Home Novel Cinta Dia Yang Terakhir
Dia Yang Terakhir
Ms.Lia
6/4/2020 13:26:30
19,386
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 11

*Amaran! Siapa rasa hati tak kental, korang boleh stop baca novel ni. Siapa rasa nak baca jugak, siapkan sekotak tisu, maybe it can make you smile, sometimes it can make you sad and cry ;) happy reading!








_________________________






Selepas saja kejadian itu. Perangai Karl jadi pelik. Ikut saja kemana Lara pergi. 


Esok paginya, Karl sudah bangun awal. Dan terlihat Lara masih tidur nyenyak disebelahnya. 


"Puteri tidur betul!" bisiknya dalam hati. 


Kenapa puteri tidur? walaupun dalam tidur, kecantikannya masih kekal. Haha. 


Karl mula tersenyum sinis. Dia baring semula, lalu tubuh Lara dipeluk erat. Lara yang rasa tidak selesa, terus mencelikkan mata. Kenapa rasa tersepit je ni! 


"Woi!" marah Lara. 


"Pekaklah telinga abang, sayang oi." tegurnya lembut. 


"Kenapa peluk aku? nak tidur pun susah!" marah Lara lagi.


"Kata ada datin nak ambil tempahan hari ni, taknak pergi kerja ke?" sindirnya. 


"Hish, aku boss kan? pergi lambat sikit pun tak apa." balas Lara. 


Tak lama itu, kepala Lara ditunjal kebelakang. Amboi! 


"Memanglah boleh pergi lambat. Tapi sekarang ni kau menumpang kereta doktor tau. Doktor mana boleh lambat pergi kerja." Karl pula yang acah–acah marah. 


"Habis tu aku boleh pergi kerja ke kalau tangan gatal kau ni dari tadi dekat pinggang aku?" Lara memandang tempat lain tanda protes. 


"Tak puaslah peluk kau. Kiss aku dulu. Baru aku lepaskan." Karl sudah muncungkan bibirnya. Lara buat muka menyampah, rimasnya! 


"Banyaklah kau punya kiss!" Lara menolak kuat badan Karl. Lelaki itu terus berubah raut wajahnya. Masam mengalahkan cuka! 


Lara hendak bangun, tapi tangannya lemah. Tangannya langsung tidak boleh tegak untuk menjadi penahan. 


Dia mengaduh sakit. Tulangnya mula rasa sakit yang teramat. Dia cuba untuk bangun lagi, namun dia hilang keupayaan untuk bangun. 


"Asal tak bangun?" tanya Karl. 


Lara dengan berat hati, dia menghulurkan tangan pada Karl. Dia betul–betul tak boleh bangun sekarang ni. 


"Eleh, badan overweight lah tu, tu yang tak boleh bangun kan?" sambil dia sindir, dia tarik tangan Lara untuk bantu gadis itu bangun. 


Sakitnya dilupakan. Dia memberi jelingan maut pada Karl. Perempuan paling sensitif bila cakap pasal berat tau?! 


"Bongok!" marah Lara. Dia terus keluar dari bilik. 


Karl sudah tersenyum sinis. Puas dapat usik isteri kesayangannya tu. 


Lara yang sudah separuh jalan. Dia memegang pergelangan tangannya. 


"Aku akan lumpuh ke..." tekanya sendiri. Air matanya hendak menitis, tapi cepat saja dikesat apabila perasan Karl ada di belakang. 


____________________


Semasa Karl di hospital. Dia tak habis senyum sorang–sorang. Apabila melihat satu pasangan bersama bayi di tangan mereka, mesti dia tersenyum lebar sehinggakan menampakkan barisan giginya yang putih. 


"Tak lama lagi, aku pun akan jadi macam diorang..." bisiknya dalam hati. 


Zafril yang ternampak Karl senyum bagai orang  gila, terus dia datang ke arah Karl. 


"Kau asal?" tanya Zafril. 


