Home Novel Cinta Dia Yang Terakhir
Dia Yang Terakhir
Ms.Lia
6/4/2020 13:26:30
19,403
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 9

"Doktor, sini!"panggil Olin apabila melihat doktor Zafril yang masih melilau–lilau mencari seseorang. 


Zafril merendahkan badannya, dia rasa degupan jantung Lara. 


"Tak ada?" 


Kata–kata itu buatkan semua orang panik. Apa yang tak ada? degupan jantung Lara ke? 


Zafril jadi gusar, dia merasa nadi di tangan. Matanya membulat. Takkanlah! 


Jalan terakhir, dia meletakkan dua jari di bahagian leher Lara, terasa nadi yang masih berdenyut, cuma agak lemah. 


"Bagi saya CPR, nadi pesakit hampir terhenti sebab tak cukup oksigen." jururawat Kamal menyerahkan alat CPR kepada Zafril. 


"Lara please..." 


Dia memicit benda itu untuk mengeluarkan oksigen. 


________________


"Sediakan bilik OR 1!" jerit Zafril. 


"Sini doktor!" 


tiga orang jururawat membantu Zafril menyorong katil pesakit sehingga ke bilik OR 1. 


"Buka skrin." arah ketua jururawat.


Tina mengangguk, dia terus tekan butang skrin. Paparan yang ada pada skrin adalah gambar x-Ray badan Lara sendiri. 


"Zaf... Zafril." panggil doktor Liya tergagap–gagap. 


"Ini pesakit kanser tulang tahap 4 yang you cakap ke?" tanya Liya serius. 


Zafril mengangguk laju. Dia pandang wajah Liya. Berkerut–kerut wajah gadis itu melihat skrin. 


Liya menggeleng, raut wajahnya nampak kecewa. 


Zafril tidak sedap hati, dia juga melihat pada skrin. Matanya membulat, betul ke apa yang dilihatnya sekarang? 


"Mengikut X-Ray yang dipaparkan, kanser tulang dah merebak sampai bahagian otak..." jelas doktor Liya. 


Zafril terus berundur. Kakinya seakan lemah, adakah ini semua benar? ini bermaksud...


"Kita dah tak boleh buat apa–apa lagi Zafril. Sebab kanser ni dah melibatkan otak. Bahagian utama dalam organ manusia." serba salah dibuatnya, dia tahu, siapa Lara kepada Zafril. 


"Kita tak boleh buat..." 


Doktor Liya menggeleng. Sememangnya, mereka tidak boleh buat apa–apa lagi. 


Secara spontan, air mata lelakinya menitis ke pipi. Dia cuba menahan hati yang sebak. 


"Takkan tak ada cara lain? Liya, you lebih pakar dari I. Takkan tak ada cara lain?!" Zafril meninggikan suara. 


"Zafril, apa–apa yang melibatkan otak. Kita tak boleh buat apa–apa. Otak Lara dah diserang oleh kanser tu. Kalau kita tetap bertindak, ia akan menjadi lebih teruk Zafril." tegas Liya. Dia faham keadaan lelaki itu. Tapi dia tetap memberitahu kebenarannya. 


Semua jururawat dan doktor yang berada disitu berubah air muka. Mereka kecewa, inilah satu–satu perkara yang mereka benci, pesakit ada depan mata, tapi mereka tak boleh nak bantu apa–apa. 


"Bagi dia painkiller dan oksigen tambahan." arah doktor Zafril.


Liya hanya mampu memandang simpati. Kecewa? mestilah dia kecewa. Dia tidak mampu berbuat apa–apa untuk menyembuhkan pesakitnya. 


15 minit kemudian. 


Liya pergi ke bilik Zafril. Dia lihat Zafril masih lagi membaca rekod pesakit. 


"Zafril..." panggil Liya. 


"You nak apa?" tanya Zafril dingin. 


"Lara, dia dah tak ada banyak masa. You nak I call doktor Michael yang dekat Australia tu ke? mana tahu dia boleh rawat Lara." cadang Liya bersungguh–sungguh. 


"Dia kata dia tak boleh. Sebab kanser tu dah merebak sampai ke otak." balas Zafril. 


"Zafril, Lara tinggal beberapa hari je lagi untuk dia hidup. You taknak bagitahu Karl ke?" 


"I dah janji dengan Lara, takkan sesekali bagitahu Karl pasal hal ni." 


"Tapi Karl suami dia. Dia berhak tahu." Liya bertegas. 


"Kita patut hormat keputusan Lara. Ada sebab kenapa dia buat macam tu." balas Zafril keras. 


______________________


"Zafril..." panggil Lara. 


Zafril yang tertidur di sebelah katil terus mencelikkan mata. 


"Saya nak balik..." pinta Lara. Dia masih kelihatan tidak bermaya. 


"Lara awak tak boleh keluar lagi. Awak dalam keadaan tenat sekarang ni." Zafril cuba melarang. 


"Saya nak balik, nanti Karl nampak..." Lara masih berdegil. Dia cuba untuk bangun, tapi tidak berdaya. 


"Karl ada patient dekat Pahang. Dia tak dapat balik harini." terang Zafril. Matanya tidak berkelip memandang Lara. 


"Saya nak..."


"Awak jangan degil. Duduk je dalam wad ni sehari. Esok awal pagi, awak balik." tegas Zafril. Sebabkan Lara degil, dia harus keras kepala. 


Baru saja Lara ingin membalas, telefonnya berdering. 


"Hello?" 


"Hello Lara, aku ni." 


Lara dapat mengecam suara itu. Terus dia tersenyum. 


"Aku tak dapat balik malam ni, patient tiba–tiba kena serangan jantung." terdengar nada kecewa di hujung talian. 


"Tak apa. Selamatkan patient tu lagi penting." balas Lara tenang. 


"Kau sihat tak?" 


"Aku sihatlah. Tak payah risau pasal aku." Lara berpura–pura okay. 


"I miss you..." ucap Karl. 


Lara membulatkan mata. Apa yang baru didengarnya tadi? 


"Ulang balik." pinta Lara. 


"I miss you dear. Dah, aku ada emergency ni. Bye, take care!" ucap Karl sebelum menamatkan panggilan. 


Lara tersenyum, dia terasa bahagia apabila lelaki itu ucapkan rindu padanya. 


"I miss you too Karl..." ucap Lara dalam hati.

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.