Home Novel Seram/Misteri BISIKAN DENDAM
BISIKAN DENDAM
Hayati Salleh
18/5/2017 00:40:53
36,065
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 7

Mawar menghampiri kedai runcit yang terletak tidak jauh dari simpang masuk ke kawasan perkampungan. Petang itu, Mawar sengaja berjalan-jalan mengambil angin di Kampung Lembah Perbatasan. Sudah lama Mawar tidak pulang ke Kampung Lembah Perbatasan kerana terlalu sibuk dengan tugasan dan program universiti. Sebaik kaki Mawar melangkah masuk ke dalam kedai runcit, Mawar terpandang susuk tubuh yang sangat dikenalinya.

Yusuff!

Awalnya Mawar hanya menyebut nama Yusuff di dalam hatinya sahaja, mungkin kerana teruja disebabkan sudah tidak lama bertemu Yusuff mulut Mawar ringan sahaja memanggil nama Yusuff. Yusuff menoleh. Wajah Yusuuff sembab dan keletihan.

“Mawar, saya ingatkan siapa tadi.” Yusuff menghampiri Mawar. Mawar tersipu malu. Walaupun ada jarak antara Yusuff dan Mawar, terbit perasaan malu saat mata Yusuff bertentangan dengan matanya.

“Beli apa?” Mawar cuba memulakan perbualan. Yusuff menunjukkan beberapa bungkus roti dan bungkusan kopi. Mawar mencapai sebungkus roti dan Mawar jalan beriringan dengan Yusuff ke kaunter bayaran. Usai membayar harga barang yang dibeli, Yusuff mengajak Mawar makan petang di kedai makan yang terletak tidak jauh dari kedai runcit. Mawar menurut pelawaan Yusuff. Yusuff memilih meja makan yang terletak tidak tersorot, bimbang orang kampung berfikiran tidak baik tentang mereka walaupun Mawar dan Yusuff sudah berkawan sejak kecil lagi.

“Saya minta maaf sebab tidak menjawab mesej-mesej awak. Saya sibuk menguruskan hal keluarga.” Yusuff berasa bersalah. Yusuff tidak mahu Mawar berkecil hati. Hanya Mawar satu-satunya sahabat yang sangat memahami Yusuff. Dalam usia semakin dewasa Yusuff sedaya-upaya menjaga batas antara dirinya dengan Mawar.

“Saya faham, Mak saya sudah ceritakan semuanya pada saya. Salam takziah saya ucapkan.” Mawar melemparkan senyuman kepada Yusuff. Perbualan mereka terhenti saat pelayan kedai mengambil pesanan. Sepanjang menikmati makan petang, Mawar dan Yusuff berborak-borak tentang hal kehidupan harian. Mawar tentang alam kampus dan Qalisya, Yusuff pula bercerita tentang alam pekerjaannya sebagai pegawai bank di sebuah bank yang terletak di pekan berhampiran Kampung Lembah Perbatasan.

***

Mawar mengatur langkah perlahan-lahan menaiki tangga menuju ke bilik Seri. Mawar ingin menyampaikan keinginannya membawa Qalisya menetap beberapa hari di rumah agam yang mereka diami. Sampai di depan pintu bilik Seri, Mawar berdiri kaki. Mawar takut hendak mengetuk pintu bilik Mawar. Digagahi juga demi membalas kebaikan keluarga Qalisya terhadapnya.

Tuk! Tuk! Tuk!

Mawar mengetuk pintu bilik Seri. Satu perasaan halus menjalar ke seluruh urat-sarafnya. Jantung Mawar berdengup laju. Pintu dibuka dari dalam. Bilik Seri kelihatan agak gelap. Hanya cahaya lilin yang berada di sudut bilik menerangi bilik Seri. Mawar tidak mengerti rumah Seri lengkap dengan lampu dan bekalan elektrik tapi masih ingin hidup seperti zaman sebelum wujud bekalan elektrik. Mawar tahu majikan keluarganya bukanlah seorang yang kedekut. Cuma Mawar kadangkala pelik dengan sikap Seri yang suka menyendiri dalam ruang gelap.

Masuk! 

Seri mengalu-alukan kedatangan Mawar. Seri sedang mengenakan solekan di wajahnya. Mawar mengatur langkah berhati-hati mendekati Seri.

“Ada apa Mawar?” Seri memulakan bicara saat dapat melihat tubuh Mawar berdiri kaku di depannya.Mawar kelihatan gementar hendak memulakan bicara.

Mawar kaget. Peluh mula membasahi tubuhnya. Bilik Seri dipandang dengan ekor matanya. Hati Mawar dijentik perasaan takut. Bulu roma meremang saat hembusan angin malam bertiup masuk melalui tingkap yang terbuka.

“Sa..saya mahu minta kebenaran puan, saya mahu bawa kawan saya menginap di sini sehari dua. Boleh puan?

Seri merenung ke dalam anak mata Mawar. Mawar menundukkan padangannya. Mawar takut Seri marah. Tiba-tiba Seri ketawa kecil. Mawar mengerutkan dahinya. Seingat Mawar pemintaannya bukanlah permintaan lucu.

“Siapa nama kawanmu, Mawar?” Seri berjalan menuju ke tingkap bilik. Merenung langit malam yang ditaburi kerlipan bintang. Indah!.  Seri berasa agak terganggu dengan kehadiran Mawar sudah diketahui awal. 

“Qalisya.” Mawar berasa resah. Bau minyak wangi yang dipakai Seri menusuk masuk ke deria bau Mawar. Mawar tahu minyak wangi Seri adalah dari minyak wangi buatan tangan Seri. Mawar sendiri tidak tahu ramuannya. Pernah Mawar bertanya  pada emaknya tapi hampa. Senah juga tidak tahu dan mengingatkan Mawar supaya jangan mencampuri urusan kehidupan Seri kerana mereka hanya kuli.

“Saya izinkan kamu bawa Qalisya datang ke sini, dengan syarat ingatkan dia jangan sekali-kali cuba menceroboh masuk rumah kecil di belakang rumah ini.Kamu boleh keluar sekarang.” Seri memberi keputusannya. Mawar berasa gembira.

“Terima Kasih, Puan Seri.” Mawar berlalu meninggalkan Seri. Mawar tidak sabar memberitahu Qalisya tentang keizinan yang telah diberikan oleh majikan keluarganya. Mawar tidak tahu Seri telah merencanakan sesuatu untuk melaksanakan upacara yang harus dilakukan pada bulan purnama yang akan datang.





Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hayati Salleh