Home Novel Cinta Dia Yang Terakhir
Dia Yang Terakhir
Ms.Lia
6/4/2020 13:26:30
19,389
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 3

"Lara, aku taknak kahwinlah!" lagi sekali Karl mengadu. 


"Kau nak aku buat apa? dahlah aku nak makan." Baru Lara menyedut sesuap maggi. Karl sambung bicara.


"Kahwin dengan aku Lara!" 


Lara terus tersedak. Ei dasar lelaki! dahlah maggi ni pedas! 


Lara menggelupur mencari air, mak aii! berdesing telinga ni oi! 


"Nah nah!" Karl menghulurkan secawan air. 


Terus dia minum air itu dengan rakus. Pedas woi! 


"Kau buat lawak apa ni Karl? jangan main–main dengan aku!" Lara meninggikan suara. 


"Okaylah tu, macamlah tak biasa dengan aku? siap hidup sebumbung lagi." balas Karl selamba.


"Kau fikir kahwin ni benda main–main ke?" ujar Lara yang mula serius. 


"Lara, perempuan yang aku percaya hanya kau sorang je. Yang lain semua pisau cukur!" balas Karl bersungguh–sungguh. Dia berharap sangat Lara setuju untuk berkahwin dengannya. 



"No. No. No! banyak lagi perempuan dekat malaysia ni. Jangan libatkan aku!" Lara masih menolak rancangan Karl. 


"Wey Lara, kau kena tolong aku. Aku nak sangat Medical Mahad jadi milik aku." Karl masih merayu.


"Gila ke? tak ada perempuan lain dah kau nak cari? aku bangkang perkahwinan ni!" bentak Lara.


"Kahwinlah dengan aku. Aku akan bagi semua yang kau nak. Mana kau nak cari suami macam aku ni? tak ada wey, limited edition!" balas Karl dengan lagaknya. Fikir Lara akan termakan dengan umpannya? 


"Baik aku kahwin dengan ustaz. Lagi perfect dari kau." ujar Lara. Dia menjeling Karl yang acah–acah perfect tu. 


"Eh, kau tak dengar berita ke pasal Da'i Farhan? kau tak tahu apa dia buat dekat bini dia? cerai masa mengandung wey! lepas tu kahwin dengan janda lapan!" eh sempat lagi dia bangkitkan kes Da'i Farhan ya? 


"Tak payah umpan akulah Karl." 


"Please Lara..." Karl cuba merayu.


"Karl, aku rasa sel–sel otak kau dah tak berhubung kot. Jangan mimpi eh nak kahwin dengan aku." Lara masih lagi berkeras. 


"Kau menyesal nanti sebab kahwin dengan aku." 


"Tak, aku janji. Aku takkan menyesal!" Karl mengangkat tangannya ke paras bahu. 


"Lepas tu kau ceraikan aku?" 


"Haaa, kalau kau minta cerai, aku akan ceraikan kau. Please... aku nak handle Medical Mahad." balas Karl. 


Raut wajah Lara terus berubah. 


"Kau fikir kahwin cerai ni perkara lawak ke? kau belum layak untuk jadi suami Karl. Kau belum faham konsep rumah tangga." 


Lara terus bangun. Maggi yang dimasak tadi masih banyak yang tidak disentuh. 


Karl tersentak dengan tindakan Lara. Aik, sentap ke?


"Lara! ni maggi..." cepat saja tubuh Lara hilang dari pandangannya. 


____________________


Lara membelek–belek gambar di dengan Karl selama 14 tahun bersama. 


Ada gambar dimana Lara conteng muka Karl dengan cat hitam. Ada gambar dia ditolak oleh Karl ke sungai. Ada gambar Karl menyediakan kejutan sempena hari jadi Lara yang ke 18 tahun dan banyak lagi gambar lain. 


Secara tiba–tiba, air matanya menitis.


Satu perkara muncul dalam ingatannya. 


"Lara, awak taknak bagitahu Karl ke pasal hal ni?" soal Zafril, rakan sekerja Karl.


