Home Novel Cinta Dia Yang Terakhir
Dia Yang Terakhir
Ms.Lia
6/4/2020 13:26:30
19,388
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 8

"Doktor, ada pesakit bunuh diri!" jerit Zarina. 


Serta–merta Karl berlari ke arah katil yang disorong itu. 


"Nadi?" tanya Karl. 


"Nadi sangat lemah doktor, 70 peratus untuk dia mati kalau kita tak rawat dia sekarang!" balas Zarina.


"Sediakan alat defibrillator dekat sini sekarang. Kita tak ada masa!" 


Jururawat Tina mengangguk dan pergi mencari alat itu. 


"Suruh semua kakitangan dan pelawat ke tepi." arah Karl. Zarina mengangguk. 


Dia dan beberapa lagi jururawat lain menguruskan kakitangan dan pelawat yang berada disitu. 


"Ini doktor!" Tina menyorongkan alat defibrillator kepada Karl. 


"Okay start!" 


"150 joules, mula!" dia meletak alat itu di bahagian dada dan mengangkatnya kembali. Badan pesakit terhinjut dek kerana alat itu. 


"200 joules, mula!" arah Karl lagi. Sekali lagi badan pesakit itu terhinjut, namun belum ada perkembangan dari pesakit. 


"200 joules, mula!" 


Pelawat yang berada disitu menyaksikan situasi itu dengan penuh risau. Mereka berharap pesakit itu dapat diselamatkan. 


"250 joules, mula!" 


Akhirnya bunyi tit tit tit dari mesin menyedarkan Karl. 


"Denyutan nadi menjadi normal semula doktor." 


"Bawa dia ke bilik OR 2. Kita akan jalankan CPR disana." arah Karl yang masih tercungap–cungap.


"Baik doktor." Tina tersenyum kecil dan mengangguk. 


Karl baru sahaja melangkah, dia terdengar satu suara. 


"Biar saya ketuai pembedahan." 


Karl menoleh, terlihat Farhan ada di belakangnya. 


"Kau boleh buat CPR ke?" tanya Karl sinis. 


"Aku dah tiga tahun dekat sini, mestilah aku tahu!" balas Farhan tegas. 


Tina memandang ke arah Karl, dia risau sebenarnya. Sebab doktor Farhan sering melakukan kesilapan dalam pembedahan, kadang–kadang pesakit yang tinggi peluang untuk hidup pun boleh mati sebab dia. 


Karl mengangguk sambil tersenyum pada Tina. 


"Dah, jom!" arah doktor Farhan. 


Tina mengangguk dan ikut bersama doktor Farhan ke bilik bedah. 


Karl yang sedang berjalan terserempak dengan Zafril, kawan baik serta orang yang lebih senior dari dia. 


"Karl..." panggil Zafril perlahan. 


Karl berhenti. Dia bertentang mata dengan Zafril.


"Aku ada benda nak bagitahu..." Zafril teruskan bicaranya. Karl setia menunggu, dia mahu tahu benda apa yang penting sangat untuk dia tahu itu.


Karl memandang serius pada Zafril. 


"Sebenarnya..." 


"Sebenarnya apa?" tanya Karl pantas. 


"Lara, dia..." satu–satu disebut. Dia terlalu gugup, malah dia belum berani untuk menyatakan hal sebenar. 


"Lara apa? kenapa dengan Lara?" tanya Karl lagi. 


"Hmm. Tak ada apalah Karl." dia memilih untuk berhenti. Dia sudah berjanji dengan gadis itu, tidak akan beritahu Karl tentang keadaan Lara. 


"Kau buat lawak ke?" tanya Karl serius. 


"Ha? haha, aku gurau je. Dahlah, aku pergi uruskan bahagian pakar tulang dulu. Banyak pulak yang patah kaki, tangan, leher. Terseliuh semua tu, haih." Zafril cepat–cepat beredar dari situ. 


