Home Buku Kisah Hidup Dari Estet ke United States
Dari Estet ke United States
Pencoret emosi
23/1/2019 13:11:02
31,119
Kategori: Buku
Genre: Kisah Hidup
Bab 4

Sekolah Agama

Sistem pendidikan Johor pada tahun 1970an dibahagikan kepada dua, sistem persekolahan biasa yang di bawah kawalan kerajaan persekutuan dan Sekolah Agama yang di bawah kawalan kerajaan negeri. Tidak seperti sekolah biasa yang mewajibkan pelajar-pelajar mendaftar ke darjah 1 sebaik sahaja mencapai umur 7 tahun, sistem sekolah ugama Johor lebih anjal. Pelajar-pelajar boleh sahaja mendaftar masuk ke darjah 1 sekolah agama pada umur pilihan mereka. Kebiasaannya pelajar mendaftar masuk darjah 1 sekolahagama ketika berusia 9 atau 10 tahun atau bersamaan dengan darjah 3 atau darjah 4 sekolah harian kerajaan.Oleh sebab itu di dalam satu- satu kelas, terdapat pelajar-pelajar yang berlainan usia.

Sekolah Agama negeri Johor seperti juga sistem sekolah kerajaan, dari darjah 1 hingga ke darjah 6. Selepas tamat persekolahan darjah 6 pelajar boleh memilih untuk menyambung ke darjah khas yang aku  tak pasti untuk berapa tahun pula sebab aku belajar tak sampai ke darjah khas.Lulusan darjah Khas berpeluang menjadi guru agama di sekolah-sekolah agama di bawah kelolaan kerajaan Johor.Darjah Khas di adakan seminggu sekali setiap hari Sabtu.

Uniknya sistem sekolah agama Johor,kenaikan ke darjah yang lebih tinggi tidak secara automatik. Jika pelajar gagal  dalam semua matapelajaran di peringkat darjah, dia terpaksa mengulang semula untuk tempoh setahun. Begitu juga jika dia gagal sekali lagi, perlu diulang untuk setahun lagi dan begitulah seterusnya. Namun tidak ada pula akudengar  dimana pelajar yang gagal 3 tahunakan dibuang sekolah.

Disebabkan sistemnya yang sebegitu, terdapat pelbagai umur di dalam satu darjah. Dari serendah 8 tahun sehingga ada yang dah berusia 12 atau 13 tahun. Keadaan menjadi lebih celaru bila ada sesetengah pelajar mendaftar masuk ke darjah 1 pada usia yang agak lewat dari kebanyakan  dari kami.Ada juga mereka yang tidak pernah masuk ke sekolah agama kerana sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat terhadap pendidikan agama anak-anak.

Sekolah agama diadakan pada sebelah petang di Sekolah Kebangsaan Sungai Raya, selepas sessi pagi untuk sekolah biasa berakhir. Ada dua sessi sekolah agama. Sessi pertama untuk pelajar-pelajar darjah 1, 2 dan 3 yang bermula pada pukul 2 petang dan tamatpada pukul 3.30 petang. Sessi kedua pula bermula pada pukul 3.30 petang dan berakhir pada pukul 5 petang.

Sekolah agama di Sekolah Kebangsaan Sungai Raya dikendalikan oleh guru yang berbeza dengan sekolah harian biasa yang dikendalikan pada sebelah pagi. Guru besar sekolah agama ialah Cikgu Omar yang garang dan ditakuti oleh semua pelajar. Wajah Cikgu Omar mengingatkan aku kepada arwah Dato Onn Jaafar penentang Malayan Union dan pengasas UMNO.

Cikgu Omar seorang yang amat mementingkan disiplin.Setiap hari sebelum kelas bermula kami akan beratur di depan bangunan sekolah dalam satu barisan. Cikgu Omar akan memeriksa setiap orang dari kami. Dia sangat-sangat mementingkan pelajar-pelajar memakai sampin dengan betul dan baju Melayu telok belanga kami mesti berbutang. Bagi mereka yang terlupa memakai butang akan menggunakan pelbagai cara yang kreatif untuk mempastikan baju Melayu mereka kelihatan dikenakan butang. Ada yang menggunakan getah pengikat sebagai pengganti butang baju. Yang penting Cikgu Omar cukup pantang melihat baju Melayu yang tak berbutang.

Pelbagai cerita menggerikan yang diceritakan oleh bekas pelajar cikgu Omar atas sikap beliau yang agak sadis.Mungkin beliau mengharapkan sesuatu yang sempurna dari kami pelajar-pelajarnya yang baru nak mengenal hidup. Ada yang menceritakan pengalaman perit dirotan dipunggung oleh Cikgu Omar kerana gagal menjawab soalan. Ada yang dipaksa menelan kahak cikgu Omar kerana terlalu bodoh  dan tidak dapat menjawab soalan beliau.

Aku pernah tengok sendiri bagaimana takutnya pelajar kepada Cikgu Omar. Ada rakan sekelasku yang aku tak pasti apa kesalahannya diarahkan untuk membongkokkan badan seperti orang rukuk sewaktu solat dan bersedia untuk dirotan oleh cikgu Omar.Kami menunggu saat Abdullah atau lebih dikenal dengan panggilan Acik dirotan oleh cikgu Omar.

