Home Novel Komedi/Romantik Komedi Ustaz Pink
Bab 21 : Oh mak kau Opick!

PUAS Zahra mencari tote beg dia. Tapi langsung tak dijumpai. Satu bilik digeledahnya.

“Mana pulak beg ni? Rasanya semalam bawa gi Jusco. Lepas tu... Agaknya ada dengan Ustaz Pink kot...” getus Zahra seorang diri. Dia menggaru pelipis kanannya.

“Nak buat macam mana ni? Ermtry tanya dia dululah.” Lalu Zahra mengambil telefon bimbitnya yang terdampar di atas katil.

“Eh? Kejap, aku mana ada nombor dia. Ayoyo! Kan dia pernah bagi nombor handphone dia masa dalam kuliah dulu.” Zahra tepuk dahinya pula.

“Tapi... itu hanya untuk hal-hal kuliah je. Tapi ni kira emergencyTry jelah. Ok, baca bismillah dulu. Amin.” Zahra menyapu mukanya dengan kedua-dua tangan.

Tanpa melengahkan masa lagi, nombor Arif didail. Wah, siap letak caller ringtone lagi. Sedap pula tu. Macam pernah dengar je tapi di mana ya? Ni lagu Opick, kan? Sedang dia berangan memikirkan tajuk lagu caller ringtone, tiba-tiba panggilannya dijawab.

Zahra pula yang tak bersedia tersasul lagi. “Oh mak kau Opick!” Ya ALLAH! Malunya! Mesti dia dengar. Zahra dah gigit bibir bawah. Telinganya menangkap bunyi orang yang sedang ketawa kecil di hujung talian. Pasti Arif sedang mengetawakan dia.

“Assalamualaikum ust... eh bukan, Encik Arif. Saya Zahra.” Bertenang Zahra. Jangan menggelabah. Baru awal-awal dah menggelabah. Kali ni dia ketuk kepalanya pula.

“Wa’alaikumsalam.” Balas Arif. Ketawanya masih bersisa.

“Erm, saya nak tanya fasal tote beg saya. Tote beg yang saya bawa semalam. Encik Arif ada nampak tak?”

“Yang berwarna putih?” Arif meneka.

“Haah. Beg saya lah tu.” Zahra menggaru pelipis kanannya.

“Ada dengan saya. And for your information, saya dah ada depan rumah awak.”

“Hah! Depan rumah saya?” Terus Zahra ke jendelanya untuk mengintai sedikit. Sambil-sambil itu dia berselindung dengan kain langsir. Takut auratnya dilihat oleh lelaki yang bukan muhrim. Telefon bimbit masih di telinga.

“Sekejap saya turun sekarang.” Panggilan dimatikan.

Jubah dan tudung disarung kemas. Kemudian Zahra lantas turun ke bawah. Dilihatnya Arif sudah duduk elok di ruang tamu. Aik? Bila dia masuk?

“Hah, Zahra. Ni Arif datang melawat kamu.” Ibu rupanya yang jemput dia masuk. Zahra terus mendapatkan tempat di sebelah ibunya.

“Duduklah dulu Arif. Mak cik ke dapur sekejap.” Seperti kebiasaan sekiranya ada tetamu Puan Sofea pasti akan menghidangkan air dan kuih yang dibuatnya sendiri.

“Eh, takpe mak cik. Buat susah je. Saya cuma datang untuk pulangkan beg Zahra.”

“Tak susah pun. Duduk dulu. Mak cik ada buat kuih sikit.”

“Alhamdulillah murah rezeki saya hari ini. Terima kasih mak cik,” ucap Arif sambil memberikan senyuman.

Puan Sofea sempat menepuk perlahan paha Zahra sebelum ke dapur. Akhirnya tinggal mereka berdua di ruang tamu. Dua-dua pun membisu. Hanya kedengaran bunyi kipas siling yang berputar laju. Berkeriut bunyinya.

Melihat Zahra hanya mendiamkan diri dan menekur pada jari jemarinya yang bertaut, Arif memulakan bicaranya dulu. “Awak memang selalu begini ye?”

Spontan Zahra panggung kepalanya. Terpinga-pinga. “Pardon?” Pelik Zahra dengan Arif yang tiba-tiba bertanya sebegitu.

Arif tersenyum melihat reaksi Zahra. “Ok saya dah faham. Awak memang selalu begini.”

Zahra angkat kening. “Maksud Encik Arif?”

“Kalut dan cepat menggelabah,” tutur Arif secara jujur.

Zahra berdecit. Matanya dihalakan ke tempat lain. “Dengan Ustaz Pink je saya macam ni.” Gumamnya perlahan. Ingat Arif tak dengar ke?

Arif tersenyum lagi. “Nah, beg awak.” Dia meletakkan tote beg Zahra di atas meja kopi di hadapan mereka.

Seronok Zahra melihat tote beg dia. Dia melihat-lihat buku-buku yang baru dibelinya semalam.

“Oh ya. Ada hadiah untuk awak.” Arif menghulurkan beg kertas kecil berwarna putih.

Zahra meletakkan tote beg di tepinya. Lalu dia mengambil beg kertas pemberian Arif dan melihat isi kandungannya.

“Apa ni?” Berkerut dahinya.