Karl berdiri kaku. Lawak ke tu? apa yang Zafril nak sampaikan sebenarnya? 


___________________ 


"Boss, ni kain yang dihantar oleh Datin Zainun, Datin Zubaidah dan Datin Rosmah." Olin menyerahkan kain–kain itu pada Lara. 


"Amboi, sampai tiga orang Datin?" tanya Lara. Dia terasa lucu pula bila nama yang disebutkan semua ada datin di hadapannya. 


"Tiga datin ni bff tau boss. Selalu pergi mana–mana pun sama–sama." balas Olin. 


Lara tergelak kecil. 


"Diorang nak pergi mana dengan baju ni nanti?" tanya Lara. 


"Ouh, katanya ada parti untuk raikan anak dia yang baru naik pangkat." jelas Olin. 


Saja dia bertanya, dia mahu buat fesyen yang kena dengan situasi. Takut nanti dimaki lagi pulak. 


"Dekat mana dia buat?" tanya Lara lagi. 


"Dekat Queen Bridal House." balas Olin. 


Lara membentuk mulutnya kepada 'o'. Dia terus mengambil kain berwarna oren itu dan meletakkan pada mesin jahit. 


Amboi, oren kau! macam mana pulak nak design ni? 


Lalu dia mendapat idea, dia bangun untuk mengambil barang yang difikirkan, tiba–tiba dia jatuh. 


Dia ingin bangun, tapi kali ini kakinya terlalu lemah. Dia tak mampu berdiri. 


Olin yang melihat situasi itu terus mendapatkan Lara.


"Olin... ambilkan saya..." belum sempat dia habiskan bicara, kepalanya rasa berpinar, dia terus pengsan. 


"Kak Fara! boss pengsan!" jerit Olin. 


Fara terus pergi kepada mereka. Dia melihat keadaan Lara. 


"Kita call husband dia, doktor Karl." semasa Olin hendak mendail, pantas Fara menghalangnya. 


"Boss kata, kalau jadi apa–apa dekat dia. Jangan call doktor Karl, call doktor Zafril." jelas Fara. 


"Kenapa pulak? doktor Karl kan suami dia?" tanya Olin pelik. 


____________________


Semasa di pantry, Karl banyak mengeluh. Dia bancuh air untuk hilangkan rasa stressnya. 


"Asal kau ni?" Tiba–tiba saja Zafril muncul di hadapannya. 


"Hah? papa suruh aku pergi Medical Mahad dekat Pahang, katanya tak cukup doktor pakar." balas Karl. 


"Gila? habis tu bila kau nak bertolak?" tanya Zafril lagi. Dia yang mendengarnya pun terkejut. Pahang? jauh tu! 


"Sekaranglah. Haih." balas Karl, mukanya sudah masam mencuka. 


"Selamat ke patient tu? dari sini ke sana ambil masa dua jam itupun kalau tak ada jem."


"Diorang dah bius dia dulu." jawab Karl. 


"Tak apalah, dia perlukan kau. Pergilah cepat, nyawa tu." Zafril tepuk lembut bahu Karl. 


_________________


"Hello doktor!" jerit Olin di talian. 


Zafril terpaksa mematikan panggilan tersebut tadi sebab dia dapat rasa, mesti ada kena mengena dengan Lara. 


"Kenapa ni Olin?" tanya Zafril serius. 


"Boss pengsan dah 20 minit. Kenapa doktor tak angkat Call?" tanya Olin risau.


"Hah? Lara pengsan? awak tunggu situ. Nanti ambulans datang!" Arah Zafril. 


Dia terus bersiap–siap untuk mengiringi ambulans tersebut. 


"Pergi ke butik Lara. Ada pesakit kecemasan dekat situ." Jururawat yang lain mengangguk. Mereka terus memandu pada kelajuan yang maksimum. 


"Tolonglah selamat Lara..." rayunya dalam hati.

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.