Home Novel Seram/Misteri BISIKAN DENDAM
BISIKAN DENDAM
Hayati Salleh
18/5/2017 00:40:53
36,034
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 2

Seri membelek wajahnya dicermin antik milikya. Garis-garis kedutan halus di wajah Seri kian ketara.Seiring dengan umur wajah mudanya kini bertukar menjadi wajah wanita berusia. Seri berjalan perlahan-lahan menuju ke arah tingkap biliknya. Tingkap dikuak. Udara pagi menerobos masuk menampar lembut wajahnya. Suasana sunyi. Tiada gelak ketawa anak cucunya, tiada panggilan mesra suami tersayang. Dedaun pokok-pokok di tepi rumahnya melambai sayu ditiup semilir angin pagi. Pagi dingin, sedingin hatinya. Seri melemparkan pandangan ke luar pagar rumah agamnya. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak berpakaian seragam sekolah tadika sedang berlari-lari gembira. Sesekali terdengar suara beberapa orang wanita melarang kanak-kanak itu berlari. Suasana kembali sepi.

Langit mendung mula memuntahkan gerimis menghentam halus bumbung rumah. Hujan kian lebat. Seri berlalu ke katil dan membiarkan tingkap bilik terbuka. Terketar-ketar Seri mencapai bingkai gambar yang menempatkan gambar milik keluarganya. Gambar hitam putih  diabadikan ketika zaman mudanya. Seri kelihatan cantik berkebaya dan berselendang. Suami dan anak lelakinya bergaya mengenakan kemeja putih dan seluar panjang hitam. Dalam gambar itu, suaminya memegang erat bahu Seri sambil mengendong anak lelaki mereka. Bibir Seri mengukir senyuman. Airmata Seri mengalir membasihi pipinya. Dalam keheningan pagi terdengar esakkan kecil suara Seri.

"Abang, maafkan aku!" Seri memeluk erat bingkai gambar hitam putih yang sudah lusuh.Langsir tingkap melambai-lambai ditiup angin. Lama Seri memeluk gambar keluarga bahagia yang pernah dimilikinya.

Tiba-tiba Seri melempar bingkai gambar ke dinding.Kaca bingkai gambar pecah berderai. Seri memandang gambar tersebut dengan penuh perasaan marah dan benci.

"Kau kianati aku!"

Seri mengambil gambar lalu menikam-nikam dengan serpihan kaca. Darah yang mengalir menitis di atas gambar tidak dihiraukannya. Sakit serpihan kaca yang menoreh tapak tangannya tidak sepedih sakit dikianati orang yang disayangi. Seri mengoyak gambar menjadi cebisan kecil lalu dilemparkan ke luar ke luar tingkap. Setelah puas melepaskan perasaan dendam dan marahnya, Seri menuju ke pintu bilik. Matanya melilau mencari kelibat seseorang.

"Senah! Senah!"Senah terkocoh-kocoh berlari anak menuju ke tingkat atas rumah.

"Ya! Puan!"

"Bersihkan kaca-kaca ini!" Seri mengarah Senah. Senah mengangguk faham. Senah sudak masak dengan sikap majikannya. Senah mengambil penyapu dan kain membersihkan sisa kaca dan darah. Saat Senah ingin keluar dari bilik kelihatan Seri sedang mengantikan semula bingkai gambar dan gambar yang baru lalu diletakkan di atas meja soleknya.

"Kau sudah sediakan segala yang aku minta?"

Seri menyanggul kemas rambutnya. Cerucuk sanggul di cucuk di sanggul menambahkan keserian wajahnya. Senah akui Seri masih cantik  sudah lanjut. Keluarga Senah sudah lama bekerja dengan Seri. Seri amat menjaga penampilannya, setiap bulan purnama Senah dikehendaki menyediakan tujuh jenis bunga dan diletakkan di dalam rumah kecil di belakang rumah. Senah tidak tahu tentang rumah kecil itu. Dulu arwah ibunya tidak membenarkan Senah bertanya tentang Seri . Nama sebenar majikannya Senah sediri tidak tahu. Orang memanggilnya kampung hanya memanggilnya Seri. Senah sendiri sukar meneka nama majikannya. Selepas orang tuanya meninggal dunia, Senah dan suaminya, Megat mengantikan tempat mereka.

