Home Novel Cinta MISI CURI HATI
MISI CURI HATI
Azleya Shadzalin
31/8/2019 10:35:48
56,616
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 1

“SIAPA budak tu?” tanya Shark secara rawak.

Tiga orang sahabatnya mendekati. Mata turut sama memerhati seorang budak perempuanyang berjalan sambil membaca sesuatu. Tentu sedang gigih mencari arah tempatyang mahu ditujui.

Freshie. Junior kita.” Shark pandang wajah Kris yang bersahaja.

“Nampaklain macam aje,” komen Ash pula.

“Lain macam mana?” Kris menoleh ke arah Ash sambil berkerut dahi.

“Boleh selamba gila dia buat tempat ni macam tempat dia. Semua orang dia tegur.” Nada tidak puas hati Ash itu mewujudkan secarik senyum di bibir Kris.

“Rilekslah.Kan dia budak baru. Tentulah dia banyak tanya. Itu pun nak sentap,” celah Eyan pula. Matanya turut sama memerhatikan kepada objek yang menjadi pokok perbincangan.

“Masalahnya,aku tengok dia ni lain macam. Tak macam budak baru lain. Aku rasa dia ni boleh jadi tentangan kita. Nampak macam kasar sikit.” Shark luahkan rasa dari pengamatannya yang tidak seberapa. Entah mengapa dia dapat rasa yang budak baru itu bakal memberi saingan. Rasa itu sangat kuat. Dari segi apa, dia kurang pasti.

“Kau ni dah kenapa? Budak perempuan tu.” Kris rasa tidak sedap hati mendengar komen Shark tadi. Pasti ada rancangan yang terangka di benak sahabatnya itu.

“Kenapa kalau dia budak perempuan? Don’t you think we can get more fun on her? Hmm? Come on guys. Think out of the box.Bosanlah asyik buat benda yang sama,” lobi Shark sambil disambut oleh tawa dari Eyan dan Ash. Hanya Kris yang tiada reaksi. Masih memandang pelajar baru tadi berjalan hingga gadis itu membelok di satu simpang dan hilang dari pandangan.

What do you think, Kris?” Shark terus memancing reaksi Kris.

“Apa?”Kris menjawab agak keras.

“Budak baru tu. Kita kenakan dia nak?” provok Shark lagi.

“Kenakan macam mana? Memang tradisi kita kat sini kenakan budak baru, kan?” Kris bersuara sambil lewa. Pandangan dihala tanpa haluan.

“Maksudaku kita kenakan dia cukup-cukup.”

Kris tidak memberi kata balas. Hanya memandang rakannya itu. Shark ini sudah hilang akalkah?

Guys, any objection?” Shark pandang dua lagi rakannya.

Mereka hanya senyum. Kira setujulah tu.

“Setakat nak kenakan sikit-sikit, aku okey aje. Tapi kalau kau semua nak kerjakan dia teruk-teruk, aku tak nak campur,” putus Kris akhirnya.

“Hei! Apa kena dengan kau ni, Kris? Sejak bila jadi pengecut? Come on... semua orang kenal siapa kita kat sini. Bukan Perfect4 kalau kita sama macam mereka.” Shark sudah sedikit panas. Kris ni susah sikit.Selalu ‘reserve’ perangai dari yang lain.

“Rilekslah Kris. Kita kan suka-suka aje,” tokok Eyan pula.

“Yalah,macam tak seronok kalau kita tak ‘sambut’ budak baru tu kaw-kaw. Aku rasa mestiada something special pada dia sampaikan tiba-tiba aje masuk sini.” Ash melobi.

“Aku setuju dengan Ash. Mesti dia tu sesuatu sangat. Macam Shark cakap tadi, nampak lain macam,” tambah Eyan lagi.

Kris buat tidak endah. Masih menyandar santai sambil memandang siling. Matanya sedikit layu.

