Home Novel Seram/Misteri BISIKAN DENDAM
BISIKAN DENDAM
Hayati Salleh
18/5/2017 00:40:53
36,054
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
BAB 1

IMBAS KEMBALI

Tahun 1940-an

Angin malam bertiup lembut. Sesekali selendang yang menutupi  kepala Salmah melurut jatuh sehingga menampakan rambut Salmah yang kemas disanggul rapi. Salmah segera mengemaskan kembali selendang supaya tidak  rambutnya tidak terdedah. Fatimah, adik Salmah sedang berbual dengan anak jiran mereka, Hamidah di halaman rumah. Salmah menanti Osman dengan penuh debaran. Malam itu, Tok Hussein telah menjemput Osman untuk makan malam bersama-sama keluarga mereka. Semua orang ingin mendampingi Osman, seorang guru muda yang budiman, kacak dan ramah walaupun Osman bukan anak jati Kampung Mayang. Sebagai penghulu kampung, Tok Hussein berusaha menjalankan tanggugjawabnya dengan penuh amanah dan berdedikasi. Sebenarnya, Hussein ada perkara yang lebih mustahak yang perlu dibincangkan dengar Osman.

Tidak lama kemudian, osman muncul berjalan kaki Salmah berlari masuk ke dalam bilik. Kedengaran suara Fatimah menjerit mangatakan Cikgu Osman telah sampai. 

Kedatangan Osman disambut gembira oleh keluarga Tok Hussein. Osman dijemput naik dan Tok Hussein rancak bersembang tentang isu masyarakat dan tanah air dengan Osman. Salmah dan Fatimah ke dapur menyiapkan makanan untuk tetamu mereka. Rumah Tok Hussein kelihatan besar dan boleh dikatakan sebagai seorang yang agak berada ketika itu. Keluarga Tok Hussein merupakan ahli agama yang terkenal sejak turun-temurun. Keluarga Mak Jah juga tidak kurang hebatnya, Mak Jah merupakan anak seorang penghulu yang sangat dihormati dan disegani di kampung itu. Selepas berkahwin dengan Mak Jah, Tok Hussein dilantik menjadi penghulu mengantikan ayah mertuanya yang telah tua dan uzur.

Salmah mendekati Tok Hussein dan Osman. Salmah memberitahu makan malam telah siap dihidangkan. Tanpa berlengah Tok Hussein mempelawa Osman ke ruang makan. Osman mengangguk dan menuruti langkah Tok Hussein. Mata Osman liar memandang sekeliling ruang rumah Tok Hussein seperti mencari seseorang. Ya! Memang dia sedang mencari kelibat seseorang. Seseorang yang telah berjaya memikat hatinya. Namun, perasaan hampa mula bertandang seseorang yang dinanti masih tidak muncul. Hatinya memaksanya bertanya pada Tok Hussein, tetapi akalnya menegah kerana tidak manis andai bertindak melulu.

Usai makan, Tok Hussein mengajak Osman kembali ke ruang tamu. Salmah menatang dulang kopi dan meletakkan di hadapan Tok Hussein. Salmah segera meninggalkan Osman dan Tok Hussein. Sempat Salmah melemparkan senyuman manis kepada Osman yang kebetulan terpandang Salmah. Tok Hussein berdehem beberapa kali. Masa yang sesuai untuk menyampaikan hajatnya kepada Osman.

“Osman! Sudahkah kamu bersedia untuk beristeri?” Tok Hussein inginkan kepastian. Dia lebih suka berterus-terang. Bertanya tanpa sebarang mukadimah berbunga-bunga.

“Kenapa Tok bertanya begitu?” Osman kaget dan berdebar. Tok Hussein seolah-olah memahami perasaan yang dialami Osman.

“Kalau kamu tidak keberatan, Tok ingin jodohkan kamu dengan Salmah. Tok yakin kamu dapat menjaga Salmah dan keluarga Tok andai Tok meninggalkan alam fana nanti.”

