup pecahkan cermin kereta untuk paksa Xandra keluar dari kereta,” komen Shark buat aku sedar apa sebenarnya yang terjadi. Aku lihat Kris pantas menoleh ke arah keretaku. Kemudian pandangannya kembali ke arahku.

“You tadah muka you ke masa cermin kereta tu pecah?”

Aku pandang Kris macam tidak percaya dia boleh cakap begitu.

“Gila apa nak tadah muka. Tengok ni lengan I pun teruk. Yang kat muka ni serpihan aje. You all nak pergi mana ni?Kenapa boleh lalu kat sini?”

Kris belek lenganku. Dia geleng kepala.

We all nak pergi cari barang untuk showdown kat  Garage Sales.”

“Laluan ni kan agak jauh. Kenapa tak guna laluan biasa?”

Tempat ini sunyi. Kenapa lalu di sini juga? Lainlah aku. Ini laluan pintas untuk ke rumahku. Aku sudah biasa menggunakan lalulan ini. Kris pandang aku tidak puas hati. Ada sesuatu yang tersirat.

“Nasib baik I tergerak nak lalu sini. I nak hantar tadi, you tak nak. Tengok, apa dah jadi? Kalau we all tak lalu sini tadi, you dapat bayangkan tak apa jadi kat you, Xandra?” 

Terkebil-kebil aku pandang muka dia yang agak tegang. Tentunya marah sangat sebab aku keras kepala sungguh. Sebaliknya, aku buat selamba sambil telek luka-luka yang terdapat dilengan. Oh! Ada beberapa serpihan kaca masih tertusuk di lenganku. Tidak boleh dibiarkan.

“Dahlah,Kris. Kita bawak dia pergi kliniklah. Takut kena jangkitan ke apa. Kita tak tahu kalau luka-luka tu dalam atau tak.” Shark beri cadangan. Aku pandang Shark sambil senyum sekerat. 

Baik pula mamat ni. Bukan baru beberapa jam tadi kami bertekak, ke? Ah! Biarlah... Dia kasihan tengok keadaan aku agaknya. Itu yang elok saja bahasanya. Aku pandang Shark lagi. Aku dapat lihat wajah seriau Shark ketika menyaksikan aku tarik beberapa serpihan kaca yang tertusuk di lenganku. Sedang aku selamba saja sambil tahan sakit sebenarnya. Gila tak sakit! Macam itulah agaknya hati yang kena robek. Sruupp! Pedih campur ngilu.

Stop it, Xandra!” Tangan Kris menepis tanganku yang mahu mencabut lagi serpihan kaca di lenganku. “Tak sakit ke you buat macam tu?” soalnya lebih keras.

“Sakit lagi hati kena herdik dengan you. Macam kena tikam beratus kali,” balasku perlahan sambil selamba tarik satu serpihan kaca yang agak panjang. Aku ketap bibir bawah. Tahan sakit. Kaca yang bersalut darahku itu aku suakan ke depan mukanya. Tentu agak dalam juga lukanya. Tapi aku sedikit pun tidak tunjukkan wajah berkerut atau sakit. Selamba badak. Aku jeling ke arahnya. Dia turutj eling aku. Apa? Hendak sangat main lawan mata? Mehlah!

“Dah,jom pergi klinik,” arahnya lagi sambil tarik lenganku perlahan.

“Orang dua orang tu macam mana?” Aku pandang dua orang lelaki yang mencederakan aku tadi.

“Tak payah kisahkan mereka. Tahulah Shark, Eyan dengan Ash nak buat apa. You tu yang luka dan sakit, jangan banyak bunyi. Masuk kereta I.”

“Kereta I?” 

Kris hampir hilang sabar aku rasa. Terdengar dia mendesah perlahan. Shark sudah sembunyikan senyum. Yalah, bercakap dengan Xandra jika tidak panjang berjela soal jawabnya, mana sah.

“You boleh tak jangan fikir benda lain sekarang ni selain diri you? Kereta you tu dah dikira rosak. Cermin pecah. Takkan nak bawa jugak. Let’s Shark handle it. You, ikut I pergi klinik, rawat luka tu.Faham, Cik Xandra Aisya?” Pergh! Ayat yang akhir tu dia tekan kasi lembut kaw-kaw.  Siap tarik senyum paksa lagi.Perli akulah tu.

“You aje yang rawat, tak boleh?” Aku memang sengaja cari pasal sebenarnya. Memang luka aku sakit tapi ini salah satu terapi untuk bagi kurang rasa sakit itu. Tengok senyuman dia yang kadangkala macam senyum sinis tu. Aku suka!

Kan betul! Sekali dia tarik senyum senget, hampir pengsan aku. Macam terhenti degupan jantungku untuk beberapa ketika. Gila!

“Kalau hati you yang sakit, bolehlah I rawat. Ni luka-luka ni, bukan kepakaran I, Cik Xandra.”

“Wei! Dah-dahlah berdrama swasta tu. Kau ni dah sakit buat cara sakit. Apa hal nak menggoda pulak. Yang kau ni Kris, sejak bila pandai mengayat perempuan?” Shark tayang muka menyampah.

“Dah tu? Kau nak suruh aku ayat siapa? Kau? Ke beruk kat hutan tu? Sah-sahlah aku akan ayat perempuan, bro!”

Tanpa dapat ditahan aku gelak juga. Gelak sakan-sakan. Betul juga kata Kris. Siapa lagi dia hendak ayat kalau bukan perempuan macam aku, kan? Shark suakan wajah tidak puas hati bila Eyan dan Ash juga turut sakan gelak. Itulah, siapa suruh buat lawak.

Sambil berjalan menuju ke kereta Kris, sesuatu melintasi benakku. Lantas aku berhenti di depan dua orang lelaki yang di kawal oleh Eyan dan Ash. Aku perhatikan mereka. Aku rasa aku tidak silap. Aku pernah jumpa mereka. Kris sudah mula resah.  Bimbang aku bertindak di luar kawalan agaknya. Jangan bimbang, Xandra masih waras. Ini cara orang waras bertindak.

“Lepaskan mereka,” arahku, buat Eyan dan Ash berpandangan. Kemudian mereka pandang Kris,minta pencerahan. Kris pula pandang aku.

“Apa you cakap ni? Dia orang dah cederakan you dan cuba buat sesuatu kat you.Entah-entah dia orang nak bunuh you, Xandra. You tak fikir semua tu ke?” Nampak sangat Kris bengang.

“Dia orang cuma bergurau dengan I,” balasku masih tidak melepaskan pandangan terhadap dua lelaki itu.

“Bergurau apa sampai kau cedera macam ni?” protes Shark pula.

“I kata lepaskan.”

“Xan...”Kris masih tidak puas hati. Tapi aku pantas naikkan telapak tangan tanda tidak mahu dengar apa-apa lagi.

“I tahu apa yang I buat.”

Mendengar suaraku yang tegas, Kris arahkan kedua rakannya untuk lepaskan dua lelaki itu melalui isyarat matanya. Shark pula yang aku lihat tidak puas hati sungguh dengan keputusanku. Mengecil matanya memandang aku. Bergerak-gerak rahangnya.Tahulah ambil berat pasal aku tapi tak perlulah sampai nampak sangat, kan?Nanti timbul spekulasi pula.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Azleya Shadzalin