Home Novel Fantasi HEITUS
HEITUS
Nurlina Syahiirah
24/2/2018 22:21:07
37,448
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
BAB 10

‘Ini bilik apa pulak? Siap ada notis lagi depan pintu?’ Chen Hong cuba membuka pintu itu tetapi pintu itu berkunci.

          ‘Takpe, ini semua benda kecik je, setakat pintu kecik, tak menghalang akulah.’

           Chen Hong kemudian mengumpulkan sebilangan kecil angin dan menyalurkannya ke tombol pintu yang berkunci itu.

 (bunyi pintu yang berjaya di unlock)

           ‘Amboi, baru tadi ayah kunci, sekarang dah bukak balik? Apa lagi yang dia nak marah aku sekejap lagi nih?’

           "Arggghhhh!!" 

          Chen Hong tersentak dan tersembam ke lantai sebaik sahaja dia membuka pintu bilik yang jelas tertera 'DILARANG MASUK'. Firdaus pula yang dari tadi duduk dikatil sambil memandang tepat pada pintu biliknya itu, terus mengalihkan pandangan kepada budak lelaki yang jatuh tersembam ke lantai di hadapannya itu.

          ‘Budak ni, apa masalah dia ni sebenarnya?’ getus hati Firdaus. 

          Lega hati Firdaus kerana bukan Pak Yok yang datang kali ini. Jika tidak, entah apa lagi sekecil – kecil isu mahu dipetik untuk dijadikan sumber kemarahan Pak Yok terhadap Firdaus.

          Masih berdegup kencang jantung Chen Hong apabila melihat makhluk yang tidak ubah seperti manusia tetapi wajahnya begitu buruk sekali. Tapi dia tetap gagahkan dirinya untuk bangun.

           ‘Makhluk apa yang Pak Yok bela dalam bilik ni?’ 

          Chen Hong cuba bangun dan mengamati makhluk itu yang masih memandang ke arah dirinya.

           ‘Jangan cakap, makanan dia adalah daging manusia. Damn, Habislah aku!! Tak memasal jadi stok makanan pulak’ 

          Setitik peluh mula mengalir dari dahi Chen Hong. Dia tidak pernah melihat atau membaca kewujudan makhluk ini sepanjang dia membaca manual – manual kaum Heitus. Jadi, dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk handle situasi yang dia lalui sekarang ini. Jika dia menjerit meminta bantuan Pak Yok atau dua orang anak gadisnya, pasti reputasi dia akan jatuh. Ohh, ini dia tidak akan benarkan sama sekali.

           ‘Itulah Chen Hong, lain kali kalau sudah dilarang, janganlah kau buat. Yang kau degil ni kenapa?!’ Chen Hong memarahi dirinya sendiri.

           Firdaus kemudian mengambil sesuatu dari laci katilnya dan berjalan ke arah Chen Hong. Chen Hong sudah bersedia dalam hatinya untuk lari dan meninggalkan bilik itu bila –bila masa sahaja.

           ‘Alamak!!! Dah kenapa dia datang kat aku nih?! Ya Tuhan, selamatkanlah aku!!’ 

          Chen Hong bermonolog dengan dirinya sendiri dan berdoa. Dia lupa barangkali yang dia bukan lemah. Firdaus bukan lawannya. Tetapi disebabkan muka Firdaus memberi impak yang mendalam kepada Chen Hong, dia terlupa tentang kebolehan dirinya sendiri.

           “Beb, nah pegi lap darah kat hidung kau tu. Jangan kotorkan bilik aku, tak pasal – pasal aku pulak yang kena marah dengan ayah aku karang.” 

          Firdaus memberikan sehelai sapu tangan miliknya kepada Chen Hong. Chen Hong terkesima. Dia terkejut.

           ‘Eh, kenapa makhluk ni boleh bercakap bahasa manusia?’ 

          Chen Hong terpaku dan memandang akan wajah Firdaus. Tapi kemudian tekaknya mula loya kerana dia tidak tahan melihat wajah buruk Firdaus.

           ‘Serious la dia ni, tak yah lah tunjuk sangat muka macam tu, kot ye pun. Dah la datang tak dijemput. Datang – datang buat orang sakit hati pulak.’ 

          Disebabkan Chen Hong masih tidak menyambut sapu tangan yang masih di tangan Firdaus. Firdaus kemudiannya terus merapatkan lagi jarak antara mereka berdua dan dia menekup muka Chen Hong dengan sapu tangan miliknya itu.

           Darah merah pekat yang masih ligat mengalir keluar dari hidung Chen Hong berhenti serta merta selepas ditonyoh kasar oleh Firdaus.

           “Adui!!” 

          Terjerit kecil Chen Hong kerana baru dia tersedar dek kerana dia terjatuh tadi, hidungnya patah dan ada darah yang mengalir. Firdaus berjaya menyelamatkan biliknya dari tompokan darah yang mungkin terhasil disebabkan darah Chen Hong yang semakin sipi mahu jatuh dari dagunya ke lantai.

           ‘Haaaa.. padan muka kau. Aku dah kasi baik – baik tadi, kau buat tak tahu. Takpe, aku memang baik hati. So, biar aku je tolong settlekan masalah kau nih.’ 

          Firdaus terus melakukan penyeksaan kecil kepada Chen Hong walaupun dia tahu hidung Chen Hong sudah patah. Apa yang penting, dia tak perlu susah – susah bersihkan biliknya, dan dia tidak dimarahi Pak Yok disebabkan kesalahan orang lain.

           Chen Hong kemudian mengambil langkah untuk menyelamatkan mukanya dari terus disental oleh makhluk yang mampu berkata – kata seperti manusia di hadapannya itu. Dia kemudian terus berlari keluar dari bilik itu dan menghempas pintu bilik itu.

           ‘Serious la, ape masalah budak ni?’ Firdaus menggelengkan kepalanya.

           Tiba – tiba, Firdaus tersenyum melihat pintu yang baru dihempas tadi.

           ‘Hehe, pintu dah unlocked. Inilah masanya untuk aku beraksi!’

Previous: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurlina Syahiirah