Home Novel Komedi/Romantik Komedi Ustaz Pink
Bab 12 : Yabai! a.k.a OMG!

SEJAK Zahra melangkah masuk ke dalam dewan kuliah, Sheila tak habis-habis memerlinya. Tak cukup dengan itu sahaja, dia menuduh Zahra sengaja berpakaian sebegitu kerana hendak berlagak baik. Nak tarik minat Encik Arif kononnya.

“Si gedik ni ada juga dapat penampar sulung aku nanti.” Ida mula hilang sabar. Namun cepat-cepat dia beristighfar. Tak mahu kalah dengan rasa marah yang hampir bermukim di hati.

Zahra pegang lengan Ida. “Ida, biar jelah. Jangan dilayan si Sheila tu. Kau sendiri cakap pada aku dulu kita kena tahan rasa marah kita.” Dia cuba memujuk Ida. Kalau boleh dia tak mahu membesar-besarkan perkara yang tak masuk di akal ini. Biarlah apa Sheila nak cakap. Janji dia bukan macam tu. Dia ikhlas berpakaian sebegitu kerana Allah.

“Aku tahu Zahra.” Mendatar suara Ida. Istighfar masih diteruskan dalam hati.

Zahra teringat akan buku yang diberi oleh abahnya yang bertajuk Bagaimana Hendak Menjadi Muslimah Sejati. Seorang Muslimah yang sejati akan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala apa yang dilarangNya. Menurut penulisnya, terdapat dalil yang mengatakan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Asma’ binti Abu Bakar, ‘Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.’ (Riwayat Abu Dawud)

“Hei! Aku tengah cakap dengan kau ni!” Bengang betul Sheila apabila Zahra tidak mengendahkan dia langsung. Niat di hati mahu menyakitkan hati Zahra. Tapi hati sendiri pula yang sakit.

Zahra berdecit. “Kau nak apa? Memekak betul.” Boleh cair tahi telinga aku dengar minah ni menjerit. Macam puntianak. Puntianak pun boleh lari. Malas-malas Zahra menoleh ke arah Sheila. Tak boleh tengok orang senang langsung. Ada je yang didengkinya.

“Kau nak buat Encik Arif jatuh cinta dengan kau kan?! Sebab tu kau berpakaian kolot macam ni!” Sheila masih tidak puas hati. Berang betul dia dengan Zahra.

“Kolot-kolot pun Allah suka. Boleh masuk syurga." Zahra mengumam perlahan. Dipandang Sheila dari hujung rambut hingga hujung kaki. Ya Allah, alhamdulillah, Kau telah menyedarkan aku. Dan Kau berikanlah petunjuk hidayahMu kepada Sheila juga. 

Kata abah, sebagai umat Islam, kita kena doakan untuk orang lain, bukan merendah-rendahkan atau menghina mereka. Sebab hidayah dan rahmat Allah itu amatlah luas, untuk hamba-hambaNya tanpa mengira pangkat, darjat, rupa paras dan harta.

“Sheila, tak semestinya apabila kita terpaksa tutup sana sini bererti kita tak boleh berfesyen dan nampak kolot. Dah ada ramai pereka fesyen Abaya dan baju Muslimah lahir di mata dunia. Jap, jap, kau tahu ke Abaya tu apa?” tambah Zahra lagi. Sarkastik punya soalan dia lontar.

'Bahaya ni. Zahra ni macam nak membalas perang yang dilancarkan oleh Sheila je. Tadi dia suruh aku sabar, sekarang dia pula yang nak meletup.' Ida mula risau. Dia amat memahami sepupunya itu. Pantang dicucuk, pasti dia akan balas balik. Zahra, walaupun dah berubah tapi ada masa dia akan kembali ke perangai asal dia. Susah nak buang.

Oh my God! I’m so freaking pissed! Geramnya aku dengan pompuan ni! Hei! Kau ni betul-betul tak sedar diri la!” Sheila mengetapkan giginya, menahan rasa marah yang membuak-buak. Macam volcano yang nak meletus. Muka dia tak payah cakap lagi. Merah semerah-merahnya. Ada juga yang menjelma jadi naga nanti. Bertambah teruk lagi apabila dia menolak kasar bahu Zahra.

Zahra merasakan kesabarannya makin nipis. Sabar Zahra. Zahra mengurut dadanya untuk mendapatkan ketenangan. Tak kuasa betul aku nak layan minah ni. Istighfar, istighfar. Keep that in mind and keep calm. Keep calm and keep istighfar.