"Alah, hal kecil je." Lara tayangkan senyuman hambar. 


"Hal kecil apanya Lara? ini soal hidup dan mati awak." balas Zafril serius.


"Awak tak payah risaulah." 


"Saya ni memang risau, tapi kalau Karl yang tahu. Rasanya dia lebih rela mati dengan awak. Dia tu dah macam darah daging awak tau?" ujar Zafril lagi. 


"Tak kesahlah. Saya nak awak simpan rahsia ni Zafril, tolong jangan bagitahu Karl. Saya taknak dia kecewa, dah banyak perkara yang beratkan fikiran dia." balas Lara tenang. Dia sangat ambil kesah tentang sahabatnya itu. Dia tidak mahu lelaki itu menambah beban lagi.


Ketukan pintu bilik itu menyedarkan Lara. Cepat–cepat dia tarik selimut dan pura–pura tidur.


Pintu dikuak perlahan. Terlihat Lara sudah baring di atas katil. Karl masuk ke dalam.


"Lara... kau dah tidur ke?" tanya Karl. 


Lara tidak menjawab. Dia masih memejamkan mata. 


"Aku minta maaf, aku tahu aku over sangat sebab ajak kau kahwin. Tapi... apa salahnya, kita pun dah hidup macam suami isteri. Aku bukan ambil mudah je perkahwinan ni, aku cuma rasa, kau pasangan yang paling sesuai untuk aku." terang Karl perlahan. 


Sunyi. Lara masih berpura–pura tidur. 


"Lagipun kau ingat tak, aku pernah cakap, kita kawan sampai kahwin eh? aku serius masa tu. Aku nampak, kau je yang sempurna depan mata aku." jujur Karl. Dia tahu, gadis itu belum tidur lagi.


Lara mengeluh. Dari baring, dia terus duduk.


"Jangan pernah lafazkan cerai dekat aku lepas kahwin nanti." Lara memberi amaran. 


Terbuntang mata Karl mendengar jawapan Lara. 


"Ya, aku janji!" Karl mengangkat jari kelingkingnya.


"Aku tak suka satu je pasal kau." kata Lara.


Karl terdiam. Apa pulak yang Lara tak suka pasal dia?


"Kau kahwin dengan aku sebab nak handle Medical Mahad." jelas Lara. Itu yang membuatkan Lara tinggalkan dapur tadi. 


"Sorry... tapi aku janji. Aku akan jaga kau lebih lagi dari parents kau jaga kau. Aku janji Lara!" 


Eh mamat ni, dari tadi berjanji janji! 


"Tak payah nak janji sangat. Belum tentu kau tunaikan lagi." sindir Lara.


Bukan dia tidak kenal Karl ni, Raja segala mungkir janji! 


"Nak aku tidur sebelah kau ke?" Karl mula mengusik.


"Buatlah, kalau kau rasa nak mati awal." Lara memberi amaran. 


"Okay, tak kesahpun." balas Karl. 


Dia mula duduk dibirai katil. Cepat saja Lara menendangnya ke bawah.


"Aduh! sakitlah..." Karl memegang tulang belakangnya, tak tipu woi, memang sakit! 


"Sorry... siapa suruh acah–acah aku tadi?" Lara meminta maaf. Dia memandang Karl yang dari tadi mengaduh kesakitan. Terbit rasa bersalah dalam dirinya. 


"Karl... kau okay tak? nak aku sapu minyak ke?" tanya Lara.


"Boleh jugak." semua lakonan yang sakit teramat itu mati bila Lara pelawa untuk sapukan minyak. 


"Tak payah nak menggatal! keluar!" 


Lara terus bangun dan menolak Karl keluar dari biliknya. Lalu pintu dihempas kuat.


"Aku betul–betul sakitlah Lara, kalau lebam macam mana?" Adu Karl dari luar.


"Kau sapulah sendiri. Tangan ada kan?! aku nak tidur, jangan kacau!" tengking Lara.



Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.