Permintaan Tok Hussein yang pada awalnya membenihkan harapan tinggi kini kian pudar. Bagai batu besar menghempap tubuh Osman. Osman serba-salah hendak berterus terang. Osman merasakan biarlah dia memberitahu Tok Hussein perkara sebenar. 

“Tok, saya akui Salmah seorang gadis yang baik budi pekerti, sopan-santun orangnya, pandai mengaji tetapi Tok saya tidak dapat memaksa hati saya untuk menyintai Salmah,” berat untuk Osman meluahkannya. Osman bersedia andai Tok Hussein memarahinya. Tok Hussein terkejut kerana selama ini Osman sangat rapat dengan Salmah. Jadi kerana itulah dia ingin segera jodohkan Osman dengan Salmah.

“ Kamu menyukai Fatimah?”

Tok Hussein inginkan kepastian. Osman menggelengkan kepalanya. Tiada sekelumit perasaan cinta terhadap kedua-dua anak gadis Tok Hussein. Dia tahu hanya Salmah dilihat menaruh perasaan terhadapnya. Osman rapat dengan Salmah kerana ingin mengetahu tentang Qasidah. Anak saudara Tok Hussein yang sering menjadi umpat keji orang kampung. Osman berasa bersalah saat melihat senyuman Salmah yang ikhlas dan renungan mata Salmah penu dengan harapan.

“Salmah dan Fatimah saya anggap sepeti adik saya, Tok. Sebenarnya saya ingin memperisterikan Qasidah”

Salmah yang terdengar perbualan Osman dan Tok Hussein segera berlari masuk ke dalam bilik. Tidak sangka Osman tidak menyintainya. Fatimah yang ketika itu sedang makan terkejut melihat Salmah yang tiba-tiba berubah emosi. Mak Jah yang tidak sanggup melihat anak daranya kecewa segera mendapatkan Osman dan Tok Hussein. 

“Kenapa kamu sanggup menyakiti hati Salmah? Semua laki-laki ingin menjadi suaminya, kau harus beruntung kerana aku dan Tok Hussein memilihmu.” Mak Jah berusaha menyembunyikan perasaan marahnya. Tok Hussein masih tenang.

 “Kamu tahu Qasidah itu siapa?"

“ Saya tahu segalanya tentang Qasidah. Dia sendiri khabarkan pada saya. Tok! Izinkan saya bimbing Qasidah."

“Perempuan suka berfoya-foya dan pakai baju tak cukup kain itu juga nak dijadikan isteri. Anak aku si Salmah yang sopan-santun itu kau tolak. Kau akan menyesal Osman!"

Tok Hussein berfikir sejenak. Mempertimbangkan hasrat Osman. Sudah tiba masanya Qasidah menjalani kehidupan yang lebih baik. Seburuk manapun Qasidah tetap darah dagingnya. 

"Baiklah, Tok akan kahwinkan kau dengan Qasidah tapi Tok harap kamu bimbinglah Qasidah." Tok Hussein memberi kata putus. Jika Qasidah dan Osman saling menyintai dia tiada upaya menghalangnya. Osman seorang lelaki yang baik dan beragama  

Mak Jah meninggalkan Osman dengan suaminya dengan perasaan sebal. Perasaan Mak Jah sakit melihat Salmah menangis. Memang Salmah mempunyai kekurangan dari segi rupa-paras tetapi, aspek kerohanian dan akhlak Salmah menjadi pujian dan sebutan orang kampung. Salmah lena dalam sedu kecewa tanpa menjamah makanan yang dihidangkan oleh Mak Jah.

