Home Novel Cinta MISI CURI HATI
MISI CURI HATI
Azleya Shadzalin
31/8/2019 10:35:48
56,673
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

"SOMETHING is missing... SomethingShould be someone..." Aku menggumam. "Where is he?" tanyaku lagi pada diri sendiri sambil mata menebar ke tengah pentas. Figura yang aku cari tidak kelihatan. Malah ada beberapa susuk tubuh yang tidak biasa aku lihat di kelompok itu.

"Hey! You're looking for me, aren't you?" Soalan itu sedikit mengejutkanku, lalu aku pantas berpaling ke sisi. Lebih terkejut bila aku lihat dia selamba duduk di sebelahku. Eh! Bukankah tadi ruang itu sudah terisi?

"Dari mana you muncul ni? Tiba-tiba aje."

"Somewhere around here. Takkanlah dari langit pulak, Xandra."

"Aren't you join the show? Tu kawan-kawan you semua ada kat atas pentas. This is your show, right? Maksud I show kumpulan you."

"I've got an excuse. Anggap ajelah I cuti." Dia gelak pula. Sudah kenapa?

"Boleh macam tu pulak?"

"Boleh. Ada sebab yang kukuh."

"Apa sebabnya?"

"I nak temankan you duduk kat sini dan tengok kawan-kawan I perform."

Ek eleh! Aku pandang Kris agak lama. Susah betul dia mahu senyum jika tidak kena gaya. Tadi tu dia ketawa, kira aku ni macam menang loteri kot. Sampai semua orang yang duduk hampir siap pandang kami dan senyum-senyum pula. Aku yang bengang.

Perbualan kami mati apabila persembahan dimulakan. Mataku terpaku ke pentas. Melihat kerancakan mereka menari ala-ala bergaduh dengan pihak lawan. Street dance. Memang benar-benar dance showdown. Patutlah sampai jadi wakil kolej. Bukan setakat menari, mereka juga menyanyi dan pandai bermain alat muzik. Sekarang mereka sedang meniru gaya boy band K-Pop EXO membuat 'tree of life' macam dalam lagu Wolf. Tarian yang amat aku suka selain Growl. Pertama kali melihat mereka melakukan persembahan dan aku memang terpaku. Apa yang aku boleh katakan selain dari, hebat!

"Not badThey are very talented," ucapku tiba-tiba sedikit teruja. Memang aku kagum sebenarnya. Mereka berjaya menarik pehatianku untuk terus duduk hingga saat ini. Yalah, selalu tu hanya cari pasal saja dengan aku, kan?

"Yes, they are..." Kris senyum lagi. Lagak macam bangga bila aku puji kawan-kawannya. Aku mencebik. Entah mengapa kerap kali kami tidak sependapat pada perkara yang ternyata benar. Walaupun pada mulanya aku sudah mengakuinya, tapi bila Kris bersetuju, aku akan fikir sebaliknya secara drastik. Pelik, bukan?

Cuma insan di sebelahku ini saja belum kutahu sejauh mana kemampuannya. Aku pandang sisi wajah Kris perlahan-lahan. Macam hendak buat jenayah pula. Maklumlah, mahu mengintai anak teruna orang kena hati-hati. Hikhik...

"Kenapa?" tanyanya dengan mata tidak beralih dari memandang pentas. Aku gugup seketika. Dia perasan rupanya. Malu weh! Xandra tertangkap kering begini.

"You ingat I tak reti menari dan perform macam dorang, ke? Kan I dah cakap, I ada excuse kenapa tak boleh perform hari ni."

"I tak kata apa pun," balasku perlahan.

"Tapi, itu yang you nak tahu, kan?" Kali ini barulah dia memusingkan kepala dan badannya ke arahku. Sekali lagi aku gugup. Macam mana dia tahu apa yang bermain di fikiranku?

"You ni ambil psycology course, ke? Tak rasanya, kan?"

"Yup! Tapi, I ada six sense. I boleh baca apa yang ada kat minda you."

Aku sudah suakan wajah cuak. Terus aku duduk tegak kembali. Dia ini bahaya. Seketika kedengaran letusan tawanya yang dikawal agar tidak ketara. Tidak pasal-pasal kami menjadi perhatian lagi. Memang aku menang loterilah hari ini. Asyik dapat dengar tawanya saja. Selalu tu hendak tengok dia senyum pun payah. Buatlah lawak macam mana pun. Tidak memberi kesan.

