Home Novel Seram/Misteri BISIKAN DENDAM
BISIKAN DENDAM
Hayati Salleh
18/5/2017 00:40:53
36,108
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 6

Megat duduk di pondok yang terletak di tengah-tengah ladang pokok getah. Daun-daun getah yang kehijauan gugur ditiup bayu pagi. Beberapa orang penoreh sedang leka melakukan kerja-kerja menoreh. Ladang kebun pokok getah itu adalah salah satu aset yang dimiliki oleh majikan Megat. Megat merupakan orang kepercayaan Seri untuk mengurus dan memantau keadaan ladang-ladang milik keluarga Seri. Sikap pelik Senah membuatkan Megat tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap rutin harian yang sering dilakukan. Dahulu, Senah beria-ria menerima tawaranSeri untuk tinggal di rumah banglo milik majikan mereka walaupun Megat berasa berat hati tapi diturutkan juga kehendak Senah. Megat tidak berharta. Keluarga Megat hanya tinggalkan sedikit tanah dan pondok buruk untuk Megat. Megat sanggup bermandikan peluh mengerah keringat untuk mengubah kehidupan mereka. 

Megat!

Megat tersedar dari lamunan lampaunya. Megat menoleh saat bahunya disentuh lembut.Megat melemparkan senyuman hambar.

“Pak Abu, terkejut saya.” Megat berbasi-basi. Hakikatnya memang Megat terkejut. PakAbu salah seorang pekebun yang telah lama berbakti terhadap ladang getah milikSeri. Pak Abu mengelap peluh keringat yang mulai membasahi wajah tuanya.

“Termenung jauh nampaknya kamu Megat!” Pak Abu merenung wajah Megat. Megat kaget. Pak Abu sudah dianggap seperti ayahnya sendiri. Mereka sudah lama mengenali. Sukar untuk Megat berdalih akan masalah yang dihadapinya. Megat mengeluh panjang sambil memejam matanya. Nalurinya kuat mengatakan Senah menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya.

“Senah,Pak Abu.” Megat sudah tidak sanggup menanggung permasalahan yang dihadapi seorang diri. Megat perlukan seseorang untuk merungkai resah yang mengikat hatinya.

“Kenapa dengan Senah? Sakit ke?” riak wajah Pak Abu risau. Keluarga Megat sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Lagipun Senah dan Megat banyak membantu Pak Abu ketika dia baru kehilangan isteri. Megat dan Senahlah yang menjaganya ketika sakit. Anak-anak Pak Abu semuanya sudah bekeluarga dan tinggal jauh di negeri lain.

“Senah ajak saya keluar dari rumah banglo tu!” Akhirnya terluah juga segala yang terbuku dihati Megat.

“Kenapa? Puan Seri tak suka kamu semua tinggal di situ ke?” Pak Abu menyoal Megat.

“Puan Seri saya lihat tiada masalah, Cuma Senah suka fikir bukan-bukan. Saya pun tak faham, Pak Abu.”

“Tak usahlah kamu terlalu fikirkan hal itu Megat, nanti kau cuba pujuk Senah, tanya apa masalah dia sebenarnya. Mungkin dia mahu berehat dan melakukan amal ibadah di rumah sendiri tanpa dibebani kerja-kerja seperti di rumah Puan Seri.” Pak Abu cuba memberi pandangan positif. Lagipun bukan Megat tiada rumah dan kampung halaman.

“Baiklah,Pak Abu nanti saya tanyakan pada Senah.” Megat mengukir senyuman gembira.Berasa beban yang ditanggung di fikirannya semakin bekurangan. Megat tidak mahu bebankan fikiran Pak Abu dengan masalah yang dihadapinya. Megat tahu Pak Abu sanggup melakukan segalanya demi keluarga Megat.

***

Kepulangan Mawar disambut gembira oleh Senah. Mawar jarang pulang ke kampung ketika cuti kerana terlibat dengan program universiti. Kadangkala, jika cuti masih berbaki Mawar lebih gemar mengikut sahabatnya baiknya pulang ke kampung halaman sahabatnya yang terletak di selatan tanah air. Walaupun rindu Senah sedaya upaya merelakan Mawar tidak pulang ke rumah agam itu kerana Senah tahu mawar berasa tidak selesa.Terdetik penyesalan di hati Senah kerana menerima pelawaan Seri suatu ketika dahulu suapaya mereka sekeluarga menetap di rumahnya.

