Home Novel Seram/Misteri BISIKAN DENDAM
BISIKAN DENDAM
Hayati Salleh
18/5/2017 00:40:53
36,049
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 9

Megat tenang menyuap nasi ke dalam mulutnya. Senah masih setia menemani Megat. Biasanya Senah akan makan bersama Megat, namun hari itu Senah tiada selera hendak makan. Ketika Mawar makan Senah hanya merenung sayu ke wajah anak gadisnya. Apabila dipelawa makan Senah memberi alasan dia masih kenyang makan nasi goreng ketika bersarapan. Demi melihat Senah yang masih membisu seribu bahasa Megat menghentikan suapan nasi berlaukan ayam masak kicap ke dalam mulutnya. Tidak betah rasanya tidak mendengar celoteh dan leteran Senah. Senah isteri yang peramah dan mulutnya lincah bercerita. Kebisuan Senah membuatkan Megat berasa serba-salah terutamanya ketika Mawar memberitahu Megat, Senah tidak belum makan dan bermurung. Ketika itu Megat baru pulang dari melihat ladag-ladang milik majikannya.

   "Kenapa Senah? Awak ada masalah ke?" Megat cuba mencari punca masalah yang dihadapi Senah seperti yang disarankan oleh Pak Abu. 

   Senah hanya mengeluh. Megat gelisah. Sukar untuk Megat memahami hati isterinya. Senah menuang air kosong ke dalam gelas untuk Megat. 

   "Pagi tadi ada orang datang jumpa Puan Seri. Lelaki, umur dalam 50-an?" Senah memulakan cerita. Tidak senang hati selagi tidak memberitahu kejadian kedatangan lelaki itu pada Megat.

  "Apa lelaki itu mahu. Setahu saya sudah lama rumah ini tidak dikunjungi tetamu." Megat mula menunjukkan minat terhadap topik yang dibualkan senah.

  "Itulah bang, saya pun pelik. Lagi saya curiga bila puan minta saya bersihkan kebun bunga ketika mereka sedang berbincang. Serius betul perbualan mereka." Senah bersungguh-sungguh bercerita. 

  "Mungkin perbualan penting sebab itulah puan dan lelaki itu tidak mahu awak berada di dalam rumah ketika itu." Megat mulai curiga. 

  "Lelaki itu balik dengan wajah risau dan cemas." Senah mengakhiri cerita lelaki misteri yang beria-ria ingin berjumpa majikan mereka.

   " Senah, abang ada hal penting yang abang mahu Senah jujur dengan abang." Megat merenung anak mata Senah. Megat tahu wajah dan bentuk tubuh Senah sudah tidak seperti zaman muda tetapi sikap Senah tak mungkin berubah tanpa alasan yang kukuh. Megat tahu Senah bukanlah seorang isteri yang gemar membuat keputusan secara mendesak dan tergesa-gesa.

   "ada apa yang abang?" Senah resah. 

   "Kenapa Senah nak sangat kita segera keluar dari sini? Abang rasa Senah sedia maklum bukan mudah kita boleh lepas dari cengkaman Puan Seri selagi kita tidak mempunyai alasan yang kukuh?" Megat menyuap kembali makanan ke dalam mulutnya. Di kunyah perlahan-lahan menghayati kosentrasi keenakan nasi dan ayam masak kicap yang dimasak Senah.

   " Senah sudah beritahu abang dahulu, Senah mahu berehat!" Senah menundukkan pandangan matanya saat Megat kembali merenung mata Senah.

  "Jujurlah pada abang, Senah. Kita bukan hidup bersama-sama setahun dua, sudah 25 tahun Senah. Abang kenal hati budi Senah." Megat memujuk Senah.

   Kata-kata Megat membuatkan Senah terharu dan sedar akan kesilapannya. Mereka pernah berjanji tiada rahsia antara mereka berdua. Senah tahu Megat tidak pernah berahsia dengan Senah semenjak kali pertama mereka berjumpa. Megat juga jujur memberitahu Senah dia bukanlah lelaki berharta dan ada wang sebaliknya yatim piatu hanya tanah sekekang kera dan pondok buruk serta beberapa petak sawah padi saja oleh arwah orang tuanya. Senah mencari kekuatan untuk memberitahu berkenaan Seri pada Megat. Senah juga memcari kekuatan untuk bersedia menerima sebarang balasan andai Seri mengetahui dia telah melanggar larangan Seri.