“Baik kau mengaku cepat! Kau ada hati pada Encik Arif kan?! Kau nak ngorat dia kan?!” pekik Sheila yang terus-menerus, mendesak Zahra. Dia betul-betul tidak berpuas hati selagi tak dapat jawapan yang diinginkan.

Perempuan ni betul-betul menguji kesabaran aku. Aku nak jadi baik pun tak senang. Zahra sudah bangun dari duduknya. Terus dia berdiri menghadap Sheila. Kedua-dua tangannya sudah mencekak di pinggang. 

“Sheila, kalau I ada hati dekat Encik Arif pun, you sakit mehhh!” Secara tak sengaja Zahra memuntahkan kata-kata yang tak sepatutnya keluar daripada mulutnya. Pantang betul kalau ada yang cuba mencucuh api kemarahannya. Matanya mencerlung memandang Sheila.

Pap! Pap! Pap! Pap! Bunyi tepukan mengejutkan semua pelajar. Pantas mereka menoleh. 

Encik Arif!

Ustaz Pink!

“Sedap bergaduh?” Arif sedang bersandar pada pintu belakang dewan kuliah. Dia sedang memeluk tubuh. Keningnya terangkat sedikit. Riak wajahnya sukar ditafsirkan oleh sesiapa pun. Matanya tajam menikam Zahra dan Sheila.

Bila pulak dia sampai ni? Tak dengar bunyi pintu pun. Zahra mengetap kuat bibir bawahnya.

Sepantas kilat Ida menarik tangan Zahra. “Yabai! Zahra, cepat duduk.” Terkeluar dah bahasa Jepun Ida. Yabai! bermaksud alamak! oh no! OMG, very bad dan seangkatan dengannya. Juga bermaksud very good,amazing dan seangkatan dengannya. Bukan cabai! tau.

Rakan sekuliah yang lain turut tergesa-gesa kembali ke tempat masing-masing apabila drama dirasakan sudah tamat.

Arif mula menapak ke hadapan dan meletakkan beg komputer riba yang tersandang pada bahunya di atas meja. Tanpa berkata apa-apa dia terus membuat persiapan untuk memulakan kuliah.

“Ida, kau rasa dia dengar ke apa aku cakap tadi? Ke dia tengok dari awal?” bisik Zahra. Kenapa lancang sangat mulut aku ni? Macam mana boleh terlanjur kata ni? Mulut ditampar-tampar, perlahan.

“Kau doa jelah supaya dia tak dengar. Tapi kalau terdengar pun apa salahnya. Lagi bagus.” Ida menggigil menahan tawanya. Zahra terus menyiku tangan Ida.

“Aduh! Wei sakitlah penangan kau ni.” Ida menggosok tangannya. Apabila merasakan suara dia naik satu oktaf, cepat-cepat Ida menekup mulutnya.

Tanpa memandang, Arif yang sedang menghidupkan laptopnya bersuara. “Hah! Apa lagi dekat belakang tu? Ingatkan drama dah tamat. Daripada bergaduh tak tentu hala, lebih baik fokus untuk final exam. Ingat studi last minute tu bagus ke?” Nada suaranya yang kedengaran tegas seakan-akan memerli seseorang. Entah kepada siapa panahan kata-kata itu ditujukan. Apa yang pasti siapa yang tergigit cili, dia yang terasa pedasnya.

Arif panggung kepala dan memandang sejenak ke arah para pelajarnya sebelum dia menyambung bicaranya lagi. “And one more thingAssignment dah siap? Rasanya tak perlu lagi saya nak remind dateline dia.” Dengan kening terjongket sedikit, terukir segaris senyuman nipis di bibir. Riak wajahnya masih seperti tadi. Namun tak seorang pun yang berani menjawab. Masing-masing hanya tunduk, menekur nota dan buku.

Dari ekor mata, Zahra dan Ida mengerling antara satu sama lain.

Akhirnya kelas berjalan dengan aman tanpa peperangan yang nak tercetus tapi tak jadi nak meletus tadi. Masing-masing takut untuk bersuara lagi. 

'Badmood ke apa Ustaz Pink ni? Ingatkan perempuan je yang Premenstrual Syndrome a.k.a PMS. Tapi, nasib baik dia tak bagi denda.' Zahra bermonolog dalam hati kecilnya sebelum menghela nafas lega. Lega, lega. Fuh! (lap peluh)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Pistacia Vera