“Oh, itu sapu tangan saya yang awak guna semalam. Tolong cuci eyh. Saya cadangkan awak guna sabun Attack Colour Ultra. Boleh menaikkan warna dan menghapuskan bakteria. Kemudian guna Comfort Ultra Anti Bac sekali. Bekas hingus awak tu.” Selamba sahaja Arif mengarah Zahra.

Zahra ternganga. Ceh! Orang baru nak seronok dapat hadiah. Rupa-rupanya dipermainkan lagi. Semalam cakap simpan je. Hari ni suruh cuci pulak. Suka hati orang la nak guna softener jenis apa. Eeee geram betul aku dengan Ustaz Pink ni! Apa dia ingat aku ada banyak duit ke nak beli segala sabun dengan pelembut fabrik tu.

Zahra baru teringat. Padan la sapu tangan tu ada dengan Arif. Pagi tadi puas dia cari di pelosok biliknya. Ingatkan ada dengan dia.

“Yelah! Suka-suki hati dia je nak arah orang,” gerutu Zahra sorang-sorang.

Dua-dua senyap lagi. Wajah Arif pun kelihatan serius.

Kali ni Zahra pula yang memulakan dulu. “Erm... fasal semalam tu..” Dia hanya meramas-ramas dan menekur pada jari-jarinya yang runcing. Setelah apa yang berlaku semalam, sukar bagi dia untuk bersemuka dengan Arif. Perasaan malunya pun semakin terserlah.

“Hal tunang?” Arif angkat kening.

“Ha..ah. Sa..saya terpaksa. Encik Arif tak ma..rah kan?” Zahra merasakan suaranya bagaikan tersekat-sekat di kerongkong.

“Sejak bila awak bercakap tergagap-gagap ni?” Arif sengaja mengusik Zahra.

“Dengan Encik Arif je saya macam ni,” Zahra menggumam perlahan dengan nada geram. “Encik Arif tak marahkan?” Zahra bertanya lagi.

“Kenapa saya nak marah? Kalau betul pun apa salahnya kan?” Arif bermuka selamba lagi. Mata mereka bertembung untuk beberapa saat sebelum masing-masing mengalihkan pandangan mereka.

Apa yang dia merepek ni? Ada ke cakap macam tu. Main-main je kot. Ish! Apesal jantung aku ni berdegup kencang sangat ni. Bukannya aku baru lepas lari pecut dua ratus meter pun. Muka pun dah terasa makin panas. Mesti dia nampak muka aku yang tengah blushing ni.

Melihat Zahra seperti berada dalam dunianya sendiri, Arif berdeham-deham. “Awak dengar tak saya cakap ni? Sah berangan. Ke awak dah ingat nak bertunang dengan saya?”

“Ma..mana ada? Sa..sape yang nak bertunang dengan Encik Arif. Perasan. Encik Arif memang selalu begini ye?” Apekehel cakap tergagap ni?

Mendengarkan soalan yang dilontarkan Zahra membuatkan Arif gelak perlahan. “Aik? Macam pernah dengar je soalan ni. Tadi saya tanya awak macam ni juga kan? Awak ni copycat girl ke?”

Zahra gelak evil sambil mengibas-ngibas tangan pada mukanya. Panas ni! Panas dalam hati. “Ha, ha, ha, takde maknanya saya nak copy Encik Arif. Perasan benar. Apa kata saya call Encik Arif de Ustaz Perasan pulak?” Sempat dia jeling pada Arif.

As you wish. Then apa kata saya call awak Miss Zahra de Ustazah Suka Bagi Gelaran.”

As you wish.” Selamba badak je Zahra menjawab. Badak pun tak selamba macam tu.

“Sah copycat girl.” Arif menyakat lagi.

“Eee geramnya aku dengan ustaz ni! Cakaplah sorang-sorang. Tak kuasa nak layan dah. Lama pulak ibu buat air.” Zahra mengomel sorang-sorang.

“Lega saya tengok awak dah ok.” Arif memandang Zahra. Ada senyuman lega pada riak wajahnya.

Zahra terpinga-pinga lagi. “Huh? Apa dia?” Pelik betul Encik Arif ni. Tersenyum-senyum pula.

“Apa pun saya bergurau je tadi. Fasal hal semalam tu..” Wajah Arif kembali serius. Dia menarik nafas sebelum menyambung, “..saya tak ambil kisah pun. Lagipun awak bukan sengaja nak tipu. Awak ada sebab tersendiri. Betul kan?”

Tiba-tiba Zahra nampak muram. Cepat-cepat dia menutupnya. “Erm... terima kasih sebab tolong hantarkan saya semalam. Saya dah susahkan Encik Arif pula.”

“Sama-sama. Alhamdulillah awak pun dah nampak okey.” Tenang sekali Arif bertutur.

Akhirnya, baik Zahra mahu pun Arif, dua-dua sudah kehabisan modal untuk berbalah lagi. Sesekali mata mereka bertembung. Zahra hampir terpukau dengan panahan mata redup Arif. Namun cepat-cepat dia mengalihkan matanya dan beristighfar. Same goes to Arif.

“Erm...saya rasa, baik saya ke dapur dulu. Tolong ibu.” Berdesup Zahra ke dapur. Meninggalkan Arif seorang di ruang tamu.

Ya ALLAH, apa yang sedang berlaku ni? Kenapa hati aku tak keruan? Zahra dan Arif sama-sama bermonolog dalam hati. Mengadu pada ILAHI.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Pistacia Vera