Berdesup libasan rotan cikgu Omar mengena meja sebelah acik membongkok.Begitu kuat bunyi rotan yang dilibas oleh cikgu Omar ke atas meja Rupanya cikgu Omar acah aja, tapi Acik meraung dan menangis teresak ā€“esak selepas itu walaupun rotan cikgu Omar tidak langsung hinggap di punggungnya.Begitulah kuatnya aura cikgu Omar di mata kami anak muridnya.

Cikgu Omar pernah memberi petua kepada kami semua untuk mendapat otak yang bijak. Sejauh mana keberkesanan petua yang diberikan oleh cikgu Omar aku pun tak pasti. Yang pasti kawan-kawan aku yang bodoh tetap juga bodoh  walaupun selepas mengamalkan petua cikgu Omar itu.

Petua cikgu Omar untuk mendapat otak yang bijak nampak macam tak lojik tetapi kami pada usia 9,10 dan 11 tahun pada ketika itu betul-betul percaya dengan petua cikgu Omar. Cikgu Omar menyuruh kami semua menulis ayat Bismillah di atas sehelai kertas. Embunkan kertas itu di dalam gelas dengan meletakkan di luar rumah. Keesokan haris ebelum matahari naik, pastikan kita ambil semula kertas yang dah diembunkan semalaman dan minum titisan embun yang melekat di dalam gelas. Bagi pembacayang ingin mencuba petua cikgu Omar ini aku  nasihatkan agar tidak lakukannya sebab tidak baik untuk kesihatan. Air dakwat bercampur dengan titisan embun menjadi campuran koktel yang tidak sesuai untuk diminum.Tapi aku pernah minum air itu dan lihat apa yang jadi pada diriku.

Berbeza dengan cikgu Omar yang tegas dan garang cikgu Md Yassin pula seorang yang begitu baik dan lemah lembut orangnya. Cikgu Md Yassin sudah agak berumur pada ketika itu. Mungkin menghampiri usia 50an. Cikgu Md Yassin gemar bercerita kisah lucu di dalam kelas menyebabkan kami tidak kering gusi mendengarnya. Antara kisah yang pernah diceritakan oleh cikgu Md Yassin kepada kami ialah kisah mualaf yang nak belajar solat Jumaat.

Alkisahnya, ada seorang mualaf yang baru beberapa hari memeluk ugama Islam diajak oleh kawannya untuk menunaikan Solat Jumaat. Mualaf itu agak keberatan kerana dia baru sahaja memeluk Islam dan belum belajar lagi cara-cara bersolat yang betul.ā€™ Kau jangan susah hati. Kau ikut aja apa orang depan kau buat,ā€ kata kawan mualaf itu,meyakinan.

Mendengar kata kawannya mualaf itupun mengikut kawannya ke masjid bersolat Jumaat. Pada ketika rukuk ada dikalangan ahli  jemaah yang nakal yang berdiri di saf belakang telah meraba kemaluan mualaf itu. Mualaf itu merasa pelik, takkan orang Islam bersolat macam itu caranya. Teringat pesan kawannya tadi, mualaf itu pun meraba orang yang rukuk di saf depannya. Marahlah orang yang diraba dan menendang mualaf. Si mualaf pun menendang makmum yang dibelakang safnya yang memulakan segala-galanya.

Cerita-cerita sebegini menghiburkan hati kami yang ketika itu masih kanak-kanak lagi. Banyak lagi cerita-cerita menarik yang diceritakan oleh cikgu Md Yassin.

Sebagai guru besar sekolah cikgu Omar amat mementingkan kami menunaikan solat fardhu dan solat Jumaat. Untuk mempastikan kami semua bersolat Jumaat dia meminta Cikgu Ali salah seorang dari guru kami menandatangani sekeping kertas yang akan kami tunjukkan sebagai bukti kami hadir ke masjid untuk bersolat Jumaat kerana di Johor hari Jumaat adalah hari kelepasan am.Setiap kali selepas Solat Jumaat kami akan mengerumuni cikgu Ali untuk mengambil tandatangan. Semasa aku menulis ini pun masih dapat membayangkan dengan jelas cikgu Ali duduk di tangga masjid menandatangani kertas yang dihulurkan oleh kami semua. Ala-ala artis menandatangani autograf.

Setiap hari sebelum kelas bermula cikgu akan mengambil kedatangan kami.Cikgu akan memanggil nama kami untuk ditanda kehadiran di buku kedatangan. Ada rakan sekelas kami yang bernama  Jaafar bin Sihat dan seorang lagi bernama Bukhari bin Segar. Masyarakat Johor ramai dari keturunan jawa. Nama-nama yang pelik begitu sudah menjadi kebiasaan buat kami.Dengar cerita dari kawan-kawan Bukhari bin  Segar sekarang ini berkhidmat sebagai pegawai tinggi dalam angkatan tentera. Tidak tahu pulak habar berita Jaafar bin Sihat. Diharap beliau masih lagi sihat.

Tidak ramai ustazah yang mengajar kami. Kebanyakannya ustaz. Tapi semasa darjah 4 sekolah agama kami diajar oleh ustazah yang kami panggil cikgu Safiah. Cikgu Safiah berkulit cerah dan manis orangnya tapi sudah bersuami. Aku rasa semasa dia mengajar kami, dia berumur awal 20an.

Semasa dalam darjah 4 sekolah agama kami mula belajar ilmu Fiqah menggunakan kitab Mutaal Badrin yang menggunakan ejaan jawi klasik. Bila sampai bab junub dan mandi hadas, cikguSafiah menyuruh kami membaca sendiri topik itu dari kitab kerana dia mungkin malu untuk bercerita bab junub dan mandi hadas.

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.