Home Novel Komedi/Romantik Komedi Ustaz Pink
Bab 20 : *Baldi* cari perigi...

TANPA membeli apa-apa, Zahra terus melangkah laju untuk pulang. Tali beg yang hampir lurut dari bahu dibetulkan. Malah dia sendiri tak sedar bahawa Arif masih mengikuti dia dari belakang. Sebagai ‘tunang sementara Zahra’ pensyarahnya itu dapat meneka apa yang berlaku.

Sampai sahaja ditempat letak kereta, lantas Zahra mencari keretanya. Namun disebabkan hatinya terasa sebak dan fikiran bercelaru, dia tak dapat menemukan keretanya itu. Rasa panik menyelubungi diri. Akhirnya dia hanya duduk mencangkung dan bersandar di tepi tiang yang berdekatan. Tangisan yang ditahan sejak dari tadi dilepaskan.

Secara tak sedar, Arif sudah berada hampir dengan Zahra yang teresak-esak sendirian. Pilu hatinya melihat air mata Zahra berguguran. Alamak! Mesti orang lain ingat aku yang buat dia menangis. Arif bertambah resah dengan tangisan Zahra yang semakin kuat. Poket seluar diseluk untuk mengeluarkan sapu tangan.

“Zahra.” Tanpa memandang ke arah Zahra, sapu tangan itu dihulurkan kepada gadis itu.

Zahra panggung kepala. Ustaz Pink! Apa dia buat kat sini? Dia ikut aku ke? Ni yang buat aku nak menangis lagi kuat. Terus dia melalak lagi.

“Zahra, tak baik terus menangis begini. Ingat TUHAN. Banyakkan istighfar. Ambil sapu tangan ni,” pujuk Arif.

Akhirnya Zahra sambut juga sapu tangan Arif yang bercorak kotak-kotak dan berwarna coklat tu. “Preeeetttt.” Hingusnya yang hampir meleleh keluar dihembus kuat. Tak peduli dengan mata-mata yang sedang melihat. Biarlah apa orang nak kata.

“Erm..sa..sapu..tangan..ni..” Terenjut-enjut bahu Zahra. Membuatkan suaranya tersekat-sekat. Zahra ni macam nak bagi balik je handkerchief Arif tu. Dihulurkan semula handkerchief tersebut kepada tuannya.

Arif mengorak segaris senyum kepadanya. “Takpe Zahra simpan je.” Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Arif masih setia menunggu Zahra melepaskan tangisannya.

Macam tak appropriate je nangis kat sini. Depan Ustaz Pink pulak tu. Potong stim betul ustaz ni. Lekas-lekas Zahra berdiri semula, membuatkan dia tiba-tiba rasa seperti hendak pitam. Tiba-tiba aja kepalanya terasa berdenyut-denyut dan berpinar-pinar. Pandangannya semakin kabur.

“ALLAH...” Hanya itu sahaja sempat disebutnya sebelum segala-galanya bertukar menjadi gelap.

“ZAHRA!!!”

***

BARU separuh mata dibuka, cepat-cepat Zahra katup rapat semula. Kepalanya masih terasa berdenyut-denyut. Mungkin disebabkan cahaya silau yang menerobos masuk melalui celah-celah langsir. Selepas seketika, dia mencuba lagi. Akhirnya berjaya juga mata dibuka. Matanya melilau untuk melihat keadaan di sekelilingnya.

Tadi aku ada dalam bilik aku ke? Jap, jap, kenapa rasa pelik semacam je. Rasanya lewat pagi tadi aku ke Jusco (susah nak sebut Aeon, boleh terbelit lidah). Tangannya sedang memicit kepala yang masih berdenyut sedikit. Satu persatu gambaran mulai terjah masuk ke dalam kotak ingatannya. Akhirnya dia berjaya mengembalikan ingatannya terhadap insiden yang berlaku pagi tadi.

Oh, okey. Terkedu sekejap. Dah ingat dah. Rasanya lepas ni manalah aku nak letak muka aku yang cute ni. Sungguh malu. Sempat lagi puji diri sendiri. Zahra mula bangkit perlahan-lahan dari perbaringannya dan bersandar pada kepala katil.

Serentak dengan itu, pintu bilik dibuka perlahan. Zahra melihat abah dan ibunya melangkah masuk.

“Zahra! Syukur alhamdulillah. Anak ibu dah sedar.” Puan Sofea terus memeluk Zahra. Encik Rahman pula sudah duduk di hujung katil.

