Home Novel Cinta Dia Yang Terakhir
Dia Yang Terakhir
Ms.Lia
6/4/2020 13:26:30
19,410
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 2

"I suruh you potong sampai sini je, yang you potong lebih kenapa?!" tengking Datin Saleha. 


Lara hanya mampu pekakkan telinga. Inilah kerenah customer kalau yang datin–datin gitu. Dia yang bagi ukuran, lepas tu dia marah kita balik. Banyak cantik! 


"Datin, saya ada bukti yang datin minta ukuran sampai sini je. Itulah, saya nak ukur, datin kata tak payah." Lara memberanikan diri menjawab soalan Datin Saleha. 


"Macam ni ke you layan customer?!" tengking Datin Saleha. 


Lara mengambil telefon pintarnya dan membuka satu rakaman suara. 


"I nak ukuran ni..... haa lepas tu, ukuran yang ni...." 


Datin Saleha membulatkan mata. 


"Datin, tindakan datin marah–marah saya ni boleh bawa kepada kes mahkamah tau. Saya boleh baiki, tapi datin kena bayar lebih. Sebab ini adalah salah datin sendiri." tegas Lara. 


"Berani you cakap macam tu dengan I?" 


"Kalau datin tak berminat dengan butik ni, datin boleh pergi ke butik lain. Haa lagi satu, settle payment dulu okay?" 


Bengang Datin Saleha melihat Lara yang langsung tidak terkesan dengan kata–katanya. 


______________________


Bunyi hon diluar butik itu menyedarkan Lara yang dari tadi termenung. 


Lara menghampiri dinding kaca, Karl dah sampai rupanya. 


Lara terus mengambil payung dan meredah hujan. Cepat–cepat dia masuk ke dalam kereta. 


"Asal termenung je tadi?" Tanya Karl. 


"Macam–macam masalah dekat butik tu." Lara mengeluh. 


"Karl... kita pergi apartment kau. Aku malas nak balik rumah." pinta Lara. 


"Eh kau ni, kau tu perempuan. Aku ni lelaki." balas Karl. 


"Hish tak kesahlah. Kita bukan tidur dekat bilik yang sama pun." Lara tetap bertegas. 


"Wahai kamu yang berhijab..." 


"Tak payah merepeklah. Balik je lah dekat apartment kau!" tengking Lara. 


Ada saja nak menyakitkan hatinya. 


Sesudah sampai ke apartment yang diduduki oleh Karl. Lara terus membuka pintu kereta. 


"Arghh penat!" Dia menggeliat. Tak senonoh betul kalau anak dara menggeliat ni. 


Karl hanya menggelengkan kepala. Dia dah biasa, mereka sudah bersahabat selama 14 tahun. 


"Bilik aku dah siapkan Karl?" soal Lara. 


"Haih, dahlah." balas Karl. 


"Thank you bro!" 


Lara menghadiahkan ciuman di pipi Karl. Itu juga perkara biasa. 


Sudah menjadi tabiatnya untuk memberi ciuman di pipi Karl. Maksudnya dia berterima kasih. 


Mereka menaiki lif sehingga sampai di block Karl. 


__________________


"I miss you home!" Lara mencampak beg tangannya ke atas sofa. Eh macam rumah dia pulak? 


Karl sudah meraup kasar wajahnya. Sesuka hati je ya? 


"Duduklah. Buat macam rumah sendiri." ujar Lara yang sudah bersandar di atas sofa.


Eh memang rumah aku pun! 


Karl mengambil tempat duduk di sebelah Lara. 


"Kau pun ada masalah kan? ceritalah." pelawa Lara. 


"Satu lagi nyawa hilang dekat tangan aku." Karl mengeluh. 


Lara sudah masak dengan perangai Karl. Kalau muka dah cemberut tu, adalah masalah dengan patient tu.


"Hmm, dah lumrah kau sebagai seorang doktor. Cakap dengan aku, ada ke doktor yang tak pernah hilang satu nyawa pun?" Lara cuba menenangkan hati sahabatnya. 


"Entahlah Lara, aku rasa berdosa bila aku tak dapat selamatkan pesakit aku." balas Karl. 