"Seriusnya muka you," usiknya pula bila aku tumpukan sepenuh perhatian ke arah Shark yang sedang melontarkan suara. Not bad! Suara dia sedap didengar dan tidak menyakitkan telinga. Cuba jika dia bersuara lunak dan tidak membentak-bentak seperti selalu tu, tentu akan lebih ramai perempuan sukakan dia. Itu aku jamin.

"You bacalah minda orang lain. Jangan kacau I tengah tengok dorang perform ni."

"Xandra..." panggilanya perlahan. Hendak tak hendak aku menoleh juga. Rasa berkurun menunggu dia teruskan kata apabila hanya senyum yang menjadi santapan mata. Aduh! Aduh! Duh! Duh! Termenyanyi dalam hati pula. Haish! 

"I kata I boleh baca minda you, bukan they all semua. Hanya you," sambungnya, kali ini wajahnya senyum dalam riak serius. Erk! Saja hendak kenakan akulah tu. Ingatkan dia betul-betul boleh baca fikiran orang lain. Cheh!

"Tak baik tipu, tahu."

"Tahu. Tadi tu bukan tipu. Gurau aje."

"Apa-apalah, Kris."

"Lepas ni nak ke mana?"

"Baliklah. Mana lagi?"

"Pergi minum jom."

"Sorry, I tak boleh. I kena masuk kerja. Eh! Dah pukul berapa sekarang?" Kalut aku bertanya. Kelam-kabut aku sambar lengan kiri Kris yang memakai jam. Peduli apa aku kalau dia terkejut dengan tidakan drastik aku tu. Gaya macam nak perkosa anak teruna orang saja main paksa tarik tangan macam tadi. Aku kan gamble saja bab macam tu. Lagipun dia memakai baju lengan panjang. Bukan aku sentuh kulitnya. Tidak batal air wuduk pun.

"You buat part time job ke?"

"Hmm..." jawabku ringkas sambil memakai beg sandangku. Beberapa buku rujukan yang berada di atas riba juga aku kemaskan kedudukannya.

"Untuk apa? Setahu I, semua pelajar kat sini datang dari keluarga yang berada. Kalau ada pun pelajar dari golongan tidak berkemampuan, mereka diberikan biasiswa penuh kerana pencapaian mereka yang baik. Sebab tu dapat masuk sini. So, apa perlunya buat part time job?"

"Sebab I perlukan juga duit untuk kelangsungan hidup I selain cari pengalaman. Duit biasiswa aje tak cukup, Kris."

"Okey... Menarik. You kerja kat mana?"

"Workshop."

"What?" Nadanya macam terperanjat sangat. Suaranya yang agak kuat meraih perhatian beberapa pelajar yang duduk berhampiran kami. Rasa mahu tekup saja mulut mamat ni.

Aku sudah agak reaksinya. Mesti terkejut. Tapi ni versi terkejut ungka.

"Ya. I kerja kat workshop sebagai foremanIn my case... jadi forewomanlah kot sebab perempuan kan? Kenapa?"

"Tak ada tempat lain ke you boleh kerja? At least tempat yang high class sikit."

Mataku mengecil memandang dia.

"Kenapa? Tempat tu dah kira okey dan high class apa. Selain bekerja, I dapat betulkan kereta I free aje. That's the advantage."

"I tahu. But still... I don't know how to explain, Xandra. I tak tahulah kalau you baca atau tak peraturan pelajar kat sini."

"Kenapa pulak? I boleh aje buat kerja tu, tak ada masalah."

"You betul-betul tak cukup duit ke, Xandra? Sampai kena buat kerja kotor macam tu."

"I bukan kerja jadi GROlah, bro! Kerja kotor apanya?" Aku beri dia jelingan maut.

"Jangan salah faham. Maksud I kotor dengan minyak and all that, you know... perempuan tak sesuai kerja macam tu," terang Kris lagi.

"Kenapa pulak tak sesuai? Pengalaman. I cari pengalaman yang kita tak akan dapat hanya dengan membaca dan belajar. Berpuluh tahun pun belajar kat kolej paling ternama sekalipun, kalau you tak ada usaha untuk cari pengalaman, tak guna juga, Kris. Bear in mind."

"Betul! Tapi, tetap I rasa kerja tu tak sesuai untuk you. Sir pasti marah jika dia tahu you buat part time. You perempuan, macam tak sesuai buat kerja macam tulah, Xandra."

Dia ni... Asyik cakap tak sesuai saja. Habis tu kerja apa yang sesuai untuk perempuan macam aku ni? Duduk depan komputer dan tenyeh make up setiap masa? Itu ke yang sesuai? Huh! Rimaslah!


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Azleya Shadzalin