"Tak adalah, aku tak tahulah Zafril, asal aku tengok baby je, mesti aku senyum. Teringin jugak." balas Karl, raut wajahnya sangat gembira apabila melihat baby. 


Zafril mati kata. Dia pandang sahabatnya. 


"Karl... kalau aku bagitahu ni, kau jangan tumbuk aku." kata Zafril serius.


Karl yang mendengarnya tergelak kecil, buat apa pulak nak tumbuk dia? 


"Lara sebenarnya tak boleh mengandung." jelas Zafril. 


Karl mula berwajah serius. Senyumannya mati tatkala mendengar penjelasan tak masuk akal itu. 


"Asal pulak?" tanya Karl tak puas hati. 


"Lara... dia menghidap kanser tulang tahap 4." balasnya lancar. Dia hilangkan rasa gugup. Sampai bila harus berahsia? 


Membulat mata Karl mendengar penjelasan Zafril. Lama mendiam, akhirnya dia meletuskan tawa kecil. 


"Kau tak payah buat lawak boleh tak? aduh Zafril. Lawak kau tak menjadi." balas Karl tenang. 


"Dahlah. Aku ada patient, daripada aku layan kau, baik aku layan patient aku. Bye." 


Sebaik sahaja Karl maju ke hadapan. Zafril bersuara lagi. 


"Aku seriuslah Karl!" jerit Zafril. 


Apabila Karl sudah jauh ke hadapan, raut wajahnya bertukar serius.


"Tak mungkinlah... Lara sihat je aku tengok. Dahlah Karl, kau jangan layan Zafril tu, kadang–kadang dia tak betul sikit." pujuk hatinya. 


___________________


"Karl... kau tengok apa tu?" tegur Lara. ni


Karl tak habis–habis baring di atas ribanya. Makin manja pulak. 


"Tengok ni, comelkan?" tunjuk Karl pada Lara. 


"Wow, comel. Anak siapa tu?" tanya Lara lagi. 


"Tak adalah, saja search google. Gambar baby, geram je aku tengok diorang semua ni." Balas Karl dengan perasaan bahagianya. 


"Kau nak ambil anak angkat ke?" 


Karl terus memandang Lara. Anak angkat? 


"Buat apa nak ambil anak angkat, sedangkan kita boleh memiliki anak sendiri?" keningnya diangkat sebelah. 


"Dahlah. Tak payah pandang aku." marah Lara, dia tolak wajah Karl untuk pandang ke arah lain. 


"Tengok je lah gambar baby–baby tu, tak payah tengok aku langsung." ujar Lara seakan merajuk. 


Karl yang mendengarnya tergelak kecil. Eleh jealous ke?


"Okay–okay. Abang pandang sayang eh?" Dia betul–betul fokus pada wajah Lara. Memang cantiklah isterinya, cair dibuatnya. 


"Tak boleh la Lara." kata Karl. 


Lara yang mendengarnya pelik. Apa yang tak boleh? 


"Tak boleh apa?" tanya Lara.


"Aku tak boleh pandang kau lama–lama, nanti encik nafsu datang." balas Karl tenang. 


Lara membulatkan matanya. Encik nafsu? gatalnya suami aku ni! 


"Pergi sanalah!" Lara bangun, kepala Karl terhempas ke atas sofa. 


"Kejamnya." Karl mula mencebik. Gediknya! 


"Karl..." panggilnya lemah. 


Dia mula pegang kepalanya yang terasa sakit. Karl memandang Lara, sebaik sahaja melihat keadaan itu, dia terus menyambut Lara yang hampir jatuh. 


"Pening..." Lara mengadu. 


"Kenapa ni? kau macam nak pengsan je? kau okay tak? jom pergi hospital." tanya Karl bertalu–talu. Dia risau melihat keadaan Lara. 


Lara menggeleng lemah. Karl terus mengangkatnya naik ke tingkat atas. Apabila sampai ke katil, dia meletakkan Lara perlahan. 