   "Sebenarnya..abang...."

   Senah masih lagi ragu-ragu dan takut untuk berterus terang.

   "Sebenarnya apa Senah?" belum sempat Senah menghabiskan ayatnya tiba-tiba Seri muncul di muka pintu dapur. Senah terperanjat. Megat berhenti mengunyah makanan yang masih bersisa dalam mulutnya. Seri yang anggun berkebaya putih melangkah mendekati Senah dan Megat. Air muka Senah berubah keruh. Lirikan mata Seri menggetarkan hatinya. Gerun!

   "Apa yang dibincangkan kamu suami isteri?" Senah gugup dengan soalan yang dilontarkan Seri. Ingin saja Senah menampar mulut celuparnya. Kejadian gelas terjatuh dari meja makan mula berlayar di fikirannya. Aku tidak patut bercakap hal itu di dalam rumah ini. Getus hati Senah.

  Megat bangun dari meja mempelawa Seri duduk. Selera Megat mati. Megat dapat rasakan Senah ingin memberitahu perkara yang maha berat yang ada kaitan dengan Seri. Namun, kemunculan Seri memusnahkan usahanya untuk mengorek rahsia yang membelenggu fikiran Senah.

   "Kami hanya berbual kosong, puan. Gurau-gurau suami isteri." Senah segera mencari alasan. 

   "Be..betul puan." Megat bersuara. Gagap berbau penipuan untuk menyelamatkan Senah.

  "Jadi..sebenarnya apa kau bualkan dengan Megat?" Seri menyoal lagi. Tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan Senah dan Megat.

  "Sebenarnya..." Senah menundukkan wajahnya. Tidak berani bertentang mata dengan Seri. Bertentang mata dengan Seri umpama membongkar segala rahsia yang disimpannya.

  "Sebenarnya, saya dan Senah bercadang mahu jual tanah saya di kampung." Megat berlagak tenang. Senah berasa lega. Senah fikir Megat ingin memberitahu Seri keinginan mereka pulang ke kampung Megat.

  Seri melemparkan senyuman kepada Senah dan Megat. Seri menuang air kosong ke dalam gelas lalu meneguk air sehingga habis. Senah dan Megat kaku memerhatikan perlakuan Seri.

  "Aku berkenan dengan tanah kau di kampung Megat. Kalau kau hendak jual aku mahu beli darimu. Katakan sahaja berapa nilai kau ingin jual." Mata Seri merenung Megat. Senah menelan payah air liurnya umpama menelan air peria yang pahit dan kelat. Megat dan Senah hairan. Seingat mereka Seri tidak pernah jejak kaki ke kampung halaman Megat. Ketika mereka tinggal di sana hanya ibu saudara Senah sahaja yang menyampaikan pelawaan Seri supaya mereka tinggal dengan Seri di banglo agam itu. Selepas kematian ibunya Seri tidak mahu meneruskan kerja-kerja ibunya di rumah banglo itu walaupun arwah ibunya berpesan supaya Senah terus berbakti kepada keluarga Seri. Setelah dipujuk rayu oleh ibu saudaranya akhirnya Seri nekad berpindah masuk ke rumah Seri. Ketika itu hidupnya dengan Megat benar-benar kesusahan.

   "Baik puan, nanti saya beritahu. Sekarang ini masih berbincang." Megat memberi alasan.

   "Baiklah." Seri bangun dari kerusi meninggalkan Megah dan Senah yang masih pucat dan resah. 

  Perlahan-lahan Seri memijak anak tangga menuju ke biliknya. Tidak semena-mena hidung Megat dan Senah terhidu bau yang amat busuk. Seperti bau bangkai dan bau telur ayam tembelang. Busuk dan amat meloyakan. Senah hampir termuntah. Megat masih lagi berdiri di sisi meja dalam kebingungan.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hayati Salleh