“X-A-N-D-R-A,nak sebut macam mana? Handra? Zandra?” soal Kris tiba-tiba. Siap eja satu perkataan pelik. Macam orang berangan pun ada sebab dia masih memandang siling ketika berkata-kata.

“Apa tu?”

“Jawab ajelah apa yang aku tanya. Perkataan tu nak sebut macam mana?”

“X tuboleh jadi Z bila di sebut. Zandra kot!” Ash bari pandangan.

“Xandra Aisya...”

Mendengar Kris menggumam, ketiga-tiga rakannya pantas menoleh. Wajah Kris yang tiada riak mereka tatap. Apabila melihat mata Kris sudah rapat, mereka bertiga saling berpandangan. Budak ni mengigau, ke? Kris ni pantang duduk santai, mesti hendak terlelap. Entah apa dibuatnya malam hari sampai mengantuk sepanjang masa. Eh! Bukan mereka sering menghabiskan masa bersama ke? Apa yang mereka buat, itulah juga yang Kris buat. Kena sawan tidur agaknya Kris ni.

“Kau dengar tak apa yang Kris cakapkan tu?” Shark menunggu reaksi rakan-rakannya.

“Dengar tapi tak jelas,” sahut Eyan.

“Ha’ah,tapi aku rasa dia sebut nama seseorang,” kata Ash pula.

“Siapa?”Dua suara bergabung menyambut kata-kata Ash.

Ash hanya geleng kepala. Tapi dia yakin tentang itu. Sangat yakin sebab telinga dia kalau sebut nama apatah lagi nama perempuan cepat saja mencerap macam pemancar Astro.Cuma yang tadi dia kurang jelas. Kris pun bercakap sangat perlahan.

“Aku cakap nama dia Xandra Aisya.”

What a wierd name.” Ash sudah buat mukapelik.

Yes! Peliknya nama. Budak tu asal dari mana agaknya?”

“Planet Pluto! Dah kalau aku tahu tak adalah aku tanya korang. Apa korang ni?” Kris naik angin tiba-tiba. Ya, nama itu memang pelik di pendengaran semua rakan-rakannya. Begitu juga dengan dia. Hendak menyebutnya pun boleh tergeliat lidah. Tapi sangat unik dan dia dapat rasakan gadis yang bernama Xandra ini sangat istimewa. Bukan mudah mahu buat dia mencarik senyum. Semua orang di situ tahubahawa Kris sangat lokek dengan senyuman. Tapi, setelah bertembung dengan Xandra tadi dia boleh senyum sendiri. Apa kena dengan dia agaknya?

“Mana kau tahu ni, Kris?”

“Aku bertembung dengan dia kat tangga tadi. Tak sengaja ternampak nama tu kat fail yang dia bawa. So, aku rasa, itulah nama dia kot.”

Rakan-rakannya mengangguk faham.

“Nama dah pelik, mesti perangai pun pelik sama, kan? Betul tak?” tebak Shark sambil gelak kecil.

“Kau ni... teori tu tak boleh pakai sebelum kita buktikan.” Eyan balas dengan provokasi.

So, what are we waiting for? Let the game begin, guys!” sahut Ash pula. Teruja.

Rakan-rakannya sudah bangun. Bersemangat untuk memulakan misi. Kris juga turut sama bangun dengan malas.

“Kita ada kelas sekarang ni, kan? Lupa ke? ” Kris mengingatkan.

Langkah Shark dan dua lagi rakannya terhenti.

“Nak pergi kelaslah ni. Lepas tu baru kita mulakan misi,” jawab Shark dalam senyum sambil menyambung langkah.

“Haish! Kita ada kelas, ke? Lupalah pulak. Aku tak sabar dah sebenarnya nak ‘sambut’ budak baru tu.” Ash sudah tunjuk muka blur sambil garu kepala.

“Kalau kau rasa nak repeat paper yang sama semester depan, buatlah lupa selalu,” perli Eyan selamba.

Ash garu kepala lagi. Dia ini memang blur sikit. Tapi bijak.

 


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Azleya Shadzalin