"Tunggu kejap, aku ambil panadol." baru saja dia hendak pergi, tangannya ditarik oleh Lara. 


"Karl... jangan tinggalkan aku." rayunya. 


Karl memandang ke arah Lara, kenapa dia rasa tak sedap hati ni? 


Karl ambil keputusan untuk baring sekali. Pantas saja tubuhnya dipeluk. 


"Kenapa ni..." tanya Karl risau. 


"Aku taknak mati..." Lara mengadu. tubuh suaminya dipeluk erat. 


"Kenapa kau asyik cakap pasal mati je? umur kau panjanglah Lara. Jangan macam ni." dia bertambah risau apabila melihat tingkah laku Lara yang asing itu. 


"Aku takut..." meleret saja suaranya berserta tangisan kecil. 


"Lara... jangan nangis please? aku nak ambilkan panadol kejap." Karl hendak melepaskan pelukan, namun Lara memeluknya erat. 


2 JAM KEMUDIAN


Karl dan Lara saling berpandangan, Lara juga sudah tenang. Dia menghadiahkan senyuman nipis. 


"Karl..." panggilnya lembut. 


"Kenapa?" 


"Kalau aku mati, tolong kebumikan aku. Aku nak suami aku disamping aku." ujarnya tenang. 


"Kau merepek apa ni Lara?" berkerut dahinya mendengar kata–kata Lara. Kenapa Lara asyik cakap pasal mati je? 


"Promise me, please?" rayu Lara.


"Aku ni kawan kau dah 14 tahun, sekarang ni aku dah sah jadi suami kau. Dah memang jadi tanggungjawab aku kalau jadi apa–apa dekat kau." balas Karl serius. 


"Thanks..." ucap Lara sambil tersenyum. 


Karl membalas senyuman itu. Dia rasa tenang, dengan melihat wajah Lara, semua masalah yang berada di benak fikiran lesap seketika.


"I love you." ucap Lara. 


"I love you too." Karl memberi ciuman di dahi Lara. 


Selama 14 tahun berkawan. Selama sebulan berkahwin, kerana perasaan cinta yang sukar ditafsirkan pada malam itu. Mereka telah melakukan tanggungjawab mereka sebagai sepasang suami isteri yang merupakan malam pertama mereka. 


____________________


Dua minggu sudah berlalu, Lara masih berjuang dengan penyakit itu.


Malam dimana dia tunggu suaminya pulang. Akhirnya Karl pulang juga. Macam biasa, apabila Karl sampai di depan pintu, dia memeluk lelaki itu. 


Karl tersenyum. Dia menganggap itu adalah rutin baru mereka. 


"Karl..." panggil Lara sebaik sahaja meleraikan pelukan. 


"Kenapa?" tanya Karl.


"Boleh tak kau ambil cuti esok? aku teringin nak pergi jalan–jalan dengan kau. Macam honeymoon?" pinta Lara.


Karl tersenyum. Tapi tidak membalas pertanyaan Lara.


"Please Karl..." pujuknya. Dia menggunakan aura perempuannya untuk mengalahkan hati keras lelaki itu. 


"Okay–okay. Nasib baik aku yang handle medical mahad sekarang tau? cuma aku kena minta izin papa dulu." balasnya, kalau soal memujuk, mestilah Lara yang menang.


_______________________


"Karl bangun..." kejutnya.


Hari ini dia pula yang bangun awal, maklumlah, nak pergi honeymoon. 


"Karl... bangunlah." kejutnya lagi. Tubuh Karl digoyang kuat. 


"Kenapa..." tanya Karl dalam keadaan separuh sedar.


"Bangunlah. Jom kita solat subuh." arah Lara.


Karl terus mencelikkan mata. Solat subuh? 


"Hah? kau biar betul?" Terkejut pula dengan sikap mengejut Lara. 


"Iyalah, jomlah solat subuh." dia tarik tangan Karl. 