Malam itu, Mak Jah menanti kepulangan Qasidah. Bunyi keriukan kayuhan basikal menjentik naluri Mak Jah menghampiri pintu utama rumah. Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata. Usai membayar tambang beca, Qasidah perlahan-lahan mengatur langkah ke pintu rumah.Belum sempat Qasidah membuka pintu, Mak Jah terlebih dahulu membukanya. Qasidah terpenpam. Biasanya ketika ini Mak Jah sudah lena dibuai mimpi. Hanya Tok Hussein yang masih setia membaca ayat suci al-Quran menyambut kepulangannya. Tapi kali ini berbeza, dia kepulangannya disambut dengan wajah tidak puas hati Mak Jah.Qasidah melangkah naik ke tangga rumah. Sebaik sahaja kakinya menjejak kaki ke dalam rumah, Mak Jah sudah menunjukkan rasa bencinya pada Qasidah.

"Kau ini anak perempuan jenis apa? tidak bermaruah!" Mak jah menghemburkan kemarahannya. Tok Hussein yang sedang membaca al-Quran memberhentikan bacaannya. Tok Hussein mengatur langkah ke ruang tamu. Qasidah masih berdiri kaku di hadapan Mak Jah. 

"Qasidah, berapa kali pakcik sudah berpesan padamu, tak molek anak gadis seperti mu pulang lewat malam!"

Suara Tok Hussein lembut menyapa pendengaran Qasidah. Nasihat yang sama diberikan oleh Tok Hussein kepadanya semenjak dia bertemu kembali dengan ibu kandungnya.

" saya tidak kemana pakcik. Salahkan saya pergi ke rumah ibu kandung saya?"

"Kau dan mak kau sama sahaja. Memalukan keturunan! Disebabkan kau Cikgu Osman menolak untuk memperisterikan Salmah,"

Qasidah sedikit terkejut. Osman tidak memberitahunya bahawa ada pertemuan antara Osman dan keluarga ayah saudarannya. Osman pula tidak pernah berbicara soal perasaan dengan Qasidah. Dalam diam, sebenarnya Qasidah menyukai Osman Cuma dia tidak mahu menjadi perigi mencari timba.

"Adakan kau ada perhubungan istimewa dengan Cikgu Osman?" Tok Hussein masih setia menggerakkan tasbih di tangannya.

"Ya pakcik!" Qasidah malu-malu memberi jawapan. Soal kehidupannya dia tidak mahu lagi mengalah. Selama ini dia membiarkan Salmah menang. Kali ini tidak. Dia tidak rela melepaskan cintanya hanya untuk kebahagiaan Salmah. Kata-kata ibunya sedikit sebanyak mempengaruhi keputusannya. 

" Pakcik akan nikahkan kamu dengan Cikgu Osman. Nasihat pakcik , pakcik harap kau berubah Qasidah. Jah, terimalah ketentuan Illahi jika Osman bukan jodoh Salmah. Aku tidak mahu perkara ini diungkit lagi" Mak Jah mencebik mendengar keputusan Tok Hussein. Tok Hussein masuk semula ke dalam bilik. Kemudian terdengar sayup- sayup suara merdu Tok Hussein melantunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Dua bulan kemudian, majlis perkahwinan Qasidah dan Cikgu Osman berlangsung dalam suasana sederhana. Salmah lebih senang berada di dalam bilik. Kecewa! Selama ini Cikgu Osman rapat dengannya hanya untuk mendekati Qasidah. Qasidah memang cantik tapi Qasidah ada banyak kekurangan berbanding dirinya. Salmah menghampiri cermin meja solek. Salmah menatap wajah hitam manis ya. Ramai ingin memperisterikannya namun dia hanya inginkan cinta Osman. Kini dia perlu melupakan segalanya dan memulakan kehidupan yang baru dengan Rashid. Jejaka pilihan Mak Jah. Rashid dari keluarga yang baik-baik. Berita perkahwinan Salmah di sambut Qasidah dengan penuh kesyukuran. Majlis perkahwinan Salmah diadakan secara besar-besaran kerana keluarga suaminya dari keluarga berada. Mak Jah tersenyum bahagia melihat kehidupan Salmah lebih baik dari kehidupan Qasidah. Salmah mengikut suaminya berpindah ke Singapura. Sejak hari itu tiada sebarang berita tentang keberadaan Salmah dan Rashid.


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hayati Salleh