"Saya sudah sediakan barang-barang yang puan minta." Senah berdiri kaku di hadapan Seri. Seri memandang wajah Senah yang sedang ketakutan.

"Mana Megat?"

"Megat ke pasar beli barang dapur , puan!"

"Nanti suruh dia bersihkan halaman rumah dan malam nanti sediakan pulut kuning dan ayam panggang. Kaki ayam kau masak sup. Ingat kau jangan potong kuku kaki ayam. Kemudian, separuhnya kau hantarkan ke rumah belakang sebelum senja.

Senah hanya mengangguk.Setiap hari Seri akan mengingat Senah perkara yang perlu dilakukan. Hendak dibantah bimbang majikan memarahinya. Pernah Senah dan Megat ingin lari meninggalkan Seri. Namun, setiap kali niat itu terkubur apabila terkenangkan perjanjian yang telah dibuat keturunannya dengan keluarga Seri.

"Ingat Senah, jikakau mungkir janji seluruh keturunan kita akan mati!"

Senah tidak faham , namun akur dengan peringatan yang sering  dipesan oleh ibunya. Senah meminta diri ke dapur.

Seri menuju ke rumah kecil di belakang rumah. Mangga pintu dibuka dan Seri masuk ke dalam rumah kecil itu.Pintu dikunci rapat dari dalam. Seri tidak mahu Senah dan Megat melihat perbuatannya. Ruang bilik gelap hanya limpahan cahaya lilin menerangai rumah kecil itu. Bau asap kemenyan menusuk ke hidungnya. Seri mengambil telur ayam yang dibalut kain kuning yang telah dijampi. Sebatang jarum dicucuk sambil membaca mulut Seri terkumat-kamit membaca mantera.

***

Kepulangan Megat disambut dengan wajah Senah masam mencuka. Megat berpura-pura tidak  mengerti. Megat membawa masuk barang-barang dapur meletakkannya di atas meja makan. Senah mengeluh. Bukan kali pertama Senah mengeluh mengenangkan nasibnya. Kadangkala, Senah menyalahkan keturunannya yang membuat perjanjian tanpa memikirkan nasib waris yang hidup dalam ketakutan. Senah ingin bebas. Dia tidak mahu hidup seperti hamba.

“Mana Puan Seri?””

“Entah! Barangkali dirumah belakang.” Senah mula menyiapkan bahan-bahan untuk memasak. Kaki ayam danayam  yang dibeli Megat dimasukan ke dalam peti. Senah mengeluh lagi.

“Puan, suruh awak bersihkan halaman rumah!””

“Nanti saya bersihkan.Saya penat balik dari pasar!”” Megat menuang air kopi ke dalam cawan lalu diteguknya. Nikmat!

“Abang, saya mahu hidup bebas seperti orang lain. Saya tak mahu jadi hamba. Saya penat!””

Megat menuang lagi kopi kedalam cawan yang sudah kosong. Diteguknya air kopi untuk kali kedua. Hampir setiap hari Senah mengeluh perkara yang sama. Megat sudah tidak mempunyai jawapan untuk keluhan Senah. Megat tahu bukan salah Senah.

“Selagi puan tidak bebaskankita. Selagi itulah kita tetap masih di sini!””

“Saya dah tak sanggup!””

“Keluarga awak yang berjanji taat setia, Senah. Lebih baik kita mati dari anak kita menjadi mangsa.Awak kena ingat kita masih ada anak. Lagipun, puan layan kita baik-baik saja disini.””

Senah mencebik. Megat berlalu menuju ke halaman rumah. Tidak lama kemudian terdengar bunyi Megat sedang membersihkan halaman rumah. Senah akui layanan Seri terhadap mereka sekeluarga memang baik tapi Senah tidak sanggup hidup terkurung di rumah agam milik Seri. Senah ingin pulang ke kampung halamannya. Biarlah dia sekeluarga hidup dalam kemiskinan asalkan mereka tidak dituduh bersubahat dengan membiarkan Seri melakukan perkara syirik. Belum sempat kaki Senah melangkah ke sinki, gelas yang tersusun rapi atas meja makan jatuh pecah berderai. Senah tersentak. Setahu Senah mustahil gelas yang diletakkan stabil diatas meja boleh terjatuh dan pecah. Senah tahu itu bukan kebetulan tapi amaran.

Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hayati Salleh