Karl hanya mampu menurut, dia bangun dan mengambil wudhuk. Dia memang solat, tapi solat subuh sering ditinggalkan oleh mereka. 


Karl dan Lara membentang sejadah, Lara sudah siap dengan telekung putihnya, warna yang paling suci. 


Karl membaca Iqomat dan berniat. 


"Allahuakhbar." 


Semasa sujud, Lutut Lara terasa lemah, kepalanya terasa sakit. Dia tetap menggagahkan diri untuk duduk di antara dua sujud. 


"Assalamualaikumwarahmatullah..." 


Setelah selesai menunaikan solat. Karl mengetuai bacaan doa.


"Ya Allah, kau lindungilah rumah tangga kami dari sebarang ancaman dan bahaya. Kau berilah kebahagiaan dalam rumah tangga ini." usai doa, dia pusing ke belakang. 


Lara menyambut tangan Karl dan menciumnya. Karl pula mencium dahi Lara. 


Baru sahaja Karl hendak melipat sejadah, Lara terus memeluknya dari belakang. Terkejut dia dengan tindakan Lara. 


"Lara... kenapa ni?" hatinya mula gusar. Dia melepaskan tangan Lara dan menghadap Lara.


Sekali lagi gadis itu memeluknya erat. Karl membalas pelukan itu. 


"Kau cintakan aku ke?" tanya Lara.


"Mestilah aku cintakan kau. Berapa kali aku nak cakap?" 


"Thanks for everything, I love you Karl." ucapnya.


Lama mereka berpeluk, pelukan Lara terasa longgar. Tangannya beransur jatuh. 


"Lara?" panggil Karl. Dia tidak sedap hati. 


Tubuh Lara mula tiada keseimbangan, Karl memeluknya sekali lagi. Takut gadis itu jatuh.


Tapi dia dapat rasa, Lara tidak membalas pelukan itu. Tubuh Lara seakan tidak berdaya.


Apabila dia rasa tubuh Lara lemah semacam. Dia panggil isterinya lagi. 


"Lara... kenapa ni? kau okay tak?" tanya Karl. Tiada sahutan. Sunyi. Sepi.


Badan mereka rapat, tapi kenapa degupan jantung Lara seakan terhenti? 


Karl terus merenggangkan pelukan. Serentak itu, tubuh Lara jatuh pada genggamannya. 


Mata Lara terpejam. Tangannya berhayun sekejap. 


"Lara... ke... kenapa ni?" dia memandang wajah itu, pucat saja. Tiada pergerakan dari Lara.


"Lara... bangunlah. Jangan main–main dengan aku..." Dia menggoyang lemah badan gadis itu. 


"Lara... bukalah mata kau... kenapa ni?" paksa Karl lagi. Tubuh gadis itu terus digoncang tanpa henti. 


"Lara... jangan buat aku macam ni, bangunlah!" suaranya mula terketar–ketar. 


Dia terus menghubungi ambulans. Dia melihat gadis itu, Lara seperti tidak bernyawa. 


Apabila ambulans sampai, Karl terus mengangkat tubuh isterinya, dia berkejar kepada ambulans.


Mereka memasang apa yang patut. Tiba–tiba bunyi mesin itu mengejutkan mereka. 


"Tittttttttt..." 


Jururawat disitu memeriksa nadi Lara.


"Dok... doktor Karl, isteri doktor dah..." tergagap–gagap dia ingin memberitahu. 


"Diamlah! Lara hidup lagi! bawak dia pergi medical Mahad cepat!" tengking Karl. 


Dia menggenggam tangan isterinya. 


"Lara... please... jangan tinggalkan aku..." rayu Karl. Tangan isterinya yang sejuk itu digenggam erat. Dia tidak boleh hidup tanpa Lara. Air matanya mengalir deras. 


Sekali sekala dia mencium tangan isterinya.


"Kau tahukan, aku tak boleh hidup tanpa kau?" ujarnya pada Lara. 


Hatinya berdoa agar Lara selamat.

Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.