"Eh kau ni, aku dahlah lemah bab–bab agama. Yang aku tahu, kau dah usaha. Kejadian selepas tu kau berserah pada takdir. Lainlah kau memang biarkan dia mati macam tu je." 


Akhirnya terbit senyuman nipis di wajah Karl. 


"Kau pulak?"


"Apa dia?" 


"Yelah, kenapa muka kau masam je balik dari butik tadi." 


"Adalah sorang Datin ni, dia yang bagi ukuran. Bila dah siap, dia marah kita balik. Kata terpotong lebihlah bagai. Dia tak tahu ke aku ni anak pereka

fesyen terkenal?" terang Lara sambil menumbuk meja kaca di hadapannya. 


Karl tergelak kecil. Penumbuk Lara digenggam. 


"Eh kau ni, jangan tumbuk meja ni, karang tangan kau yang berdarah." Karl memberi amaran selembutnya. 


"Benganglah. Hari–hari... ada je customer tak puas hati dengan aku... apa salah aku..." suaranya mula perlahan. 


Karl memerhatikan wajah Lara. Nampaknya ada yang bakal menangis nanti. 


"Kenapa diorang buat aku macam ni?" air matanya mula menitis. 


"Tak payahlah menangis. Kau dah besarlah." tangannya mula menepuk bahagian belakang Lara. 


"Bencilah, tak ada satu hari pun yang best dekat butik tu..." Lara terus menumpang bahu Karl. 


"Habis tu berhentilah." cadang Karl. 


Bahu Karl ditumbuk oleh Lara. Eh ni bukan tumbuk biasa–biasa tau! boleh hancur bahu aku! 


"Karl... lapar." 


"Tugas memasak ni selalu lelaki ke perempuan?" uji Karl. 


"Lelaki. Now, pergi masak." arah Lara pula. 


Sesedap hati je dia kata lelaki kena masak ya? 


"Aku masak roti bakar je." 


"Gila ke? ni malamlah. Bukan pagi." balas Lara tak puas hati. 


"Dahlah, aku masak maggi je. No tapi tapi." 


Dia tahu Lara akan bangkang keputusannya. Sebab tu dia cepat–cepat potong percakapan Lara.


15 minit kemudian. 


"Karl, baju aku dalam bilik tu tak buang lagi kan?" 


"Tak." balas Karl. Dia tahu Lara akan menuntut bajunya semula. 


"Okay, aku pergi tukar dulu!" Lara terus naik ke atas. 


Usai masak maggi. Karl memanggil Lara.


"Lara, maggi dah siap!" Laung Karl dari bawah.


Cepat–cepat Lara turun ke dapur. 


"Ceh, tak reti padam make up ke?" soal Karl. 


Dia teliti wajah Lara, makin menebal solekannya.


"Aku..." tiba–tiba telefonnya berbunyi. Pantas Karl meletakkan telefon di telinga.


"Hello pa..." 


"Karl, kamu kata kamu nak Medical Mahad kan?" 


Karl mengangguk pantas. Eh, macamlah papanya boleh nampak. 


"Dengan satu syarat." 


Berkerut dahi Karl mendengar kata–kata papanya. Adakah macam drama dengan novel–novel melayu, yang selalu bet dengan perkahwinan bila melibatkan harta ni? 


"Kalau Karl nak Medical Mahad, Karl kena kahwin dulu. Takkan nak membujang sampai 30 tahun?" tegas Tan Sri Dr. Mahadi. 


"Kahwin?!" 


Dah agak, apa yang difikirkannya adalah betul seratus peratus! 


"No, Karl taknak kahwin!" bentak Karl. 


Lara yang berada di hadapannya sudah memandang pelik. Apa hal ni? kahwin? apa yang terjadi? 


"Okay, papa akan serahkan Medical Mahad pada Alif." ugut papanya. Kita tengok siapa yang kalah!


"Hish, bagi Karl masa untuk fikir!" Karl terus meletakkan panggilan. 


"Kau dah kenapa? kena sampuk?" soal Lara. 


"Papa suruh aku kahwin, kalau tak, Medical Mahad akan jadi milik Alif! mana boleh! tak aci!" dia menghempas tangannya di meja makan. 


Lara sudah memberi jelingan maut pada Karl. Orang dah lapar, sempat lagi dia main aci tak aci?!

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.