“Ya ALLAH. Zahra buat ibu dengan abah takut je.” Puan Sofea mempamerkan kerisauannya. Telapak tangan kanannya menyentuh lembut pipi kiri Zahra.

Zahra meraih kedua-dua tangan ibunya dan menggenggam erat. “Zahra rasa pening sikit je tadi. Low blood pressure lagi kot.”

“Zahra, Zahra. Lain kali kalau rasa tak sihat tak payah keluar. Sorang-sorang pula tu. Mujur Arif ada dengan kamu.” Encik Rahman pula mempamerkan kerisauannya.

Bulat mata Zahra memandang kedua-dua abah dan ibunya. “Encik Arif yang bawa Zahra pulang ke tadi?” Ustaz Pink ke bawa aku pulang tadi? Kalau ya, bermakna Ustaz dah cempung aku la ni. Malunya.

Rambut Zahra dibelai perlahan. “Iye. Sapa lagi kalau bukan dia,” balas Puan Sofea.

“Hah?” Zahra dah tercengang. Wajahnya mula terasa panas.

“Muka Zahra merah-merah ni kenapa?” Senyuman Puan Sofea melebar.

“Zahra malu ya?” Giliran Encik Rahman pula mengusik.

“Apa lah abah ni. Takde maknanya. Terasa panas la pula sebab tidur time panas-panas macam ni.” Zahra dah malu-malu kucing. Apa omputeh cakap shy shy cat.

“Abah! Kereta Zahra ada kat Jusco!” Zahra tiba-tiba terjerit apabila teringatkan keretanya.

Puan Sofea menepuk paha Zahra yang nampak kalut semacam. “Ish! Buat terperanjat ibu je kamu ni. Tiba-tiba terjerit macam tu. Cuba bawa bertenang sikit.”

“Abah dah ambil kereta tadi. Arif yang tolong hantarkan abah ke sana.” Encik Rahman bertutur.

“Alhamdulillah, Arif ada tadi kan, bang? Taklah risau sangat. Susah nak jumpa lelaki sebaik Arif.” Puan Sofea memuji kebaikan Arif sambil memandang kepada suaminya. Ditambah dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

“Abah setuju tu Zahra. Nak abah pinang dia untuk Zahra?” Encik Rahman mula menyakat lagi. Puan Sofea pun ikut setuju. Suka benar dia dengan cadangan suaminya itu.

Muka Zahra terasa semakin panas. Agaknya pipi dia dah blushing giler-giler. Kalah orang yang pakai blusher.No way abah! Ni dah serupa apa tu? Baldi cari perigi.” Eh! Apesal lain macam je peribahasa aku ni? Zahra mengaru kepalanya yang tak gatal.

“Ya ALLAH, dahlah terbalik. Digunanya baldi pula tu. Nasib baik tak sebut besen. Perigi cari timba lah sayang oi.” Puan Sofea menggeleng lambat-lambat melihat kekalutan anaknya itu.

“Betullah tu. Zahra nak betulkan, ibu dah mencelah.” Zahra memuncungkan mulutnya.

“Dah, dah, Zahra nak mandi. Solat pun belum lagi.” Zahra cuba menutup rasa malunya itu dengan bersuara lagi.

“Abang kita keluar dulu. Anak kita dah malu ni.” Puan Sofea mengusik anaknya lagi sambil menjeling ke arah suaminya yang sudah berdiri.

Encik Rahman tergelak kecil. “Betul awak cakap tu. Jom kita keluar.” Kedengaran suara kedua-dua abah dan ibunya yang sedang tergelak kecil di luar bilik.

Oh no! Macam mana aku nak bersemuka dengan Ustaz Pink lagi? Diketuk kepalanya sendiri. Cakap lagi macam tu. Apesal la dalam banyak-banyak orang aku boleh terserempak dengan dia. Serentak dengan Johan pula tu. Ya ALLAH betapa kecilnya dunia-MU ini.

Mengingatkan pertemuan tak diduga tadi membuatkan matanya kembali berair. Pertemuan yang tak dijangka tadi benar-benar menyayat hati kecil Zahra. Ditambah dengan kehadiran Elis yang manja tak bertempat menambahkan lagi lara di hati.

Ingatkan tak jumpa dah. Tapi... Johan bukan orang Penang. Macam mana dia boleh ada kat sini? Agaknya Elis orang Penang kot. Muka dia pun ada rupa macam anak mami. Isk, isk, isk, sadis betul hari ni. Ternyata bayang-bayang Johan masih menghantuinya.


*hint untuk bab seterusnya : copycat girl...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Pistacia Vera