Petang itu, Senah memasak makanan kegemaran Mawar. Labih mengembirakan hati Senah apabila Mawar turut membantu Senah di dapur. Senah dan Mawar rancak berbual didapur.

“Mawar,Mawar masih ingat kampung ayah?” Mawar mengangguk. Mawar masih ingat keindahan kampung halaman ayahnya. Rumah dikelilingi petak-petak sawah yang menghijau.Mereka sekeluarga hidup bahagia dalam kesederhanaan.

“Mawar masih ingat mak. Kenapa?” Mawar menyoal Senah. Sudah lama Senah tidak bercerita tentang kampung yang mereka tinggalkan.

“Mak,rasa sudah tiba masanya kita pulang ke kampung dan bina kehidupan keluarga kita,Mawar.” Senah lincah memotong sayur tanpa menyedari Mawar memandangnya denganpenuh persoalan.

“Mak tak selesa ke tinggal di sini?” Mawar ingin kepastian. Dulu, emaknya beria-ria ingin duduk di rumah agam ini. Majikan mereka juga melayani mereka dengan baik.Bukan sehari dua mereka berkhidmat dengan Puan Seri.

“Mak selesa Cuma bila sudah berumur emak mula berfikir sampai bila kita harus menumpang di rumah orang? Sampai bila kita perlu berkhidmat di sini? Lagipun rumah ayah kamu di kampung sudah lama dibiarkan kosong. Mak ingin berehat sambil membuat amal ibadat.” Senah cuba berdalih. Tidak mahu Mawar mengetahui perkara yang telah terjadi.

“Mawar ikut mak. Kalau mak dan ayah setuju Mawar ikutkan saja.” Mawar mengukir senyuman manis. Senah gembira. Jika Mawar bersetuju mesti suaminya tidak ada halangan. Kini Senah Cuma fikirkan cara untuk beritahu niatnya pada Seri. Senah tidak mahu pergi tanpa pengetahuan Seri. Senah tidak mahu Seri melakukan sesuatu pada keluarganya.

“Mawar,kamu sudah tahu Tok Man telah meninggal dunia semalam?” Mawar menggeleng kepalanya.

“Betul ke mak? Mawar tidak tahu. Yusuff tidak beritahu pada Mawar.” Mawar kecil hati.Patutlah Yusuff tidak menjawab mesej-mesej yang dikirimnya. Mawar tahu Tok Man sudah lama sakit. Dia dan Yusuff sudah lama berkawan rapat. Senah perasan perubahan pada suara Mawar.

“Mungkin Yusuff sibuk dan tak sempat beritahu kamu. Ayah kamu cerita pada mak, masa ramai tetamu yang datang ziarah. Kamu faham-faham saja hanya Yusuff cucu lelaki Tok Man. Banyak perkara yang perlu diuruskan” Senah memujuk anaknya dalam diam.Senah tahu Mawar dan Yusuff sudah lama berkawan.

Senah dan Mawar meneruskan kerja-kerja di dapur sambil rancak berbual tentang kenangan tinggal di kampung Megat. Mereka lupa mereka berada di rumah banglo Seri. Mereka lupa bahwa ada telinga lain yang sedang mendengar.

Di dalam bilik Seri kelihatan beberapa alat solek dan bingkai gambar pecah berselerak di atas lantai. Nafas Seri tercungap-cungap. Tangan Seri mengigil menahan perasaan marah yang sukar dibendung.

“Senah!Berani kau kianati aku! Kau jangan sesekali bermimpi dapat keluar dari rumah aku.”

Seri menarik laci almari pakaian. Dicapainya bungkusan berbalut kain berwarna kuning.Dirungkainya ikatan kain lalu dicapai isi yang terdapat dalam bungkusan itu.Sehelai selendang lusuh berwarna merah diambilnya lalu dipakaikan di atas kepalanya. Seri melihatnya di dalam cermin sambil mengukir senyuman yang sukar dimergetikan.

 

 

 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hayati Salleh